Anda di halaman 1dari 14

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF1503
SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN
JANUARI 2014

TAJUK TUGASAN
Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri dari pelbagai golongan etnik, agama dan budaya.
Kepelbagaian inilah yang menjadikan negara ini unik dari segi hubungan antara kaum.
Pada pendapat anda, adakah budaya dialog antara kaum/etnik/budaya/peradaban amat perlu
disuburkan dalam konteks negara kita, untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi
nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta
kelangsungan identiti negara? Bincangkan.
Name

: Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis

Matric number

: 840726135564001

NRIC

: 840726-13-5564

Telephone number : 013-3992617


E-mail address

: huda_idz@yahoo.com

Nama Tutor: En. Abd. Basib Bin Jabal


Learning Centre: OUM Mentakab
September 2013 Semester

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0

2.0

3.0

PENGENALAN

1.1 Sejarah Ringkas Malaysia dan Kemasyarakatan

1.2 Dasar Kepelbagaian Kaum di Malaysia

DEFINISI

2.1 Masyarakat

2.2 Majmuk

- Kesimpulan Masyarakat Majmuk

- Ciri-Ciri Masyarakat Majmuk

2.3 Budaya

2.4 Dialog

- Kesimpulan Budaya Dialog

- Dialog Yang Baik

KEKUATAN DAN KELEMAHAN

3.1 Kekuatan

3.1.1 Mengamalkan bentuk dialog yang diterima semua kaum

3.1.2 Idealisme berdialog

3.1.3 Etika dalam berdialog

3.1.4 Pertumbuhan ekonomi yang pesat

10

3.2 Kelemahan

10

3.2.1 Perbezaan dari segi intektual penghalang budaya dialog

10

3.2.2 Keruntuhan moral dan nilai

10

3.2.3 Sikap toleransi terhadap satu sama lain telah merosot

11

3.2.4 Sikap fanatik dan perkauman

11

4.0

CADANGAN

11

5.0

KESIMPULAN

13

6.0

RUJUKAN

14
2

HBEF1503

1.0

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

PENGENALAN
Tamadun ditakrifkan sebagai sesuatu masyarakat yang berkongsi pelbagai cara hidup
yakni dalam nyata atau tidak. Melihat dari sudut tamadun purba di mana masyarakat pada
zaman prasejarah awal ini hidup berpindah-randah kerana mereka tiada tempat tinggal yang
tetap (nomad). Sumber makanan pula, mereka memburu binatang liar dan tumbuh-tumbuhan.
Cara pemakaian pula, mereka lebih kepada penggunaan kulit haiwan sebagai baju. Namun
demikian, kehidupan mereka tidak sama dengan kehidupan zaman prasejarah akhir yang
mana mereka mula mendirikan tempat tinggal yang tetap yang dibuat daripada tanah liat dan
kelihatan lebih canggih. Cara pemakaian mereka lebih berteknologi di mana menenun kain
dari kulit binatang atau dedaun pokok untuk dijadikan baju. Sejarah awal masyarakat plural di
Malaysia terdiri daripada orang asli yang terbahagi kepada tiga kaum iaitu Negrito yang
mempercayai kepada dosa dan pahala, Senai kepercayaan kepada animisme dan Melayu Asli
yang terpengaruh dengan kepercayaan Senai dan Negrito yang tinggal jauh di pedalaman.
1.1

Sejarah Ringkas Malaysia dan Kemasyarakatan

Seperti mana yang kita ketahui, negara kita telah pun merdeka tanggal 31 Ogos tahun
1957 yakni merupakan sebuah negara yang membangun dengan pesatnya serta aman dan
harmoni. Malaysia terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu,
Cina dan India manakala, suku kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak pula ialah Iban,
Kadazan-dusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Bajau, Suluk serta pelbagai lagi kaum yang
mempunyai 80 kaum di Malaysia ini termasuk lah Baba dan Nyonya. Tanggal 16 September
1963, Malaysia ditubuhkan atas gabungan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak serta
Singapura. Antara faktor yang menyebabkan masyarakat Malaysia terbina adalah dari
masyarakat melayu di mana kedatangan Indonesia ke Tanah Melayu disebabkan oleh politik
yang tidak stabil, miskin, ciri-ciri penduduknya dan pertumbuhan ekonomi serta politik yang
stabil di Tanah Melayu. Justeru, daripada kedatangan masyarakat Cina pula adalah disebabkan
oleh ciri penduduk, kepayahan sara hidup, kemudahan berhijrah, politik yang tidak stabil,
bijih timah dan getah tumbuh dengan baik dan politik yang stabil di Tanah Melayu. Manakala,
kedatangan masyarakat India pula disebabkan oleh kepayahan sara hidup, pelawaan dari
kerajaan Inggeris dan ekonomi yang berkembang pesat di Tanah Melayu. Dengan adanya
kesepaduan antara kaum dan etnik ini, negara kita kini kian hidup dengan aman dan tenteram
serta terhindar dari kewujudan polarisasi kaum yang dulunya mengundang ke arah
kemusnahan negara di mana tercetusnya rusuhan kaum pada 13Mei 1969 yang mewujudkan
3

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

pengisytiharaan darurat dan perintah berkurung pada 16 Mei 1969. Bagi mengukuhkan
hubungan etnik Malaysia, sekarang ini pelaksanaan dasar-dasar kerajaan telah diperluaskan
dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial. Masyarakat yang majmuk perlu mengekalkan cara
kewujudan ideologi yang berbeza agar semua etnik dapat menyuarakan hak-hak mereka
dengan baik. Antaranya melalui Dasar Pendidikan Negara, Gagasan 1Malaysia, Majlis
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Rancangan-Rancangan Ekonomi dan pelbagai lagi.
1.2

Dasar Kepelbagaian Kaum di Malaysia

Dari segi ekonomi, penguasaan etnik cina lebih meningkat dan kuat berbanding
bumiputera. Oleh sebab itu juga, mereka selalu memelihara dan mempertingkatkan kekuatan
tersebut. Kejayaan mereka disebabkan bijak dalam ilmu perniagaan dan mempunyai
perancangan yang strategik di dalam persaiangan yang sihat dalam dunia perniagaan. Dari
segi pendidikan pula, etnik bumiputera memang sering ketinggalan namun, dengan wujudnya
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mana memberi peluang untuk mereka kecapi kejayaan
dalam pelajaran. Sebagai contoh, kewujudan sekolah asrama yang dipenuhi dengan etnik
bumiputera serta kemasukan Universiti dengan menggunakan sistem kuota. Pada ketika itu,
sistem pendidikan berorientasikan kaum mula diperkenalkan dikalangan masyarakat majmuk
seperti Melayu, Cina dan India dengan wujudnya sekolah berdasarkan kaum masing-masing.
Bagi menyampaikan ideologi patriotik dan menanamkan nilai-nilai positif dikalangan murid
sekolah, Dasar Pendidikan Negara sudah mula diperkenalkan. Ini adalah untuk
menyemarakkan lagi perpaduan kaum terhadap murid-murid di sekolah. Manakala dari segi
sosial, hak etnik bumiputera sering dikait dengan kontrak sosial. Ia dilambangkan sebagai
kesepakatan antara etnik dan kaum ketika meraih kemerdekaan yakni bertujuan agar
menjamin hak setiap etnik. Namun ia menimbulkan satu kemarahan dari etnik melayu kepada
etnik lain berkaitan dengan hak keistimewaan orang melayu yang dianggap tidak wajar di
dalam perlembagaan persekutuan. Rentetan dari itu, maka tertubuhnya kumpulan pendesak
melayu seperti Perkasa (Peribumi Perkasa Malaysia) yang mempertahankan dari segi hak-hak
masing-masing.

2.0

DEFINISI
2.1
Masyarakat

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), masyarakat ditakrifkan


sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan
cara tertentu. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Masyarakat madani bermakna
masyarakat yang berperadaban, berbudi luhur atau berakhlak mulia. Masyarakat
modern pula, masyarakat yang berkaitan dengan masa kini, yang terbaru dan mutakhir.
2.2

Majmuk
Manakala masyarakat majmuk merujuk kepada beberapa kelompok bangsa

atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat, di mana
mereka hidup terpisah kerana mengamalkan adat kepercayaan dan cara hidup yang
berbeza dengan bangsa lain. (Wikipedia, ensiklopedia). Secara menyeluruh,
masyarakat majmuk merupakan kelompok yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
etnik yang mempunyai kedudayaan, agama, adat resam dan bahasa yang tersendiri.
Justeru, menurut Furnivall terdapat beberapa ciri-ciri masyarakat majmuk di
Malaysia seperti wujudnya kehendak persendirian iaitu setiap kaum dan etnik
mempunyai matlamat hidup dan kehendak sendiri. Dari segi ekonomi pula,
masyarakat eropah terutamanya tiada kehendak sosial bersama. Ini adalah kerana,
setiap etnik mempunyai aturan sosial yang tersendiri untuk dijadikan sebagai panduan
dalam kehidupan mereka yang merangkumi aspek budaya, adat resam dan
kepercayaan. Yang seterusnya, garisan-garisan pemisah telah pun wujud di dalam
memperkukuhkan bahasa, agama, ras, keturunan, kedudukan ekonomi, pekerja dan
budaya. Penjajah bersama-sama dengan kuasa luar telah menakluki dan mengawal
masyarakat majmuk kerana kerap cenderung kepada konflik. Begitu juga dengan
persaingan sengit di dalam perebutan kuasa dari aspek ekonomi dan politik, rentetan
dari itu, ia menyebabkan ketidakstabilan dan ketegangan masyarakat. Ciri yang
terakhir adalah tiada kesedaran mengenai kebangsaan serta pasar dijadikan sebagai
tempat berinteraksi.
2.3

