Anda di halaman 1dari 2

JURNAL LAKONAN SUARA MINGGU 2

Pengenalan:
Pernafasan yang betul adalah persediaan asas untuk menyanyi dengan bagus.
Penyanyi yang bagus boleh mengawal sepenuhnya pernafasan mereka ketika membuat
persembahan. Penyanyiperlu belajar bagaimana untuk mengetahui tentang pernafasan mereka
kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti suara, kemampuan untuk mencapai julat
pitch yang diperlukan dan kemahiran mengawal not untuk tempoh masa yang lama.
Mempelajari teknik penting ini memberikan alat yang betul bagi seorang penyanyi untuk
melahirkan kemampuan diri mereka sebaiknya.

Jadi inilah yang ingin ditekankan oleh En.

Madzlan dalam minggu kedua ini. Cara pernafasan yang betul dalam teknik menyanyi.
Aktiviti:
Pada minggu kedua ini, En. Madzlan meminta kami menyanyikan sebuah lagu dengan
iringan muzik Minus one. Jadi saya memilih untuk menyanyikan lagu nyanyian Allahyarham
Achik dari kumpulan Spin bertajuk Mengusung Rindu. Sebelum kami mulakan aktiviti
nyanyian, En. Madzlan meminta kami berjoging mengelilingi fakulti sebanyak tiga pusingan
untuk tujuan memanaskan badan. Setelah itu, setiap seorang dari kami diminta menyanyikan
lagu pilihan kami.
En. Madzlan meminta kami menyanyikan lagu mengikut rentak muzik minus one
dengan betul. Aktiviti ini dibuat bukanlah bertujuan untuk menguji sama ada suara kami sedap
atau tidak untuk menjadi penyanyi, ia adalah untuk melihat sama ada kami menyanyi
menggunakan teknik pernafasan yang betul atau tidak.
Di akhir pembelajaran, saya dapat belajar cara menyanyi dengan menggunakan
pernafasan yang betul dan teknik vokal yang sebetulnya. Saya tiada asas atau pengalaman
langsung dalam bidang nyanyian apa lagi belajar teknik nyanyian dan pernafasan yang
sebetulnya, jadi dalam kelas En. Madzlan ini, saya banyak menimba ilmu dan pengetahuan
yang baru.
Kekangan/ Masalah:
Masalah yang saya hadapi adalah kerana saya tiada asas dan pengalaman, agak sukar
untuk saya memahami apa yang ingin disampaikan oleh En. Madzlan, namun begitu sebagai
pelajar saya akan terus mencuba. Satu lagi kekangan yang saya rasakan adalah oleh sebab

bilangan pelajar yang agak ramai, agak sukar untuk En. Madzlan memberikan tumpuan secara
individu kepada setiap pelajar, kerana pada setiap individu, permasalahan yang berbeza tapi itu
adalah cabaran bagi saya untuk cuba memahami dengan lebih baik apa yang diajarkan.
Cara Mengatasi/ Cadangan:
Pada pandangan saya, cara mengatasi adalah dari pihak saya sendiri, mungkin saya
dan kawan-kawan boleh mencari inisiatif berbincang dan berlatih bersama-sama dengan lebih
kerap kerana seperti kata En. Madzlan, ia perlu dilakukan setiap hari untuk mendapatkan teknik
yang betul. Apabila dilakukan setiap hari pernafasan ini akan menjadi sifat semula jadi dan kita
akan lebih bagus di dalam cara pernafasan dan dapat menyanyi dengan baik dan betul. Dan
mungkin juga saya dan kawan-kawan boleh mencari En. Madzlan di luar waktu kelas untuk
latihan individu.
Penutup:

Secara keseluruhannya dalam kelas kedua, apa yang boleh disimpulkan oleh
En. Madzlan adalah, kebanyakan dari kami tidak menyanyi menggunakan teknik pernafasan
yang betul. Kami perlu berlatih lebih bersungguh-sungguh dan jadikannya sebagai senaman
harian agar cara pernafasan yang betul akan menjadi tabiat kami. Kami juga akan berusaha
untuk menyanyi dengan menggunakan teknik pernafasan yang diajar oleh En. Madzlan selepas
ini. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai