Anda di halaman 1dari 8

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah dan pengajaran bukanlah dua aspek berasingan tetapi
saling berkait rapat.
Pengurusan bilik darjah merupakan faktor penting dalam mempengaruhi
motivasi, tahap penglibatan murid dalam proses P&P serta tingkah laku dan
sikap murid di dalam bilik darjah.

Richards (1990)
'Organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi
murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan'

Alberto & Troutman (1986)


'Kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan
tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk
pembelajaran'

Sanford J., Emmer E. & Clemments B.)


'Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada
hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara
yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan
kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang
produktif'

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat


seperti berikut:
Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
Membentuk suasana pembelajaran yang positif
Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid
Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang optimum
Meningkatkan penglibatan murid dalam p&p
Mengurangkan masalah disiplin
Pengurusan rutin yang berkesan
Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri
Pendekatan tradisional-kaedah modifikasi (pengurusan bilik darjah lebih
berorientasikan kawalan)
- Fokus terhadap tindakan yang akan diambil selepas murid menunjukkan
tingkah laku yang tidak diingini.
- Guru menetapkan peraturan dan prosedur pada awal tahun persekolahan.

Sekiranya murid mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka dia akan


menerima akibat yang positif dan sebaliknya jika dia tidak mematuhi
peraturan.
- Penguatkuasaan kaedah ini perlu dilakukan secara konsisten.
Pendekatan moden- bersifat holistik
- Lebih terarah kepada pencegahan (perkara yang boleh dilakukan oleh guru
untuk mencegah salah laku serta tindakan guru yang mungkin menyumbang
kepada salah laku murid)
- Pendekatan ini memerlukan guru yang mempunyai kemahiran dan
kemampuan yang pelbagai dalam pengurusan bilik darjah.
Faktor utama dalam pengurusan bilik darjah:
1. Perancangan yang rapi
Mengelola da mengawal pelaksanaan perancangan
Membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&p
yang telah dilaksanakan
2. Hubungan dengan murid
Mempunyai pengetahuan tentang keperluan murid-muridnya

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Pengetahuan tentang Keperluan Murid-murid


Pengurusan Bilik Darjah

Pengetahuan tentang Keperluan Murid-murid

Menurut Abraham Maslow, keperluan manusia adalah mengikut hierarki dan


boleh dibahagikan kepada dua, iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi.
Keperluan fisiologi (keperluan primer): makanan, udara, rehat, pembuangan
kotoran
Keperluan psikologi (keperluan sekunder): keselamatan, kasih sayang,
penghargaan, kesempurnaan diri, keinginan untuk pengetahuan dan estetik.
Setelah keperluan primer dipenuhi barulah individu akan kea rah mencuba
memenuhi keperluan sekunder.

eKnPlmpugtdFiaEsohrky

Bagaimanakan seseorang guru boleh mengetahui keperluan muridnya?


1. Pengetahuan teori perkembangan kanak-kanak dan psikologi kanak-kanak
2. Pemerhatian sistematik (memantau tingkah laku murid dalam beberapa
situasi berbeza sebelum membuat kesimpulan tentang keperluan murid
tersebut)
Di samping keperluan fisiologi dan psikologi, murid juga mempunyai keperluan
akademik:
Memahami objektif pengajaran
Murid akan bersedia menghadapi sesi pembelajaran.

Melibatkan diri dengan Aktif dalam Proses Pembelajaran


Memberi peluang kepada individu membina pengetahuannya
sendiri.
Melibatkan diri dalam manipulasi objek secara fizikal atau
manipulasi mental seperti idea.
Mengurangkan kebosanan murid
Memberi peluang untuk bertanggungjawab ke atas
pembelajaran mereka
Guru sebagai fasilitator

Berinteraksi secara Positif dengan Rakan Sebaya


Menurut Piaget, rakan sebaya boleh mencabar pemikiran
semasa interaksi. Cabaran ini boleh membawa kepada
ketidakseimbangan atau konflik kognitif. Individu akan berasa
tidak selesa dan akan berusaha memperoleh keseimbangan
melalui proses asimilasi dan akomodasi. Dengan ini, cara
pemikiran individu berubah ke tahap yang baharu.

m
M
c
e
ra
ik
b
p
s
n
t ifa
b
m
s
d
e
o
k
tu
n
KM
g
fl
d C
u
g
n
a
ib
s
k
lh
ro
p
m
e
t
h
u
b
n
ik
m
e
rp
a
Menurut Lev Vygotsky, perkembangan mental ke peringkat
lebih tinggi berlaku melalui interaksi sosial.Interaksi dan
pertukaran idea melatih murid menjelaskan pandangan
mereka, menghormati pandangan rakan sebaya dan membina
pengetahuan yang baharu.
Pembelajaran yang Berkaitan dengan Kehidupan Seharian dan
Minat Murid
Pembelajaran menjadi bermakna jika berkaitan dengan
pengalaman murid kerana murid boleh menggambarkan dan
memahaminya dengan lebih jelas.
Mengaplikasikan perkara yang baharu dipelajari dalam
kehidupan harian.
Pembelajaran yang mengambil kira minat murid mendorong
mereka memberikan perhatian dan melibatkan diri dalam
aktiviti bilik darjah.
Masa untuk Menyiapkan Tugasan atau Berinteraksi
Murid diberi masa yang cukup
Guru yang menentukan aktiviti boleh menetapkan tempoh
yang sesuai (murid akan tahu had masa dan berusaha kea rah
menyiapkan tugasan.)
Pengalaman Kejayaan
Aktiviti atau tugasan yang dibentuk dengan mengambil kira
kesediaan dan pengetahuan sedia ada memberikan peluang
kepada murid merasai kejayaan.
Membantu meningkatkan estim diri murid dan memberikan
keyakinan terhadap kemampuannya dalam proses
pembelajaran.

Maklum Balas yang Jelas dan Realistik


Penilaian adalah satu komponen dalam pembelajaran dan
maklum balas yang tetap boleh merangsang murid
memperbaiki mutu dan pencapaian akademiknya.
Guru juga perlu memberikan tumpuan dan nilai kepada usaha
murid.
Pengurusan Bilik Darjah
Merancang
Merujuk sukatan pelajaran untuk menentukan objektif dan
hasil pembelajaran.
Memilih topik--- menentukan pendekatan--- memilih strategi
dan kaedah mengajar---membentuk aktiviti atau tugasan
(sesuai dengan tahap pencapaian murid) --- menyusun
pengalaman pembelajaran---menetapkan tempoh bagi setiap
aktiviti atau tugasan---membentuk penilaian---menyediakan
sumber p&p serta aktiviti pemulihan dan pengayaan
Mengambil kira tempat pembelajaran
Mengelola
Memberikan arahan yang jelas, memaklumkan peraturan dan
prosedur, menyelaras dan mengatur aktiviti serta bahan
pembelajaran, mengagihkan tugasan, membahagikan murid
kepada kumpulan, menentukan kedudukan dan susunan
murid atau kumpulan.
Kelolaan yng baik juga dapat memastikan kelancaran proses
pembelajaran.
Mengawal
Guru perlu memantau, memastikan muridnya selesa, cukup
bahan pembelajaran dan sedang melibatkan diri dalam
pembelajaran.
Memastikan murid yang memerlukan bimbingan mendapat
perhatian dan diberikan aktiviti pemulihan.
Murid yang dapat menguasai konsep pelajaran diberi aktiviti
pengayaan
.
Membuat Refleksi
Menganalisis dan menilai keberkesanan amalan beliau,
pendekatan, strategi dan kaedah yang digunakan, aktiviti atau
tugasan, bahan bantu mengajar serta bentuk panilaian yang
digunakan semasa pengajaran.
Mesti bertanggungjawab dan bersifat terbuka.
Menjalin Hubungan Guru-Murid

Mengamalkan demokrasi dan memberi peluang kepada murid


untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
Menunjukkan semangat berpasukan dengan mengambil berat
tentang kebajikan murid.
Kesedaran tentang kanak-kanak berkeperluan khas.
Ciri-ciri Guru yang Efektif dalam Pengurusan Bilik Darjah

Guru yang efektif ialah guru yang dapat:


1. Menguruskan bilik darjah dengan berkesan
2. Membentuk suatu suasana agar murid terangsang dengan apa-apa yang
dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik.
3. Menggunakan masa p&p dengan efisien
Ciri-ciri guru yang efektif:
1. Kualiti peribadi
2. Kompetensi pengajaran dan pembelajaran

Ciri-ciri guru yang efektif

Kualiti peribadi Kompetensi pengajaran dan pembelajaran

Kualiti peribadi

Kualiti ini membantu guru dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik di dalam
bilik darjah.
Guru yang bersemangat dan proaktif
Mampu memotivasikan muridnya kerana keinginan beliau untuk mengajar
dapat dirasakan oleh murid-muridnya.
Murid akan berasa selamat dan menaruh kepercayaan terhadap seseorang
guru yang menunjukkan keyakinan dan ketabahan.
Sensitif dan peka terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan murid
Mengubahsuai cara pengajarannya dengan mengambil kira perbezaan yang
wujud di dalam bilik darjah.
Murid akan terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran
apabila keperluan mereka diberi perhatian.

