Anda di halaman 1dari 6

Implikasi Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat Terhadap Perkembangan Pendidikan di

Malaysia
1.0 Pengenalan
Kerja Kursus bagi subjek Falsafah Pendidikan di Malaysia Edu 3101 bagi Ambilan Januari
2013 merupakan kerja kursus yang memfokuskan mengenai Implikasi Falsafah Pendidikan Islam,
Timur dan Barat terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Falsafah merupakan salah satu
cabang pendidikan yang tidak asing lagi. Namun sedalam manakah pengetahuan kita mengenai
bidang falsafah?
Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu mendefinisikan
falsafah sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun
mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu. Umumnya, falsafah merupakan satu sistem
cambahan idea-idea yang mendalam mengenai fitrah manusia dan makna realiti bergantung kepada
tempat, keadaan sosial dan ekonomi. Pendidikan pula dapat diterjemah sebagai proses
memperkembang kebolehan manusia kepada pencapaian maksimum. Hal ini dipersetujui oleh John
dewey (1859-1952) dalam Choong Lean Keow (2008) yang menyatakan bahawa pendidikan
merupan satu proses yang bertujuan mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Dengan ini,
gabung jalin kedua-dua perkataan falsafah dan pendidikan ini melahirkan satu maksud baru yakni
satu bidang ilmu yang mengkaji mengenai penyatuan ilmu pengetahuan bagi memperkembang
potensi manusia yang bertujuan proses sosiolisasi, pembentukan budaya dan penempatan sosial.
Falsafah pendidikan telah menjadi salah satu perbincangan hebat dari dahulu sehingga
sekarang oleh para ilmuan. Disebabkan itu, wujudnya pelbagai falsafah pendidikan yang diguna
pakai dahulu sehinggalah sekarang seperti Falsafah Pendidikan Islam, Timur, dan Barat. Secara
tidak langsung, Malaysia sebagai negara membangun telah mencedok pelbagai falsafah pendidikan
dari ketiga-tiga falsafah pendidikan tersebut

2.0 Implikasi Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat Terhadap Perkembangan Pendidikan
di Malaysia
2.1 Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan daripada perspektif Islam membawa maksud proses berterusan untuk memupuk
potensi manusia dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani ke arah keseimbangan untuk menjadi
insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Falsafah Pendidikan Islam pula amat
menekankan pendidikan mengenai mengenali Allah Yang Esa kerana semua perkara asanya
bermula daripada Pencipta itu sendiri. Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah untuk
membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
bertanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai
kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997). Bidang
pendidikan Islam pula sangat luas kerana pendidikan Islam terbahagi kepada tujuh cabang utama
iaitu :
1.

Al-Imaniyah

( Pendidikan iman )

2.
3.
4.
5.
6.
7.

Al-Khuluqiyah ( Pendidikan akhlak )


Al-Jismiyah ( Pendidikan jasmani )
Al-Aqiliyah
( Pendidikan mental )
Al-Nafsiyah ( Pendidikan jiwa )
Al-Ijlimaiyah ( Pendidikan sosial )
Al-Jinisiyah
( Pendidikan Seks )
a) Institusi pendidikan
Sifat menyeluruh dan terperinci dalam pendidikan Islam membuatkan para ilmuan di Tanah
Melayu dahulu menerima baik pendidikan Islam dan menyebar luas pendidikan ini. Sejak zaman
sebelum penjajahan British lagi Tanah Melayu sudah menerima pendidikan berteraskan agama Islam
selepas berkembangnya agama Islam di Melaka. Menurut Hikayat Abdullah dalam Choong Lean
Keow (2008), pendidikan Islam pada mulanya diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke
masjid, surau dan madrasah dan akhirnya berpusatkan di sekolah pondok. Hal ini menunjukkan
perkembangan pendidikan Islam dalam kalangan penduduk Muslim tempatan pada ketika itu.
Kurikulum pengajaran pula berdasarkan pada kurikulum Masjidil Haram di Mekah. Terdapat banyak
matapelajaran yang disampaikan antaranya ialah ilmu Tauhid, Al-Quran, Fiqh, Nahu, Hadith, Sufi,
Tasawuf dan Akhlaq, Bahasa arab dan Tulisan Jawi.
Selepas tamat pembelajaran bersama tok guru tersebut, para murid berkhidmat
penduduk di kampong sebagai guru ataupun melanjutkan pelajaran ke universiti di Timur
seperti Universiti Al-Azhar. Hal ini menunjukkan pendidikan Islam berkembang
memandangkan pendidikan individu bukan sahaja terhad sehingga ke peringkat sekolah
malah sehingga ke peringkat universiti.

