Anda di halaman 1dari 12

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

Dalam bab ini penulis akan menyentuh tentang tinjauan literatur yang berkaitan dengan
kesalahan ejaan dan bahasa oleh responden dalam penulisan karangan.Tinjauan literature ini
dilihat berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji dalam negara dan
juga pengkaji dari luar negara.Secara umumnya, bab ini akan menerangkan tentang kajian-kajian
yang berkaitan dengannya,iaitu berdasarkan perkara-perkara berikut:
1. Pandangan umum tentang kesalahan ejaan dan bahasa
2. Tinjauan kajian di Barat.
3. Tinjauan kajian di Malaysia
Pandangan umum tentang kesalahan ejaan dan bahasa
Dalam pembelajaran bahasa sama ada bahasa pertama (B1) mahupun bahasa kedua (B2),
kesalahan ejaan dan bahasa sering berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah.Kesalahan ejaan
dan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh murid-murid sekolah rendah
malah pelajar-pelajar sekolah menengah juga.Banyak kajian telah dilakukan tentang kesalahan
ejaan dan bahasa ini sama ada di barat ataupun di timur.

Berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh para penyelidik, jelas


menunjukkan bahawa analisis kesalahan ejaan dan bahasa ini semakin popular.Analisis
kesalahan ejaan dan bahasa ini dilakukan dengan tujuan untuk mengesan dan mengenal pasti
aspek-aspek bahasa yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar dalam penulisan supaya
masalah-masalah ini dapat diatasi dengan segera.
Menurut Mohd. Daud bin Mohd. Yusof (1990) kesalahan itu wujud kerana pelajar-pelajar
belum dapat mengetahui rumus-rumus tatabahasa yang dipelajarinya itu.French menegaskan
bahawa analisis kesalahan bahasa dapat dijadikan sumber maklumat tentang tahap penguasaan
bahasa pelajar.Menurut beliau, terdapat tiga proses yang menjadi punca kesalahan bahasa itu
a. Pelajar tidak mengetahui atau terkeliru oleh makna perkataan, dan kerana itu pelajar
membuat kesalahan dalam penggunaanya.
b. Pelajar menggunakan struktur atau bentuk-bentuk bahasa yang salah.
c. Pelajar menggunakan logik dalam fikiran dalam menentukan perkataan atau bentuk dan
hasilnya akan menjadi kekeliruan sebagai akibat dari pengaruh bahasa ibunda.
Ibrahim Ahmad (1986) mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku pada manamana peringkat pelajaran bahasa tetapi biasanya seseorang pengajar lebih mudah mengukur
kesalahan bahasa pelajarnya melalui hasil tulisan mereka.
Kesalahan ini boleh berlaku pada berbagai-bagai peringkat seperti peringkat ejaan dan
tandabaca; peringkat morfologi, iaitu pembentukan kata, peringkat sintaksis, iaitu kesalahan
pembentukan ayat dan peringkat semantik, iaitu tentang makna.Tambah beliau lagi, langkah
mengenal pasti punca kesalahan ini adalah langkah pertama ke arah menyusun rancangan
pemulihan.

Daripada pengenal pastian punca kesalahan yang dilakukan, seseorang guru dapat
menarik perhatian pelajar terhadap sebab musabab terjadinya kesalahan yang mereka
lakukan.Manakala Skinner (1957) berpendapat bahawa kesalahan bahasa berlaku kerana
seseorang tertiru bentuk-bentuk bahasa yang salah, menyalahi bentuk baku yang lazim
digunakan secara formal oleh golongan terpelajar, atau kerana kecacatan emosi danfizikal yang
dialami oleh seseorang pengguna bahasa sama ada bahasa pertama atau bahasa kedua.
Nik Safiah (1978), Asmah Haji Omar (1980), dan Arbak Othman (1981) juga mengatakan
bahawa penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaan yang baku dianggap sebagai
kesalahan bahasa, kecuali jika bahasa itu digunakan di luar batas formal, misalnya penggunaan
dialek-dialek Melayu.
Menurut Sharma (1981: 21-25) kesalahan bahasa terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1. Kesalahan yang kerap disebut error atau lapse dalam bahasa Inggeris.Kesalahan jenis ini
disebabkan oleh faktor di luar kemampuan linguistik, seperti lupa, gangguan emosi,
kelalaian dalam proses penerimaan pengajaran dan kekurangan latihan.
2. Kesalahan yang disebabkan oleh adanya kelainan-kelainan dalam penggunaansesuatu
bahasa, sama ada daripada segi penggunaan aspek-aspek kata ataupun ayat
3. Kesalahan yang berkaitan dengan faktor-faktor sosiolinguistik sepert penggunaan laras
bahasa dan dialek.
Selain itu Pg Mahmud (1992) pula menegaskan bahawa kesalahan bahasa dikalangan
pelajar adalah disebabkan pelajar tidak begitu berminat untuk mempelajari bahasa mereka
sendiri dengan alasan bahawa mereka telah mengetahui bahasa mereka kerana mereka bertutur
dalam bahasa tersebut pada setiap hari dan setiap saat.

Lutfi Abas (1987) pula mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh terjadi disebabkan
oleh faktor-faktor kejahilan, gangguan psikologi, falsafah bahasa, takrif bahasa baku, takrif nahu,
teori himpunan, pengaruh dialek dan juga pengaruh bahasa asing.
Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003),
bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman,
tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan.Pelbagai usaha telah dan akan dijalankan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran
Daerah bagi merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan
Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Program
Bimbingan Membaca dan Menulis (PROTIM).Melalui program-program yang dirancang
diharapkan dapat membantu serta memenuhi keperluan murid-murid dalam menguasai
kemahiran membaca dan menulis.
Menurut Abdullah Hassan (2004), guru-guru menghadapi masalah mengajar Sukatan
Baharu Bahasa Melayu 2003 kerana guru-guru tidak terlatih dalam sukatan

baharu yang

mengandungi kemahiran komunikasi interpersonal, kemahiran berfikir kritis dan kreatif


(KBKK), dan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam pengajaran bahasa Melayu.
Oleh sebab itu mereka menggunakan pengalaman dan maklumat peribadi dan tidak
berdasarkan ilmu komunikasi interpersonal sebenar.Kemahiran-kemahiran ini tidak diajarkan
sebagai kursus dalam pendidikan guru serta sudah tentu tiada kaedah mengajarnya.Selain itu,
kecerdasan emosi, kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir, kemahiran

belajar, membuat

pengitlakan dan kajian masa depan dalam kemahiran bernilai tambah tidak diberi fokus dalam
pendidikan guru tetapi perlu diajarkan oleh guru di sekolah.

Hal ini menimbulkan kesukaran kepada guru-guru untuk mengajar kemahiran menulis
berdasarkan sukatan baru dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.Manakala Yahya
Othman (2005) dan Ahmad Khair Mohd. Nor (2005) menyatakan penguasaan kemahiran menulis
bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi jugaoleh pengajaran
menulis yang bersistem dan berkesan.
Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah
dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat
difahami apabila dibaca.Rumus Struktur Frasa mempunyai dua tugas utama iaitu memerihalkan
sistem hubungan sintaksis yang dengan itu memungkinkan berlakunya rumus transformasi.
Proses membina ayat adalah perkara asas dalam kemahiran penulisan pelahiran.Ayat terdiri
daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam kelompok-kelompok tertentu.Setiap kelompok
perkataan disusun dengan lengkap
Kajian yang dibuat oleh Kamarudin Husin (dlm Arpan 1998) mendapati

bahawa

daripada 250 patah perkataan dalam penulisan karangan, 70% didapati adalah kesalahan yang
tergolong dalam kesalahan ejaan, penggunaan perkataan dan pembentukan frasa.Dapatan ini
juga hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh pengkaji barat iaitu Berthua (1974), Lee
(1972) dan Politzer dan Ramirez (1973).
Dalam kajian yang dibuat oleh Md. Daud Taha pula mendapati bahawa kesalahan ayat
yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan adalah jenis ayat-ayat tidak betul
susunannya (33.1%), ayat tidak lengkap atau tergantung (35.8%) dan ayat-ayat yang berbelitbelit (17.3%).

Selain itu, ayat yang terpengaruh oleh struktur ayat bahasa Inggeris (10.8%) dan ayat
yang mirip bahasa lisan (3%).Manakala, dalam kajian yang dibuat oleh Mohd. Daud Yusof
mendapati bahawa 78 orang pelajar membina ayat yang tidak lengkap, iaitu ayat yang tidak ada
subjek atau predikat.Di samping itu, beliau juga mendapati kesilapan pelajar kerana
menggunakan bahasa dialek dalam menerbitkan atau membina sesuatu ayat.
Berdasarkan dapatan kajian daripada beberapa orang pengkaji di atas tidak dapat
disangkal lagi bahawa kesalahan bahasa di kalangan pelajar-pelajar amat ketara.Kesalahan
bahasa yang terdapat dalam penulisan karangan pelajar-pelajar sekolah

pada masa ini

menunjukkan bahawa mereka masih belum dapat menguasai bahasa Melayu dengan sepenuhnya
semasa belajar di dalam bilik darjah.Oleh yang demikian, pelajar-pelajar perlu didedahkan lagi
dengan pelbagai bahan pengajaran dalam aspek penulisan terutamanya yang berkaitan dengan
komponen-komponen penguasaan bahasa, iaitu struktur ayat, ejaan dan penggunaan kata dalam
penulisan.
Kajian Barat
Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa yang telah dilaksanakan dibarat, antaranya
kajian yang telah dilakukan oleh Wyatt (1973), Politzer dan Ramirez (1973), Vongithieres (1974)
dan Fox (1977) Wyatt telah membuat kajian mengenai bentuk kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar-pelajar Afrika Timur.
Kajian inidilakukan sebelum mereka mengambil peperiksaan East African Certificate of
Education.Beliau melakukan kajian terhadap sebuah kelas tingkatan 4C dengan menggunakan 52
buah karangan ketika pelajar berada di tingkatan 3 sebagai alat kajian.Para pelajar yang dikaji itu
adalah pelajar di tahap sederhana penguasaan bahasa Inggerisnya dan kesalahan bahasa yang

dilakukan oleh mereka akan dianggap mewakili pelajar-pelajar daripada tingkatan yang sama.
Kesalahan bahasa dalam karangan dibahagikan kepada 14 jenis kesalahan berdasarkan kekerapan
kesalahan bahasanya.Hasil kajian menunjukkan bahawa kesalahan yang paling menonjol ialah
kesalahan ejaan (18.4%), diikuti dengan kesalahan struktur ayat (16.6%) dan penggunaan nouns
and verbs (16%).
Selain itu, Politzer dan Ramirez telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang
dituturkan oleh kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan
bilingual (59 orang).Kanak-kanak ini ditayangkan filem animated cartoon sebanyak 4 kali
kemudian mereka disuruh menceritakan semula jalan ceritanya.Penceritaan mereka dirakam dan
dianalisis mengikut peringkat-peringkat aspek yang hendak dikaji, iaitu morfologi dan
sintaksis.Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa sebanyak 50% adalah kesilapan
menggunakan simple past tense, sementara 10% adalah kesalahan preposition, sebelum frasa
nama.Mereka menambah lagi, punca kesilapan bahasa berlaku di kalangan para pelajar
berkenaan adalah berpunca daripada pengaruh bahasa ibunda, dialek-dialek bahasa Inggeris yang
tidak standard dan pengaplikasian peraturan-peraturan tatabahasa yang tidak sistematik.
Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Vongthieres, iaitu kajian yang berdasarkan masalahmasalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Thailand dalam mempelajari bahasa Inggeris di
Universiti Ohio.Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek yang menjadi masalah kepada pelajarpelajar tersebutadalah penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense yang berlainan.Sebanyak
44.8% kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense
yang dilakukan oleh para pelajar tersebut.

Kajian di Malaysia
Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa yang telah dilaksanakan di Malaysia,
antaranya kajian yang telah dilakukan oleh Seah (1974), Ridzuan Ahmad (1981), Awang
Muhammad Amin (1982), Raminah Haji Sabran (1983), Kamarudin HajiHusin (1986),
Muhammad Salehudin Aman (1993), Mohd.Isa (1997) dan Zulkifley (2004).
Seah (2007) telah mengkaji tetang kesulitan dalam menguasai penggunaan imbuhan di
kalangan pelajar dewasa bukan Melayu.Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa penguasaan
imbuhan memang menjadi punca masalah dikalangan pelajar sampel.Hasil kajian mendapati
bahawa 70% kesalahan adalah kesalahan penggunaan imbuhan.
Ridzuan Ahmad (1981) membuat kajian tentang kesalahan penggunaan imbuhan di
kalangan pelatih-pelatih Melayu dan bukan Melayu di sebuah Maktab perguruan.Beliau
menggunakan sampel daripada kumpulan Kursus Pengajian Peringkat Awal Kanak-kanak
(PPAK) dan kumpulan Kursus Peringkat Awal Remaja (PPAR) yang berjumlah seramai 150
orang semuanya.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa taraf pencapaian secara purata ialah 78%,
iaitu antara 80% dan 100% sampel telah menjawab soalan dengan betul.Para pelatih bukan
Melayu telah melakukan kesalahan hampir tiga kali ganda daripada jumlah kesalahan yang
dilakukan oleh pelatih-pelatih Melayu.

