Anda di halaman 1dari 8

MENGUMUMKAN

KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,
Yang berbahagia,
Tuan Haji Mohamed Mustafa bin Ahmad,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
Diiringi oleh,
Yang Berusaha,
Tuan Haji Hashim bin Asman,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
Tuan Haji Abdullah bin Mat,
Pengerusi Sambutan 25 tahun IPDA
Tuan Haji Alias bin Sidek
Pengerusi Sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Darulaman,
Ketua-ketua jabatan ,
Para pensyarah , serta
Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKDA 2015/2016,
Para guru pelatih serta para hadirin tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian .

NYANYIAN
LAGU
NEGARAKU
, LAGU
NEGERI
KEDAH
DAN
ASMAUL
HUSNA

Hadirin sekalian,
Marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri
Kedah dan mengalunkan zikir Asmaul Husna.

Para tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan duduk. Terima


kasih diucapkan.

Bissmillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Serta sahabat dan keluarga baginda.
Cenderawasih terbang melayang,
Dari Perlis sampai ke Kedah;
Salam kasih bertaut sayang,
Pembuka majlis pagi nan indah.
Sirih berlipat, sirih pinang ,
Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang ,
Awal bismillahi pembuka bicara.

Yang berbahagia,
Tuan Haji Mohamed Mustafa bin Ahmad,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
Yang Berusaha,
Tuan Haji Hashim bin Asman,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,
Tuan Haji ,
Pengerusi Sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Darulaman,
Tuan Haji Abdullah bin Mat
Pengerusi Sambutan 25 tahun IPDA
Ketua-ketua jabatan ,
Para pensyarah , serta Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPGKDA 2015/2016, Para guru pelatih serta para hadirin tuan-tuan dan
puan-puan yang dihormati sekalian .
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan
limpah kurnia-Nya diberi-Nya kita peluang untuk berkumpul bagi
mengikuti Majlis Sambutan Hari Guru dan pelancaran sambutan 25
tahun jubli perak IPGKDA.Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu
wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya diberi-Nya kita peluang untuk

berkumpul bagi mengikuti Majlis Sambutan Hari Guru dan pelancaran


sambutan 25 tahun jubli perak IPGKDA

BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Bagi memohon keredhaan, keberkatan dan kerahmatan ke atas majlis
bersejarah ini, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput dan
mempersilakan saudara
.bagi memimpin
bacaan doa. Falyata faddol masykura.
...................................................................................................................
............
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian saudara
memimpin bacaan doa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.

UCAPAN YANG

Bukan keris tanpa ulunya

DIPERTUA JPP

bukan majlis kalau tanpa ucapannya

15/16

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Saudara


Muhammad Amirul Syafiq Bin Md Yusuf Yang Dipertua Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar sesi 15/16 untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Amirul Syafiq Bin
Md Yusuf atas ucapan itu tadi.

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi meneruskan majlis, kini pihak majlis dengan sukacitanya
mempersilakan, Puan Hajah Siti Balkeh Bt Osman bagi membacakan
perutusan hari guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
...................................................................................................................
.......................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Siti Balkeh
Bt Osman atas kesudian membacakan perutusan hari guru sebentar
tadi.

PERUTUSAN HARI GURU MENTERI PELAJARAN MALAYSIA


Hadirin sekalian,
Bagi meneruskan agenda majlis, kini majlis dengan berbesar hati ingin

menjemput dan mempersilakan, Tuan Haji Mohamed Mustafa bin


Ahmad,

Pengarah

IPG

Kampus

Darulaman

bagi

membacakan

perutusan hari guru Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis dengan penuh


takzimnya, mempersilakan.
...................................................................................................................
.......................................
Sekalung penghargaan diberikan buat Tuan Haji Mohamed Mustafa bin
Ahmad atas kesudian tuan membacakan perutusan hari guru Menteri
Pelajaran Malaysia. Terima kasih diucapkan.

BACAAN IKRAR HARI GURU


Bunga selasih bunga kemboja,
Kembang mekar di tepilah paya,
Ikrar tanda taat setia,
Moga janji terpahat di jiwa.
Sidang hadirin warga dewan sekalian, marilah kita sama-sama berdiri
bagi membacakan ikrar hari guru.
Bagi menyempurnakan upacara pembacaan ikrar, kini majlis dengan
sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Abdul
Rahim B Abdullah bagi memimpin bacaan ikrar hari guru. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
...................................................................................................................
.......................................
Para tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan duduk. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Rahim B
Abdullah atas kesudian memimpin bacaan ikrar itu tadi.
PERSEMBAHAN
Ikrar sudah, gimik pun sudah,
Ingin hiburan pengubat jiwa,
Ayuh kita hayati puisinya,
Moga terubat gundah gulana.
Hadirin sekalian,

Kini dengan sukacitanya, pihak majlis ingin menampilkan persembahan


istimewa.....................................................................................................
.......................................................................................................
Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.
Begitu mendalam puisi yang dialunkan oleh pelajar-pelajar itu tadi..
Bagi menghangatkan lagi suasana pada hari ini majlis dengan segala
hormatnya

menjemput

nasyid....................untuk

dan

membuat

mempersilakan
persembahan,

kumpulan

dengan

segala

hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan nasyid ..................diatas
persembahan yang menarik sebentar tadi.
Seterusnya persembahan kemuncak pada hari ini adalah penampilan
istimewa pensyarah kita sendiri. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan tuan haji rahim untuk membuat
persembahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Hadirin tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Majlis pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Dari Kedah ke pekan sari,
PENUTUP

Beli suasa di Kota Tinggi;


Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-

sama berdiri bagi menyanyikan lagu IPGM dan lagu Guru Malaysia.
Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi, maka majlis
memohon dilabuhkan tirainya.Pihak majlis sekali lagi mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan sekali lagi majlis
memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung .
Segala yang baik datang dari Allah , dan segala yang buruk itu datang
daripada kami sendiri . Semoga berjumpa di lain hari .
Sekian , wabilahitaufiqwalhidayah wasalamualaikum w.b.t

Mengumumkan pergerakan keluar dewan Tuan Pengarah diiringi para


BERSURAI

pensyarah , meninggalkan dewan.

Anda mungkin juga menyukai