Anda di halaman 1dari 33

(PSV 3104

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

TAJUK 1

PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP


SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR

SINOPSIS

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah


untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi
pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
guru meningkatkan rasa kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluan
bidang seni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta kronologi
perkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agar
dapat mentafsir pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni di negara
serta kesannya yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan muridmurid di sekolah.

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual


(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV
KBSR

Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR

Mengaitkan kepentingan perkembangan Kurikulum

Merancang dan mereka bentuk aktiviti seni visual dalam pengajaran


dan pembelajaran

Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

1.0

Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia

Sebelum
Merdeka

Awal
Merdeka

Sekarang

Jadual 1 :
Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual

Transisi merentasi
kurikulum PSV
erentasi kurikulum

Pendidikan

Institusi

Penerbitan

Penubuhan kelab seni

Jadual 2 :
Transisi merentasi Pendidikan Seni Visual

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

a)

Perkembangan Kurikulum Pendidikan Di Malaysia

1.1

Laporan Winstedt- Zaman British


Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Negernegeri Selat 1885 adalah; Cukup untuk kehendak-kehendak biasa
budak-budak Melayu, yang kelak akan menjadi pemandu kereta
lembu, penanam padi dan

nelayan. Tujuan kerajaan bukanlah

untuk mewujudkan segelintir pemuda

yang berpendidikan baik.

Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia


hanya akan menimbulkan kesulitan nanti
1.2

1916 Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah


di Tanah Melayu-Sekolah Melayu dan maktab mengajar mata
pelajaran lukisan.

Anyaman diletakkan di bawah mata pelajaran

sains pertanian
1.3

Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri


Selat dan

Negeri-negeri Melayu Bersekutu) mencadangkan:-

Lukisan adalah mustahak

untuk Latihan yang amat baik

memerhati alam yang didapati darinya, dan ia

dapat

menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan melatih mereka


ketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengan
kerja- kerja mandur. Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4.
Menyediakan matapelajaran Kerjatangan seperti membuat bakul.
1.4

Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam
8.00

pagi hingga 12.00 tgh

Mata pelajaran :-Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu,


Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan, Senaman,
Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem
Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung-anjuran
R.O.Winstedt
1.5

Penyata Rahman Talib


Pada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semula
implementasi dasar pendidikan di bawah ordinan pendidikan 1957
yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib
Antara syor yang dikemukakan:

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan


had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran
percuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai
1962. Memperbanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan
vokesional. Mengadakan pendidikan agama Islam.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya
sebagai bahasa kebangsaan.
1.6

Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan


di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
telah diperkenalkan. Mata

pelajaran yang diajar oleh guru-guru

dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR

antaranya ialah

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu


Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama
Islam, Lukisan dan

Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan

lain-lain.
1.7

Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut


kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga
1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat

1.8

kesesuaian KLSR ini.


Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa
KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum
yang baru. Implikasi daripada

laporan ini ialah pengenalan

kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun


1982.
1.9
Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti
kelemahan dan

kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali

pada asasnya sebagai Kurikulum

Baru Sekolah Rendah ditukar

menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari

segi

kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada


mengalami
1.10

perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran

masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.


Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang
positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum
Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan
terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah
beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan
tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan,
kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Perkembangan

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila


kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan
memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir
dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md
Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan
1.11

Seni Visual).
Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru
ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua
kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib

1.12

dan mata pelajaran elektif.


Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan
penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang
individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran
terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam
menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya
dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah,
matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih

1.13

mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.


Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran
wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini
ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK
pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang
terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti
berikut :
(a)

Melukis dan membuat gambar

(b)

Membuat corak dan rekaan

(c)

Membentuk dan membuat binaan

(d)

Mengenal kraf tradisional

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

1.14

Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian


aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi
aspek seni. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai
pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolahsekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah
perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi,
estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa
pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni
sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran,
dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan

1.15

Mohamad.1996)
Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual peringkat menengah.
Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2002 bagi
menggantikan Kertas Peperiksaan Lukisan yang digubal oleh

1.16

University of Cambridge Local Examintin Syndicate tahun 1982.


Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan kepada pembelajaran
yang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran. ianya lebih
berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata bagi menguji
kemahiran calon dari aspek melukis dan pertukangan menerusi enam

1.17

kertas peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan pelajaran.


Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalami
sebarang perubahan selama 20 tahun dan dilihat tidak cukup kuat
bagi dijadikan syarat kemasukan ke universiti. Keadaan ini lebih tidak
memberansangkan apabila persepsi yang direndah dan salah
khususnya dikalangan pihak sekolah dan masyarakat yang melihat
matapelajaran ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidak

1.18

mempunyai prospek serta dipertikai dari aspek nilai komersialnya.


Melalui perbincangan Jawatankuasa yang diketuai Prof Madya Dr
Mohd Mustafa Mohd Ghazali serta ahli-ahli jawatankuasa telah
membahaskan dengan panjang lebar, di mana ahli jawatankuasa dan
MPM bersetuju supaya Kertas Peperiksaan Lukisan di gantikan
dengan Sukatan Pelajaran Seni Visual. Ianya merupakan satu
kesinambungan dari Matapelajaran Pendidikan Seni Visual di
peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan juga menjadi jambatan ilmu ke program-program
seni lukis dan seni reka serta yang berkaitan di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT). Pemurniaan sukatan pelajaran sekali lagi mengalami

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

perubahan apabila rombakan selepas tiga (3) tahun dilaksanakan.


Maka pada tahun 2005 pemurniaan oleh jawatankuasa yang sama
menggubal beberapa aspek utama. Iaitu apresiasi seni visual dan
penghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri daripada tiga komponen
iaitu (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan, dan (c) Projek Penghasilan
Karya

Latihan 1
Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum
Merdeka dan selepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.

Aspek

Pendidikan Sebelum
Merdeka

Pendidikan Selepas
Merdeka

Matlamat dan
Objektif

Isi kandungan

Pendekatan

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

b)

Kelahiran Institusi Seni

1.1

1922 Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris-Memberi latihan


perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran
termasuk lukisan, pertanian dan pertukangan. Melahirkan tokoh
pelukisan yang mempunyai sudut pandangan Melayu
Mengetengahkan hal benda tempatan. Anatara tokoh seperti Mohd.
Said Hj. Hussain dan Idris Hj. Salam
Antara matapelajaran :Pekerjaan tangan- kerja membuat raga
dianggap paling sesuai kerana: Seni pertukangan asli
Bahan-bahan mudah didapati. Perkakasan tidak banyak dan mudah,
Bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab

1.2

Sukatan Pelajaran Tahun pertama


* penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang. Mereka juga
dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan
dan buluh. Tahun Kedua, sambungan kerja tahun pertama.
Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas

1.3

1960-Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur


Dibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masingmasing antaranya menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikan
jasmani. Selain itu, Pendidikan guru kelas buta dan cacat
pendengaran, Kaunseling dan kerjaya, Teknologi pendidikan dan
sebagainya Peter Harris mengendalikan kurikulum Jabatan
Pendidikan Seni bagi latihan guru dan antara kakitangan awal MPIK
adalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo
For, Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran seni halus,
seni grafik dan kraftangan diberi penekanan. Sukatan mata pelajaran
yang ditawarkan adalah seperti Catan, Seni halus, Seni arca, Seni
seramik, Seni tekstil (batik), Seni anyaman/tenunan Kursus wajib
lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan Seni, Latihan
praktikum. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah seperti
Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, Ismail Hashim

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Bagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk melanjutkan


pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an).
1.4

1962 -Maktab PerguruanTeknik ditubuhkan melalui Laporan


Rahman Talib. Sukatan pelajaran termasuk pertukangan kayu,

1.5

logam, seni bina dan lukisan teknik dimasukkan ke dalam kursus seni
1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA)
Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam,
Seni tekstil, Seni foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni reka
tembikar, Seni reka kasut.

1.6

Uitm juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru pendidikan


seni. Tenaga pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, Chong
Kam Kau, Tan Keong Eng dan Joseph Tan. Kakitangan ini telah
mengambil alih peranan kakitangan MPIK yang sebelum ini
memainkan peranan penting dalam bidang seni lukis avant-garde
negara. Mereka telah menanamkan semangat yang
memberangsangkan di kalangan pelukis muda serta memupuk
kewujudan masyarakat seni secara keseluruhannya pada tahun-tahun
1970-an.Antara pelukis yang mencipta nama ialah Syarifah Fatimah
Syed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli Buyong dan ramai

1.7

lagi.
1971-Universiti Sains Malaysia
Di bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yanga menawarkan bidang
Seni lakon, Seni Muzik dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik,
arca, fotografi, sejarah seni, kritikan seni dan teori-teori seni.
Melahirkan tokoh-tokoh seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan Reza
Piyadasa.

Latihan 2
Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat ke
atas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu,
apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajar
terhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai oleh
pelajar?

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

c)

Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis

1.1

1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkan


mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam
bahasa Cina

1.2

1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru Pulau


Pinang dan ahli Penang Impressionist

1.3

1951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorang


pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran. Berkelulusan
sekolah seni dari United Kingdom. Beliau telah
memperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatan
guru sebagai pelukis banyak membantu perkembangan
pendidikan seni di sekolah-sekolah tanah air.Terus
berkembang dengan penubuhan sekolah kelab melukis antara
perkara yang diajar :Antaranya Kelas potret Mohd. Hossein
Enas, Kelas Arca Idris Salam, Kelas Grafik Zakaria Nor

1.4

dan Kelas seni dalaman Habibah Baharudin


1954 Malay Teachers Union-Perkembangan seni visual

Pulau Pinang mempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54


hingga 29.04.54 telah diadakan pameran oleh guru-guru
Melayu telah diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikan

10

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

oleh J.N. Davies, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang disertai 20


orang guru seni.
1.5
1956-Majlis Kesenian Malaya
Pengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin
Hj. Abbas. Tujuan penubuhan untuk memberi sokongan
kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa demi menjaga
kredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan,
kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiri
daripada Nik Ahmad kamal, Puan P.G. Lim, Peter Harris
1.6

1957- Thursday Art Group Rentetan dari penubuhan WAG


dengan impian yang sama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktiviti
banyak berbentuk potret yang disesuaikan dengan budaya dan
identiti kebangsaan melalui pakaian, adat resam, kebudayaan

1.7

dan kerjaya.
1966-Penang Teachers Art Circle-Latihan pendidikan seni di
luar negara. Terdiri daripada guru-guru seni tujuan :
membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikan
seni.

d)

Penerbitan
1.1

Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art and


Crafts iaitu buku pertama mengenai sejarah seni dan seni
pertukangan.

1.2

1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memperihalkan


kaedah-kaedah pengajaran Lukisan dan kerja tangan

1.3

1929-Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakan


oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata
pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di
sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.
Kitab Pedoman Guru Penggal II disusun oleh O.T. Dussek dan
Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang
ditulis di negara ini mengenai kaedah mengajar mata pelajaran
Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting
digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di
sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu.

1.4

1932-Buku Craft Work, Third Year Practical Work For Senior


Schools-Ditulis oleh Taylor and Snell. Digunakan di sekolah-

11

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

sekolah di Malaya khusus di St. Xavier Institution, Pulau


Pinang. Merupakan buku teks Lukisan dan Pertukangan
Tangan. Bab-bab yang terkandung di didalam buku Craft Work
antaranya ialah Corak pada kulit buku, Jenis-jenis tulisan /
kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan stensil, Cetakan lino, Caracara menjilid buku dan alat yang digunakan.
1.5

Kitab Rajah-Rajah Anyaman oleh guru anyaman


Mr.W.Olaguera. Antaranya para penuntut boleh memilih
kemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatih membuat
perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan
sebagainya. Mejilid buku: untuk penuntut tahun
tiga. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan
permainan bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanah
liat: penuntut terpilih

1.6

1957- Buku Panduan Guru Kementerian Pelajaran


Persekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenai
Mengajar Lukisan dan Pekerjaan Tangan. Bertujuan untuk
membangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanakkanak, menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dan
kecerdasan kanak-kanak serta membaiki budi pekerti mereka.
Selain itu, objektifnya menjurus kepada pembinaan
kebolehan menghargakan dan menciptakan keindahan,
Penyuburan kuasa-rasa dan kuasa-gerak, Penyuburan
kecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti yang
terkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti lukisan
biasa dan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu pemandangan, ingatan, rekaan, Membuat gambar,

1.7

Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan.


1958- The Art Paper.Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kanan
seni lukis Sekolah Victoria, Singapura) dan W.T.Swinbanks
(pensyarah seni di Teachers Training College, Singapura).
Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siri
teknik menghadapi peperiksaan lukisan untuk School
Certificate.

1.8

1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh Cambridge


Series for Schools and Training Colleges oleh Blythe yang
menjelaskan konsep visual yang luas meliputi bentuk-bentuk

12

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

geometrik dan buku ini digunakan di sekolah-sekolah seluruh


Malaya.

