Anda di halaman 1dari 17

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN

MUZIK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBMS 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK

NO. MATRIKULASI

720318125096001

NO. KAD PENGNEALAN

720318125096

NO. TELEFON

0148529170/0128416756

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

adeqisy_mann@yahoo.com

PPT TAWAU

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK

KANDUNGAN
1.0

MUKA SURAT

PENGENALAN DAN DIFINISI KEMAHIRAN


BERFIKIR

2.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

3.0

KEPENTINGAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN


BERFIKIR DALAM RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN

3.1

Kecerdasan Yang Pelbagai

3.2

Meningkatkan Cara Pemikiran Pelajar

10

3.3

Kesan Yang Bermakna Dalam Pembelajar Pelajar

11

3.4

Keadaan Atau Suasana Yang Memberangsangkan


Kepada Pelajar

12

4.0

RUMUSAN

13

5.0

RUJUKAN

15

LAMPIRAN

1.0

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
PENGENALAN DAN DIFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

Terdapat satu lagi elemen baru didalam transformasi pendidikan Negara iaitu kemahiran berfikir.
Menurut Edward de Bono (1976), mengaitkan bahawa kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang bererti,
bukan hanya untuk menyelesaikan tetapi juga berfikir bagi melihat sesuatu dengan berbagai perpektif untuk
menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir juga merupakan proses menggunakan minda bagi mencari makna
serta pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea mahupun ciptaan serta membuat pertimbangan yang
sewajarnya untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya membuar refleksi dan
metakognitif terhadap proses-proses yang dialami. Proses ini termasuklah aktiviti menyusun idea, membuat
kesimpulan bagi mendapat ilmu dan kemahiran yang baru yang mana ini digunakan untuk menyelesaikan
masalah baru yang semakin mencabar. Terdapat tiga peringkat kemahiran berfikir iaitu peringkat pertama ialah
pemikiran konkrit. Peringkat kedua pula, pemikiran abstrak dan peringkat yang ketiga pula ialah pemikiran kreatif.
Terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir secara kreatif serta kemahiran berfikir
secara kritis. Kemahiran nerfikir secara kreatif ialah merupaka tentang kecekapan ataupun keupayaan
menggunakan minda bagi menjana serta menghasilkan idea yang tidak terhad, berkepelbagaian, asli mencabar
dan dapat diperkembangkan kepada idea yang lebih meluas lagi serta terbuka. Kemahiran kreatif ini berfungsi
untuk memperluaskan serta memperkembnagkan daya imaginasi dan kerativiti bagi mendapatkan idea yang
banyak serta baru dan pelbagai. Antara contoh kemahiran berfikir secara kreatif ialah menjana dan menghasilkan
sesuatu idea yang baru, asli dan mencabar. Selain daripada itu, contoh kemahiran kreatif ialah mencipta analogik,
mencipta metafora, membuat difinisi serta membuat peta konsep.
Sementara kemahiran berfikir secara kritis pula merupaka kecekapan

serta keupayaan dalam

penggunaan minda bagi menilai kewajaran idea-idea berdasarkan alasan serta bukti yang munasabah serta
mendorong kepada pertimbangan yang lebih baik. Iannya melibatkan juga penjelasan idea untuk
mempertingkatkan lagi pemahaman serta keupayaan dalam menggunakan maklumat yang lebih berkesan. Ini
melibatkan dalam proses menilai dan menganalisis idea, maklumat atau data untuk mendapat kefahaman yang
lebih jelas, kukuh serta bermakna. Antara contoh berfikir secara kritis ialah membanding dan membeza, menbuat
katagori, menentukan sumber, menerangkan sebab, membuar ramalan, membuat inferens serta menilai sesuatu.

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
Bagi memupuk budaya berfikir dikalangan pelajar, guru hendaklah dapat mengajar kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis (KBKK) secara eksplisit dan kemudiaannya diaplikasikan oleh murid daalam kehidupan
seharian mereka. Selain daripada itu, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) juga dapat disepadukan
serta disebatikan didalam aktiviti atau proses pengajaran dan pembelajarn. Guru juga seharusnya mengajar
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) di dalam isi pengajaran.
Perlaksanaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah akan dapat di lihat melalui kesediaan guru, kemahiran pedagogi guru serta sikap individu itu sendiri
sama ada secara khusus mahu pun secara amnya. Seterusnya, setiap guru perlu melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) di dalam bilik darjah melalui
matapelajaran yang mereka ajar. Sehubungan dengan itu, guru perlualah menembah ilmu sama ada pedagogi atau
kemahiran yang baru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyebatian
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ini.