Budaya
Merujuk kamus dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran,

cara berfikir atau akal budi dan berkelakuan. Walaubagaimanapun, definisi budaya ini
adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu yang mengandungi
sistem sosial, politik, adat resam, sikap, nilai, susunan organisasi ekonomi, agama dan
kepercayaan.
Budaya terbahagi kepada dua iaitu budaya kebendaan dan bukan kebendaan.
Budaya kebendaan sering dikaitkan dengan kelengkapan dan peralatan untuk hidup
5

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

seperti kereta, rumah, perahu, senjata dan sebagainya manakala budaya bukan
kebendaan adalah seperti undang-undang, adat istiadat dan kepercayaan antara etnik.
Adat istiadat setiap etnik dilakukan secara sendiri tidak terikut-ikut dengan adat dari
etnik yang lain. Sebagai contoh, adat perkahwinan etnik melayu adalah pihak lelaki
menghantar hantara kepada pihak perempuan manakala, adat perkahwinan etnik India
pula ialah pihak perempuan yang menghantar hantaran yakni dowry kepada pihak
lelaki. Begitu juga dengan sistem kepercayaan antara etnik dan adat resam menjadi
perkara yang mustahak untuk menunjukkan jalan terhadap seseorang dalam bergaul
dengan masyarakat yang majmuk ini. Menurut Mohd Taib Osman (1988), budaya
dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat
memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya
dengan keadaan sekeliling. Setiap kaum dan etnik mengamalkan agama yang berbeza.
Kaum Melayu mempunyai lebih 50 peratus penduduk negara dan merupakan
kumpulan etnik yang terbesar di Malaysia. Kebiasaannya, kaum Melayu ini
mengamalkan kebudayaan melayu, mempunyai keturunan melayu dan berbahasa
melayu. Mereka terkenal dengan nilai dan sikap yang kaya dengan budaya seni dan
peramah. Mereka juga menganut agama islam manakala, kebanyakan yang tinggal
diluar bandar melibatkan diri dengan kegiatan ekonomi seperti perikanan dan
pertanian. Bagi yang tinggal di bandar pula, mereka menceburi dalam sektor
perkhidmatan awam, swasta, perdagangan dan perniagaan. Kaum Cina merupakan
golongan etnik yang kedua terbesar di Semenanjung. Mereka mengamalkan agama
seperti Kristian, Taoisme, Buddhisme, Konfusianisme dan Islam. Sebahagian besar
etnik Cina telah tertumpu pada sektor perkhidmatan dan perdagangan yang terdapat di
bandar-bandar. Bagi kaum India pula, ia merupakan golongan etnik yang ketiga
terbesar di Semenanjung. Pada asalnya, mereka lebih tertumpu pada pekerjaan di estet
namun terdapat juga dikalangan mereka yang keluar pindah ke bandar dan memasuki
pekerjaan di sektor perkhidmatan dan perdagangan. Mereka ini menganut agama
seperti Hindu, Islam dan Sikhisme. Etnik-etnik lain seperti Orang Asli merupakan
etnik yang paling kecil di Semenanjung namun, ia terkenal dalam kajian antropologi.
kebanyakan mereka tinggal dikawasan pedalaman dan mengamalkan kepercayaan
animisme, Kristian, tradisional dan Islam.
2.4

Dialog
Menurut Kamus Dewan (2005), yang mendefinisikan dialog sebagai satu

perbincangan atau perudingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya.


