SOALAN

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

SOALAN:

Hari raya Aidilfitri disambut umat Islam setahun sekali selepas


mengerjakan ibadat puasa wajib bulan Ramadan. Sudah pasti
sambutannya amat meriah. Cuba ceritakan bagaimanakah sambutan
Aidilfitri di tempat anda.

PENDAHULUAN:

Hari raya Aidilfitri pada tahun 2013 jatuh pada hari Khamis, 8 Ogos 2013
bersamaan dengan 1 Syawal 1434H.

Aidilfitri menandakan selesainya umat Islam mengerjalan ibadat puasa


Ramadan selama sebulan.

Aidilfitri juga merupakan hari kemenangan umat Islam melawan segala


dugaan dan cabaran ketika berpuasa pada bulan Ramadan.

Pelbagai cara sambutan yang dilakukan umat Islam ketika menyambut


Aidilfitri, begitulah juga sambutan yang berlangsung di tempat saya.

IDEA-IDEA PENTING:

Kebiasaannya pada setiap malam bulan Ramadan, umat Islam akan


mengerjakan ibadat solat sunat Terawih dan Witir, namun pada malam
hari raya Aidilfitri, takbir memuji keesaan Allah mula berkumandang, Allah
hu Akhbar, Allah hu Akhbar...... di masjid-masjid, di corong-corong radio,
dk skrin-skrin televisyen dan sebagainya.

Serentak dengan itu golongan kanak-kanak dan sesetengahnya remaja


mula membakar bunga api dan mercun. Keadaan menjadi riuh-rendah
ibarat bahana perang Arab-Israel lagaknya.

Kaum ibu dibantu anak-anak sibuk di dapur menyiapkan juadah untuk


hidangan pada pagi hari raya, pastinya ketupat lemang, kuah sate dan
rendang menjadi keutamaan. Di samping juadah tradisi, masyarakat Islam
di tempat saya juga tidak lupa untuk menyediakan hidangan lain seperti
nasi lemak, nasi beriani, bihun goreng, serbaneka biskut, kek dan pemanis
mulut.

Pada pagi hari raya, masyarakat Islam di tempat saya bersiap untuk ke
masjid kerana mengerjakan solat sunat Aidilfitri sambil melafazkan takbir
memuji kebesaran Allah s.w.t.

Selepas solat sunat Aidilfitri, kami bersalam-salaman memohon maaf zahir


dan batin antara jemaah yang hadir. Semua umat Islam kelihatan ceria
mengenakan sepasang baju tradisi Melayu, yang lelakinya berbaju Melayu
lengkap bersampin serta bersongkok, yang perempuan pula berbaju
kurung, bertelekung dan ada yang berselendang.

Setelah selesai mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kami pulang ke rumah


masing-masing. Namun ada juga yang terus singgah ke rumah jiran

tetangga berhari raya dan menikmati juadah enak pada hari raya
pertama.

Di rumah masing-masing, kami bersiap sedia untuk menerima kunjungan


tetamu dan meraikan sambutan hari raya bersama-sama.

Amalan kunjung-mengunjung sesama jiran tetangga menjadi amalan


tradisi masyarakat Islam di tempat saya. Sambil menikmati juadah yang
dihidang, kami saling bermaafan dan bertanya khabar. Yang kanak-kanak
pula mengambil kesempatan mengumpul 'duit raya'.

Kami sekeluarga pula, selepas meraikan tetamu yang berkunjung, bersiap


sedia dengan sedikit buah tangan bergegas ke rumah datuk dan nenek
untuk beraya di sana pula. Beruntung kami kerana jarak rumah kami
dengan rumah datuk dan nenek hanyalah sekangkang kera.

Sambutan pada hari kedua Aidilfitri juga hampir sama, rumah terbuka
masih diteruskan. Pada hari ini juga ramai umat Islam di tempat saya
mengunjungi kawasan perkuburan untuk melawat kubur sanak-saudara
yang telah meninggal. Bacaan Yaasin dan al-Fatihah disedekahkan kepada
roh si mati.

Pada hari raya kedua dan ketiga, kami mula membuat kunjungan hari raya
ke rumah-rumah sanak-saudara yang agak jauh jaraknya. Ada juga antara
kami yang balik kampung melawat sanak-saudara. Kesempatan ini juga
ada sesetengah daripada kami yang membuat kenduri kahwin, kenduri
kesykuran dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai