LIMBONG
NAMA : Haji Abdur Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau
lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau kerap
ke Limbong , Kemaman untuk mengajar.
Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah
seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.
Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah menjadi
peguam.
DAKWAH HAJI ABDUL RAHMAN
LIMBONG
Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai Haji Abdul Rahman Limbong aktif
mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Kitab-kitab yang beliau ajar meliputi
beberapa disiplin ilmu, antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan
Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm
al-Barahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab
tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr
ats-Tsamin.
Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ialah
Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf iaitu Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis kedua-
duanya dalam bahasa Melayu.
Selain mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka
mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri di dalam mengembangkan syiar
Islam. Antara tempat yang pernah menerima kunjungan beliau adalah Beserah dan
Kuantan di Pahang, Kelantan, Patani, Kedah, Sambas di Kalimantan, Jambi dan Riau di
Sumatera dan Brunei.
FAKTOR KEBANGKITAN TANI
Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas.
• Undang-undang Kawalan Binatang Buas tahun 1923 melarang penduduk
memburu binatang liar.
• Mereka yang ingkar dikenakan denda 500 dolar dan senapang mereka akan
dirampas.