Latihan 3
Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelum
Merdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan anda
tentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual
pada hari
ini yang telah dibentuk?
Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.

2.0

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni


Visual
a)

Matlamat Pendidikan Seni Visual


Rancangan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia
telah disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini
agar dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tujuannya untuk melengkapkan kamahiran murid ke aras pencapaian
keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi, dan
alam kehidupan selepas persekolahan.
Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan
penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan
keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif
dalam seni visual. Contoh modul yang dihasilkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
menjadi rujukan kepada guru-guru di sekolah.
Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu;
1.

Perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam


pendidikan

2.

dengan aktif.

Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta


penghasilan

seni visual.

13

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

3.

Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya


menerusi sejarah dan apresiasi seni visual.

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni visual Sekolah Rendah


adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan
produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan
seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, mayarakat, dan negara, selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Celik
Budaya/harmonis

Nilai estatik tinggi

Kreatif

Imaginatif

Inovatif

Kritis

Inventif/produktif

Rajah 2.1 :
Matlamat Pendidikan Seni Visual

Pengertian PSV - Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan


aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan
estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah


adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan
produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual.

14

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa


kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid :
-

Memupuk minat

Memperkembang keperibadian

Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai


kesenian dan alam sekitar.

b)

Objektif Pendidikan Seni Visual


*

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di


kreatif dan menyeronokkan
-

Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera

Mengenali asas seni reka dan olahannya serta


dapat menggunakannya

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai


kegiatan seni visual

c)

Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual


-

Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti


berikut
a)

pemerhatian secara aktif

b)

interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat


dan bahan

c)

apresiasi Seni Visual secara mudah; dan

b)

menghargai nilai baik dalam semua aspek


kehidupan

i.

Pemerhatian secara aktif

15

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Aspek ini melibatkan senitiviti deria. Semasa


menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada
perkara berikut ;
Pengetahuan sedia ada murid
Benda yang konkrit
Minat, kecenderungan dan latar belakang murid
Bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
Mencetus idea dan imaginasi
ii.

Interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan


bahan
Aspek yang melibatkan penerokaan dan
penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan
dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa
menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian
kepada perkara berikut;
penerokaan
-

aktiviti kecil mudah ringkas;

cuba mencuba, suaikenal dengan


bahan;

mencari alternatif, variasi dan


kemungkinan lain;

bebas daripada jawapan tetap, murid


senang dan ingin mmencuba;

aktif melibatkan pelbagai kecerdasan;


dan

menggunakan kemahiran berfikir dan


pengurusan grafik
penghasilan/membuat

Penggunaan alat bahan dan teknik;

Tatacara, langkah dan proses


membuat;

Amalan tertib kerja;

Keselamatan semasa bekerja; dan

16

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Penyampaian kandungan subjek,


idea, halbenda dengan bentuk hasil.

iii.

Apresiasi Seni Visual secara mudah;


Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif,
terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti
yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan
aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap
pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah,
perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ;

Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah


seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton,
rupabentuk dan bentuk;

Aspek bahasa yang berkaitan dengan


manipulasi, alat bahan dan teknik;

Penghargaan hasil kerja dan menghormati


pembuat karya;

Perasaan, penghargaan dan refleksi diri;


dan

Penyerapan pengetahuan dan penerapan


nilai yang berkaitan dengan kandungan

iv.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek


kehidupan

Nilai, idea dan kandungan dikaitkan


selanjutnya dengan perkara lain di dalam
kegiatan;

Nilai, idea dan kandungan dikaitkan


selanjutnya dengan perkara lain di luar
kegiatan dalam kehidupan seharian;

Tindakan susulan;

17

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Mbut dihuraikan secara lebih terperinci dalam


Huraian Sukatan Pelajaran; dan mencintai
alam kehidupan;

Nilai patriotisme dan nilai murni lain;

Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya


dan perkembangan persepsi yang terkandung
dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan
tersebut dihuraikan secara lebih terperinci
dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan

Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi,


dan penilaian

Organisasi Kurikulum

PENANG FREE SCHOO


MenPENANG FREE SCHOOgajar mata pelajaran seni mengikut dunia
pendidikan barat

18

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Carta 2.2 :
Carta Organisasi Kurikulum

19

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Carta 2.3:
Struktur Kandungan Organisasi Kurikulum PSV

