Anda di halaman 1dari 7

Minggu 8: Asas Pertolongan Cemas

PERTOLONGAN CEMAS
Definisi:
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada
mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan
yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum
mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa
atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Tujuan Pertolongan Cemas

Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa
dan

pastikan

mangsa

bernafas.

Sekiranya

berlaku

pendarahan,

hentikan

pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar
belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu
perhatian istimewa.

Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan
jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa
serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan
atau keadaan yang basah.

Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti


keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah
dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan
sampai.

Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat
bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka
itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di
antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia sewajarnya dibuat
dari kain putih, suci dari kekotoran. Tangan harus dibasuh dan dibersihkan
sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka

Minggu 8: Asas Pertolongan Cemas

sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan
letak ditempatnya dengan pembalut.

Prinsip-Prinsip Asas Pertolongan Cemas


1

KESAKSAMAAN- Tidak membezakan antara kaum, bangsa, agama ataupun


darjat.

BERKECUALI- Tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman


politik atau idealogi.

SUKARELA- Setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan itu haruslah


dilakukan secara sukarela.

BERKEYAKINAN- Setiap ahli pertolongan cemas haruslah sentiasa berada


dalam keadaan yang sungguh yakin dan tenang semasa menghulurkan bantuan
dan pertolongan.

CEPAT DAN TANGKAS- Ahli pertolongan cemas haruslah sentiasa berada


dalam keadaan bersedia dan bantuan yang diberi itu haruslah cepat dan tangkas
tetapi tidak gopoh.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:


1.
2.
3.
4.

Menyelamatkan nyawa
Mengurangkan kesakitan
Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:


1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan
pesakit itu
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu
mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:

Minggu 8: Asas Pertolongan Cemas

3
1.
2.
3.
4.

Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.


Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna.

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:


1. Bertindak dengan cepat dan tenang.
2. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis,
ambulans, keluarga dan lain-lain.
3. Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
-

Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]


Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya

dengannya jika mangsa sedar. [R]


Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan

dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]


Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation

[B]
Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak
lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik


a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi
keutamaan rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan
si mangsa.
Pembalut (Bandages)
- Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan
mangsa kemalangan.

Minggu 8: Asas Pertolongan Cemas

4
Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:

a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).


b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).

Kegunaan Kain Pembalut


a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.
Kain Anduh Tiga segi
- Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas
kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1
meter x 1.4 meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:
a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) Dapat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a) Anduh besar (large arm sling)

Minggu 8: Asas Pertolongan Cemas

- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.


- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling)
- menahan pendarahan anggota atas.
- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
- mengampu kecederaan di bahagian bahu.
- Mengampu tulang klavikal yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

Anduh dan Balutan


Balutan Cincin

Cara-cara lipatan untuk balutan cincin

Minggu 8: Asas Pertolongan Cemas

Selepas kita menggulungkan kain anduh seperti yang ditunjukkan kita balutkan
ia seperti gelang atau lebih senang dipanggil seperti cincin.Balutan cincin ini
digunakan untuk menghalang tulang/benda tajam yang tertusuk masuk dalam
anggota badan kita supaya tidak bergerak ke tempat lain.

Cara-cara membuat balutan anduh kecil

Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan

letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan.


Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

Minggu 8: Asas Pertolongan Cemas

7
Cara-cara membuat balutan anduh besar

Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat

ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.


Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.