2.0

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Masa

: 1 Jam

Tahun

: 4 UM

Bidang

: Nyanyian

Konsep

: Irama

Objektif

: Diakhir sesi pengajaran dan pembelajar diharapkan pelajarPelajar dapat:


(a) Menyanyikan lagu Burung KakakTua dengan sebutan yang
jelas dan betul
(b) Menyanyikan lagu Burung Kakak Tua dengan iringan muzik
(c) Membuat pergerakan kreatif berdasarkan lirik dan mud lagu

Objektif KB

: Diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran diharapkan pelajarPelajar dapat:


(a) Menjana idea dengan memindahkan senikata lagu dalam
bentuk cerita pendek
(b) Membezakan lagu rakyat dengan lagu tradisional
(c) Menerangkan kepentingan menjaga kebersihan

Pengetahuan
Sedia Ada

: Murid telah didedahkan pengetahuan tentang lagu tradisional

Kemahiran
Berfikir

: a. Menjana idea
b. Membuat banding beza
c. Membuat ramalan
d. Membuat inferens

Bahan Bantu
Mengajar

: cd, alat pemain video, carta lagu, slaid

Langkah/

Isi Kandungan

Masa
Set Induksi

Soal jawab tajuk

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan/

lagu

Pelajar ditunjukkan senikata lagu

BBM
KBKK:

Burung Kakak Tua

Menjana idea

Pelajar dikehendaki membaca


senikata lagu

BBM:

Pelajar dikehendaki membuat cerita

Carta lagu

pendek berdasarkan senikata lagu

Contoh arahan guru:1- Sila buat cerita pendek


berdasarkan senikata yang
ditunjukkan

Langkah 1

Menamakan jenis-

jenis lagu dan


contohnya

Pelajar diterangkan tentang ciri-ciri

KBKK:

lagu rakyat

Banding beza

Pelajar dikehendaki menyatakan


perbezaan antara lagu rakyat

BBM:

dengan Lagu tradisional.

Slaid

Contoh soalan guru:-

ciri-ciri

1- Nyatakan secara ringkas

tentang
lagu

rakyat

perbezaan antara lagu rakyat


dengan lagu tradisional dari
Langkah 2

Menyanyi lagu

secara kelas

segi ciri-cirinya.
Pelajar dipertonton dan

BBM:

diperdengarkan lagu Burung Kakak

Cd

Tua

Pemain video

Pelajar diajar menyanyi lagu


burung kakak tua secara kelas
mengikut muzik

Pelajar menyanyi lagu burung


kakak tua secara kelas mengikut
5

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
muzik

Guru memperbetulkan kesalahan


sebutan murid jika ada

Langkah 3

Menyanyi lagu

secara kumpulan

Murid membentuk kumpulan

BBM:

mengikut ramai kumpulan yang

Cd

ditetapkan

Pemain video

Murid menyanyi lagu mengikut


satu-satu kumpulan dengan iringan
muzik mengikut sebutan yang betul

Langkah 4

Menyanyi lagu

secara individu

Guru meminta murid untuk

KBKK:

menyanyi secara individu mengikut

Inferens

muzik

Ramalan

Guru bertanya pendapat murid


tentang persembahan rakan dan

cara-cara untuk memperbaiki

BBM:

persembahan

Hadiah

Murid menberi inferens dan


ramalan tentang persembahan rakan

Guru memberi ganjaran hadiah


kepada murid yang berani tampil
untuk menyanyi secara individu

Langkah 5

Membuat gerakan

Pertandingan secara kumpulan:-

BBM:

kreatif berdasarkan

-murid diminta membentuk

Hadiah

lagu

kumpulan
-murid diminta mencipta gerakan
kreatif berdasarkan senikata lagu

KBKK:

dan mud lagu

-Menjana idea
-Membuat

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
-murid diminta mempersembahkan
ramalan
nyanyian dan gerakan yang telah

-Membuat

dibincangkan di dalam kumpulan

inferens

untuk dipertandingkan
-kumpulan yang mencipta gerakan
yang paling kreatif serta
menyampaikannya dengan baik
akan dikira sebagai pemenang
-pemenag akan diberi ganjaran
hadiah
Langkah 6

Membuat

pengurusan grafik
banding beza

Sekali lagi murid diminta

BBM:

membentuk kumpulan

-Kertas majong

Setiap kumpulan diminta

-pen marker

berbincang dan membuat

pelbagai

pengurusan grafik banding beza ciri

warna

lagu rakyat dan lagu tradisional

Setelah siap, ketua daripada setiap

KBKK:

kumpulan untuk membentangkan

-PG banding

hasil pengurusan grafik mereka

beza

Guru akan berbincang bersama


murid tentang hasil pembentangan

Penutup

Guru membimbing murid untuk

KBKK:

menjana idea mereka tentang

Menjana idea

kepentingan mempelajaria
kemahiran banding beza

Guru menyoal murid tentang


kepentingan menggunakan
kemahiran banding beza dalam
7

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
proses pembelajaran mereka

REFLEKSI

: Murid...........................................................................................................
Guru.............................................................................................................
Impak...........................................................................................................
Tindakan susulan.........................................................................................

3.0

KEPENTINGAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Dalam bidang pendidikan, menguasai kemahiran befikir KBKK pada zaman

globalisasi kini merupakan suatu perkara yang sangat penting. Sehubungan dengan itu,
satu inisiatif Kementerian Pelajar Malaysia telah diperkenalkan iaitu satu program yan
dinamakan program penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di dalan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1992, program ini telah diperkenalkan
secara rasminya dalam kurikulum sekolah dan pada tahun 1993 pula dalam kurikulum
pendidikan guru.
Sehubungan dengan itu, setiap guru perlu untuk menguasai kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis untuk penyebatian KBKK di dalam matapelajaran yang diajar.
Oleh sebab kemahiran berfikir tidak tumbuh secara semulajadi, maka setiap guru
perlukan mengembangkannya didalam pendidikan secara formal.
Penyebatian Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis dalam proses
pengajaran dan pembelajara dapat dilaksanakan melalui pelbagai langkah pengajaran
seperti dalam langkah pengenalan, di dalam langkah pengajaran, di dalam refleksi serta
metakognitif, di dalam aktiviti pengukuhan dan juga aplikasi.

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
Penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dilaksanakan di dalam
pengajaran pembelajaran melalui dua langkah atau cara itu penyebatian sepenuh dan
penyebatian separa. Melalui RPH yang disediakan, saya mengunakan proses penyebatian
separuh dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajara muzik tahun 4.
3.1

Kecerdasan Yang Pelbagai


Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menggunakan unsurunsur kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis tidak akan menjadi
pembelajaran yang efektif. Seperti yang diketahui, setiap pelajar mempunyai
kecerdasan yang pelbagai dan gaya pembelajaran yang berbeza. Sehubungan
dengan itu, penyebatian kemahiran secara kreatif dan kritis merupakan salah satu
strategi yang sangat berkesan bagi menangani masalah kecerdasan yang pelbagai
para pelajar serta kepelbagaian gaya pembelajaran.
Setiap pelajar mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran. Gaya
pembelajara ini kadangkala dikaitkan dengan gaya kognitif. Ada pelajar yang
lebih cenderung untuk mempelajari maklumat konkrit seperti fakta dan konsep,
namun sebilangan besar pelajar lebih menggemari untuk mempelajari maklumat
dengan cara visual seperti gambarajah dan carta aliran. Namun begitu, terdapat
juga pelajar yang menggemari untuk mempelajar maklumat dengan cara verbal
atau kuliah. Terdapat juga pelajar gemar untuk membuat perbincangan, belajar
secara reflektif, belajar secara urutan, belajar memahami gambaran serta banyak
lagi jenis gaya belajar yang ditunjukkan untuk mendapat maklumat.
Jika gaya pembelajaran pelajar adalah sama dan selari dengan pengajaran guru,
maka proses pengajaran dan pembelajaran ini akan menjadi sangat efektif tetapi
jika sebaliknya, ini akan membuat para pelajar ini mudah bosan, kurang dalam
memberikan tumpuan serta mempunyai tanggapan yang negetif terhadap
matapelajaran

itu

sehingga

menyebabkan

penurunan

prestasi

tentang

matapelajaran itu. Sehubungan dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran


seharusnya selari dan seiring dengan situasi begini. Oleh yang demikian,
penyebatian KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
strategi yang berkesan untuk mencapai hasrat ini.
9

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
Sehubungan dengan itu, melalui Rancangan Pengajaran Harian yang
disediakan, seperti set induksi, saya telah menggunakan kemahiran berfikir secara
keratif iaitu menjana idea. Melalui proses penyebatian di sini, guru akan dapat
mengetahui kecerdasan pelbagai murid serta gaya pembelajaran mereka. Melalui
set induksi itu tadi, murid akan dapat mengeluarkan idea melalui penulisan cerita
pendek berdasarkan petikan senikata lagu yang diberi. Guru akan cuba
membincangkan sesame murid tentang penulisan cerita pendek yang ditulis oleh
mereka. Penjanaan Idea akan berlaku di dalam set induksi dan ini akan
menggalakkan proses kemahiran berfikir ini. Selain daripada itu, Elemen
merentas Kurikulum (EMK) juga dapat dilaksanakan di dalam set induksi ini.
Elemen merentas Kurikulm yang dilaksanakan ialah elemen kreatif.
3.2

Meningkatkan Cara Pemikiran Pelajar


Dalam proses penyebatian kemahiran berfikir kreatif dan kritis, guru
mengajar secara eksplisit iaitu dengan cara menyebatikan pengajaran di dalam isi
kandungan pelajaran, membincangkan kemahiran-kemahiran yang digunakan
oleh para pelajar semasa proses berfikir serta meninggkatkan cara pemikiran
pelajarnya. Sehubungan dengan itu, penyebatian ini akan dapat menggalakkan
cara peningkatan pelajar ini berfikir dan ini berbeza jika pelajar tidak diajar
penyebatian KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di dalam langkah pengajaran langkah 1, penyebatian Kemahiran berfikir
dilaksanakan iaitu kemahiran pemikiran kritis dimana aktiviti banding beza telah
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid dikehendaki
mencari perbezaan lagu tradisional dengan lagi rakyat melalui ciri yang berbeza.
Melalui proses banding beza ini, guru dapat mempertingkatkan pemikiran pelajar
dan membantu murid untuk mengimbas kembali pengajaran yang lepas.
Sehubungan dengan itu, cara pembelajaran dapat dipertingkatkan. Proses
penyebatian ini sememangnya dapat membantu murid untuk mempertingkatkan
minda mereka dan sentiasa memahami sesuatu pembelajaran yang diajar oleh
guru.
10

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
Proses penyebataian kemahiran berfikir juga dilaksanakan pada langkah
pengajaran, langkah 6. Pada langkah 6 ini, murid diminta untuk membuat
pengurusan grafik dan dan mengaplikasikan kemahiran banding beza ini dalam
bentuk pengurusan grafik. Di sini, guru telah membantu murid untuk
mempertingkatkan cara pembelajaran murid dan menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran ini tidak membosankan. Pengurusan Grafik dapat digunakan
serta dilaksanakan dalam penyebatian kemahiran berfikir. Sememangnya
pengurusan grafik akan dapat mencetus idea-idea baru murid dalam bentuk yang
menarik dan proses ini akan meningkatkan lagi cara pemikiran pelajar.
3.3

Kesan Yang Bermakna Dalam Pembelajaran Pelajar


Di dalam proses penyebatian KBKK, guru menggunakan ransangan yang
eksplisit bagi membimbing pelajar bagi mengamalkan pemikiran yang bijak
sambil pelajat itu mempelajari fakta, konsep serta kemahiran yang berkaitan
dengan kandungan pelajaran. Sehubungan dengan itu, dengan mengamalkan
penyebatian KBKK ini, ianya akan memberi kesan yang bermakna dalam
pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian ini akan membantu para pelajar untuk
mengaplikasi pembelajaran di dalam kehidupan harian para pelajar.
Melalui langkah pengajaran langkah 5, proses penyebatian kemahiran
berfikir melalui pemikiran kreatif akan dilaksanakan melalui penjanaan idea,
membuat ramalan dan inferens. Di dalam langkah ini, murid dikehendaki menjana
idea dengan mencipta gerakan kreatif berdasarkan senikata lagu dan mud lagu
yang diperdengarkan. Ini akan memberikan keseronokkan kepada pelajar
seterusnya memberikan kesan yang bermakna kepada pembelajaran murid-murid.
Melalui aktiviti yang nyanyian dan gerakan, setiap kumpulan murid akan cuba
memberi idea untuk mencipta bentuk gerakan yang menarik. Kreativiti murid
akan dapat dipertunjukkkan melalui penyempaian persembahan setiap kumpulan.
Setelah melakukan aktiviti nyanyian dan gerakan kreatif, murid-murid
diberi peluang untuk membuat ramalan dan inferens tentang persembahan rakanrakan mereka. Aktiviti ini sememangnyalah dapat membantu dan memberi kesan
yang bermakna di dalam proses pembelajaran murid. Kanak-kanak akan berasa
11