6

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Menurut Dr. Abdel Kader Fustok pula, menyatakan mengenai dialog tersebut adalah
suatu proses yang luas dan mempunyai makna mendalam. Oleh itu, dialog ialah satu
konsep proses penyampaian kata-kata dan makna kepada beberapa orang dan
kumpulan. Secara menyeluruh, kita dapat simpulkan di sini bahawa dialog ialah
perbincangan dan pertukaran pendapat yang melibatkan lebih dari seseorang tentang
sesuatu isu.
Peradaban pula, ditakrifkan sebagai tamadun, serta tingkat kemajuan pada
kehidupan jasmani serta rohani sesuatu bangsa dan masyarakat. (Kamus Dewan 2005).
Oleh itu peradaban adalah proses tamadun yang merujuk kepada pencapaian
masyarakat dari segi kebendaan dan tatasusila yang tinggi. Menurut Osman Bakar,
dialog peradaban ialah komuniti dari pelbagai latar belakang bersama untuk
berinteraksi dan mengenali antara mereka untuk mencari kebaikan bersama kerana
dipaksa oleh keadaan untuk hidup bersama walaupun mempunyai kepercayaan agama,
cara kehidupan beragama, dan ideologi politik yang berbeza. Secara menyeluruh,
dialog peradaban ini merupakan satu perbincangan yang diadakan bertujuan menukar
pendapat untuk memupuk persefahaman dan permuafakatan dalam menyelesaikan
sesuatu perkara dengan interaksi terhadap pihak lain.
Di Malaysia, budaya dialog ini sangat diperlukan untuk wahana dasar tamadun
Malaysia dan kesinambungan tamadun keseluruhannya demi membina tapak yang
kukuh serta tidak meminggirkan keperluan pembangunan insan yakni tujuan akhir
segala pembangunan material. Selain itu, budaya dialog ini dapat memperkukuhkan
hubungan perpaduan negara dan integrasi nasional yakni kunci kelangsungan dan
kemampanan negara. Tujuan proses dialog budaya adalah untuk pendekatan yang
berguna dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul dan mampu
membentuk sebuah tamadun yang unik berteraskan semua tamadun dan budaya di
Malaysia. Ia juga untuk membincangkan antara dua atau lebih pihak bagi mencari
jalan penyelesaian yang kreatif dan baharu dalam menangani kemelut dan masalah
yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia. Komuniti-komuniti dari pelbagai latar
belakang bersama untuk berinteraksi dan mengenali antara mereka untuk mencari
kebaikan bersama walaupun mempunyai kepercayaan agama, cara kehidupan
beragama dan ideologi politik yang berbeza.
Budaya dialog ini sangat diperlukan kerana perbincangan mengenai sesuatu
perkara atau isu dapat dipelajari dan mampu mengubah serta setiap kaum etnik itu
dapat berkembang maju. Dialog interaksi adalah merupakan komunikasi interaktif
antara individu dengan pihak lain yang mempunyai nilai dan pandangan yang berbeza.
7

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Dialog antara tamadun merupakan peranan dalam mencari persefahaman dan banyak
menuntut perubahan-perubahan dari segi pendirian mahupun kepercayaan. Selain itu,
ia merupakan sifat pagmetik yang mana ianya adalah tindak balas daripada kemelut
masalah yang timbul. Berdasarkan hujah-hujah di atas, kita seharusnya bersetuju
dengan pelaksanaan budaya dialog ini agar diteruskan pada generasi yang mendatang
kerana ia merupakan satu usaha yang baik yang dapat menyelesaikan persengketaan
yang berbangkit. Walaupun polarisasi kaum wujud pada sebelum ini yang mana
peristiwa-peristiwa banyak menyentuh agama kaum-kaum tertentu ia dapat di atasi
dengan kerjasama dari semua pihak untuk membanteras isu atau perkara tersebut agar
negara kita terhindar dari perkara yang diuar-uarkan.
Akibat daripada peristiwa 13 Mei, pertumpahan darah yang berlaku antara
perkauman itu menyebabkan kegagalan dialog antara kaum di Malaysia. Usaha bagi
menangani isu konflik perkauman ini adalah untuk membendung dari berlakunya
ketidaksefahaman ideologi dan tiada persefahaman nilai antara kaum di Malaysia.
Oleh hal

yang demikian, penggunaan dialog ini sangat berfaedah dan banyak

kebaikannya kepada masyarakat di Malaysia. Walaupun pada masa sekarang tiada lagi
isu polarisasi perkauman ini, namun sebagai masyarakat, perlu menitikberatkan
kepentingan

dialog

antara

kaum,

agama,

etnik,

budaya,

peradaban

bagi

memperkukukan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian


kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identiti negara.
3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN
3.1 Kekuatan
3.1.1 Mengamalkan bentuk dialog yang diterima semua kaum.
Tuntutan dalam kehidupan harian seperti amalan gotong-royong,
kenduri-kendara, kemasyarakatan serta pertemuan antara berlainan agama dalam
mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan tradisi, dikatakan sebagai dialog
kehidupan seharian. Antara bentuk dialog yang diamalkan sesama kaum tersebut
adalah dialog sosial iaitu suatu bentuk kesinambungan dari dialog kehidupan di
mana penekanan terhadap kesedaran dan kepentingan betapa perlunya hidup secara
beragama dalam pertemuan yang dikelolakan. (Jurnal Peradaban-Jurnal Rasmi
Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, Jilid 1, 2008).
3.1.2 Idealisme berdialog
Dialog merupakan satu interaksi dengan suatu pihak yang berbeza
pendapat dan membolehkan kita mempelajari sesuatu yang berlainan dan baharu.
Dialog juga dapat memahami kedudukan pihak lain dan setempat yang mana
8

