Anda di halaman 1dari 14

CBFC1103

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

SEMESTER 5/ MEI 2013

CBFC1103

PENGANTAR KOMUNIKASI

ISI KANDUNGAN
1.0

PENGENALAN

2.0

FUNGSI MEDIA MASSA

3.0

ANALISIS RESPON DAN MAKLUM BALAS PENERIMA

4.0

ANALISIS BERITA BERTULIS OLEH PENGAMAL MEDIA

DALAM AKHBAR ARUS PERDANA DAN MEDIA DIGITAL


5.0

KESIMPULAN

11

6.0

RUJUKAN

12

CBFC1103
PERANAN KOMUNIKASI MASSA TERHADAP MASYARAKAT
Analisis kewujudan minda kritikal: maklum balas masyarakat, berita bertulis dalam
akhbar arus perdana dan media digital berhubung konflik Lahad Datu.
1.0

PENGENALAN

Perkembangan media komunikasi masa kini telah membolehkan berjuta-juta orang di


seluruh dunia untuk dapat berhubungan dengan sesiapa sahaja di hampir setiap sudut
dunia. Konsep komunikasi massa itu sendiri pada satu sisi mengendungi pengertian suatu
proses di mana organisasi media menghasilkan dan menyebarkan mesej kepada awam
secara meluas dan pada satu sisi lain merupakan proses di mana mesej tersebut dicari dan
digunakan oleh masyarakat. Secara umumnya,komunikasi massa melibatkan proses
perkongsian maklumat dengan menggunakan pelbagai media perantara ke arah penonton
yang besar. Pengantara yang dimaksudkan di sini merujuk kepada fungsi media sebagai
saluran untuk menyampaikan mesej kepada penonton dan dikenali sebagai media massa.
( Hamzah, M., & Yusof, A.,2011). Ini disokong oleh Branston dan Stafford
(2003),menurut mereka media dalam ilmu komunikasi diterjemah dari istilah latin
medium yang bermaksud tengah atau pengantara. Wikipedia pula menyatakan
komunikasi massa sebagai kajian bagaimana individu dan entiti mengutarakan maklumat
melalui media massa kepada sebilangan besar penduduk pada masa yang sama. Terdapat
juga beberapa definisi lain yang menerangkan maksud komunikasi massa. Antaranya :
Komunikasi massa adalah satu proses menghantar mesej oleh institusi yang
kompleks kepada orang awam yang luas, yang berbeza-beza dan dari pelbagai
lokasi. (Dominick, J. R.,2002)
Komunikasi massa sebagai satu proses menghantar mesej yang telah diproses oleh
pengawal sebelum dihantar kepada orang awam melalui saluran yang luas
termasuk cetak,audio dan media visual (Gamble,TK., & Gamble, M.,2002).
Media komunikasi secara amnya boleh diklasifikasikan sebagai alat,bahan atau produK
yang mengandungi mesej; maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterbitkan oleh pihak
tertentu bagi tujuan komunikasi ( Musa Abu Hassan,1996). Sejajar dengan perkembangan
teknologi penerbitan masa kini,media yang mendominasi arus perkembangan komunikasi
2

CBFC1103
negara boleh dibahagi kepada dua sumber iaitu media cetak dan media digital. Salah satu
indikator pengukur terhadap kemajuan komunikasi sesebuah negara adalah melalui
peranan media massa. Baru-baru ini iaitu sekitar bulan mac 2013, negara telah dikejutkan
dengan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. pelbagai berita dan kabar angin telah
disebarkan mengenai konflik ini. Oleh itu,media massa; media cetak dan media digital
perlu memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat yang betul kepada masyarakat.
2.0

