Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
pula bermaksud mengambil perkara yang telah kita dengari dan memahaminya dengan cara
kita sendiri. Menilai pula berlaku setelah kita memahami perkara yang disampaikan oleh
penutur, kita mula memikirkan sama ada kenyataan itu memberikan makna tertentu dan kita
hanya dapat menerimanya tanpa berfikir.
Kemungkinan pengaruh budaya telah membentuk mereka sedemikian rupa. Budaya ialah satu set nilai, ideologi
dan kebiasaan yang mempengaruhi cara tindakan seseorang.
Kemahiran mendengar golongan ini boleh ditingkatkan jika penyampai dapat mendalami berbagai model yang
menerangkan sistem nilai sesuatu budaya.
Di antara model-model yang terkenal ialah social value (nilai sosial), Jungian psychological (psikologi
Jung), ideological (ideologi) dan social movement (pergerakan sosial).
Apa yang penting dalam pendekatan berkaitan dengan budaya ialah perlunya penyampai memahami tentang
ciri-ciri demografi dan psikografi seperti jantina, bangsa, asal usul etnik, umur, fahaman agama, pekerjaan,
pendidikan dan soal politik.
Berdasarkan kepada penjelasan dan huraian yang diberikan, ternyata betapa pentingnya kemahiran mendengar
untuk dipertingkatkan kepada semua orang terutama dalam organisasi kerana ia boleh mengurangkan
pembaziran masa mesyuarat, arahan kerja yang tidak jelas dan mengelakkan berlakunya kesilapan yang tidak
sepatutnya berlaku.
Bahkan menurut Jonathan & Susan dalam Communicating priorities (keutamaan komunikasi) produktiviti
boleh menjadi berganda sekiranya kemahiran mendengar dapat ditingkatkan.
vii. Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah
dan bukti.
viii. Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik,
kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif.
ix. Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.