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

menonjolkan perlakuan manusia dan mengatasi tanggapan negatif dan rendah diri
serta bersifat jujur dan ikhlas. Dengan ini, masyarakat yang berbilang kaum ini
akan mendapat perbincangan yang positif dan diterima semua etnik. (artikel dari
Dialog antara agama realiti dan prospek di Malaysia).
3.1.3 Etika dalam berdialog
Di mana semua etnik perlu menerima pluralisme agama yang positif di
dalam budaya dialog. Dengan adanya kekuatan ini, masyarakat di Malaysia yang
berbilang kaum ini dapat menjana nilai-nilai murni dan sikap yang positif
dikalangan mereka. Setiap pemeluk agama dituntut bukan sahaja mengakui
keberadaan dan tuntutan hak dari berlainan agama, tetapi terjebak dalam usaha
memahami dan mendalami persamaan dan juga perbezaan untuk mencapai
kerukunan dalam kepelbagaian. Golongan pakar dan penganut yang komited dialualukan untuk menyertai dialog ini kerana segala isu yang dikemukan dapat
dikenalpasti dan tidak mengandungi unsur perdebatan yang boleh menjatuhkan
maruah penganut yang lain. Ia juga dapat menapis isu-isu yang boleh
memperkecilkan pegangan agama etnik lain. (artikel dari Dialog antara agama
realiti dan prospek di Malaysia). Dengan berasaskan prinsip-prinsip spiritual,
masyarakat mampu

melahirkan sebuah peradaban yang penuh dengan

penghayatan moral dan akhlak yang terpuji. Kepada pemimpin pula, mereka sudah
tentu akan lebih berhemah, bertanggungjawab dan jujur di mana dapat mengerah
masyarakatnya ke arah pembangunan negara atau tamadun yang unggul. (makalah
akademia: Perpaduan Masyarakat Majmuk Melalui Kepimpinan Budaya Teras dan
Peranan Dialog.)
3.1.4 Pertumbuhan ekonomi yang pesat
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana dan
berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah iaitu bijih timah serta
getah pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor berdasarkan Dasar
Ekonomi Baru. Pertumbuhan Malaysia asal-asalnya adalah bergantung kepada
eksport bahan elektronik seperti cip komputer. Dengan sumber yang ada ini, ia
menarik perhatian dengan hubungan luar yang masuk ke negara ini untuk
berdagang. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan budaya dialog antara
etnik yang ada. Dialog telah berlaku sejak awal lagi di mana bangsa Melayu
setempat bertembung dengan pihak lain melalui aktiviti perdagangan yang

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

membawa proses intelektualisasi dan keagamaan. Dengan perkembangan IT yang


pesat, boleh mengubah anjakan paradigma kepada masyarakat ini.
3.2 Kelemahan
3.2.1 Perbezaan dari segi intelektual penghalang kepada budaya dialog.
Ramai orang beranggapan bahawa dialog tidak wajar diadakan kerana
ia boleh mengakibatkan pendialog mengubah agamanya. Ini jelas terbukti di
dalam Jurnal Peradaban-Jurnal Rasmi Dialog Peradaban, Universiti Malaya,
Jilid 1, 2008. Ia merupakan salah satu bentuk halangan dialog terhadap
pelbagai etnik masyarakat majmuk ini. Selain dari itu, rasa rendah diri dan
tidak bersedia untuk berdialog membuatkan ramai orang tidak bersedia untuk
berdialog dan juga perasaan tidak senang apabila dikalangan penganut yang
sama akan ada pihak-pihak yang mempersoalkan ketulenan iman seseorang itu
terhadap agamanya sekiranya ia berbaik-baik dengan penganut agama atau
peradaban lain.
3.2.2

Keruntuhan moral dan nilai.


Yang mana bermaksud masyarakat memusnahkan penghayatan budi

pekerti yang murni dan mulia. Ini dapat kita melihat dari segi ketidakadilan
yang membiarkan jurang perbezaan yang begitu ketara di mana golongan kaya
dan miskin sebagai contoh tamadun Rom kurun ke 4 Masehi. Begitu juga
dengan kezaliman dan penindasan yang kian berleluasa di mana sistem
perundangan tidak lagi dihormati pada zaman itu. Justeru, sikap tertutup dan
tidak mahu mempelajari ilmu dari pihak lain serta menepis segala perubahan
dari segi teknologi mahupun aspek ekonomi, politik dan sosial. Maka sikap ini
boleh menjejaskan daya inovasi dan kreativiti sesebuah masyarakat tersebut.
3.2.3

Sikap toleransi terhadap satu sama lain telah merosot.


Pada tahun 1980-an 1990-an konflik antara Islam dan Barat berlaku

disebabkan adanya perbezaan hakikat dan peradaban yang dibangunkan oleh


Islam dan Barat. (Hutington). Konflik ini lahir daripada perbezaan,
terutamanya konsep muslim yang memandang dari sudut yang menyatukan
agama dan politik. Ini akan mewujudkan rasa kesangsian dan permusuhan
terhadap satu sama lain yang mana menghalang mereka dari menjalinkan
perhubungan yang berkekalan dan berkembang maju.
3.2.4

Sikap fanatik dan perkauman


10

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Apabila sesi dialog dilakukan untuk berbincang mengenai sesuatu isu,


seringkali

terjadi

isu

perkauman

yang

fanatik

sehinggakan

berlaku

ketidakcapaian objektif dialog perbincangan itu malah ia hanya merugikan


beberapa pihak yang terlibat. Ini memungkinkan masyarakat memandang
negatif akan dialog perbincangan yang dilakukan lantas akan membuat
persepsi iaitu hanya pihak yang mendominankan perbincangan sahaja
mendapat faedah manakala pihak yang lain tidak dapat menuntut hak mereka.
Ekoran daripada itu, masyarakat akan terjerumus dalam perpisahan kaum
kerana tiada jalan penyelesaian yang dapat dilaksanakan. Sikap yang fanatik
dan perkauman ini tidak dapat dibendung dalam sesi dialog perbincangan yang
lakukan kerana sesetengah pihak tidak mempunyai minda yang terbuka dan
mementingkan isu perkauman sendiri sahaja. (petikan dari Kepentingan Dialog
Antara Peradaban Bahagian 1).
4.0

CADANGAN
4.1 Memperkasakan Konsep 1Malaysia
Pada tahun 2009, konsep 1Malayisa ini telah mula dilancarkan di mana ianya

merupakan satu usaha kerajaan bagi melanjutkan Dasar Eonomi Baru, Dasar Pembangunan
Nasional, Dasar Sosial Negara, Rukun Negara dan sebagainya. Ini juga adalah untuk
mengelakkan dari berlaku konflik antara kaum dan meningkatkan pencapaian. Di samping itu,
asas konsep ini iaitu mencapai teras perpaduan antara kaum di Malaysia bagi merealisasikan
cita-cita negara untuk mencapai Wawasan 2020 serta menyemarakkan lagi semangat
perpaduan dan persaudaraan agar dapat membendung agenda pembinaan sebuah negara
bangsa yang berjaya. Masyarakat perlu bersatu padu dan saling menghormati serta
menghargai identiti setiap etnik yang ada di Malaysia utuk mencapai dan memperkasakan
status ini di dalam budaya dialog antara kaum dan etnik. Seterusnya, teras-teras perpaduan
yang terdapat dalam konsep ini adalah seperti penerimaan, prinsip-prinsip kenegaraan dan
keadilan sosial. Begitu juga peranan masyarakat perlu mengamalkan nilai-nilai murni seperti
menghargai, merendah diri, sederhana dan berbudi sesama kaum. Selain itu, setiap
masyarakat yang berbilang kaum ini hendaklah menerapkan nilai-nilai aspirasi negara bagi
menyatupadukan budaya dialog antara kaum dan etnik. Antara nilai aspirasi tersebut ialah
kebijaksanaan, integriti, budaya berprestasi tinggi, budaya ilmu, budaya ketepatan, ketabahan,
kesetiaan dan budaya inovasi. Dengan ini, perpaduan antara kaum di dalam budaya dialog
dapat dibendung dan menjadikan status negara sebagai negara bangsa maju secara tidak

11

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

langsung ia sedikit-sebayak memantapkan sebuah negara bangsa demi mencapai Wawasan


2020.
4.2
Meningkatkan mutu pengajaran nilai-nilai agama dikalangan pendidik.
Pelaksanaan beberapa siri dialog Nasioanal Pendidikan Negara yang dijalankan sejak
awal tahun lalu telah berjaya mendapatkan input yakni pandangan, maklum balas dan idea.
Bagi meningkatkan budaya dialog adalah dengan adanya pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) di mana ia mendokong usaha transformasi sistem pendidikan
kebangsaan secara menyeluruh. Inisiatif strategik dan perancangannya menekankan
kecekapan, kekuatan, kualiti, kelestarian serta kejayaan dalam tempoh yang ditetapkan.
Menerusi cadangan ini, semua murid akan menikmati peluang sama kepada pendidikan yang
berkualiti dan tiada isu perkauman yang ditakutkan lantas identiti Nasional dapat disemai. Di
sekolah-sekolah, paendidik seharusnya menerapkan nlai-nilai agama dalam diri masingmasing agar pemikiran terbuka dapat diserapkan dan tiada pergolakan yang mencetus isu
perkauman sesama sendiri. Justeru, dengan adanya tranformasi sistem pendidikan kebangsaan
ini dapat memupuk dan menyatupadukan kaum dan etnik di Malaysia dengan jitu dan tulen.
Seterusnya, cadangan mewujudkan sekolah satu aliran adalah cara yang dapat
dipergiatkan dalam melestarikan hubungan antara kaum dan etnik. Jika dibandingkan dengan
sistem terdahulu iaitu sekolah vernakular. Dengan ini, usaha untuk mendalami bahasa ibunda
dapat ditingkatkan secara tidak langsung penggunaan bahasa ibunda mereka dapat dipelajari
sesama murid dalam satu aliran yang sama dalam konteks komunikasi dikalangan murid dan
guru yang berbeza etnik. Selari dengan matlamat Dasar Pendidikan Negara iaitu menyatukan
kanak-kanak sekolah dari pelbagai kaum, rentetan dari itu, pihak kerajaan perlu
menambahkan beberapa program disekolah-sekolah untuk penyertaan setiap murid yang
pelbagai kaum dan etnik ini.
4.3
Kesamarataan hak dan taraf semua masyarakat.
Di dalam konteks tamadun Islam, konsep hak dan taraf hidup yang samarata
dikalangan masyarakat yang pelbagai etnik ini amat dititikberatkan. Perbezaan antara kaum
dan etnik di Malaysia tiada tolok bandingnya malah yang membezakan antara mereka adalah
tahap keimanan dan ketuhanan terhadap agama yang dianuti masing-masing. Cadangan
terhadap golongan India yang mana ada diantara mereka mendapat pekerjaan kelas bawahan
di mana ia sebagai hamba suruhan kasta yang tinggi. Dalam mengejar kehidupan yang
harmonis, setiap masyarakat tidak perlu ada sifat prejudis dikalangan masing-masing malah,
mereka hendaklah menyamaratakan hak kepada setiap individu dalam kaum dan etnik
masing-masing. Bagi mengekalkan budaya dialog terus berada dipentas dunia dengan aman
12

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

dan tenteram, setiap masyarakat tidak perlu memandang serong akan kepentingan hak sesama
sindiri malah perlu mengambil iktibar akan golongan bawahan ini yang mana tanpa mereka
negara kita tidak akan dapat berkembang maju hasil dari semangat dan titik peluh mereka
yang sanggup berkerja dengan apa jua halangan dan rintangan di hadapan mata semata-mata
untuk pencarian sumber pendapatan keluarga.
5.0

KESIMPULAN
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yag

mempunyai agama, kebudayaan, adat resam dan bahasa yang tersendiri seharusnya berpegang
pada sati inspirasi di mana memahami dan peka dengan segala kehendak serta keperlian
semua masyarakat. Begitu juga dalam menitikberatkan budaya dialog yakni perbincangan
kemajuan fikiran antara kaum dan etnik agar budaya, hak dan identiti sesebuah etnik tidak
dihapuskan malah disuburkan bagi mengukuhkan perpaduan integrasi nasional. Dengan ini,
tiada lagi golongan yang terpisah dari segi kebudayaan, lokasi dan sosial dalam sesebuah
negara.
Oleh yang demikan, konsep 1Malaysia yang diamalkan sekarang diperluaskan kerana
ia sangat sesuai di dalam menyatipadukan rakyat yang berbilang kaum ini tanpa mengenal
etnik, anutan dan agama ideologi politik. Secara tidak langsung, ia dapat mengelakkan
daripada berlakunya konflik atau polarisasi perkauman yang desas-desusnya berleluasa pada
suatu ketika dahulu. Pelaksanaan budaya dialog ini amat diperlukan oleh kita sebagai insan
sejagat bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dikalangan masyarakat majmuk yang
saling lengkap melengkapi serta melahirkan negara yang seimbang dan maju. (3493 patah
perkataan)