FUNGSI MEDIA MASSA

Dengan menggunakan media sebagai pengantara,mesej boleh disalurkan kepada orang


ramai. Hal ini kerana sebagai masyarakat maju,keperluan komunikasi akan terus
meningkat untuk membentuk hubungan antara ahli dalam masyarakat. Jarak antara
berkomunikasi dan penerima maklumat tidak menjadi halangan kerana maklumat boleh
disalurkan oleh media massa dalam tempoh masa yang tertentu. Media massa memainkan
peranan sebagai pengantara yang membolehkan kejayaan komunikasi tersebut. Media
massa turut merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi informasi dan komunikasi.
Perkembangan media massa yang semakin banyak membolehkan informasi disebarkan
dengan mudah dalam masyarakat. Informasi ini yang disebarkan dengan mudah dan cepat
dalam apa bentuk sekalipun mampu mendatangkan kesan yang positif dan negatif
bergantung kepada cara penerimaan masyarakat terhadap fungsinya. Dominick (2002)
melihat fungsi media massa terbahagi kepada dua perspektif iaitu analisis makro; dalam
masyarakat secara keseluruhan dan analisis mikro; individu sebagai penerima maklumat.
Antara fungsi media massa adalah seperti berikut :
2.1 Pengawasan ( surveillance )
Fungsi pengawasan komunikasi massa dibahagi kepada dua bentuk utama iaitu :
Pengawasan peringatan
Pengawasan peringatan adalah dalam bentuk amaran yang mana digunakan untuk
mengingatkan masyarakat mengenai sesuatu peristiwa yang dijangka. Media
sering memberi amaran ancaman seperti bencana alam, gempa bumi,kemelesetan
ekonomi dijangka mahupun perang. Oleh itu,maklumat dalam bentuk amaran
disalurkan untuk peringatan masyarakat tentang ancaman pada masa tertentu.
3

CBFC1103
Contohnya, beberapa siaran televisyen di negara kita telah memainkan peranan
penting dalam menyiarkan program dan berita mengenai isu di Lahad Datu.
Pengawasan Instrumental
Fungsi pengawasan instrumental adalah penyampaian dan penyebaran informasi
yang mempunyai kegunaan atau mampu membantu masyarakat dalam kehidupan
seharian. Antara maklumat yang diperlukan masyarakat ialah harga bursa saham,
resipi masakan, fesyen terbaru malahan juga dalam bentuk majalah teknikal dan
penerbitan pendek. Majalah Readers Digest antara yang menampilkan peranan
pengawasan instrumental.
2.2 Penafsiran ( Interpretating )
Fungsi penafsiran adalah hampir sama dengan fungsi pengawasan. Media massa
tidak hanya

menyalurkan maklumat atau data-data penting,tetapi juga

memberikan penafsiran terhadap kejadian-kejadian penting. Organisasi pengawal


akan menentukan berita yang layak untuk disalurkan berdasarkan keutamaan.oleh
itu,tidak semua berita yang diterima disiarkan melalui televisyen, radio mahupun
akhbar perdana. Hybels dan Weavers (1989) menyatakan komunikasi sebagai apa
saja proses di mana melibatkan seseorang berkongsi maklumat,idea dan
perasaan.oleh itu,untuk memastikan komunikasi yang efektif, media juga
menyediakan ruang untuk komen penerima selain daripada penyebaran maklumat
semata-mata. Artikel ataupun berita yang membincangkan implikasi sesuatu
perkara juga mampu membentuk tafsiran penonton. Tafsiran, komen dan pendapat
disediakn supaya penerima boleh mendapat perspektif yang lebih mendalam
mengenai laporan sesuatu berita.tujuan penafsiran ini ialah mengajak penerima
untuk memperluaskan pemikiran dan selanjutnya membahaskan lebih lanjut
dalam komunikasi secara kelompok. Sepanjang konflik di Lahad Datu,jika dilihat
di surat khabar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa surat khabar lain
terdapat banyak tafsiran dan komen dari pembaca.

CBFC1103
2.3 Pertalian ( Linkage)
Media massa dapat menyatukan anggota masyarakat yang berbeza sehingga
membentuk pertalian berdasarkan kepentingan dan minat yang sama terhadap
sesuatu. Hal ini kerana media mampu untuk menggabungkan unsur-unsur yang
berbeza dalam masyarakat. Contohnya,pengiklan menggabungkan keperluan
penjual dan pembeli produk. Selain itu, media juga memainkan peranan dalam
menghubungkan kelompok yang terpiasah secara geografi. Era teknologi media
kini menyediakan pengantara hubungan yang pesat mengatasi masa dan
sempadan.

Pelbagai

laman

web

dengan

kemudahan

yang

beraneka

menghubungkan pelbagai komuniti untuk berhubung sterusnya membentuk


kmuniti maya. Fungsi untuk menghubungkan ini menunjukkan keupayaan media
untuk menyediakan akses kepada masyarakat untuk menyuarakan kepentingan
mereka.
2.4 Pengaruh dan Pujukan ( Influence and Persuasion)
Pengaruh dan pujukan adalan fungsi yang sering berkaitan. Fungsi memujuk
media boleh dilihat melalui cara pengiklan mempengaruhi penonton untuk
mengambil tindakan tertentu. Menurut Devito (2000), pujukan boleh datang
dalam empat bentuk iaitu mengukuhkan atau memperkuatkan sikap,kepercayaan
atau nilai seseorang; mengubah sikap,kepercayaan atau nilai seseorang;
menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu dan memperkenalkan atika
atau menawarkan sistem nilai tertentu. Pujukan dan pengaruh adalah bergantung
kepada sikap seseorang. Marat (1984) menyatakan sikap sebagai kecenderungan
berperilaku dengan cara tertentu. Sikap merupakan produk dari proses
pembudayaan,iaitu di mana seseorang bertindak sesuai dengan ransangan yang
diterimanya. Justeru, media menyalurkan mesej (ransangan) yang ingin dikongsi
dan akan mempengaruhi masyarakat untuk bertindak ke atas isu yang
dibangkitkan. Dalam situasi,media membantu untuk memberi pujukan dan
mempengaruhi pandangan mereka dalam isu tersebut.

CBFC1103
2.5 Sosialisasi dan Pengagihan Nilai ( Socialisation and Value Distribution)
Proses mengagihkan dan menerapkan nilai-nilai dalam masyarakat dikenali
sebagai proses sosialisasi. Fungsi sosialisasi merujuk kepada cara individu untuk
menerima tingkah laku dan nilai-nilai dalam kumpulan. Media massa memainkan
peranan dalam memaparkan pelbagai nilai-nilai masyarakat dan amalan yang
berbeza. Oleh itu,melalui pemerhatian,bacaan dan pendengaran, seseorang boleh
belajar mengenai amalan dan pegangan masyarakat. Dewasa ini,terdapat banyak
iklan di televisyen yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai tertentu seperti iklan
keselamatan topi keledar dan penjagaan kesihatan. Informasi yang disalurkan
media dengan cara-cara tertentu boleh menerapkan nilai-nilai yang berbeza
bergantung kepada budaya masyarakat tersebut. Terdapat beberapa cara yang
ditempuh oleh media dalam menerapkan norma-norma budaya. Pertama,informasi
yang disampaikan dapat mamperkuatkan pola budaya yang berlaku serta mampu
meyakinkan masyarakat bahawa nilai dan budaya tersebut masih boleh dipatuhi.
Kedua ,media massa dapat menciptakan budaya baru yang dapat melengkapi atau
menyempurnakan budaya lama yang tidak bertentangan dan yang ketiga,peranan
media mampu merubah norma-norma budaya secara keseluruhan yang berlaku
sejak lama serta mengubah perilaku masyarakat itu sendiri berdasarkan nilai-nilai
yang cuba diterapkan.
3.0

ANALISIS RESPON DAN MAKLUM BALAS PENERIMA (Audience)

Konflik di Lahad Datu bermula pada 9 Februari apabila sekumpulan pengikut setia Sultan
Jamalul Kiram III (yang mengaku sebagai askar diraja kesultanan sulu) memasuki
perairan negara dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung
Tanduo, Lahad Datu, Sabah. (Akhbar Sinar Harian,2 Mac 2013). Seterusnya kumpulan
ini menuntut Sabah untuk kembali sebagai satu wilayah jajahan Kesultanan Sulu. Konflik
ini telah

mendatangkan pelbagai respon dan maklum balas

dari penduduk Sabah,

Sarawak malah pengurusan tertinggi pentadbiran negara.


Konflik ini membangkitkan kemarahan rakyat di seluruh negara. Tidak terkecuali ialah
masyarakat Suluk Sabah yang telah lama menetap di Sabah kerana penceroboh ialah
6

CBFC1103
sebangsa dengan mereka. Memetik laporan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Mac
2013, Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS), Mohd. Zaki Harry
Susanto menegaskan seluruh masyarakat Suluk Sabah sangat terkilan dan terhina dengan
pencerobohan itu yang dianggap suatu tindakan bodoh dan tidak bertamadun. Selain itu
beliau memberitahu bahawa masyarakat Suluk amat bersyukur dengan tindakan kerajaan
dalam menangani habis-habisan penceroboh ini. Ini menunjukkan yang masyarakat Suluk
berfikiran kritis dimana telah mampu untuk berfikiran secara logik dan tanpa mengikut
emosi meneliti konflik ini dari segala sudut. Ini disokong oleh Nik Aziz (1994) yang
menyatakan pemikiran kritis jika dilihat secara kasar ialah pemikiran yang meletakkan
logik antara gerak hati dan tindakan. Pemikiran kritis juga akan menganalisis isu,tetapi
berfikir secara holistik dan melihat maslah dari semua dimensi.
saya fikir selepas peristiwa di Lahad datu, wujud kesedaran baru dalam kalangan
rakyat terutama di Sabah, kalau tidak ada kerajaan yang kuat mereka tidak boleh hidup
aman damai
Berikut merupakan respon dari bekas menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi dalam akhbar Berita Harian bertarikh 26 April 2013 yang percaya konflik di
Lahad Datu telah membangkitkan kesedaran baharu di kalangan rakyat akan kepentingan
sebuah kerajaan yang kuat. Kenyataan ini menyokong kenyataan sebelumnya dari
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar sama
seminggu sebelumnya yang percaya konflik ini mendatangkan kesedaran kepada rakyat
mengenai pentingnya nilai keamanan yang dipertahankan oleh kerajaan sedia ada. Beliau
percaya yang peristiwa ini mempunyai hikmah apabila ia mengukuhkan tahap
keselamatan supaya insiden sebegini tidak berulang melalui penubuhan Kawasan
Keselamatan khas Timur Sabah (ESSCOM). Kenyataan beliau ialah :
Ketika rakyat hidup dalam suasana harmoni,tiba-tiba berlaku peristiwa luar jangkaan
yang memberi kesedaran kepada kita untuk menilai kembali tahap keselamatan negara.
Kenyataan dari dua anggota pengurusan tertinggi pentadbiran ini menekan kepada
kepentingan keamanan dan keharmonian yang selama ini dipertahankan. Kerajaan turut
memfokuskan kepada kesejahteraan negara dengan mengambil tindakan melancarkan
7

CBFC1103
serangan untuk mempertahankan negara setelah pihak penceroboh enggan mengundur
diri dan enggan mengadakan rundingan. Sudah pasti kerajaan telah menimbangkan dan
menganalisi perkara ini secara mendalam. Pihak kerajaan telah berfikir secara kritis
dengan menganalisis isu ini secara serius dan seterusnya membuat pertimbangan
berhubung konflik ini. Dewey (1933) berpendapat pemikiran kritis adalah berfikir secara
mendalam dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Ini disokong pula oleh
Jaafar (1995) yang berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah pemikiran secara
sistematik, secara universal dan secara radikal dalam menganalisis sesuatu secara
mendalam.
Pemikiran yang tidak kritis pula adalah tidak menganalisis isu secara mendalam dan
terperinci: punca, kesan dan justifikasi tindakan. Antara maklum balas berkaitan konflik
ini yang tidak menunjukkan sebarang unsur pemikiran kritis ialah maklum balas dari
Bekas Naib Presiden sebuah parti pembangkang, Tian Chua yang berkata konflik di
Lahad Datu adalah hanya sandiwara kerajaan untuk menakutkan rakyat,seolah-olah
wujudnya suasana tidak aman di Sabah. antara lain kenyataan beliau ialah ada
konspirasi oleh kerajaan untuk mengalih pandangan rakyat Sabah,terutama dalam isu
pemberian kad pengenalan kepada warga asing(akhbar Sinar Harian,10/3/2013). Di sini
jelas sekali bahawa beliau tidak berfikir secara wajar sebelum mengeluarkan sebarang
kenyataan.
Kerana Sabah bukan hak mereka. Tanah borneo milik Dayak! Andai askar tidak mampu
menghabiskan Suluk,bagi sahaja kami dayak ini kepala Suluk itu untuk dijadikan hiasan
di rumah panjang
Berikut merupakan reaksi daripada salah satu etnik di Kalimantan yang didapati daripada
Blog Laksamana Bukit Bintang hasil tulisan Roslan Alan pada 20 Februari 2013.
Semangat yang berkorbar-kobar untuk membantu rakyat Sabah telah menyebabkan etnik
ini bertindak mengeluarkan maklum balas berikut. Sikap terburu-buru etnik ini dalam
mengeluarkan kenyataan memungkinkan mereka memandang rendah tahap keupayaan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
menangani konflik ini.
8

