Anda di halaman 1dari 2

LARI DARI RUMAH (GEJALA SOSIAL)

Remaja lari dari rumah dapat diatasi sekiranya serta ibu bapa memainkan
peranan masing-masing demi kesejahteraan hidup bersama. Dengan merujuk
kepada beberapa nilai murni di bawah, kedua-dua pihak ini dapat memainkan
peranan bagi bagi menangani masalah ini.
Pertama sekali, peranan yang perlu diamalkan oleh remaja serta ibu bapa
demi kesejahteraan hidup bersama adalah mengamalkan nilai rasional, iaitu
remaja dan ibu bapa juga boleh berfikir tentang kesan buruknya keluarga
yang tidak aman damai serta kebaikannya tinggal sebagai satu keluarga.
Sebagai contoh, keluarga tersebut akan sentiasa hidup dalam keadaan
harmoni kerana setelah berfikir masak-masak, mereka sedar bahawa jika
berlakunya perpecahan ketenteraman keluarga, pasti susah untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, ibu bapa serta remaja harus
mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar supaya mereka
dapat berfikir tentang kesan buruk dan baik tindakan mereka. Sebagai
contoh, ibu bapa dan jugaremaja akan sentiasa memikirkan kepentingan
semua individu sebelum mengambil tindakan kerana mereka sedar bahawa
jika tersalah mengambil tindakan, susah untuk memperbaikinya masalah
tersebut.
Di samping itu, kedua-dua pihak ini haruslah menanamkan nilai
tanggungjawab terhadap keluarga, iaitu kewajipan untuk melahirkan keluarga
yang bahagia. Sebagai contoh, pihak- pihak ini bersatu padu dan hidup aman
damai untuk mengeratkan hubungan antara satu samalain. Tambahan pula,
nilai tanggungjawab terhadap keluarga dapat melahirkan keluarga bahagia,
meningkatkan imej dan juga menjaga maruah keluarga . Seperti
contoh,tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap individu keluarga lama
kemudian akanmewujudkan sebuah keluarga yang amat mementingkan tali
hubungan antara satu sama lain serta mewujudkan sebuah keluarga yang
bermaruah.
Tambahan pula, nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga juga
merupakan nilai yang harusdilahirkan sejak muda lagi. Ibu bapa serta remaja
juga harus memuliakan setiap anggota keluarga supaya dapat mencipta asas
pembentukan keluarga yang harmoni untuk anggotakeluarga mereka bersatu
dan mengelakkan konflik antara satu sama lain. Sebagai contoh,anggota
keluarga remaja dan ibu bapa sentiasa menyokong antara satu sama lain
walaupun dalam keadaan yang amat cemas dan kritikal. Selain itu, remaja
dan juga ibu bapa haruslah berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan terhadap anggota keluarganya.
Kesimpulannya, remaja haris mengamalkan nilai kasih sayang terhadap

keluarga, supaya dapat melahirkan perasaan cinta mendalam terhadap


anggota keluarga. Hal ini supaya remaja akan mengelakkan daripada
melakukan gejala sosial, seperti lari dari rumah.