kepada
Tengah
meluas
pondok

Zaman penjajahan Portugis menyaksikan kemerosotan penyebaran Pendidikan Islam


memandangkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik diperkenalkan.
Begitu juga ketika British mengambil alih tampuk pemerintahan di Tanah Melayu kena sistem
Pendidikan Sekolah Inggeris diwujudkan menyebabkan perkembangan pendidikan Islam terhenti.
Namun begitu, menurut Abd. Rahim Abd Rasyid (2003),
Selain sekolah berbahasa pengantar Inggeris, terdapat sekolah-sekolah rendah berbahasa
Melayu setakat darjah lima di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran. Di luar sistem pendidikan yang
ditadbir kerajaan, terdapat sekolah persendirian ... sekolah-sekolah agama, pondok dan madrasah
yang dikendalikan oleh komuniti Muslim setempat atau di Bandar-bandar.
Setelah Tanah Melayu merdeka dan membentuk negara Malaysia, terdapat akta yang
menekankan mengenai pendidikan Islam iaitu Akta Pelajaran 1961. Akta ini menjadikan pendidikan
Islam kewajipan bagi Kerajaan Pusat. Sebagai contoh, seorang murid Islam mesti diberikan
pendidikan Islam sepanjang ia berada di sekolah rendah dan menengah. Implikasi daripada akta
pelajaran 1961 ialah wujudnya Pengetahuan Agama Islam dalam kurikulum pendidikan sekolah.
Secara tidak langsung, perkara ini menunjukkan perkembangan pendidikan Islam itu sendiri di mana
hasilnya dapat dilihat kini iaitu rakyat yang terdidik dengan penghayatan agama Islam lebih ramai.
Akta ini dikuatkuasakan selama 25 tahun dalam kurikulum di sekolah rendah dan menengah.
a) Kurikulum
Hasil penekanan terhadap pendidikan Islam dalam kurikulum menyaksikan pelbagai
perkembangan pendidikan Islam kini iaitu subjek pendidikan Islam yang diwajibkan dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah. Penubuhan sekolah-sekolah agama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama pula menjadi tempat penghayatan nilai Islam bagi murid-murid Islam dan mereka didedahkan
lebih banyak ilmu-ilmu berkaitan agama Islam berbanding sekolah menengah lain. Sistem ini juga
menampakkan keberhasilannya dengan lahirnya ramai tokoh ulama di negara ini. Sehingga kini,

