Anda di halaman 1dari 1

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme Guru

Tutorial 4
Peranan guru sebagai agen perubahan dalam melaksanakan program LINUS.
Program LINUS bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang
dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sebelum ini (KIA2M), memastikan semua
murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir
tahun 3 menjelang Tahun 2011. National Key Result Areas (NKRAs) KPM telah
menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran
berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut
pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010
melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.
Guru sebagai agen perubahan merupakan gelaran yang tidak asing lagi bagi guru
alaf baru kini. Guru menjadi penggerak dan menjadi tunjang utama dalam bidang pendidikan
di negara. Dalam melaksanakan program LINUS, guru memerupakan pengemudi bagi
memastikan kejayaan program ini. Antara peranan guru ialah, guru perlu memahami dan
menguasai dahulu apakah matlamat, program ini dilaksanakan, apakah elemen-elemen
penting yang diperlukan. Untuk menguasai perkara-perkara tersebut, guru perlu proaktif,
sentiasa bersedia untuk berkursus dan menghadiri seminar tentang pelaksanaan program
LINUS di sekolah. Guru yang lebih berpengetahuan dan luas pengalamannya dapat
membantu murid dalam mencapai sasaran dalam program tersebut.
Seterusnya, guru juga berperanan untuk merancang jadual waktu untuk murid LINUS
tegar. Jadual ini dirancang supaya murid-murid LINUS tegar dapat dibantu dengan lebih
sistematik. Di sekolah seharusnya ada guru pemulihan yang bertanggungjawab dalam
mengurus murid-murid pemulihan. Sebagai agen perubahan, guru boleh mendapatkan
kerjasama daripada guru pemulihan di sekolah untuk sama-sama membantu mengajar
murid LINUS tegar.
Selain itu, peranan guru kepada ibu bapa murid juga harus diambil kira. Guru boleh
memberikan pendedahan kepada ibu bapa tentang kepentingan serta unsur-unsur penting
dalam pelaksanaan program LINUS supaya ibu bapa jelas dengan perkembangan anakanak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa yang mempunyai pengetahuan tentang
program seumpama ini akan sedaya upaya memberikan kerjasama untuk memperbaiki
prestasi akademik anak-anak mereka.