Anda di halaman 1dari 2

Petua mudah kuruskan badan

Wanita mana yang tidak ingin memiliki tubuh badan yang cantik, kurus dan
ramping. Sudah tentu wanita di luar sana sangup berhabis ratusan mahupun
puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik dan menawan.
Oleh sebab itu ramai wanita di luar sana gagal mengawal perbelanjaan mereka
dan akhirnya kecewa apabila tidak mendapat keputusan seperti yang di idamkan.
Ini telah menyebabkan ramai wanita di luar sana gagal mengawal perbelanjaan
mereka dan akhirnya kecewa apabila hasilnya tidak sperti yang di idamkan.
BACA: Enam punca perut buncit
BACA: Gemari buah epal untuk miliki badan yang ideal
BACA: Bahaya makanan berminyak pada tubuh
Di sini ada beberapa tip atau petua yang mudah untuk kuruskan badan yang
boleh diikuti oleh para wanita diluar sana.
Elakkan makanan ringan
Cuba elakkan memakan sebarang makanan ringan kerana makanan ini tidak
mengandungi sebarang khasiat untuk tubuh badan anda.
Hadkan makanan tinggi karbohidrat
Ambil makanan yang berkabohidrat seperti nasi dalam jumlah kuantiti yang sikit.
Kurangkan sumber protein
Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe atau daging.
Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.
Menu makanan yang betul
Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang
seimbang.
Makan banyak buah
Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin
untuk tubuh badan anda. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan
terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dan sebagainya.
Kurangkan buah manis
Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti
pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar
menjadi glukosa dalam darah.
Banyakkan minum air kosong

Sentiasa minum dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis
dan berkabonat.
Bersenam
Akhir sekali pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Aktiviti
di luar rumah seperti berjalan atau berjogging di tempat-tempat riadah amat
sesuai dilakukan setiap petang atau setiap kali masa terluang.
Mudah-mudahan dengan tip-tip yang diberikan di atas sedikit sebanyak dapat
membantu anda wanita di luar sana untuk memiliki badan yang di
idamkan.Teruskan usaha dengan konsisten agar misi anda berjaya untuk
kelihatan kurus, lansing dan menawan. Semoga berjaya.

Anda mungkin juga menyukai