20

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

3.0

Kepentingan Terhadap Struktur Perubahan Dasar Perkembangan


Kurikulum
3.1

Sosial

3.2

Ekonomi

3.3

Politik

3.4

Teknologi

Aspek-aspek
(Sosial)

(Ekonomi)

(Politik)

(Teknologi)

Senibina

Kraf tangan

Propaganda

Peralatan rumah
Pakaian
Kebudayaan

Pelancongan
Ornamen
Promosi edagang
Dimensi baru

Isu
Tema
Nilai sejagat

Perkongsian
pintar
Peragaan
Pengiklanan
Penyebaran
maklumat
Lalu lintas

Kepercayaan/adat
istiadat
Muzium, galeri,
bazar, pasar seni,
komplek kraf dan
lain-lain.

Kemanusiaan

Jaringan
keusahawanan

Latihan 3
Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi dan
multimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologi
dan
multimedia boleh membicarakan bahasa, seni visual,
sejarah, geografi, kajian tempatan, matematik, undangundang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya.
Mohd Johari Ab.Hamid, 2006
Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah peranan
Teknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu
merealisasikan
faktor-faktor yang dimaksudkan?
Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumat
tersebut melalui inkuiri penemuan.

21

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

4.0

Konsep 5P dalam PSV KBSR

Sinopsis
Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam
rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan
menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep
5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan
pengetahuan, penerapan nilai murni dan pengayaan.

Hasil Pembelajaran
i.

Memahami perkembangan kurikulum Pendidikan Seni


Visual(PSV),
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran(HSP) PSV KBSR.

ii.

Memahami kepentingan perkembangan kurikulum

iii.

Memahami konsep 5P dalam PSV KBSR

Kerangka konsep pelaksanaan 5P dalam pengajaran

Rajah 4.1 :
Kerangka Konsep 5P dalam Pendidikan Seni Visual
JALINAN KEMAHIR

a) Penggabungjalinan Kemahiran

22

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu


pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang

intergratif dan menyeluruh


Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan
pelbagai kemahiran secara serentak dalam proses pengajaran dan

pembelajaran
Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu:
i.
Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
ii.
Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain
iii.
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum

b) Penyerapan Pengetahuan
Penyerapan
pengetahuan
adalah
proses
menyebati
dan
menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada
suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata
pelajaran yang diajar
Kelebihan penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual
ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat
sebaliknya
Kelebihan kedua ialah meningkatkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran psv lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya
ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran
lain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif
Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya
dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata
pelajaran lain
Guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan
serba sedikit mengenai sejarah seni visual serta tokoh-tokoh terkenal
dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahirankemahiran melukis dan mewarna sahaja.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI


PENDEKATAN IMPLISIT Pendekatan implicit seperti guru-guru
secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai
PENDEKATAN EKSPLISIT Mengadakan suatu peraturan, arahan
dan sebagainya yang bertulis tentang sesuaru perkara
PENGAYAAN
Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar
di samping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu
pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri
23

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

5.0

Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar


sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka
meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya
kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja
mereka sendiri
Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk
mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan
serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,
kumpulan dan juga masyarakat.
Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar
supaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri

Konsep Integrasi dalam Pendidikan Seni Visual

Program intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara
khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada tahun 1900 an.
Pada ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan
dengan mata pelajaran. Ini adalah disebabkan kerana dia telah mengganggap
sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu
terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam
kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuat secara kesimpulan bahawa
konsep intergrasi dalam kurikulum adalah diamalkan dengan secara meluas
dikebanyakan pelajar negara-negara maju.
Bagi

pendidik,

kebanyakannya

menggunakan

konsep

dan

makna

pengintergrasian dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan


pedagogi. Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan
personaliti total dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total
dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan social sentiasa berkait rapat dan saling
bergantung antara satu sama lain. Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai
lebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan
antara personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar,
dan antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin
dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai sagensi masyarakat dan
akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagai
24

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

institusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkan


kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan
kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk
tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara
belajar.

a)

Empat jenis integrasi yang boleh dijalankan dalam proses


pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Terdapat pelbagai cara intergrasi dijalankan dalam pengajaran


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR,
penegasan yang berkesan sangat dititikberatkan bagi mempastikan
kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam
falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa
kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah
konsep intergrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali
sebagai kesepaduan. Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSR
membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,
bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara intergrasi
dan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagi
pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perlu
ditegaskan sebagai asas dalam proses P&P KBSR yang mengandungi
aspek.
Antara jenis-jenis intergrasi yang boleh dijalankan dalam P&P ialah :
i)

Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang
kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan
25

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai


kemahiran dalam

sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni

dan bersepadu, sama ada dalam

satu mata pelajaran atau beberapa

mata pelajaran.
Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti
P&P yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses
P&P yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan
pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan
dengan cara bersepadu.
Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan
perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran
itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan
teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan
pelbagai

kegiatan

dan

menggunakan

bahan

pengajaran

dan

pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan


minat murid-murid.
Strategi penggabungjalinan ini memainkan peranan penting dalam
proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Melalui

proses

penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan


cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses
pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada
kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau
kemahiran-kemahiran

daripada

satu

mata

pelajaran

yang

digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran.


Jenis-jenis Penggabungjalinan :
Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti P&P boleh
dilihat daripada tiga sudut seperti :

Penggunaan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

26

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke


dalam sesuatu mata pelajaran

Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

Contoh Aktiviti dalam P&P


Mata Pelajaran

Matematik (Tahun2)

Topik

Nombor Bulat 0 Sehingga 100

Kemahiran

Menolak sebarang nombor bulat 0


sehingga 100

Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pendidikan (Penggabungjalinan)


Muzik

Nyanyian lagu Sepuluh Budak Hitam.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok


dan difahami, guru telah menggabungjalinkan seni dalam pendidikan
yang merangkumi bidang seni muzik dalam tajuk mata pelajaran yang
diajar.
Dalam mata pelajaran Matematik, guru memilih untuk menggunakan
cara penggabungjalinan bidang seni muzik dengan memilih lagu rakyat
Sepuluh Budak Hitam untuk operasi menolak nombor bulat. Guru
menyanyikan lagu tersebut sendirian dengan diiringi muzik dan
meminta murid mendengar dengar teliti. Seterusnya meminta murid
menyatakan operasi apakah yang digunakan dalam lirik lagu tersebut.
Contohnya lirik : Sepuluh budak hitam main tepi kolam, seorang
tergelincir tinggal lagi Sembilan.
Aktiviti ini boleh dilakukan semasa set induksi sesuatu pengajaran.
Antara contoh lagu kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan adalah
seperti berikut:
Diamlah wahai adik
27

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Papaku pulang dari kota


Telefon berbunyi
Sepuluh botol kicap
Silly billy
Satu pagi saya ke sekolah
ii)

Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan
atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam
isi pengajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses
penyerapan lebih kepada unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau
lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada
mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains
bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains
semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Ciri-ciri Penyerapan :
i.

Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengatahuan


daripada berbagai-bagai pelajaran

ii.

Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara


bersepadu dalam satu mata pelajaran

iii.

Bilangan mata pelajaran yang boleh digunakan dalam


proses penyerapan adalah fleksibel.

iv.

Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung


kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau
bagaimanapun, unsur utama tetapt diberi penekanan
yang lebih.

v.

Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan


proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan
boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan
berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis
dan mengira.
28

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Contoh Aktiviti dalam P&P


Subject

Science Year 5

Topic

Investigating Living Thing

Unit 1

Lesson 2- Friends or Foes

Penyerapan
Bahasa Inggeris

Kemahiran Membaca

Daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau


artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris.Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu
pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran
Bahasa Inggeris
Contoh petikan : Tapai is a popular food in Malaysia. It is made
from glutinous rice or tapioca. Yeast is added to make tapai.
Pengajaran ini dijalankan semasa langkah pertama iaitu menerangkan
isi kandungan topic yang akan dijalankan.
iii)

Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan
nila-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.
Nila-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kemanusian,
ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui
dua pendekatan iaitu :
i.

Pendekatan implisit
Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai.
Segala perlakuan guru diperhatikan oleh kanak-kanak
dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanakkanak. Tindakan menyokong dan memberi pujian `
kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan
pelajar untuk menerima sesuatu

nilai yang positif

itu.
ii.

Pendekatan eksplisit
29

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Pendekatan ini bermaksud dengan mengadakan suatu


peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang
bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan
tidak diharapkan. Oleh yang demikian, penerapan
secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat,
dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.
Contoh Aktiviti Dalam P&P
Mata Pelajaran

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan


Tahun 4

Topik

Pengurusan Diri

Sub Topik

Jaga Kebersihan Diri

Penerapan
Dalam mata pelajaran kajian tempatan, guru boleh menerapakan
pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Contohnya dalam topik
pengurusan diri, cara menjaga kebersihan. Guru perlu bersedia terlebih
dahulu dengan berpakaian kemas, berbau harum, dan sentiasa berada
dalam keadaan segar. Ini menjadi contoh yang terbaik untuk para
pelajar mengikut tingkah laku yang sihat terhadap gurunya.
Selain itu, guru boleh menetapkan peraturan atau langkah-langkah
yang perlu diikuti oleh pelajar untuk pengurusan diri di rumah.
Contohnya, bangun pagi dengan gosok gigi,mandi,menyikat rambut
dan berpakaian kemas. Segala pendekatan terkandung dalam aktiviti
tersebut.

iv)

Pemulihan
Satu lagi aktiviti dalam jenis integrasi adalah aktiviti pemulihan.
Pemulihan adalah satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk
membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang
tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti ini memerlukan

30

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

perancangan yang betul untuk membantu murid mengatasi masalah


pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam
merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara atau aspek harus
diambil kira iaitu:
i)

Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan


contohnya melalui ujian diagnostik. Guru akan dapat mengenal
pasti di mana kelemahan murid secara lebih tepat seperti
kelemahan mengeja suku kata KVKKV. Maka guru
seharusnya merancang untuk menambahbaikan masalah
tersebut.

ii)

Pengajaran dan pembelajaran murid perlu diubahsuai dan


dipelbagaikan
mengikut keperluan kognisi murid. Bermaksud murid yang
telah dikenalpasti memerlukan aktiviti pemulihan seharusnya
diberikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
sesuai dengan tahap pemikiran mereka atau lebih
mudah dikatakan aras yang lebih mudah supaya murid senang
memahami apa yang murid tidak faham pada pelajaran lalu.

iii)

Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk


bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid
memahami dan menguasai hasil pembelajaran. Ini penting
untuk memastikan aktiviti pemulihan yang dijalankan akan
lebih berjaya dengan adanya lebih bahan Bantu mengajar yang
sesuai dan dipastikan berkesan. Selepas aktiviti pemulihan,
pascaujian dijalankan secar pemerhatian, lisan atau bertulis.
Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau
kemahiran yang perlu dikuasai.

Contoh Aktiviti Dalam P&P


Mata Pelajaran

Kajian Tempatan Tahun 5


31

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

Topik

Geografi Fizikal

Sub Topik

Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan


hidupan liar

Pemulihan
Aktiviti pemulihan boleh dilaksanakan semasa langkah 3 pengajaran
dan pembelajaran.Guru telah mengenal pasti pelajar yang lemah dan
kemahiran yang tidak dapat dikuasai pelajar. Contohnya kemahiran
membanding beza habitat haiwan yang tinggal di hutan hujan tropika
dengan hutan paya, guru boleh mencipta animasi pergerakan binatang
serta bunyi-bunyian. Pembelajaran yang menyeronokan menarik minat
serta mengukuhkan pemahaman pelajar.
Gerak kerja dilakukan secara individu sehingga pelajar tersebut
memahami perbezaan habitat haiwan yang tinggal di tempat yang
berbeza. Pengintegrasian akan tercipta dengan gabungan visual,muzik
dan pergerakan binatang tersebut. Ini member kesan yang baik dalam
aktviti pemulihan pelajar.
Integrasi mempunyai banyak kelebihan yang ketara seperti ia
mempunyai

kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk

unit-unit kerja. Integrasi juga akan memberi ruang untuk


menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan dan
seterusnya integrasi mempunyai ruang untuk menampung skop
perpaduan yang luas.
Integrasi juga seharusnya dinilai supaya ia masih berada dalam
landasan yang betul. Penilaian bagi pendekatan integrasi terbahagi
kepada dua iaitu Penilaian

Formatif dan Penilaian Sumatif.

Penilaian Formatif berlaku secara berterusan

semasa pengajaran

dan pembelajaran sedang berjalan. Penilaian Sumatif pula dijalankan


setelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu
semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan
dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif
32

(PSV 3104
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)

yang

lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu

jangka waktu tertentu yang lebih panjang.

Latihan 4

Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat


mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih
bersifat futuristik.
Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan
dengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi
kurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam
bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual?
Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual
Tahun 6.

33

Anda mungkin juga menyukai