Anda di halaman 1dari 2

Mengikut kajian Sejarah, permainan ketingting bermula semasa Empayar

Rom. Luas petak ketingting pada ketika itu dikatakan berukuran lebih
daripada 100 kaki! Ketingting diperkenalkan di kalangan askar-askar Rom
sebagai latihan ketenteraan yang mengasah kekuatan fizikal dan daya tahan
mereka.
Semasa latihan diadakan, askar-askar akan berlari sambil memikul
guni-guni berat dan dipercayai kaedah tersebut dapat meningkatkan
ketangkasan dan daya tahan kaki mereka. Dengan berbekalkan latihan ini
askar-askar tersebut mampu bertahan lebih lama di medan peperangan.
Apabila kanak-kanak Rom melihat latihan tersebut , mereka mula
meniru latihan pahlawan-pahlawan mereka dengan mencipta dan
mengubahsuai permainan ketingting. Struktur latihan pahlawan tersebut
berubah wajah menjadi sejenis permainan yang menarik di kalangan
kanak.kanak. Mereka mengubahsuai dengan mengurangkan jumlah keluasan
petak dan memudahkan permainan dengan system pemarkahan mereka
sendiri
Permainan ketingting ini berbeza di kebanyakan negara dari segi
jumlah dan saiz petak, cara bermain dan alat-alat yang digunakan. Tetapi,
dua ciri asas permainan ini yang universal ialah petak segi empat dan skil
melompat.
Walaupun pelbagai teori dan sumber mengatakan bahawa ketingting berasal
dari tempat-tempat yang berbeza namun masyarakat di setiap negara
menganggap permainan tersebut sebagai warisan tradisi nenek moyang
mereka.

Berikut adalah istilah yang digunakan untuk permainan ketingting di seluruh


dunia.
Alaska
Alaskan Hopscotch
Argentina

Rayuela

Aruba

Pele

Bolivia
India

La Thunkuna

Ekaria Dukaria

Indonesia

One Leg Jump

Jerman

Templehupfen

Malaysia

Ketingting / Buat Rumah Batu

Netherlands -

Hinklebaan

New York

Potsy

Perancis

Marelles / Escargot

Vietnam

Pico

Anda mungkin juga menyukai