Bersikap peramah, mesra dan berusahamengenali murid

Misalnya, apabila guru memanggil murid dengan namanya, murid akan


merasakan dirinya penting dan dikenali oleh guru.
Menjalinkan hubungan antara guru dengan murid.
Bolehkah anda fikirkan ciri-ciri guru efektif yang lain? Apakah implikasi kepada
pengurusan bilik darjah jika guru memiliki ciri-ciri yang kurang efektif?
Ciri-ciri Guru yang Efektif
Mesra, peramah, penyayang
Terang
Kejenakaan
Tabah dan tidak mudah putus asa
Analatikal
Kreatif
Inspirasi, motivasi
Empati, simpati
Spontan
Fleksibel
Yakin
Sistematik
Adil
Proaktif
Bersemangat

Ciri-ciri Guru yang Kurang Efektif


Cepat marah
Tidak yakin
Pesimis
Autokratik
Tiada daya usaha
Tegar

Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran

Kompetensi atau kecekapan p&p merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru


dalam mendidik murid-muridnya.
Sebelum seseorang guru mula melaksanakan pengajaran, mereka perlu
memahami objektif-objektif, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan
kaedah penilaian dalam kurikulum tersebut.
Seterusnya, guru perlu memahami konsep prinsip dan struktur subjek yang diajar
dengan mendalam. (mampu memberi pelbagai contoh dan mengaitkannya
dengan kehidupan harian)
Guru perlu sentiasa berusaha mempelajari perkara-perkara baharu ( membaca,
menghadiri seminar atau bengkel)
Guru yang berpengetahuan tentang subjeknya akan mengetahui topik mana
yang sukar dan memerlukan masa yang lebih lama serta perlu dijelaskan dengan
contoh dan ilustrasi.
Kemahiran menerangkan dapat membantu guru menyampaikan topic dalam
bentuk yang jelas mengikut penyusunan idea yng sistematik.

Kemahiran menggunakan contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar penting


kerana membantu menjelaskan sesuatu idea dengan tpat dan memudahkan
murid menerima sesuatu konsep yang diajar.
Kemahiran memilih strategi dan kaedah memberikan peluang kepada guru
mempelbagaikan penyampaian bersesuaian dengan keperluan, tahap
pencapaian di samping mengambil kira perbezaan dalam kalangan murid.
Guru juga perlu mahir menggunakan teknik penyoalan. Soalan yang tepat,
ringkas dan berfokusdapat mencungkil idea serta memperkembang daya
pemikiran murid selain dapat membantu guru untuk mengetahui tahap
pengetahuan yang sedia ada dan sama ada murid telah memahami satu-satu
konsep.
Kemahiran penilaian membantu guru mengetahui jika hasil pembelajaran telah
dicapai. (dalam bentuk formal dan tidak formal). Keputusannya membantu guru
dalam perancangan untuk pengajaran yang berikutnya.
Guru juga boleh menggunakan kemahiran pedagogi untuk menerapkan nilainilai. (apabila guru menggunakan tenik perbincangan, murid secara tidak
langsung akan bekerjasama, belajar mendengar dan menerima pandanganorang
lain.)
Kounin (1970) telah mengenal pasti beberapa kemahiran yang guru perlu ada
untuk pengurusan bilik darjah denganberkesan, iaitu:
a) Sikap peka tentang semua tingkah laku murid di dalam kelas.
b) Kemahiran melakukan lebih daripada satu perkara pada masa yang sama.
c) Kemahiran mengendalikan aktiviti dengan lancar dan transisi dari satu aktiviti
ke aktiviti yang lain berlangsung tanpa gangguan.
Kompetensi dalam p&p melibatkan banyak kemahiran. Guru yang berkemahiran
dapat menguruskan bilik darjahnya dengan mudah dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai