Anda di halaman 1dari 19

KE ARAH MENJANA INSAN ADABI

DIS 2014

Disember 2014

MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

RISALAH MADANI
Penasihat
En.Izwan Suhadak Bin Ishak

Editor
Nur Balqis Hannah Bt Mohd Jamil
Kolumnis Edisi Disember
Anis Nur Syuhada Bt Safuan
Eka Sri Wahyu Bt Iman
Muhammad Fakhrul Amiruddin B. Hamdan
Ummahatul Hamimah Bt. Yatim

Diterbitkan Oleh :
GRUP PENGKAJI TAMADUN
DUNIA (GPTD) UNISEL
TEL : 013-3917122
FB

: Gptd Unisel

E-mel : gptdunisel@gmail.com

Disember 2014

Tutur Editor!

MISI TURDA 2.0!


Assalamualaikum ...
Pada edisi kali ini, Risalah Madani dengan berbesar hatinya telah mengeluarkan isu
khas sempena Misi Turun ke Desa (TURDA) 2.0 Isu kali ini lebih mengfokuskan
tentang tujuan para aktivis untuk menjalankan misi khidmat pendidikan dan kajian
sosio-budaya.
Seramai 18 orang relawan telah bersedia untuk memberikan khidmat sepenuh tenaga dan bakti dalam menjalani
misi TURDA yang akan berlangsung selama 15 hari ini ( 17-31/12/14). Penurut perancangan daripada pengarah
program, saudari Ummahatul Hamimah, program pada kali ini akan dijalankan di Ranau, Sabah dan bertempat di
tiga buah kampung ;- Kampung Sumbilingon, Kampung Tanid dan Kampung Malinsau Darat.
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana saya juga turut diberi ruang dan peluang untuk mengikuti Misi TURDA 2.0 pada kali
ini. Antara program yang akan kami para relawan akan jalankan , adalah termasuk Kem Kecermelangan kepada
anak-anak kampung, Kem gaya hidup sihat, kelas fardhu ain dan juga sesi pembelajaran santai bersama masyarakat kampung disana.
Semoga permusafiran para relawan TURDA kali ini dapat memberi 1001 makna dalam diri setiap yang mengikuti
program ini dan mendapat manfaat yang maksima dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan di sana. Semoga para
relawan juga dapat memperbetulkan niat untuk mencari kebaikan semata-mata kerana Allah, kerana hidup di dunia
ini juga ibarat musafir yang bermula dengan "tiada" dan akan kembali menuju kepada "tiada".
Sesuai dengan ayat Allah dalam Surah Al Mulk (67: 15) bermaksud: Dialah yang memjadikan bumi untuk kamu yang

mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya
kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

Salam Misi TURDA,


-Editor Risalah Madani -

Disember 2014

MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

GERAKAN PELAJAR DALAM


PEMBANGUNAN MASYARAKAT
PENULIS: MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN
Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia UNISEL
-Timbalan Pengarah TURDA 2014-

Gejala bejat dalam masyarakat yang kian terserlah di hadapan kita seharusnya di tangani dengan segera.
Sesungguhnya inilah cabaran masa kini, dekat yang meminta kita menelusuri kehidupan masyarakat dengan lebih
teliti sekaligus memberi penyelesaian praktikel terhadap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat.
Pelajar adalah hati nurani dan jiwa masyarakat. Kita adalah pencetus dan pencorak perubahan dalam
masyarakat. Program sosial mestilah merangkumi seluruh aspek kehidupan masyarakat kerana ia merupakan
nadi dan degupan yang bakal tercerna. Dimensi sosial gerakan pelajar menuntut pengelibatan dan penyertaan
secara serius dalam kerja sosial. Kerja sosial bukan kerja part time, malahan ia adalah kerja on call yang
memerlukan persediaan awal serta sentiasa bersedia untuk tidak bersedia berkhidmat pada bila-bila masa dan
berbakti dengan penuh ketekunan.
Tema kerja sosial gerakan pelajar mestilah berorientasikan gerak kerja (action-oriented), dan bukan
dengan memperbanyakkan kajian ilmiah yang terlalu bersifat akedemik dan terlalu statitiskal sehinggakan
masyarakat sendiri tidak mengerti apa yang dimaksudkan. Penderitaan masyarakat mestilah diatasi dengan
pembelaan amali serta program alternatif yang bersifat operatif dan tidak terlalu menggunakan lisan. Proses
melahirkan insan yang sedar dan mempunyai nilai-nilai keinsanan yang tinggi adalah berteraskan kepada sistem
pendidikan yang dilaluinya. KBSR dan KBSM adalah pencetus kepada lahirnya generasi yang baru serta komited
dan bertanggungjawab.
Gerakan pelajar harus sensetif dengan keadaan di sekelilingnya. Mereka seharusnya berperanan
menjadikan institusi pendidikan seperti sekolah, maktab, dan universiti sebagai medan bagi melahirkan generasi
yang dikehendaki. Segala ilmu yang diterima di dalam bilik kuliah seharusnya diterjemah dalam konteks
kehidupan masyarakat bagi mengelakkan kecanggungan apabila berada dalam komuniti yang sebenar.
Iltizam serta yakin bahawa islam akan kembali menguasai dunia. Rentetan peristiwa yang berlaku dengan
kejatuhan ideologi Komunis-Russia dan kejelikan umat terhadap tamadun barat-Amerika melambangkan bahawa
islam akan kembali menguasai dunia. Rantau Alam Melayu adalah rantau yang menjadi idaman pelbagai
kelompok musuh ketika ini. Zionis Yahudi dan Kristian Nasara mengembeling tenaga demi merosakan
kebangunan Islam yang telah terbina. Inilah cabaran lingkungan yang terpaksa kita hadapi.
Sesungguhnya jangkauan gerakan pelajar mestilah lebih lebar dan luas. Gerakan pelajar hanya akan
mampu bertahan di pangkalan kemelut cabaran umat dengan memiliki pengikut yang setia, petugas yang
amanah, pendakwah yang berkualiti dan pemimpin yang berwibawa.
Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam
Jurusan ISM Sains Industri tahun Pertama
4

Disember 2014

FOKUS- TEMA BULAN INI

TURUN KE DESA (TURDA)


Penulis: Ummahatul Hamimah Bt Yatim
Pengarah TURDA 2014

Pendidikan merupakan antara aspek yang terpenting


bagi memajukan dan merubah
sesebuah masyarakat ke arah lebih baik.
Pendidikan yang dimiliki sesebuah kelompok masyarakat
akan menentukan posisi mereka dalam negara. Dalam
usaha untuk mengorak langkah seiringan dengan membangunnya negara maka pendidikan masyarakat harus
ditingkatkan tidak terkecuali bagi masyarakat di kawasan pedalaman. Di atas kesedaran terhadap perkara
inilah, Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), terasa terpanggil untuk mengadakan projek TURDA dalam erti
kata untuk memberikan khidmat pendidikan dan juga
melaksanakan kajian sosio budaya.
Oleh itu, dengan program ini juga secara tidak langsung
akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama serantau, dalam
misi kita untuk menjadi sebuah negara yang maju, selain
dapat menabur bakti pada masyarakat di sana. Dalam
erti kata yang lain, kunjungan ke Sabah ini juga akan
dapat membentuk dan membina seorang mahasiswa
Unisel yang mempunyai spiritualisme, intelektualisme dan
aktivisme yang tinggi sekaligus melahirkan mahasiswa
yang seimbang dari sudut fizikal, mental dan spiritual
serta mampu untuk menjadi modal insan yang berkualiti.

3. Melatih mahasiswa yang terlibat untuk menjadi mahasiswa yang mandiri serta mampu berperanan dengan
baik dalam masyarakat.
4. Membina jaringan antara mahasiswa Unisel dengan
mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Program ini juga ingin dilaksanakan mengikut beberapa
buah justifikasi yang menjadi penanda aras bagi setiap
relawan yang turut serta dalam program kali ini. Antaranya ialah :1. Membina mahasiswa yang berfikiran kreatif dan inovatif.
2. Menjalin kerjasama sosial diantara mahasiswa Unisel
dan masyarakat di Sabah.
3. Membentuk modal insan yang berkualiti di dalam diri
mahasiswa .
4. Melahirkan mahasiswa yang seimbang
fizikal, mental dan spiritual.

Di dalam melaksanakan program ini, kami telah mengfokuskan kepada empat buah objektif yang ingin dicapai
diakhir program inai. Antaranya adalah :1. Membina jalinan antara mahasiswa Unisel dan penduduk
di Sabah.
2. Memberi khidmat pendidikan kepada masyarakat di
Ranau Sabah.
5

Disember 2014

MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Membawa Misi Rahmatanlilalamin di Negeri di


Bawah Bayu.

Dakwah adalah usaha membawa manusia kepada agama Allah. Ia meliputi proses menyampai, mengajak atau menyeru manusia mengenali, menerima dan menghayati Islam yang dilaksanakan melalui
kaedah, teknik dan pendekatan tertentu. Nabi Muhammad SAW bersabda :
Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, disediakan tempat baginya daripada api neraka. (Riwayat alBukhari)
Dalam konteks menyampai, mengajak dan menyeru bukanlah satu proses ringkas dalam kondisi yang
nyaman dengan kemudahan pendingin hawa dan fasilitator yang lengkap. Tambahan pula, Sabah merupakan antara negeri di Malaysia yang masih memerlukan perhatian serius untuk dibangun dan dimajukan. Kedudukan kampung yang sebahagian besarnya masih tidak dapat dikesan satelit peta
membuktikan betapa besarnya ranjau yang bakal dan akan dilalui dengan merentas pendalaman dan
menelusuri sungai.

Justeru itu, kekuatan fizikal dan mental amat diperlukan bagi merealisasikan tujuan utama dalam
usaha menjadikan misi Rahmatallilaalamin. Kekuatan fizikal yang dapat disimpulkan dengan kecerdasan tubuh badan dan kecerdasan minda sangatlah penting sebagai keperluan utama yang perlu
diambil perhatian oleh para pendakwah. Kekuatan mental dan rohani adalah tunjang bagi segala kekuatan yang dizahirkan. Analogi mengecas bateri di waktu malam sebagai keperluan untuk keesokan
harinya mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan konsep Qiammulail. Pelaksanakan solat sunaat tahajud yang telah diamalkan sejak sekian lama dahulu oleh salafussoleh perlulah dipraktikkan,
kerana kekuatan yang hadir kerana ketaqwaan lebih diperlukan untuk membina kesihatan lahiriah.
Kekuatan rohani yang dapat dilahirkan melalui qiam ini mampu membina syarat yang diperlukan oleh
seorang dai'. Konsep 4S iaitu senyum, syukur, sabar, sayang yang telah ditonjolkan oleh junjungan besar Rasulallah SAW adalah yang terbaik, buktinya kita sendiri merasai nikmat Islam dan Iman itu
sendiri. Keperibadian beliau sebagai utusan Allah itu telah mengambarkan betapa indanya agama islam itu sendiri. Dengan kekuatan nikmat iman dan islam inilah yang telah memberi kekuatan kepada
para daie untuk menyebarkan dakwahnya dikawasan pendalaman.

Disember 2014

MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Konsep dakwah yang membawa pendekatan menyeru, menyampai dan mengajak adalah lebih berkualiti jika konsep itu sendiri dihadam oleh para daie.
Memulakan konsep dakwah kepada diri sendiri amatlah diperlukan kerana secara amnya,
ubah dunia dalaman, anda akan mengubah dunia. Dr. Muhaya Haji Mohamad seorang pakar
transformasi diri seringkali menegaskan "kita tidak boleh ubah orang, yang kita boleh ubah
adalah diri kita". Justeru itu, konsep dakwah itu adalah menjadi lebih mudah sekiranya kita
mempraktikkan sendiri dalam diri kita.
Bilangan gereja yang terlalu banyak di Sabah yang dinisbahkan setiap dua rumah orang kampung satu geraja,dan bilangan masjid yang juga boleh dikatakan setiap 20km baru menjumpai masjid. Bagi kita sendiri yang setiap hari didedahkan oleh pendedahan agama dari setiap
sudut bermula dengan mata pena sehinggalah ke media elektronik, mengalami graf iman
yang turun naik, apatahlagi mereka yang secara jelasnya daif dari segala sudut bermula dari
pembangunan lahiriah dan batin.

Tetapi yakinlah kita bahawa Allah berfirman, Aku tidak membebani kamu dengan sesuatu
yang diluar kemampuan kamu, dan ingatlah pertolongan Allah itu sangatlah hampir". Jelas
disini tiada permasalahan yang tiada penawarnya kecuali mati. Oleh yang demikian menjadikan Rasullah sebagai pencetus semangat modul dakwah adalah jalan terbaik bagi permasalahan ini. Megajar mereka mengenal Allah dan Rasulnya dengan menerapakan sunah-sunnah
yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Bermula dari bangun tidur sehinggalah
tidur kembali, pengajaran yang telah dididik oleh Rasullulah itu sangat indah, jelas sekali kepraktisan yang berkesan boleh diterima dengan mudah oleh mereka.

Secara jelasnya, perjuangan ini menjadi lebih mudah apabila kita mengantungkan sepenuh
rasa tawakal kita yang tidak berbelah bagi kepada Allah bahawa kunci utama segala permasalahan adalah peluang utuk kita mencapai Radiah dan Mardiah iaitu aku reda kepada Allah,
dan Allah reda keatas kamu. Menjadikan doa dan tidak berputus asa sebagai senjata utama
adalah antara ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang daie supaya misi Rahmatilalamin dapat
dicapai, In shaa Allah.
Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam Jurusan ISM Psikologi
Industri Tahun kedua

Disember 2014

FOKUS ! - ANTARABANGSA

Tips Bermusafir dalam Kumpulan


PENULIS: Nur Balqis Hannah Bt Mohd Jamil
-Relawan turda 2014-

Mengembara didalam kumpulan- kawan-kawan,


rakan sekerja, atau bersama ahli keluarga merupakan sebuah aktiviti yang sangat dinantikan bagi
setiap invindu. Selalunya aktiviti sebegini dapat
mengikatkan tali-tali persaudaraan antara kita dan
orang yang kita pergi bermusafir bersama. Sebelum
memulakan sesebuah pengembaraan bersama
kumpulan tidak kira di dalam kumpulan yang besar
atau kecil seharusnya terdapat beberapa perkara
yang boleh diambil bagi memudakahkan perjalanan
pengembaraan kita nanti.

1.Berbincang
Perkasa asas yang harus dilaksanakan sebelum
memulakan sesebuah pengembaraan. Cuba
mengumpulkan sebanyak mungkin ahli kum
pulan kita untuk berbincang tentang perjalanan
yang bakal dihadapi. Dari situ kita boleh menen
tukan seorang ketua untuk mengetuai perjalan
an dan mengambil kira pandangan dan idea dari
setiap ahli kumpulan. Tambahan juga beberapa
cadangan aktiviti boleh di susun secara kasar
bagi memberikan input yang menarik dalam
pengembaraan itu nanti

2. Berkongsi pengetahuan anda


Digalakkan untuk setiap ahli kumpulan untuk
melakukan kajian sedikit tentang tentang tem
pat yang bakal dikunjungi nanti.Sangat penting
dalam sesebuah pengembaraan kumpulanuntuk
berkongsi maklumat dan informasi agar setiap
ahli mendapat gambaran kasar tentang keadaan
kawasan yang bakal dilawati nanti dan apa yang
perlu dilakukan dan tidak perlu dilakukan seti
banya di kawasan itu nanti

3. Bersuara, tetapi menjadi pendengar yang baik


Seringkali di dalam pengembaraan berkum
pulan, akan berlakunya salah faham dan
ketidak puasan hati.
Oleh itu, kita sebenarnya di galakkan untuk
melontarkan idea dan cadangan
jika kita ingin memberi penambah baikan dalam
pengembaraan . Selain itu kita haruslah
juga menjadi pendengar yang baik untuk
memastikan setiap ahli kumpulan kita merasa
dirinya dihargai. Contohnya kita harus peka
dengan keadaan ahli kumpulan kita yang lain
seperti mereka ingin berehat sebentar atau
ingin makan. Ia supaya perjalan kita itu
nanti akan menjadi lebih ceria dengan tidak ada
yang bermasam muka. Walaupun keperluan
setiap ahli itu berbeza-beza, namun ia dapat
dilaksanakan jika setiap ahli mempunyai sifat
timbang rasa antara satu sama lain.

