Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan
lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak
langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan
penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu
dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil
daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu
produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman,
menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara
seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti
kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana
seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta
melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya
melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya
tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri
mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.
Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk
yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).
Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh
penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan
juga termasuk di dalam kesenangan ini.

1.0 Pengenalan kepada seni


Menurut John Ruskin dalam pendahuluan bukunya Modern Painter edisi pertama yang
diterbitkan sejak 1888 menyatakan bahawa seni adalah bahasa visual yang sukar difahami tetapi
indah untuk direnungi. Pandangan serta kesimpulan yang sama turut dinyatakan oleh seorang
lagi penyair dan pengkritik seni dari negara itu, Herbert Read dalam bukunya The Meaning of
Art dan The Philosophy of Modern Art. Dalam The Philosophy of Modern Art, Read
menghuraikan makna yang paling mendasar tentang seni yang disimpulkan daripada sebuah
penelitian panjang serta terperinci. Namun, biar apapun kesimpulan yang dibuat oleh Ruskin dan
Read, makna seni itu sendiri cukup menarik untuk dilihat dan direnungi dalam konteks
perkembangan mutakhir seni tampak di negara ini.
Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan kehalusan tetapi sebuah
medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat, bangsa dan negara. Dengan lain
perkataan, jika dapat disimpulkan daripada pandangan kedua-dua pemikir tersebut, seni mampu
memikul pelbagai fungsi termasuk sebagai medium komunikasi dan persatuan. Melalui seni juga
kita dapat berbicara tentang dunia yang tidak pernah dibatasi oleh politik, geografi, bahasa dan
kebudayaan.
Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara
halus dan sederhana. Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik
dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang
ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga
merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak
dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar. Seni juga diaplikasikan dalam
pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang
menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai
dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.
Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari
pelbagai aspek.

2.0 Aplikasi seni dalam pengajaran


Aplikasi seni dalam pengajaran ialah menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan seni
seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar pelajarnya menggunakan pelbagai
elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini demikian kerana, aplikasi seni dalam
pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di
samping dapat meransang minat pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi
pelajaran. Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran
meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap pelajar. Di samping itu, Teori Kecerdasan
Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi peranan yang lebih
penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia memperolehi pengetahuan melalui
kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan logikmatematik, kecerdasan verbal-linguistik,
kinestetik badan, muzik, ruang visual, interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis.
Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi membantu
perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya juga
bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk
mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan
sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah
seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan
lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan
seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.
Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling kanakanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru
disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba
untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Warna
merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan
menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan
putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut

digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat
dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier.
Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna
hijau yang terdapat pada daun, warna warni yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya.
Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia. Warna yang digunakan memberi
kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna panas
dalam seni visual. Sebagai contoh, warna merah yang menggambarkan perasaan marah,
semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Misalnya, jika seseorang individu
itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti oren dan merah, semestinya tanggapan
yang wujud ialah dia seorang berani kerana memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk
pula memberi kesan yang lebih tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga
menggambarkan emosi sedih dan juga sayu seseorang.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka muzik tidak dapat
berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak yang berlaku
secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang
menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut
berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama.
Sebagai contoh, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan
sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan
kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka
sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan
sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik yang
menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak
yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka
melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan
sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan
apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu
aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama
dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai

sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok
melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka
pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanakkanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.
Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat
didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain
jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita memerlukan ruang untuk bergerak
dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan
keselesaan dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983),
kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik
darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan
juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung
membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya
mencapai matlamat P&P tersebut.
Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan
bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi.
Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul
dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati
kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam
mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan
peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang
sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir
dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung,
ia mengajar murid untuk menangani dan menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran,
serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli piskologi
kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu
pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran
secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang

dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh
pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan
menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti
seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan
kreatif.
Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua matapelajaran.
Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan
menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru
menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan
murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.
Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah
digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan
tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama
dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen
seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan
lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya
lebih berpusatkan kepada guru.
Pengajaran

dan

pembelajaran

dalam

bilik

darjah

boleh

dilaksanakan

dengan

menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni visual), irama (seni
muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran matapelajaran sains dimana guru
akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan peliharaan kepada kanak-kanak. Guru
boleh membawa kanak-kanak ke taman sains sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang
terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang
ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain itu,
kanak-kanak juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan
daripada guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan

perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk
mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan daya imaginasi
dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya
kreativiti mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh
mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian yang mereka telah perolehi.
Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap
ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti
mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif.
3.0 Peranan seni dalam pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai 3 R
iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf R adalah satu kata yang sesuai
digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu,
sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama, seni perlu dijadikan R keempat
atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang
utama dalam matapelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesankesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:
i.

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari
kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media
dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid
akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,
kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama
murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat
bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam
penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses
pembelajaran.

ii. Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas


Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan
kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua
matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan
dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih
sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya
dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan
aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan
suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan
prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
iii. Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan
yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan
dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah.
Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan
dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi
idea dan isi kandungan.
vi. Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau
tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian
kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang
dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan
suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi
persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan
aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh
itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin
keberkesanannya.

Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama.
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang
tajuk-tajuk yang diajar.
5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya amat penting
untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat para pelajar mengikuti
pembelajaran, ia juga dapat meningkatakan perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila terlibat
secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan
penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan
dan menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat membantu
meningkatkan kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang proses P&P
berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai