Anda di halaman 1dari 4

Pembuka Kata

Terima kasih pengacara majlis yang budiman,


Barisan panel hakim sekalian,
Hayatilah cerita yang saya sampaikan.
Kisah Qabil dan Habil jadi pilihan.
Kawan-kawan,
Qabil dan Habil merupakan putera-puter kepada Nabi Adam a.s. Mereka
masing-masing diperanakkan secara kembar lelaki dan perempuan.
Qabil dilahirkan bersama kembarnya Iqlima manakala Habil bersama
kembarnya Labuda.
Firman Allah:
Ayat 27, surah al maidah
Bila sudah meningkat dewasa,
Keinginan beristeri mula membara,
Berfikir Adam bagaimana caranya,
Supaya keturunan dapat dipelihara.
Setelah nabi Adam a.s berfikir tanpa henti, akhirnya Allah swt memberi
ilham kepada Baginda sebagai jalan penyelesaian. Dengan petunjuk dari
Allah taala, Qabil akan dikahwinkan dengan adik Habil, manakala Habil
pula akan dikahwinkan dengan Iqlima iaitu adik kembar Qabil. Syariat
perkahwinan ini, hanya dibolehkan pada zaman Nabi Adam a.s sahaja.
Marcapada ini, banyak perlaku kes kelahiran luar nikah adalah kerana
hubungan kelamin tidak dilakukan mengikut syariat yang betul.
Sesungguhnya, berkahwinlahh kerana perkahwinan yang mengikut
syariat yang betul, memelihara keturunan dan umat Islam.
Anak-anak dikumpul bersama

Berbicara Adam hasrat hatinya


Perkahwinan putera dan puteri menjadi agenda
Namun tak semua hasratnya diterima.
Aku tak mahu berkahwin dwngan Labuda, aku lebih suka berkahwin
dengan adikku sendiri, Iqlima. Dia lebih cantik paras rupanya Qabil
membantah dengan keras rancangan ayahandanya.
Nabi Adam a.s termenenung memikirkan masalah ,berlaku antara
kedua-dua anak lelakinya kerana masing-masing enggan mengikut
cadangan . Setelah beberapa ketika, Allah swt menurunkan ilham
kepada Nabi Adam a.s.
Seraya berkata Nabi Adam a.s, Wahai anak-anak lelakiku, sediakanlah
korban kepada Allah taala. Barangsiapa korbannya diterima Allah, maka
dialah yang berhak mengahwini saudara perempuan Qabil.
Sihat dan gemuk kambing si Habil,
Busuk berbau buah-buahan si Qabil. ( boria )
Bisik hati kecil Qabil, Kenapa harus aku mengorbankan harta
kekayaanku. Lebih baik aku beri yang buruk sahaja.
Tidak lama kemudian, dengan tidak semena terpancarlah api dari langit
lantas menyambar korban yang dipersembahkan Habil. Maakala korban
Qabil langsung tak terusik.
Ayat 28, surah Al Maidah.
Wahai kawan-kawan,
Sesungguhnya amal yang ikhlas sahaja yang diterima Allah. Buatlah
kebaikan dengan seikhlas hati.
Isu semasa: Contohilah sukarelawan kita yang turun padang untuk

membantu umat Islam yang berada dalam kesusahan di Palestine


walaupun keselamatan mereka sendiri di ambang maut.

Hasrat di hati tidak dipenuhi,


Kemarahan Habil berapi-api
Aku akan membunuhmu, supaya kamu tidak dapat mengahwini adikku
Iqlima. Jerit Qabil dengan marah apabila korbanNya tidak diterima Allah
taala.
Pada satu ketika, ketikan ayahanda mereka Nabi Adam a.s tiada
bersama, Qabil mula memikirkan niatnya. Syaitan laknatullah pula tidak
melepaskan peluang untuk menghasut Qabil meneruskan niatnya..
Bunuhlah Habil..bunuhlah..ini lah masa yang sesuai..hahahahah
Duhai kawan-kawan, ingatlah janji syaitan kepada Allah bahawa dia
akan menyesatkan seluruh keturunan Nabi Adam a.s. Firman Allah
Isu semasa:
Kawan-kawan yang disayangi
Pepatah melayu ada mengatakan, sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna. Maka, inilah yang berlaku kepada Qabil.
Perasaan takut mula menjelma kerana telah membunuh darah
dagingnya sendiri iaitu Habil. Fikiran menjadi buntu dan pada masa ini,
syaitan laknatullah tidak mencampuri urusan Qabil yang telah termakan
dengan hasutannya. Mayat Habil dipikul ke sana ke mari. Diletaknya
kemudian dipikul lagi dengan rasa takut dan bersalah.
Akhirnya, Allah swt yang Maha Pengasih dan Penyayang menghantar si
gagak sebagai petunjuk. Firman Allah:
Al Maidah:31

Qabil mula mengebumikan mayat saudaranya Habil sebagaimana aksi


yang ditunjukkan si gagak dengan penuh sesalan.
Hadirin sekalian,
Setiap insan yang meninggal dunia. Hendaklah jenazah dikebumikan
dengan cara yang bertepatan dengan syariat Islam.
PENUTUP
Begitulah kisah Habil dan Qabil,
Berbeza akhlak dan keluhuran hati,
Maklumat dan pengajaran cubalah ambil,
Panduan kita di kemudian hari.

Anda mungkin juga menyukai