Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara


dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan
dengan ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik
-tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau
lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya resah apabila menerima keputusan
ujian pelajarnya. Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar terletak pada
keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna
berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus
lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Oleh itu,
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan penilaian adalah
seperti berikut:

i.
Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang
sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian
seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau pretest. Daripada ujian inilah
guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang
seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru
tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan
pengajaran.

ii.
Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar
mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh
manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan
oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran
tertentu.

iii.
Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi
seseorang individu.

iv.
Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu
bidang subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat
kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan
maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.

v.
Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat
lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan
dan pengayaan.

vi.
Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar
terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah
jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajarpelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti
jurusan sains, sasteradan teknikal.

vii.
Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta
kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa
dapatmempertingkatkan pengajaran mereka.

Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya


mereka berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam
sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
Kesimpulan

Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya
dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem
peperiksaan dan penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem
pendidikan kita diiktiraf dunia.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal
lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti
tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan
kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian
cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam
diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.