Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM KITAR SEMULA

Kitar semula adalah antara langkah yang boleh diambil bagi menangani
masalah pencemaran alam sekitar yang samakin meruncing di samping
mengurangkan pembaziran sumber semulajadi. Jelaskan kebaikan amalan
kitar semula dalam kehidupan seharian kita.
Amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kita dapat
memelihara alam daripada tercemar. Bumi kini sudah menjadi tapak
lambakan sampah sarap. Besi dan plastik yang dibuang akan mengambil
masa puluhan tahun untuk reput ataupun sama sekali tidak akan reput.
Akibatnya, pencemaran alam akan menjadi kian serius. Oleh itu, kita perlu
mengitar semula bahan-bahan tersebut. Sebagai contohnya, kertas sisa
diproses semula menjadi kertas baru dan tin-tin aluminium dikitar semula
untuk membuat barangan lain. Dengan itu, kuantiti sampah yang dibuang
dapat dikurangkan dan masalah pencemaran alam sedikit sebanyak dapat
diatasi. Seiring dengan itu, nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
hendaklah disemai dalam diri setiap insan.
Pengitaran semula barangan buangan dan terpakai juga memelihara
sumber alam yang terhad. Akibat tamak haloba manusia, sumber alam kian
habis. Sebagai contohnya, kawasan hutan kian berkurangan akibat
penebangan pokok bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat
terhadap pulpa untuk membuat kertas. Begitu juga, sumber mineral seperti
bijih besi dan bijih timah semakin berkurang akibat perlombongan yang
berterusan. Akan tetapi, dengan mengitar semula kertas sisa, penebangan
hutan dapat dikurangkan. Kegiatan mengitar semula tin-tin aluminium dan
besi buruk pula akan mengurangkan aktiviti melombong mineral tersebut.
Tegasnya, sumber alam yang terhad hendak dipelihara demi mengekalkan
kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar yang harmoni seperti mana yang
didefinisikan dalan nilai keharmonian manusia dengan alam sekitar.
Masyarakat sekeliling mestilah mengamalkan nilai kemapanan alam
sekitar demi pengekalan alam sekitar serta menyedari bahawa memelihara
dan memuliharan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama. Amalan
kitar semula dalam kalangan masyarakat juga dapat menjimatkan kos. Hal ini
demikian kerana melombong mineral melibatkan kos yang tinggi. Contohnya,
usaha melombong bijih besi melibatkan pelbagai jenis kos bermula dari kos
pengeluaran sehingga kos memproses. Kebanyakan kos ini dapat dijimatkan
jika besi buruk dikitar semula. Kos pengutipan dan peleburan besi buruk
sudah pasti jauh lebih rendah daripada kos melombong sumber tersebut.
Begitu juga dengan kos menebang pokok di hutan bagi tujuan menghasilkan
kertas yang juga agak tinggi. Akan tetapi, kita dapat menjimatkan kos ini

dengan mengitar semula kertas-kertas terpakai untuk menghasilkan pelbagai


jenis kertas baharu.
Kempen mengitar semula juda dapat memupuk sifat murni dalam
sanubari rakyat jelata. Tabiat buruk manusia terbukti telah mencetuskan
masalah pemcemaran alam sekitar yang serius. Sehubungan dengan itu,
kempen ini dapat memupuk kesedaran bahawa kita perlu berdamai dengan
alam. Orang ramai mestilah menyemai nilai peka terhadap isu alam sekitar
dalam diri mereka seperti lebih bersikap prihatin, menghargai barangan
buangan dan pembazirantidak melakukan .
Kesimpulannya, kita tidak harus mencemarkan bumi bertuah ini
dengan lambakan sampah sarap. Kita seharusnya bekerjasama dengan
pihak kerajaan dalam menyahut seruan amalan kitar semula ini.. Ini secara
tidak langsung dapat memelihara alam sekitar demi kebaikan kita dan juga
generasi yang akan datang kerana sesal kemudian tiada gunanya.