Anda di halaman 1dari 5

Tugasan 1

Teks Ucapan
Guru Besar SK Abun Matu, Belaga
Encik Anthony Jalong
Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah ke-36
Pada 16 Mei 2013 Bertempat di Dewan Sri Rajang, Belaga
Tema: Satu Impian, Satu Agenda: Guru Berwawasan Mendokong
Transformasi Pendidikan Negara.

Terima kasih kepada saudari pengerusi majlis. Selamat pagi, salam sejahtera dan
salam Satu Malaysia kepada Yang berbahagia Encik Chew Lee Wen, pengerusi
PIBG Sk Abun Mat. Yang berusaha Puan Lim Siew Ling, PK1. Yang berusaha Encik
Seburat Bukoh, PK HEM. Yang berusaha Puan Nurlisa Binti Mahat, PK Kokurikulum.
AJK PIBG, barisan guru yang dedikasi seterusnya murid- murid yang dikasihi
sekalian.
Bersyukur kita kepada Tuhan yang Maha penyayang kerana dengan izin dan limpah
kurnianya kita dapat berhimpun pada hari yang bermakna ini sebagai tanda terima
kasih yang tidak terhingga kami terhadap jasa dan sumbangan para guru yang telah
berpatah tulang demi mendidik generasi muda Negara. Terlebih dahulu saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
berbahagia Encik Chew Lee Wen selaku pengerusi PIBG atas kesudian beliau
menghadiri majlis Sambutan Hari Guru ini dan kerjasama beliau bagi menjayakan
majlis ini dengan sepenuhnya pada tahun ini.
Hadirin yang dihormati,
Selaku Guru Besar SK Abun Matu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima
kasih dan penghargaan atas segala pengorbanan dan sumbangan besar para guru
terhadap murid-murid di sekolah ini. Berkat didikan para guru ini, pencapaian demi

pencapaian diperolehi dan pelbagai kejayaan yang dikecapi baik dalam bidang
akademik mahupun kokukikulum. Hal ini menyebabkan sekolah ini makin mendapat
perhatian daripada pihak luar walaupun sekolah ini terletak di kawasan pedalaman.
Bukan itu sahaja, sekolah ini juga mula dijadikan sebagai penanda aras kepada
sekolah-sekolah yang lain. Inilah yang membuktikan bahawa para guru yang kita
miliki sentiasa berfikiran positif dalam melonjakkan transformasi pendidikan Negara.
Sidang dewan sekalian,
Satu Impian, Satu Agenda: Guru Berwawasan Mendokong Transformasi Pendidikan
Negara. Begitulah tema hari guru kita pada tahun ini. Guru- guru di sekolah ini telah
memainkan peranan mereka sebaik-baiknya ke arah merealisasikan pendidikan
yang bertaraf dunia. Para guru ini bukan sahaja menilikberatkan akademik dan
kokurikulum pelajar semata-mata, malahan mereka juga berusaha membentuk
modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai iaitu dari aspek disiplin,
sahsiah, akhlak dan jati diri para pelajar berlandaskan tuntutan JERIS yang
melahirkan modal insan gemilang dan terbilang pada masa yang akan datang.
Menjadi guru pada masa ini bukanlah satu kerjaya yang senang kerana guru pada
masa

kini

memainkan

peranan

yang

signifikan

kepada

pembinaan

dan

pembangunan sahsiah dan peribadi murid- murid. Bukan itu sahaja, dengan
berkembangnya sains dan teknologi moden, masalah disiplin seperti ponteng
sekolah, pergaduhan dan lain- lain semakin meningkat. Semua masalah disiplin ini
akan dipikul sepenuhnya oleh insan yang bernama guru. Oleh itu, guru
sememangnya boleh diibaratkan sebagai ibu bapa yang kedua kepada murid- murid
di sekolah. Oleh itu, guru yang cemerlang melahirkan modal insan yang cermelang
serta akan disayangi oleh para pelajar, manakala, guru yang mengajar sambil lewa
akan mengelapkan masa depan seseorang murid.
Hadirin yang saya muliakan,
Inisiatif Kementerian Pelajaran iaitu Tawaran Baru telah menunjukkan hasil yang amat
positif apabila guru-guru di sekolah ini layak menerima bayaran insentif atas
perkhidmatan mereka yang cemerlang. Kini segala perit jerih guru-guru sekalian telah
membuahkan hasil apabila sekolah ini menerima gelaran Sekolah Bestari sekali lagi
bagi tempoh dua tahun berturut-turut. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah

kepada semua guru di sekolah ini. Saya yakin dengan adanya guru-guru yang
berdedikasi, proaktif, inovatif dan ibu bapa yang prihatin, proses melonjakkan dan
memartabatkan transformasi pendidikan negara di sekolah ini dapat direalisasikan
dalam masa terdekat. Dengan keringat guru-guru ini, maka sekolah dapat melahirkan
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bertitik tolak daripada sumbangan dan
pengorbanan guru ini, maka sewajarnya murid-murid dan masyarakat meraikan
sambutan hari guru pada hari ini sebagai menghargai warga pendidik .
Bak kata pujangga tentang guru ialah:
Jika seorang doctor salah bedah,
Maka akan terkorbanlah seorang pesakit.
Tetapi, jika seorang guru salah mengajar,
Maka akan musnahlah satu generasi pada masa hadapan.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga para guru
sekalian akan terus diberi kekuatan untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.
Sekian, terima kasih.

http://maryantijamaludin.blogspot.com/2013/05/teks-ucapan-wakil-murid-sk-seri-kg.html
http://www.slideshare.net/chonseong138/teks-ucapan-hari-guru-2013
http://www.scribd.com/doc/54930626/Format-Teks-Ucapan
http://www.ppdhl.net/v1/Rujuk%20Lampiran%20:/article/1278/TEKS%20UCAPAN%20HARI%20GURU%20MENTERI
%20PELAJARAN%20MALAYSIA%202013.pdf

Tugasan 2

Penerapan Nilai Murni Dalam Bilik Darjah Membentuk Insan Berintegriti

Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara


rasminya diberi penekanan ialah melalui Laporan Kabinet
(Laporan Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar
Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau
membuat penyataan mengenai FPK di mana isu-isu nilai murni
diselitkan untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guruguru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni,
bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan
jasmani. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan
yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd.
Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkaraperkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi
kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat
biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan
semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya
untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"
(Wan Mohd. Zahid, 1988)
1. Berlaku secara langsung dan tidak langsung
- Langsung: strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran,
pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Faktafakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya
akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara
langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat
tertentu.
- Tidak langsung: nilai tidak boleh diajar secara formal seperti
matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan
secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan.

2. Murid diajar membuat penilaian


- Penilaian kepada diri sendiri.
- kriteria panduan tentang bagaimana sesuatu nilai harus dilakukan
misalnya nilai keberanian ataupun rasional.
- Orang yang rasional boleh membuat pertimbangan yang baik dalam
menghadapi menyelesaikan sesuatu masalah.

3. Konsep pemuafakatan Dalam pendidikan


- ditumpukan kepada pemuafakatan antara guru, ibubapa, masyarakat dan
murid itu sendiri.
- Antaranya yang jelas pemuafakatan yang dibuat:

melalui penibuhan PIBG di sekolah-sekolah untuk menangani dan


membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan sekolah, perkembangan
, kemajuan serta masalah yang melanda pelajar serta sekolah tersebut.
Konsep pemuafakatan di sekolah juga dapat kita lihat melalui kegiatakegiatan ko-kurikulum ataupun temasya yang diadakan.
Contohnya temasya sukan atau sukaneka di sekolah adakalanya
melibatkan tidak hanya pelajar berkenaan tetapi juga ahli keluarga pelajar
tersebut. Ini menunjukkan adanya semangat kesukanan, setiakawan serta
kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan.

Kesemua nilai murni dapat disisipkan kedalam pendidikan


adalah nilai-nilai yang dapat menjadikan seseorang itu
manusia yang dihormati dan boleh memainkan peranan yang
aktif dalam menjamin keharmonian dalam masyarakatnya
serta dapat menyumbang kearah pembangunan masyarakat.
Kesemua nilai yang disenaraikan merupakan asas atau
jambatan kepada pelajar yang masih dibangku sekolah dalam
membentuk perwatakan dan displin diri yang tinggi dan mulia.
FPN digubal berpandukan kepada konsep berteraskan Allah
SWT. Ia menampakkan sifat yang bersepadu, menyeluruh dan
seimbang iaitu kesepaduan di antara ilmu, iman dan amal;
kesepaduan di antara akal, jasad dan roh; kesepaduan di
antara teori dan amali, di antara kemahiran dan akhlak; di
antara rupa dan jiwa; di antara pembangunan keduniaan dan
akhirat; dan di antara manusia, alam dan Allah, yang mana
kesemuanya bermatlamatkan pemikiran insan soleh . Insan
yang baik akan membentuk keluarga yang baik, seterusnya
masyarakat serta bangsa yang baik.

Anda mungkin juga menyukai