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
dihargai selepas aktiviti ini dijalankan dan ini menyumbang kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang positif. Sehubungan dengan itu, penyebatian
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat membantu murid untuk menerima pembelajaran yang bermakna.
3.4

Keadaan Atau Suasana Yang Memberangsangkan Kepada Pelajar


Proses penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di dalam
bilik sangatlah penting bagi mewujudkan suasana yang memberangsangkan
kepada pelajar. Sebagai seorang guru, seharusnya berusaha untuk menukarkan
amalan pengajaran mereka di kelas agar amalan ini benar-benar berbeza daripada
amalan di kelas konvensional. Sehubungan dengan itu, guru seharusnya
mempunyai kemahiran pedagogi, yang mantap, pemgetahuan ilmu yang meluas
serta sikap yang sesuai untuk melakukan perubahan dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran. Sehubungan dengan itu, seseorang guru haruslah memiliki
kemahiran-kemahiran tersebut untuk melakukan proses penyebatian kemahiran
berfikir secra kreatif dan kritis di bilik darjah

kerana ini akan lebih

memberangsangkan murid untuk menjalanin proses pembelajaran mereka dan ini


akan dapat mempertingkatkan lagi prestasi pencapaian sesuatu matapelajaran.
Di dalam penulisan Rancangan pengajaran Harian (RPH) langkah
penutup, proses penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis melalui
aktiviti pengukuhan, murid dikehendaki menjana idea tentang kepentingan untuk
mempelajari kemahiran- kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di dalam
kehidupan seharian. Melalui aktiviti penjanaan idea ini, proses pembelajaran
murid akan dapat dirangsangkan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran
lebih bermakna. Secara keseluruhannya, di setiap langkah pengajaran yang
mengandungi penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis akan
membantu suasana pembelajaran lebih bermakna memandangkan suasana
pembelajaran yang memberangsankan dapat mempertingkatan proses pengajaran
dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokan serta tidak membosankan. Ini

12

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi bermakna dan mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh setiap guru.
4.0

RUMUSAN
Bidang pendidikan merupakan satu faktor domain bagi menentukan sebuah
kejayaan sesebuah Negara. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha dan inisiatif kerajaan
bagi meningkatkan system pendidikan Negara. Menyedari bahawa kemahiran berfikir
merupakan satu item yang amat penting, Kementerian Pelajar Malaysia telah
melaksanakan penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis secara khusus
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi merialisasikan hasrat kerajaan, guru
seharusnyalah mengembleng tenaga bagi mempertingkatkan sistem pendidikan Negara.
K.Narayanasamy (2000) menyatakan bahaya guru yang inovatif dan kreatif perlulaah
memikirkan bermacam cara dan pelbagai aktiviti lain untuk mengatur aktiviti pengajaran
dan pembelajaran mengikut kemahiran dan bidang masing-masing. Ini menunjukkan
betapa pentingnya penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di setiap sekolah.
Namun begitu, kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk mementapkan lagi penggunaan kemahiran
berfikir di dalam setiap matapelajaran. Penyebatian kemahiran befikir secara kreatif dan
kritis juga akan dapat mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Kepentingan
penyebatian kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
(2580 patah perkataan)

13

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK

5.0

RUJUKAN
1. K.Narayaanasamy.

2000.

Melayan

pelbagai

gaya

pembelajaran:pengajaran

kemahiran berfikir sebagai satu alternative berkesan. Jurnal Pendidikan TIGAENF.


2(3): 64-70
2. Mok Soon Sang. 2009. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid Dan Alam Belajar.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.
3. Mok Soon Sang. 2010. Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.

14

LAMPIRAN

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK

15

HBMS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN


MUZIK

16

Anda mungkin juga menyukai