terdapat 57 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di seluruh Malaysia di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Selain itu, kursus Tamadun Islam ( kini Tamadun Islam Tamadun Asia) telah diperkenalkan di
Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab Perguruan ( kini Institut Pendidikan Guru ) sejak 1983
sehingga sekarang. Tujuan kursus ini didedahkan ialah untuk memperkenalkan falsafah pendidikan
Islam kepada pelajar-pelajar. Dengan wujudnya golongan muda yang mendalami agama, maka
secara tidak langsung falsafah pendidikan Islam yang mahu melahirkan insan berilmu dan beragama
dapat dicapai.
b) Pendidik
Pendidikan Islam yang diperkenalkan kepada rakyat tempatan sebelum zaman kolonialisme
British diajar oleh guru-guru yang dikenali sebagai ulama di rumah-rumah mereka. Apabila bilangan
pelajar bertambah, para ulama mula mengajar di masjid, surau dan madrasah. Kemudian, setelah
institusi agama iaitu sekolah pondok ditubuhkan, pengajar di institusi ini ialah Tok Guru. Kebanyakan
tenaga pengajar bagi subjek pendidikan Islam ini menimba ilmu dengan cara melanjutkan pelajaran
ke timur Tengah atau berguru dengan ustaz-ustaz.
2.2 Falsafah Pendidikan Timur
Ilmu pengetahuan merupakan salah satu aspek yang dipandang tinggi oleh ahli falsafah Timur
kerana mereka sentiasa beranggapan bahawa ilmu akan membolehkan seseorang mencapai
kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang serta mencapai
kehendak ekonomi dan sosial. Demi kecintaan terhadap ilmu, terdapat beberapa ahli alsafah yang
tampil membuat ajaran untuk dijadikan panduan untuk pengikut mereka. Sebagai contoh ialah Kung
Fu Tze yang terkenal dengan Confucius. Confucius membawa ajaran yang diikuti oleh penganutnya
selama beribu tahun lamanya. Malaysia tidak terkecuali daripada negara yang mencedok sedikit
sebanyak falsafah pendidikan Confucius.
a) Kurikulum
Falsafah pendidikan Confucius amat menekankan pengajaran pendidikan Moral. Banyak nila-nilai
yang ditekankan dalam aspek moral seperti :
1. Menghormati ibu bapa
2. Hormat orang yang lebih tua
3. Ketekunan
4. Kesetiaan
5. Jimat cermat
6. Tolak ansur
7. Kebijaksanaan
8. Keberanian
Nila-nilai ini amat penting dalam kehidupan seharian memandangkan seorang manusia yang mampu
mengamalkan nilai-nilai murni akan mendapat rasa dihormati dalam kalangan penduduk setempat.
Disebabkan itulah, kurikulum di Malaysia juga menekankan aspek nilai-nilai murni diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajara. Seawal dari darjah satu lagi, murid-murid diperkenalkan dengan
pendidikan Moral bagi murid-murid bukan Islam dan pendidikan Agama Islam bagi murid-murid
beragama Islam. Hal ini amat jelas bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sekadar mahu
melahirkan ilmuan yang bijak pandai sahaja, tetapi mereka mahu melahirkan individu yang berakhlak
mulia dan berbudi bahasa.
Sesuai dengan tunjang kemanusiaan yang ditekankan dalam KSSR, nilai murni mengenai
kemasyarakatan ditekankan supaya murid-murid mempunyai penghayatan terhadap ilmu akademik
dan ilmu kemasyarakatan. Tunjang keterampilan diri dalam KSSR juga menekankan murid terdidik

dan dibimbing untuk mempunyai daya kempimpinan dan sahsiah yang tinggi melalui kurikulum dan
aktiviti kokurikulum supaya modal insan kelas pertama dapat dilahirkan.
b) Pendidik
Dalam falsafah pendidikan Confucius, guru bergerak sebagai fasilitator dan menyampaikan ilmu
dengan kemahiran yang mereka perolehi. Guru akan sentiasa komited terhadap tanggungjawab
serta mesti mengenali dan memahami setiap muridnya supaya potensi para murid dapat digilap dan
dimanfaatkan sepenuhnya. Selari dengan pendidikan di Malaysia juga dimana guru bertindak
sebagai mentor di dalam kelas dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Guru mestilah
membimbing murid dan menganalisis kebolehan murid.
2.3 Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Barat mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan di Malaysia selepas
Tanah Melayu dijajah oleh British. Sama seperti Falsafah Pendidikan Islam dan Timur, ilmu
pengetahuan adalah aset penting dalam kehidupan bagi orang-orang barat. Friedrich dalam Choong
Lean Keow (2008) berpendapat bahawa pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus,
suci dan mulia.
Umumnya, falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Falsafah
Pendidikan Tradisional Barat dan Falsafah Pendidikan Moden Barat. Terdapat banyak pembahagian
mazhab di bawah kedua-kedua falsafah pendidikan barat ini namun hanya beberapa mazhab sahaja
yang dikaji untuk melihat kesan idea falsafah tersebut ke atas Jadual di bawah merupakan
pembahagian mazhab bagi kedua-dua falsafah ini.
Jika diteliti semula, perlaksanaan Falsafah Pendidikan Moden Barat mempunyai implikasi yang
banyak di Malaysia berbanding Falsafah Pendidikan Tradisional Barat. Hal ini kerana kaedah
pengajaran bagi Falsafah Pendidikan Moden Barat lebih bersifat praktikal di Malaysia untuk
melahirkan individu yang kreatif dan kritis dalam pemikiran. Jadi, apakah implikasi Falsafah
Pendidikan Moden Barat ini terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ini?
Tiga aspek yang dilihat dalam falsafah ini ialah aspek kurikulum, pendidik dan kaedah
mengajar.
2.3.1 Progresivisme
a) Kurikulum
Mazhab progresivisme menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif dimana pembelajaran
tersebut memerlukan penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa memerlukan teori.
Kurikulum mazhab ini memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih mata pelajaran yang
ingin dipelajari. Kurikulum KBSM (kini KSSM) Malaysia melaksanakan perkara ini kepada pelajarpelajar Tingkatan Satu di sekolah menengah dengan memberi kebebasan memilih elektif
pengkhususan dalam subjek Kemahiran Hidup dengan empat pilihan iaitu ekonomi rumah tangga,
perdagangan, pertanian dan kemahiran teknikal. Selain itu, perlaksanaan kurikulum ini juga
diterapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat dengan memberi pilihan beberapa aliran seperti
aliran sains tulen agama, sastera dan vokasional. Perkara sebegini memberi peluang sepenuhnya
kepada pelajar untuk memilih bidang kemahiran sesuai dengan minat mereka.
b)

