Anda di halaman 1dari 1

Amalan membaca dalam diri pelajar harus ditekankan oleh semua pihak.

Huraikan kebaikannya.

Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian
seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar yang banyak
dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini mempunyai banyak faedah kepada diri
pelajar apabila dilakukan secara kerap.
Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan seseorang
itu. Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh maklumat terkini tentang sesuatu
perkara itu seperti penemuan kajian sains yang mengejutkan itu. Lantaran itu, diri pelajar sering
terdedah pada kajian saintis yang sering berubah-ubah mengikut zaman.
Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Penemuan
saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah memeriksa kamus itu akan
meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar tersebut. Sesungguhnya, penggunaan kosa kata
dalam diri pelajar akan menjadi meluas dan menjadikan pelajar mahir dalam penulisan pula.
Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap
membaca bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar mengetahui banyak isu
daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira positif atau negatif. Jelaslah,
pelajar akan menimbang sendiri semua fakta yang dihuraikan dalam pembacaan itu lalu mampu
membuat kesimpulan yang bernas.
Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar. Amalan ini memerlukan
tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah buku terutama buku
pelajaran yang tebal itu. Maka, kemungkinan untuk pelajar tersebut terlibat dalam sebarang
kejadian negatif seperti melepak tidak akan berlaku.
Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan memperoleh
keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku kerana banyak fakta yang perlu
dihafal apabila pelajar menjawab soalan peperiksaan umum negara ini. Akibatnya, ibu bapa
akan berasa bangga dengan kejayaan anak mereka dalam peperiksaan itu.
Kesimpulannya, semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya diamalkan
secara baik. Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini dengan memberi galakan atau
membeli bahan bacaan yang berkualiti buat anak mereka. Bak kata orang tua-tua membaca itu
jambatan ilmu yang membuktikan amalan ini penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa
mengira batasan usia tersebut.
123 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai