Anda di halaman 1dari 2

INTERAKSI KEPIMPINAN PELAJAR

( INKEP )2004
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR
09000 KULIM KEDAH

1. RASIONAL

Usaha untuk melahirkan generasi pelajar yang akan menjadi contoh pada peringkat
yang lebih tinggi memerlukan kesejagatan kepimpinan. Setiap pelajar pada setiap
tahap hendaklah diterapkan nilai-nilai kepimpinan sama ada untuk memimpin diri
sendiri atau orang lain dan seterusnya menjadi pemimpin pada tahap yang lebih
tinggi. Potensi kepimpinan pelajar hendaklah dizahirkan, dibentuk dan digilap
dengan nilai-nilai tersebut pada tahap yang maksimum.

2. MATLAMAT

Membina jatidiri pelajar dan seterusnya meningkatkan daya dan kualiti


kepemimpinan pelajar.

3. OBJEKTIF

 Memperkembangkan potensi diri pelajar


 Memapankan sahsiah pelajar
 Mengasah kemahiran interpersonal pelajar
 Memantapkan daya ketahanan pelajar
 Membina keyakinan diri pelajar.

4. KUMPULAN SASARAN

 45 orang pengawas sekolah


5. PELAKSANAAN

 Tarikh : 11 MEI 2004 ( SELASA )


 Masa : 8.00 PAGI – 10.00 PAGI
 Tempat : PKG Sungai Ular.

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH

1. Sijil / Alatan / bahan ( Fail, Kertas dan alat tulis ) RM 200.00

Sumber: PIBG SKSU

PENUTUP
Pihak jawatankuasa program berharap agar kursus yang dijalankan ini akan
mencapai objektifnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan progarm ini. Semoga
Allah menerimanya sebagai satu ibadah.

Terima kasih.

Disediakan oleh:

Jawatankuasa INKEP 2004


SKSU.

Tarikh: 10 Februari 2004