Pendidik
Dalam mazhab progresivisme, guru berfungsi sebagai pembimbing dan pengurus untuk
membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam kelas. Guru bertanggungjawab sepenuhnya
untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang selesa serta merangsang pemikiran anak
muridnya supaya pelbagai idea yang kreatif dapat dicambah. Hal ini sudah pun dipraktikkan oleh
guru-guru di sekolah yang melaksanakan KSSR di mana guru-guru bertindak sebagai pencetus
kreativiti di dalam kelas untuk merangsang pemikiran murid dengan berbekalkan pendekatan didik

hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru juga dibekalkan dengan buku panduan
kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
c) Kaedah Mengajar
Disebabkan kaedah induktif digunakan dalam proses mengajar, jadi murid diberi peluang
untuk mencari keterangan bagi setiap soalan yag dicetuskan oleh guru untuk meningkatkan
pemahaman mereka terhadap sesuatu pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung melahirkan
murid-murid yang aktif dalam kelas. Terdapat beberapa kaedah mengajar yang disyorkan bagi
mazhab progresivisme ini iaitu :
1. Menyelesaikan masalah berdasarkan kaedah saintifik dan pendekatan induktif
2. Melakukan eksperimen untuk meneroka alam sekeliling
3. Pengalaman langsung dengan penglibatan murid
Ketiga-tiga kaedah ini mampu mewujudkan budaya belajar yang kondusif dan kompetetif
kerana para pelajar akan bersaing untuk memberi respons terhadap soalan-soalan guru. Aplikasi
daripada mazhab progresivisme dapat dilihat dalam salah satu tunjang KSSR yang menekankan
mengenai Sains dan Teknologi dimana guru-guru perlu mendedahkan murid terhadap asas disiplin
ilmu Sains melalui pembelajaran dalam kelas, makmal mahupun pembelajaran berdasarkan
pengalaman langsung di luar kelas.
2.3.2 Rekonstruktivisme
a) Kurikulum
Mazhab rekonstruktivisme mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan relatif
bergantung kepada kepercayaan, masa dan tempat. Mazhab ini juga berpegang bahawa
pengalaman manusia akan menimbulkan nilai-nilai asas yang membentuk pegangan kepada diri.
Dengan ini, pendidikan kepada masyarakat haruslah memberi penekanan terhadap pembentukan
masyarakat itu sendiri. Kurikulum pendidikan dalam mazhab ini mengasaskan corak budaya baharu
dan menghapuskan gejala sosial. Terdapat beberapa bidang dalam kurikulum mazhab
rekonstruktivisme iaitu :
1. Sosial
(Contoh : Kajian Sosial)
2. Isu-isu tempatan
3. Isu-isu antarabangsa
Dapat dilihat di sini bahawa terdapat persamaan antara kurikulum daripada mazhab ini dalam
pendidikan di Malaysia. Hal ini jelas dilihat dalam perlaksanaan KSSR dimana tunjang kurikulum
Kemanusiaan dan Kerohanian, Sikap dan Nilai menekankan mengenai pendidikan sosial untuk
memantapkan sahsiah dan moral pelajar. Tunjang ini amat penting dalam usaha melahirkan manusia
yang seimbang dan harmonis dalam aspek sosial.
b) Pendidik
Guru berfungsi sebagai agen pembaharuan dan perubahan yang perlu bersifat kreatif dan inovatif.
Hal ini disebabkan guru memainkan peranan penting untuk memberi satu gambaran jelas kepada
pelajar mengenai penekanan kurikulum yang mementingkan isu sosial, isu tempatan dan
antarabangsa. Pengetahuan yang luas amat diperlukan oleh guru seiring dengan matlamat yang
mahu mengasaskan corak budaya baharu dan pembentukan semula masyarakat. Dari aspek
pendidikan di Malaysia, fungsi guru juga mempunyai peranan sama seperti guru yang membawa
mazhab rekonstruktivisme ini. Perkara ini jelas dilihat dalam kelas di mana guru sebagai bertindak
mengawal kelas dalam suasana pembelajaran yang terancang dan muris-murid berusaha mencari
maklumat yang berkaitan isu semasa untuk kefahaman pengetahuan am.
Sebagai contoh, dalam kelas guru yang mengajar matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
akan menggalakkan para pelajar untuk mencari artikel berkenaan isu semasa dan isu global di luar
dan dalam negara. Dengan cara ini, pelajar akan belajar menegnai perkembangan isu tempatan dan
antarabangsa. Isu-isu yang berkaitan dengan nasionaliti dan patriotisme pula akan mewujudkan
semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, pelajar akan mendapat

kesedaran untuk memberi sumbangan kepada negara dan menjadi golongan yang mewujudkan
masyarakat yang memaksimumkan potensi diri ke arah kebaikan. Hal ini sejajar dengan kurikulum
persekolahan KSSR yang memenuhi keperluan dan tuntutan semasa bagi menyediakan generasi
yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21.

1.
2.
3.
4.

c) Kaedah mengajar
Kaedah mengajar bagi mazhab ini ialah berpusatkan murid di mana murid-murid diberi penekanan
mengenai kemahiran menyelesaikan masalah melalui beberapa kaedah sepeti :
Aktiviti
Sumbangsaran
Main peranan
Simulasi
Kaedah-kaedah ini mempunyai fungsi utamanya dengan murid sebagai penggerak utama. Kaedah
ini juga dapat dilihat dalam silibus kurikulum Malaysia yang mahukan aktiviti kurikulum yang
dijalankan dalam kelas bukan sahaja berpusatkan guru malah mesti berpusatkan pelajar sekali
kerana pelajar sebagai penerima ilmu tidak boleh bersifat statik dalam mencerna ilmu malah perlu
bersikap lebih terbuka untuk memperluas skop sesuatu ilmu itu.
2.3.3 Eksistentialisme
a) Kurikulum
Mazhab ini lebih menumpukan kepada fitrah kewujudan manusia. Ahli-ahli eksistentialisme bepegang
bahawa realiti merupakan sesuatu yang bersifat subjektif serta hanya bergantung kepadaa individuindividu berkenaan untuk ditafsirkan. Tidak ada kurikulum khusus bagi subjek ini kerana mereka
percaya bahawa murid-murid bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pendidikan diri sendiri. Namun
begitu, terdapat beberapa matapelajaran yang dianggap relevan seperti pendidikan seni,
kesusasteraan dan drama. Di Malaysia, pelajar juga diberi peluang untuk memilih aliran yang mereka
minati di Tingkatan Empat namun, pilihan itu terhad memandangkan negara kita tidak mampu
melayan setiap kehendak pelajar yang berbeza antara satu sama lain.
b) Pendidik
Guru merupakan individu yang penting yang menjadi pemangkin pelajar untuk menyediakan peluang
pendidikan bagi para pelajar mereka mengekspresikan perasaan dan emosi dalam pembelajaran.
Hal ini kerana, pembelajaran yang diikuti dengan minat daripada pelajar dan memenuhi kehendak
pelajar akan memberikan mereka satu kepuasan belajar. Dengan ini, para pelajar dapat mengikuti
pembelajaran dengan aktif, sesuai dengan kecenderungan terhadap pilihan pembelajaran mereka.
c) Kaedah mengajar
Disebabkan tiada kurikulum khusus bagi para pelajar dalam mazhab ini, kaedah mengajar yang
digunakan ialah berpusatkan aktiviti dan pelajar . Menurut Choong Lean Keow (2008) , main peranan
serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan dan
pemikiran mereka secara mendalam.