CBFC1103
Siapakah Tentera Sultan Suluk yang berani mengumpil sebahagian Tanah Borneo di
Lahad Datu Sabah?, Mungkin kepala pemberontak Suluk bakal menjadi Koleksi di tiang
adat kami setelah kepala Madura kami tawan semasa kejadian sampit dahulu di
Kalimantan
Maklum balas ini agar bersifat negatif dan kasar namun itulah reaksi perbualan dengan
masyarakat Dayak di Kalimantan berdasarkan penulisan dalam blog Laksamana Bukit
Bintang. Jelas sekali ini adalah reaksi sangat marah dan terlalu mangagungkan kejayaan
lampau tanpa menjalankan analisis mendalam terhadap isu ini dan apa yang bakal mereka
tempuhi sekiranya niat mereka itu menjadi realiti.
4.0

ANALISIS BERITA BERTULIS OLEH PENGAMAL MEDIA DALAM


AKHBAR ARUS PERDANA DAN MEDIA DIGITAL

Terdapat pelbagai ulasan mengenai konflik di Lahad Datu di paparkan di akhbar arus
perdana mahupon media digital.
4.1

Akhbar Arus Perdana


Akhbar arus perdana telah melaporkan tentang konflik Lahad Datu dari
segala aspek. Antaranya ialah mengenai kronologi secara keseluruhan isu
ini bermula dari kemasukan penceroboh melalui perairan negara sehingga
tercetus pertempuran antara pasukan keselematan negara dengan pihak
penceroboh (utusan Malaysia,10/3/2013). Hal ini menunjukkan bahawa
Utusan Malaysia amat teliti dan terperinci dalam melaporkan isu ini.
Sehubungan itu, pelaporan Berita Harian mengenai pertempuran ini
menyatakan keyakinan peerdana Menteri Malaysia bahawa ianya adalah
satu tindakan yang tepat untuk menjaga maruah dan kedaulatan negara
(Berita Harian,5/3/2013). Tindakan serangan offensif ini dilakukan selepas
kegagalan dalam mencapai menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan
darah. Sebaliknya anggota keselamatan negara diserang dan dibunuh terus
mendatangkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan rakyat malaysia
khususnya di Sabah. Serangan ini telah bermula seawal jam 7 pagi di
Kampung Tanduo (Berita Harian,5/3/2013).
9

CBFC1103
Berita Harian bertarikh 19 April 2013 turut melaporkan kenyataan dari
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa
peristiwa ini mendorong ke arah penubuhan Kawalan Keselamatan Khas
Timur Sabah (ESSCOM). Usaha kerajaan dalam meningkatkan kawalan
keselamatan negara ini disokong oleh bekas perdana menteri Malaysia,
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan ianya satu tindakan yang
wajar

diambil

untuk

mempertahankan

kedaulatan

negara(Berita

Harian,28/3/2012).
4.2

Media Digital
Laporan mengenai kronologi konflik Lahad Datu dalam blog Belia
Bangkit juga turut melaporkan yang kemasukan penceroboh adalah
melalui perairan negara menggunakan bot pancung pada 9 Februari seperti
dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Seterusnya The Malaysian Insider
bertarikh 5 Mac 2013 ada menyatakan kenyataan Panglima Angkatan
Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam satu sidang
akhbar berkata bahawa pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan
berupa serangan offensif terhadap kumpulan pengganas. Menurut beliau
lagi, operasi dilancarkan bermula seawal jam 7 pagi menggunakan jet
pejuang. Dalam laman media yang sama dinyatakan kenyataan bekas
Perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kewajaran
tindakan kerajaan dalam memperkuatkan pertahanan negara di kawasan
Timur Sabah untuk menjaga keselamatan rakyat dan tanah air daripada
anasir luar yang cuba mencabul kedaulatan negara dan merupakan
tindakan yang tepat untuk melindungi rakyat daripada sebarang ancaman.
(The Malaysian Insider,28/3/2013).

10

CBFC1103
5.0

KESIMPULAN

Dalam kehidupan kita hari ini, media mempunyai visibiliti yang sangat tinggi. ini jelas
menunjukkan bahawa perkembangan media telah menyebabkan wujudnya kesan terhadap
masyarakat sam ada aspek positif mahupun negatif. Tidak dinafikan peranan media
selama ini banyak mencorakkan pemikiran sesuatu masyarakat, namun sejauh mana
kewajaran isu yang dilaporkan perlu dinilai oleh penerima itu sendiri. Isu pencerobohan
di Lahad Datu telah mendatangkan pelbagai bentuk maklum balas dari masyarakat.
Masyarakat mampu untuk menilai secara logik dan mendalam mengenai isu ini namun
terdapat juga segelintir golongan masyarakat yang bertindak bersahaja dalam
mengeluarkan kenyataan dan maklum balas tanpa mengira kesan dan akibat tindakan
tersebut.
Jika dilihat kedua-dua sumber media sama ada akhbar arus perdana dan media
digital terdapat persamaan dan sedikit sahaja jurang perbezaan mengenai laporan
berkaitan konflik Lahad Datu ini. Kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam
menyalurkan maklumat yang benar dan tepat kepada masyarakat di Malaysia.
Keberkesanan sumber-sumber media massa ini pula bergantung kepada cara penerimaan
dan pemikiran masyarakat itu sendiri. Jika baik penerimaannya,maka positif
kesannya,begitu juga sebaliknya.
(2513 patah perkataan)

11

CBFC1103
6.0

RUJUKAN

Branston, G., & Stafford, R., (2003). The Media Students Book : 3rd edition. Routledge.
Devito,J. A., (2000). Human Communication: The Basic Course: 8th edition. New York:
Longman.
Dominick, J. R. (2002). The dynamics of mass communication: Media in the digital age.
New York: McGraw Hill Companies Inc.
Gamble, TK., & Gamble, M. (2002). Communications. New York: McGraw-Hill.
Hamzah,

M.,

&

Yusof,

A.

(2011).

Introduction

to

Communication:

2nd

edition(CBFC1103). OUM: Meteor Doc Sdn Bhd.


http://beliabangkit.blogspot.com/2013/03/kronologi-pencerobohan-bersenjata-di.html
capaian 16 Julai 2013.
http://en.wikipedia.org/wiki/Mass_communication capaian 12 julai 2013.
http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2013/02/kaum-dayak-ancam-potongkepala.html capaian pada 16 Julai 2013.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130310/re_03/Suluk-Sabah-bukan-Sulu
capaian pada 16 Julai 2013.
Hybels, S., & Weaver, R. L. (1989). Communicating Effectively: 2nd edition. Random
House.
Laman web akhbar Berita Harian capaian pada 16 Julai 2013:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KejadiandiLahadDatusedarkanrakyat
perlunyakerajaanyangkuat-Zahid/Article/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PencerobohanLahadDatuberipengaja
ran/Article/

12

CBFC1103
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SerangandiLahadDatubagimenjagam
aruah_kedaulatannegara_Najib/Article/
Laman web akhbar Sinar Harian capaian pada 16 Julai 2013:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenyataan-tian-chua-polis-panggil-2wartawan-keadilan-daily-1.138316
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kronologi-pencerobohan-di-lahad-datu1.135824
Laman web The Malaysian Insider capaian pada 17 Julai 2013:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-m-kerajaan-ambilkeputusan-wajar-kuatkan-pertahanan-negara-di-timur-sabah
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kpn-tindakan-ofensif-dikampung-tanduo-capai-objektif
Marat. (1984). Sikap Manusia Perubahan serta Pengukurannya. Jakarta.Ghalin
Indonesia.
Musa Abu Hassan. (1996). Pengunaan Media Komunikasi dalam Aktiviti pemindahan
Pengetahuan. Dlm. Mazanah Mohamad & Ezhar Tamam (peny). Rakan Kongsi,
Komunikasi dan Media dalam Pembangunan. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn.
Bhd.
Pemikiran Kritikal Oleh Shahrin Hashim dicapai pada 16 julai 2013 daripada
http://eprints.utm.my/10356/1/bab9.pdf

13