4. Mempunyai cadangan tambahan


Sesungguhnya rancangan Allah itu lebih
menarik daripada kehendak manusia itu sendiri.
Oleh itu,jika perjalanan kumpulan kita tidak
dapat di laksanakan seperti yang dirancang,
haruslah kita mempunyai pelan cadangan yang
lain bagi mengisi masa sekiranya pelan asal
tidak dapat dilaksanakan. Antaranya merancang
aktiviti, jadual perjalanan dan tempat yang
bakal dikunjungi dengan lebih awal bagi
Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam
Jurusan ISM TESL dalam tahun kedua

Disember 2014

GPTD SANA SINI

HALANGAN BUAT PENDAKWAH


Penulis : Anis Nur Syuhada bt Safuan
-Relawan TURDa 2014-

hagian bidang kepakaran yang bukan dalam konBerbicara soal dakwah, sudah pasti banyak cabaran teks bidangnya. Tetapi, seseorang pendakwah boyang perlu ditempuhi. Berdakwah ini bukanlah leh melaksanakan dakwahnya jika dia melakukan
suatu perkara yang mudah tetapi bukan juga se- pembacaan dalam bidang tersebut, memahami,
suatu yang sukar untuk dilaksanakan. Yang paling dan memastikan sumber-sumber ilmu tersebut dari
penting apabila seseorang

sumber yang sahih seperti Al-Quran dan Hadis.

memilih jalan ini, jangan

Sejarah masa lalu juga

mengimpikan untuk sen-

akan

tiasa disanjung atau dipuji.

penghalang kepada seo-

Antara

rang

halangan

menjadi

pendakwah

suatu

anta-

adalah

ranya ialah latar belakang

permasalahan jiwa. Seseo-

agama keluarga atau peri-

buat

pendakwah

rang pendakwah perlulah pandai mengawal emosi, laku jahiliah masa lalu. Tidak semua pendakwah itu
jangan sesekali mencampur adukkan masalah peri- dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan sebadi dalam menguruskan kerja-kerja dakwah. Seba- penuhnya ajaran Islam atau lemah dalam ilmu pengai contoh, seorang pendakwah ini sangat gelisah getahuan Islam atau mungkin dia pernah melakudengan masalah yang berlaku di rumahnya dan dia kan perkara bersifat jahiliah ini semua menjadi hamenzahirkan keresahan itu kepada masyarakat langan buat pendakwah. Oleh itu, seorang pendaktetapi ini semua harus diketepikan buat sementara wah itu haruslah menutup segala kekurangan
waktu kerana masyarakat dahagakan bimbingan tersebut supaya masyarakat dapat meningkatkan
dan ilmu.

keyakinan mereka terhadap dakwah yang disampaikan.

Pendakwah juga adalah manusia biasa yang tidak


akan lari dari merasakan kejenuhan atau letih.
Antara sebab mereka menjadi letih adalah mereka
kerja secara infiradiyah (single fighter) atau pemba9

Disember 2014

MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Halangan seorang pendakwah di tempat baru pula adalah masalah bahasa. Setiap negeri
mempunyai dialek bahasa yang berbeza bahkan dalam suatu negeri juga mempunyai gaya bahasa yang berbeza. Oleh itu, sebaiknya pendakwah perlu mempelajari atau mengetahui gaya
bahasa yang digunakan di tempat tersebut agar mesej yang ingin disampaikan berkesan.
Akhir sekali,halangan kepada pendakwah di tempat baru adalah budaya masyarakat.
Setiap lapisan masyarakat mempunyai budaya yang berbeza, mungkin daripada asal kawasan
tersebut mahupun daripada nenek moyang mereka. Pendakwah perlu memahami budaya atau
adat masyarakat setempat supaya dapat diselaraskan dengan pengisian dakwah yang bersesuaian.
Kesimpulannya, senjata paling ampuh untuk memiliki daya tahan dalam dakwah adalah
kesabaran. Kesabaran merupakan kunci utama bagi seorang pendakwah iaitu sabar dalam
menghadapi masalah jiwa (emosi), permasalahan merasa letih, masalah bahasa dan kejutan
budaya. Semua ini harus dihadapi dengan penuh kesabaran kerana Allah menyebut di dalam
kalamNya: Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran
dalam mengerjakan perkara kebaikan), dan kuatkan kesabaranmu dan bersedialah serta bertakwalahkamu kepada Allah supaya kamu berjaya. (Surah Ali Imran:200).
Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam Jurusan ISM Psikologi
tahun dua di UNISEL

10

Disember 2014

MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Memaknai Kerja Sukarela


Penulis: Ummu Huda

Dewasa ini, kerja-kerja sukarela sudah tidak asing


lagi dalam kelompok masyarakat khususnya di negara
kita. Kita dapat melihat perkembangan yang sihat
serta kesedaran yang semakin meluas dalam
kalangan masyarakat. Namun begitu, ada sestengah
individu mahupun kelompok yang masih gagal
memaknai erti sebenar kerja sukarelawan. Ada
kalanya kerja sukarela hanya dijadikan sebagai aktiviti
pengisi masa lapang bagi sesetengah individu.
Seharusnya individu yang terlibat memaknai erti
sebenar kerja sukarela agar kerja-kerja sukarela
yang dibuat mampu memberikan impak yang maksima
bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada diri
individu itu sendiri.

kempen (advocacy or campaigning). Pelaksanaan


kerja-kerja sukarela ini boleh dibuat melalui pelbagai
cara seperti melalui perkongsian ataupun
menyumbang daripada segi masa, idea, material,
tenaga fizikal, kemahiran, pengalaman, ilmu
pengetahuan dan banyak lagi.

Kerja sukarela (voluntary work) atau khidmat


sukarela (voluntary service) ialah kegiatan yang
dilakukan secara sukarela, ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang pulangan mahupun balasan
serta haruslah mampu memberikan manfaat kepada
golongan sasaran. Kerja sukarela terdiri daripada
pelbagai bidang merangkumi pendidikan, penyelidikan,
kesihatan, pengupayaan komuniti, hak-hak asasi,
ketatanegaraan, keagamaan, pemulihan, sukan dan
rekreasi, pembangunan, pendidikan dan sebagainya.
Bidang yang luas ini membuka peluang yang besar
kepada masyarakat untuk terlibat dengan kerja
sukarela berdasarkan bidang serta kepakaran
mereka. Jadi sudah tidak releven seseorang
menjadikan alasan idak terlibat dengan kerja sukarela
kerana tidak mempunyai kepakaran dalam satu-satu
bidang kerana mereka boleh menyumbang dalam
bidang mereka sendiri.

Kesimpulannya tidak boleh dinafikan lagi kerja


sukarela merupakan satu keperluan dalam
masyarakat bukan sahaja dalam Negara tetapi di
seluruh dunia umumnya. Tanpa kesedaran daripada
masyarakat kerja sukarela tidak akan dapat
dilaksanakan. Masyarakat harus memaknai kerja
sukarela serta berpartisipasi dalam dalam
pelaksanaannya untuk memastikan kesejahteraan
masyarakat sejagat. Kalau bukan kita siapa lagi, dan
kalau bukan sekarang bila lagi. Bersama-samalah
kita memikul tanggungjawab ini untuk mewujudkan
masyarakat yang lebih sejahtera.

Bidang ataupun jenis kerja sukarela ini telah


dikategorikan kepada empat bahagian utama iaitu
bantuan kendiri (self help), kedermawan
(philantrophy) atau perkhidmatan, penyertaan (orang
ramai/masyarakat/ awam), dan pembelaan atau

Dari segi sasaran kepada kerja sukarela


mensasarkan kepada individu mahupun masyarakat
yang memerlukan seperti mangsa-mangsa bencana,
orang kelainan upaya, pelarian, mangsa peperangan,
mangsa penindasan serta mana-mana golongan yang
memerlukan bantuan. Sasaran ini biasanya ditentukan
sendiri oleh pihak ataupun agensi yang mengetuai
satu-satu misi sukarela tersebut.

Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam Jurusan ISM


Matematik Statistik di tahun Kedua

11

Disember 2014

SEJARAH? OH SEJARAH!

Sejarah Sabah
Sumber: blogzzpejuangbangsa.blogspot.com /

ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sabah

Sejarah Sabah boleh dijejaki semula pada kira-kira

23 Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh

30,000 tahun dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo
manusia wujud di negeri ini. Sejarah Sabah juga termasuk Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpudalam sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang sebelum ini me- lannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kerupakan sebahagian dari Brunei dan kini Malaysia. Sejarah ter- datangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi.
awal yang direkodkan di Sabah ketika tamadun bermula adalah Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebapada abad ke-15 ketika eraKesultanan Brunei. Sebelum ini, pen- gai Api-Api.
duduk awal hidup dalam masyarakat yang berpuak dan puakpuak ini terus wujud sehingga abad ke-19.Bahagian timur Sabah
telah diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana
membantu menewaskan musuh Brunei, namun banyak sumber
mengatakan ianya tidak pernah diserahkan. Sehingga akhir
abad ke-19, kedua-dua kawasan dimiliki oleh Sultan Brunei dan

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara'
secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama
'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika pembentukan Malaysia.

Sultan Sulu yang akhirnya diberikan kepada British. Sabah men- Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prajadi naungan United Kingdom pada 1888, kemudiannya menjadi pancha pada tahun 1365 menyebut Sabah

sebagai 'Seludang'.

tanah jajahan mahkota sehingga tahun 1963, ketika itu ia dike- Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo,
nali sebagai Borneo Utara. Pada 16 September 1963,
bergabung dengan

Malaya,

Singapura

Sabah Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin meru-

untuk memben- juk kepada Brunei.

tuk Persekutuan Malaysia.


Asal-usul nama Sabah dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang Saba iaitu sejenis
buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh
masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng.
Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah
sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai
'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang
saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.
12

Disember 2014

MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada
kerajaanBrunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh
dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Srivijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa.
Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya
dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh
pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei
mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo.[4] Kecuali dari Eropah, pendatang
asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di
kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.
Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo
Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Buktibukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.
Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran
politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini
bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan
dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.
[8]
Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada
Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah membentuk pentadbiran peralihan sementara bagi bergabung dengan
Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa Sabah telah menjadi sebuah negaramahupun merdeka secara hakiki, berikutan ketiadaan pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.
Penglibatan negeri Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek pentadbiran, politik, sosial dan sebagainya. Sabah terus mengalami pembangunan yang pesat dan seterusnya memasuki era baru yang lagi mencabar sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

13

Disember 2014

MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN

Bahasa Melayu Sabah


Sumber: Wikipedia, ensiklopedia bebas

Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa
umum Sabah. Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal
dengan Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat (a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.
perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan,
serta cara penyampaian.
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sePenggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan
Bahasa Melayu Indonesia serta Brunei, Bahasa Kadazandusun, Bahasa
Inggeris dan terdapat juga pengaruh Cina Hakka. Beberapa contoh:
* bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
* cincai - tidak teratur
* limpang - baring
* limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang)
* lugai-lugai - tak tentu arah
* ndak/inda - tidak
* ping - ais
* sikul - sekolah
* aisboks - peti sejuk
* palui - bodoh
* sot - gila
Penggunaan Kata tambah -bah

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah


dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah -bah yang sering
diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti
berikut:

butan 'i'

* pigi - pergi
* sijuk - sejuk
* bisuk - besok
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'

* kamarin - kelmarin
* paning - pening
* bali - beli
Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'

* bula - bola
* urang - orang
* buduh - bodoh
* munyit - monyet
Penggunaan Berbeza

Terdapat juga perkataan Melayu yang jarang digunakan dalam Bahasa


Melayu Piawai. Penggunaan perkataan-perkataan ini telah diganti dengan
perkataan-perkataan lain.

Contohnya:
* Sia (saya) - Saya
* aku - saya
Penggunaan "anu"
* kau - awak
"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. * Nda payah - tak perlu
Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. * ta'usah (tak usah) - jangan
Contoh penggunaan Dia keluar dengan si"anu" semalam.. Bagaimanapun, per* minta puji - berlagak (sombong)
kataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.
Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
- Iya bah. - Iya, lah

Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan
untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan
anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.
Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa"
dalam Bahasa Melayu piawai.
14

LIRIK LAGU TURDA


* Mengikut rentak lagu Aku Anak Kampung

MEMANG KEJAYAAN TAK MUDAH DIKECAPI


TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA YANG GIGIH
JIKA KAU BERUSAHA, TIDAK PUTUS ASA
KAU PASTI BERJAYA...
AKU ANAK DESA PUNYA CITA HARAPAN

2X

SEDIA UNTUK BELAJAR, TIDAK CARI ALASAN


INGIN CAPAI CITA
BERJASALAH BHA KAU , PADA NUSA BANGSA
TERSENYUM DALAM LANGKAH, KUATKAN TEKAD HATI,
JANGAN PUTUS ASA, HADAPI DENGAN TABAH
MAJULAH KE HADAPAN, CAPAI KEJAYAAN
SAMA KAWAN KAWAN,
KITALAH PERMATA, KITALAH HARAPAN,
MELAKAR KEJAYAAN, MEMBANTU MASYARAKAT,
BUDAYA TERANCANG KITA PERKASAKAN,
TANGGUNGJAWAB KITA~

15

relawan turda 2014


NAMA : Izwan Suhadak
Ishak
-32
-UNISEL
-PENSYARAH FAKULTI
SAINS KOMPUTER DAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT
-PENASIHAT TURDA 2014
NAMA : Ummahatul Hamimah
Binti Yatim

NAMA: MUHAMMAD
FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN

- 21
-UNISEL
-ISM Matematik
dan Statistik

- 21
-UNISEL
-ISM Teknologi
Industri,

-PENGARAH TURDA

-PEN. PENGARAH
TURDA

NAMA : NUR BALQIS


HANNAH BT MOHD
JAMIL

NAMA : SITI KHADIJAH WONG SOOK LI

- 21
-UNISEL
-ISM. BAHASA
INGGERIS

- 22
-UNISEL
-ISM. PEND.AWAL
KANAK-KANAK

-relawan turda

-relawan turda

NAMA : MUHAMMAD REDHUAN B.


MOHAMMAD DAUD

NAMA : ANIS NUR


SYUHADA BINTI
SAFUAN

-19
-UNISEL
-ISM Matematik
dan Statistics

-21
-UNISEL
-ISM PSIKOLOGI I
NDUSTRI

-relawan turda

-relawan turda

16

NAMA : Muhammad
Ahnaf Fikri Bin
Husin

NAMA: NORHAFIZAH
BT AHMAD

- 20
-UNISEL
-ISM SAINS
KOMPUTER

- 25
-UKM
-Master Peng.
Islam Quran &
sunnah

-relawan turda
-relawan turda

NAMA : NUR AIN


AMIRAH BINTI
ANUAR

NAMA : EKA SRI WAHYU BINTI HAJI IMAN


SYAIFFUDIN

- 21
-UNISEL
-Diploma Bahasa
Inggeris

- 21
-UNISEL
-ISM PsIKOLOGI
INDUSTRI

-relawan turda

-relawan turda

NAMA : NUR ATIKA


BINTI SAMSANUR
- 20
-UNISEL
-ISM PEND. AWAL
KANAK-KANAK
-relawan turda

NAMA : MUHAMMAD
ZULFADZLAN B
MOHD FADZIL
- 21
-KIPSAS
-DiplomaSyariah &
Undang-undang
-relawan turda

NAMA : NUR
SHAKIYA BINTI
USSEN
- 20
-UNISEL
-ISM. PEND.
AWAL KANAKKANAK

NAMA : JUNAIDAH
BTE ISMAIL
- 25
-SMK DURIAN TUNGGAL
- PEMBANTU
TADBIR
-relawan turda

-relawan
turda

17

NAMA : Muhammad
Muadz b. adnan

NAMA : Muhammad
najib b. basri

- 26
-warden pusat
jagaan kanakkanak yatim
rukaiyah

- 15
-sek.men. Keb dato
abu bakar
baginda
-relawan turda

-relawan turda

18

GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana


individu yang berminat menjadi sukarelawan GPTD.
Sesiapa yang berminat boleh emailkan (nama,
no matrix, nombor telefon dan email) anda ke
gptdunisel@gmail.com ataupun sms
ke nombor:

013-3917122

19

Anda mungkin juga menyukai