6.0

RUJUKAN:
1. AZIZ DERAMAN, Masyarakat dun Kebudaymn Malaysia: Suatu Pengenalan Latar
belakang dun Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan Malaysia, 1975. 148 hal.
2. Azizan Bahamddin, Mohamad Khairudin Mohamed, Ahmad Syahir Sarani, (eds),
Dialog Peradaban dan Kepentingannya di Malaysia, Kuala Lumpur: Pusat Dialog
Peradaban, Universiti Malaya, 2004, m.s. 1-20.
3. Akbar Utusan Malaysia. Kuala Lumpur: 13 Ogos 2009.
4. Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.
5. Berita Wawasan 2020 dalam akhbar Utusan Malaysia. Kuala Lumpur: 28
13

HBEF1503

NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

Februari 1991.
6. Jurij Hj. Jalaludin. (1991). Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn.
Bhd.
7. file:///C:/Users/user/Downloads/3908-8878-1-SM.pdf
8. http://mindapengarang.wordpress.com/2009/07/15/ciri-ciri-masyarakat-majmukmenurut-furnivall/
9. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia
10.http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masyarakat&d=10

11. http://www.ikim.gov.my/index.php/en/berita-harian/8572-perpaduan-masyarakatmajmuk-melalui-kepimpinan-budaya-teras-dan-peranan-dialog.
12. http://www.scribd.com/doc/61246138/Apa-Itu-Dialog-Peradaban
13. http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/sorotan-ringkas-sejarahidentity-kebangsaan-malaysia-imran-mohd-rasid

14

Anda mungkin juga menyukai

  • MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
    MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
    Dokumen17 halaman
    MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Hbpe2203 PJ
    Hbpe2203 PJ
    Dokumen17 halaman
    Hbpe2203 PJ
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBPE3103 Terkini
    HBPE3103 Terkini
    Dokumen12 halaman
    HBPE3103 Terkini
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a2 Hbef2803
    T2a2 Hbef2803
    Dokumen6 halaman
    T2a2 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBMT2203
    HBMT2203
    Dokumen14 halaman
    HBMT2203
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBMT3103
    HBMT3103
    Dokumen16 halaman
    HBMT3103
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • PK PENJAGAAN KESIHATAN
    PK PENJAGAAN KESIHATAN
    Dokumen8 halaman
    PK PENJAGAAN KESIHATAN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a3 Hbef2803
    T2a3 Hbef2803
    Dokumen5 halaman
    T2a3 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Penilaian & Pengukuran
    Penilaian & Pengukuran
    Dokumen25 halaman
    Penilaian & Pengukuran
    manroy
    100% (35)
  • T2a1 Hbef2803
    T2a1 Hbef2803
    Dokumen7 halaman
    T2a1 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a1 Hbef2803
    T2a1 Hbef2803
    Dokumen7 halaman
    T2a1 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Hbef2303 TMDP
    Hbef2303 TMDP
    Dokumen13 halaman
    Hbef2303 TMDP
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • JURNAL REFLEKTIF
    JURNAL REFLEKTIF
    Dokumen5 halaman
    JURNAL REFLEKTIF
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Penulisan Jurnal Reflektif
    Penulisan Jurnal Reflektif
    Dokumen1 halaman
    Penulisan Jurnal Reflektif
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Book 1
    Book 1
    Dokumen2 halaman
    Book 1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Nombor 1000 Simbol
    Nombor 1000 Simbol
    Dokumen106 halaman
    Nombor 1000 Simbol
    Asrina Pannyau
    Belum ada peringkat
  • 26360
    26360
    Dokumen5 halaman
    26360
    ELYAHWEH kongsi Kebenaran
    Belum ada peringkat
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • PENGHARGAAN
    PENGHARGAAN
    Dokumen1 halaman
    PENGHARGAAN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • MT Y4 P2 Mid Term
    MT Y4 P2 Mid Term
    Dokumen7 halaman
    MT Y4 P2 Mid Term
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Dokumen6 halaman
    Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Jamil Ang
    Belum ada peringkat
  • Asgmnt Psy PDDKN
    Asgmnt Psy PDDKN
    Dokumen14 halaman
    Asgmnt Psy PDDKN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Dokumen8 halaman
    Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A3
    T1A3
    Dokumen7 halaman
    T1A3
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Assignment OUMH1103
    Assignment OUMH1103
    Dokumen11 halaman
    Assignment OUMH1103
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Dokumen5 halaman
    Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Asgmnt Psy PDDKN
    Asgmnt Psy PDDKN
    Dokumen14 halaman
    Asgmnt Psy PDDKN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat