Anda di halaman 1dari 1

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16


Februari 2004. Program ini merupakan gabungan daripada latihan
ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke
arah mengamalkan nilai cinta akan negara. Program ini berbeza daripada
kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana
program ini menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan
dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.
Menerusi program PLKN sebenarnya mendidik kita mengamalkan nilai
berdikari. Kita akan mempunyai kebolehan dan kesanggupan melakukan
sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Sebagai contoh,kita akan
dididik cara memasak,berkemas,menjaga kebersihan. Kehidupan dalam PLKN
secara tidak langsung mengajar ilmu hidup yang kalau di rumah dilakukan
oleh orang gaji. Proses pembelajaran ini mampu juga membina keyakinan
untuk hidup di rantau orang tanpa bergantung kepada orang lain.
Selain itu, program PLKN juga akan mendidik kita menjadi seorang yang
boleh mengamalkan nilai bertanggungjawab. Menerusi aktiviti PLKN,pelajar
akan memikul dan melaksanakan tugas seta kewajipan dengan sempurna.
Di samping itu, perkhemahan juga merupakan aktiviti yang dianggap
berkesan dalam menyemai dan memupuk nilai hidup bersama secara aman.
Hal ini dikata demikian kerana melalui aktiviti PLKN ,kita akan hidup berbaikbaik antara satu sama lain tanpa mengira agama,bangsa dan budaya. Melalui
program PLKN dalam kalangan masyarakat,akan lahirlah bangsa Malaysia
yang mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup dengan mempunyai
satu bahasa,satu suara,dan satu matlamat.
Secara konklusinya , Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan
memang mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara.
Sesungguhnya, sebagai insan, kita ditagih agar menyumbangkan jasa dan
bakti, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati
meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini samalah
dengan objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk nilai sanggup
berkorban untuk negara dalam diri peserta malah turut menggalakkan
mereka menyumbangkan keringat kepada masyarakat