Anda di halaman 1dari 11

2.

0 Kriteria Penubuhan
2.1 Konsep
Meneliti sejarah penurunan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w iaitu nabi terakhir, penutup segala nabi bagi umat Islam
menggambarkan kepada kita semua tentang kepentingan pendidikan pada kaca mata
agama Islam. Wahyu tersebut yang mengandungi arahan yang menyuruh baginda
membaca walaupun baginda dalam keadaan ummi (buta huruf). Selain daripada itu,
wahyu ini juga mengajak kita untuk mengenali Allah s.w.t, memahami fenomena alam
serta mengenali diri.
Konsep yang ingin diketengahkan di dalam penubuhan prasekolah ini adalah
berfokuskan kepada apa yang telah digariskan oleh Islam itu sendiri dari aspek
memberi pendidikan dan ilmu pengetahuan. Menurut islam, menjadi tanggungjawab ibu
bapa dalam mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut
menjadi anak yang berjaya bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat jua. Menjadi tugas
ibu bapa juga dalam menjaga anak-anak dari perkara yang merosakkan dirinya sama
ada dari segi fizikal mahupun pemikiran. Beberapa panduan yang telah digariskan di
dalam Islam menjadi asas utama dalam mencapai konsep penubuhan prasekolah kami.
Selain itu kami juga akan menyediakan pembelajaran melalui pengalaman
bermakna yang terbina secara teratur agar dapat memenuhi keperluan kanak-kanak
dan

menunjukkan

sikap

yang

positif

ke

arah

pembelajaran

sepanjanghayat

(bekerjasama, menyelesaikan masalah, menjalankan aktiviti yang menyeronokkan


seperti bermain, menyanyi, melukis dan mewarna, menjalankan aktiviti hands on,
permainan kreatif dan dll aktiviti selaras dengan perkembangan kebolehan kanakkanak)
Satu petunjuk yang jelas, namun ditinggalkan oleh manusia dek terlalu
memandang

kepada

teladan

barat

yang

dahulunya

terlalu

mementingkan

pembangunan fizikal pada diri kanak-kanak. Bukti mempersembahkan kepada dunia


bahawa didikan agama itu amat perlu diseiringkan dengan perkembangan fizikal kerana
dengannya kita dapat menghasilkan kanak-kanak yang mempunyai nilai dalaman yang

tinggi serta mengamalkan nilai yang dipelajarinya. Sebagai kesimpulannya isi


kandungan yang dihuraikan secara ringkas di atas dirangkumkan oleh kami dengan
gabungan pendekatan moden dan islamik dalam usaha kami untuk melahirkan generasi
cilik yang pintar soleh.

2.2 Kemudahan Asas


Kemudahan yang akan dihuraikan oleh kami dipecahkan kepada dua bahagian
iaitu kemudahan asas dan kemudahan-kemudahan lain. Kemudahan asas meliputi
bekalan elektrik, bekalan air dan juga tandas. Perkara asas ini perlu ada di prasekolah
bagi melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Bekalan elektrik
adalah diperlukan dalam membantu guru dalam melancarkan perjalanan seharian
pengurusan prasekolah bermula daripada penggunaan semasa pnp mahupun semasa
menyediakan makanan. Bekalan air yang merupakan sumber utama kehidupan
sememangnya perlu dipastikan sentiasa ada. Bekalan air yang berterusan seperti
kemudahan penyediaan tangki air diwujudkan sebagai persediaan dalam menghadapi
masalah ketiadaan air. Tandas merupakan kemudahan utama yang diperlukan dalam
memenuhi fisiologi semua pengguna prasekolah terutama murid-murid.
Bangunan ini telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian kanak-kanak dan aktiviti
pembelajaran yang akan dijalankan. Sebuah bilik untuk penyediaan makanan telah
diperuntukkan. Bilik ini dilengkapi set kabinet dapur berbentuk L beserta ketuhar, dapur,
sinki, sebuah peti sejuk besar serta dua rak pinggan mangkuk. Terdapat satu pintu
bertutup menghala ke dalam bangunan supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran
kanak-kanak. Setiap kelengkapan dan peralatan akan dilabel bagi memudahkan urusan
kerja dan pengurusan barang-barang serta mengekalkan kekemasan bilik.

Gambar
3:
Ruang
penyediaan
makanan dilengkapi dengan kabinet.

Bilangan kelas yang digunakan untuk kanak-kanak menjalankan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran adalah sebanyak dua buah. Ia juga dilengkapi dengan
sudut-sudut pembelajaran yang lengkap. Sebuah kelas adalah untuk kanak-kanak
yang berumur lima tahun menjalankan aktiviti manakala sebuah kelas lagi adalah untuk
kanak-kanak yang berumur enam tahun.
Ruang aktiviti terbuka berada di tengah bangunan. Ruang ini dilengkapi dengan
sebuah pentas, cermin besar yang dilekatkan pada dinding bangunan serta permaidani
bagi aktiviti secara individu ataupun berkumpulan.
Ruang senyap pula adalah beranggaran keluasan 10 X 18 kaki persegi.
Dilengkapi dengan katil dan sofa kecil untuk kanak-kanak. Ruang ini digunakan untuk
kanak-kanak yang sakit berehat serta kanak-kanak berehat diwaktu senggang.

Gambar 4: Ruang senyap untuk kanakkanak berehat.

Terdapat lima buah tandas di dalam bangunan ini. Tandas ini dilengkapi dengan
tingkap kecil dan kipas pengalir udara untuk mengalirkan bau busuk ke luar. Tandas ini
juga dilengkapi mangkuk tandas, tapak pemijak serta sinki dan cermin yang mengikut

saiz dan ketinggian kanak-kanak. Lantainya dilapisi jubin anti lumut dan anti licin bagi
mengelakkan kemalangan.

Gambar 5: Tandas yang disediakan


sesuai dengan kanak-kanak.

Kemudahan lain termasuklah kemudahan di ruang pembelajaran seperti meja


kerusi yang mencukupi, ruang pembelajaran yang pelbagai mengikut komponen dan
tempat penyimpanan barang. Di ruang luar pula kami sediakan pondok bacaan bagi
memudahkan kanak-kanak untuk berehat, membaca buku dan boleh digunakan untuk
pelbagai kegunaan seperti pusat permainan kanak-kanak, ruang pembelajaran, ruang
santai dan juga boleh dijadikan tempat untuk kanak-kanak menunggu kedatangan ibu
bapa mereka untuk menjemput mereka pulang. Selain daripada itu, kami juga
menyediakan kemudahan seperti pusat bermain air dan pasir. Pusat ini disediakan
dalam melatih murid-murid untuk memperkembangkan kemahiran fizikal, kreativiti dan
juga sosial mereka. Selain daripada itu, di ruangan luar juga disediakan kebun kecil
dan taman permainan. Kesemua kemudahan yang disediakan adalah bersesuaian
dengan tahap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Kebanyakan kemudahan luar
yang disediakan adalah lebih berfokus kepada inkuiri penemuan.
Di ruang penyediaan makanan pula, kami menyediakan kemudahan asas seperti
meja makan beserta kerusi yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Di ruang
makan juga terdapat sinki kecil bagi memudahkan murid-murid untuk membasuh
tangan mereka sebelum dan selepas makan.

Bilik rehat dan bilik sakit juga ada disediakan di prasekolah kami. Bilik sakit ini
disediakan sebagai langkah awal dalam menghadapi kes kecederaan yang ringan yang
boleh diubati oleh guru atau pembantu prasekolah sebelum dibawa ke hospital atau
klinik berdekatan.
Bilik komputer juga turut disediakan. Kemudahan ini disediakan adalah bertujuan
untuk menyeiringkan perkembangan kanak-kanak dengan teknologi yang semakin hari
semakin berkembang dengan pesat. Kanak-kanak yang ingin dikeluarkan daripada
prasekolah ini juga perlu mencapai satu tahap pencapaian celik IT.
Bersesuaian dengan konsep prasekolah ini dalam melahirkan murid-murid yang
pintar soleh, kami turut menyediakan ruang untuk beribadah yang dipanggil surau mini.
Ruang ini membolehkan murid-murid membaca al-quran dan melakukan amali solat.

2.3 Keselamatan
Keselamatan merupakan aspek yang paling penting untuk diperhitungkan. Ini
kerana melalui jaminan keselamatan yang diberikan oleh pihak pengurusan prasekolah
akan memberi kesan terhadap kesanggupan ibu

bapa dalam menyerahkan

tanggunjawab mendidik anak mereka kepada prasekolah tersebut.


Terdapat tingkap dan pintu yang boleh dibuka dari bahagian dalam dan bergril
besi. Keadaan besi jeriji tidak tajam. Terdapat dua buah pintu keluar masuk. Semua
tingkap dan pintu di setiap bangunan ini di pasang jeriji yang sesuai. Pintu utama dan
dapur sentiasa berkunci gril bagi mengelakkan kanak-kanak memanjat dan membuka
untuk keluar.
Bilangan tingkap mencukupi untuk pengudaraan bebas, ia melebihi 10%
daripada keluasan leg lantai.

Pencahayaan semulajadi mencukupi 20% daripada

keluasan leg lantai. Teknik dinding yang dibina sesuai iaitu dinding antara bilik dengan
bahagian lain mempunyai tempoh ketahanan api selama 2 jam dan dinding bilik
penyediaan dengan bilik lain mempunyai tempoh ketahanan api selama 2 jam.

Pelan kawad kebakaran telah dibuat dan tanda keluar lampu kecemasan jenis
kuasa sendiri dipasang. Terdapat tanda amaran dilarang merokok dan makanan ringan
dipamerkan. Langkah ini menjadikan tadika ini bebas dari asap rokok. Alat pencegahan
kebakaran daripada jenis debu kering dan juga alat pengesan asap juga telah
dipasang.

Gambar 6: Semua longkang ditutup


untuk menjaga keselamatan kanakkanak.

Semua longkang di luar bangunan ditutup dengan simen konkrit. Keliling tadika
ini juga dipagar untuk menjaga keselamatan. Plug point ditutup dengan kemas dan
dipasang tinggi.
Secara keseluruhan, Tadika Sinar Bestari mempunyai peraturan keselamatan
yang

memuaskan

dan

mendapat

kelulusan

daripada

pihak-pihak

berkuasa.

Penambahbaikan akan dilakukan untuk menjamin keselamatan semua pihak.

Perkara-perkara yang diutamakan dalam aspek keselamatan adalah:

keselamatan di taman permainan.


Berpagar, tiada objek-objek berbahaya, jauh daripada ancaman
haiwan berbahaya dan alat-alat permainan berada dalam keadaan
yang selamat.

Gambar 7: Taman permainan selamat


untuk kanak-kanak.

keselamatan di ruang pembelajaran.


-

Perabot disusun dengan cara yang selamat, iaitu tidak menyekat


pergerakan dan aktiviti yang akan dilakukan oleh kanak-kanak.
Bucu perabot tidak tajam. Alatan berbahaya digunakan di bawah
kawalan guru dan disimpan di tempat yang selamat.

keselamatan di ruang dapur.


-

Dapur yang sinonimnya dikenali sebagai tempat penyimpanan


peralatan seperti pisau, garfu yang tajam dan bahan-bahan yang
berbahaya seperti minyak masak yang panas dan bahan mudah
terbakar tersebut telah diletakkan satu pintu pemisah antara dapur
dengan murid-murid. Murid-murid ini tidak dibenarkan memasuki
dapur tanpa kawalan daripada guru atau pembantu pengurusan
murid. Kesemua peralatan yang berbahaya juga disimpan di
tempat yang telah dikhaskan di dapur tersebut.

alat pemadam api.


-

Sentiasa berfungsi dan belum mencapai tarikh luput. Ia diletakkan


di tempat yang sesuai untuk memudahkan diambil sekiranya
berlaku sebarang kebakaran.

peti kecemasan.

Digunakan sebagai rawatan awal sekiranya berlaku kemalangan.


Diletakkan ditempat yang senang diambil sewaktu kecemasan
tetapi tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.

Aspek keselamatan yang utama yang turut dicampur tangan oleh pihak luar
adalah seperti ketahanan binaan prasekolah. Keselamatan binaan prasekolah ini
perlulah mendapat kelulusan daripada pihak bomba terlebih dahulu. Ini adalah penting
dalam memastikan tiada retakan dan juga masalah-masalah terhadap binaan
prasekolah tersebut. Selain daripada itu, pihak TNB dan juga JBA turut sama
memainkan peranan dalam memastikan bekalan elektrik dan juga bekalan air diuruskan
dengan selamat oleh pihak pengurusan prasekolah. Contohnya soket yang disediakan
di prasekolah dipasang di tempat yang lebih tinggi dan paip penyambungan air tidaklah
berkarat. Ini bagi memastikan keselamatan dan bekalan air bersih dapat dibekalkan
kepada kanak-kanak tersebut.
Selain daripada aspek di atas, aspek-aspek sampingan seperti keadaan lantai
kelas yang tidak berjubin turut diambilkira. Ini bertujuan untuk memastikan lantai
tersebut tidak licin apabila terkena air dan ini dapat mengelakkan murid-murid daripada
tergelincir jatuh akibat licinnya lantai di prasekolah tersebut.
Meja-meja serta kemudahan asas yang disediakan di dalam kelas adalah tidak
tajam, kasar dan tidak membahayakan murid-murid. Ini bagi melancarkan proses
pembelajaran dan mengelakkan berlaku kes di luar jangkaan seperti terhantuk bucu
meja.
Bangunan prasekolah ini dikelilingi oleh pagar bagi mengelakkan murid-murid
untuk keluar masuk dengan bebas. Pagar berkenaan akan menjadi pemisah antara
murid-murid dengan persekitaran yang berbahaya seperti jalan raya dan juga
bahayanya kes penculikan yang semakin menjadi-jadi pada masa sekarang. Pintu
pagar prasekolah ini akan dikunci semasa murid sedang belajar. Ini bertujuan untuk
mengelakkan berlaku pencerobohan oleh orang luar.

2.4 Keselesaan
Keselesaan adalah unsur yang turut sama pentingnya untuk diperbincangkan.
Keselesaan ini menjadi daya penarik kepada murid-murid untuk datang ke pasekolah
ini. Kami amat mementingkan keselesaan murid-murid dengan menyediakan
prasekolah kami seperti sebuah rumah yang bersaiz mini kepada murid-murid kami. Ini
bermaksud, prasekolah kami disediakan dengan kemudahan yang saiznya dalah
bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Contohnya saiz kerusi meja, tandas dan juga
sinki.
Komunikasi antara guru dan juga pembantu pengurusan murid terhadap muridmurid ini juga diambilkira oleh pihak kami. Ini bertujuan untuk memastikan murid-murid
berasa selesa dengan layanan yang diberikan oleh pihak kami. Pegangan setiap guru
dan juga pembantu pengurusan murid di sini iaitu layanan seperti anak kami sendiri
amat membantu dalam membentuk hubungan yang positif antara kami kakitangan
prasekolah dengan murid-murid ini.
Ruang di dalam kelas prasekolah juga menggalakkan pergerakan murid-murid
prasekolah. Ini adalah berdasarkan kepada pemilihan dan juga susunan perabut.
Susunan yang dibuat akan ditukar secara berkala iaitu sekali dalam sebulan. Ini
bertujuan untuk menarik perhatian murid-murid dalam menumpukan minat terhadap
pnp yang dijalankan di prasekolah ini.
Pakaian prasekolah yang ditetapkan oleh pihak pengurusan prasekolah terdiri
daripada kain jenis cotton iaitu daripada kain jenis yang menyerap peluh. Pemilihan
fabrik pakaian ini juga amat perlu untuk diambilkira oleh guru untuk memastikan muridmurid selesa dengan pakaian yang dipakai sepanjang seharian berada di kelas
prasekolah.
Keadaan persekitaran kelas prasekolah samada di dalam mahupun di luar kelas
yang nyaman, bebas daripada kekotoran seperti habuk dan sampah sarap dihiasi
dengan rumput yang menghijau dengan dilengkapi kemudahan asas yang lengkap
dapat menaikkan minat murid-murid untuk terus belajar di prasekolah ini.

2.5 Keceriaan
Perkara yang paling asas dalam menceriakan prasekolah kami adalah dengan
menghiaskan prasekolah tersebut dengan warna yang manrik perhatian seperti warnawarna yang terang dengan gabungan warna yang pelbagai. Dengan sentuhan tona
warna yang betul akan mampu membangkitkan kecerian prasekolah kami agar
bersesuan dengan kehendak tumbesaran murid-murid prasekolah ini.
Selain daripada warna dinding yang manriik, parsekolah kami juga tuurt
menyediakan pandangan mural seperti gambar pemandangan dan juga kata-kata
hikmah yang sangat cantik dan menarik. Dengan hiasan atau sentuhan mural ini akan
menambahkan lagi keceriaan prasekolah ini.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa bahan tambahan yang kami gunakan
untuk menghias kelas prasekolah seperti penggunaan skirting, langsir dan juga alas
meja. Ini bertujuan untuk menaikkan suasana kelas prasekolah ini.

2.6 Kebersihan Alam Sekitar


Kebersihaan alam sekitar adalah aspek yang sangat penting yang kami cuba
untuk terapkan ke dalam diri setiap murid-murid di prasekolah ini. Perkara yang paling
asas yang ditekankan ialah berkaitan dengan penyimpanan alatan selepas digunakan
termasuklah membersihkan kawasan sekitar tempat pembelajaran dijalankan.
Selain daripada itu, pihak kami juga turut menyediakan tong sampah kitar
semula. Penyediaan tong sampah ini bertujuan untuk melatih murid-murid membuang
sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dengan cara yang betul dan memupuk

semangat cintakan alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan semula barangbarang terbuang.
Melalui hubungan yang rapat yang ingin dibina oleh kami bersama ibu bapa,
kami juga merancang untuk mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan
kawasan prasekolah bersama ibu bapa murid-murid sebanyak dua kali setahun.