Awang Mohammad Amin (1982) telah membuat kajian tentang kesalahan-kesalahan


umum penggunaan bahasa Malaysia sebagai ekabahasa di kalangan pelajar Melayu di peringkat
sekolah menengah bawah dan menengah atas.Seramai 120 orang pelajar menjadi sampel terdiri
daripada empat buah sekolah menengah kebangsaan di Wilayah Persekutuan dan Selangor.Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa kesalahan penggunaan imbuhan adalah kesalahan yang
paling tinggi kekerapannya, iaitu 26%.
Seterusnya Raminah Haji Sabran (1983) telah membuat penyelidikan tentang kesalahan
yang telah dilakukan oleh penutur-penutur jati bahasa Malaysia dengan mengambil sampel yang
terdiri daripada para pelatih guru di Maktab Perguruan.Beliau telah menganalisis data daripada
300 buah karangan yang ditulis oleh sampel, iaitu dalam tempoh dua hari.Panjang setiap
karangan ialah kira-kira 250 patah perkataanyang meliputi tajuk-tajuk tentang sekitar tugas guru
di sekolah dan dalam masyarakat.
Antara hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa 80% daripada jumlah
kesalahan yang dilakukan oleh sampel adalah mengenai penggunaan perkataan, pembentukan
kata dan pembentukan struktur ayat.Daripada 3,559 kesalahan bahasa, pelatih-pelatih aliran
Melayu telah melakukan sebanyak 1,976, iaitu 55.5% sementara pelatih aliran Inggeris
melakukan kesalahan bahasa sebanyak 1,583, iaitu 44.5%.
Kamarudin Haji Husin (1986) telah membuat penyelidikan tentang penguasaan bahasa
Malaysia di kalangan pelajar bukan Melayu di maktab-maktab perguruan Kuala Lumpur yang
terdiri daripada pelatih-pelatih tahun akhir yang berjumlah 160 orang, iaitu 100 orang adalah
pelatih Cina dan 60 orang pelatih India.

Hasil dapatan beliau memperlihatkan daripada 320 buah karangan yang mengandungi
lebih kurang 80,000 patah perkataan, terdapat sebanyak 5,085 kesalahan yang ditemui, iaitu lebih
70% dari jumlah kesalahan yang didapati adalah terdiri daripada aspek ejaan, penggunaan
perkataan, pembentukan rangkai kata dan pembentukan ayat.
Mohammed Salehudin Aman (1993) telah membuat kajian tentang kesalahan tatabahasa
terhadap 150 orang pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah agama di Melaka.
Hasil dapatan beliau menunjukkan bahawa sebanyak 81% daripada jumlah keseluruhan
kesalahan adalah terdiri daripada kesalahan kata.Daripada jumlah ini, didapati sebanyak 32.3%
daripada kesalahan kata itu ialah kesalahan penggunaan imbuhan, iaitu kesalahan yang paling
tinggi kekerapannya.
Mohd. Isa (1997) telah membuat kajian terhadap kesilapan ejaan murid tahun 6 disekolah
Kebangsaan Bulu Silou Keningau dengan sampelnya seramai 55 orang.Hasil kajian beliau
menunjukkan bahawa sebanyak 60% murid keliru dengan ejaan perkataan umum seperti ia, ada,
daerah dan berdarah.53% pula adalah kesalahan imbuhan, 45% kesalahan penulisan kata
majmuk dan sebanyak 29% kesalahan penggunaan partikel pun.
Zulkifley (2004) telah membuat penyelidikan mengenai analisis penguasaan
pengetahuan bahasa Melayu di kalangan mahasiswa.Para mahasiswa yang terdiri daripada
pelajar prasiswazah UKM yang merangkumi hampir kesemua fakulti pengajian diambil menjadi
sampel kajian, iaitu seramai 194 orang pelajar lelaki dan 289 orang pelajar perempuan.

Hasil dapatan beliau menunjukkan bahawa hampir 50% kesalahan yang dilakukan adalah
kesalahan bagi aspek morfologi dan sintaksis.Hasil kajian ini amatlah mengecewakan
memandangkan sampel adalah mahasiswa institusipengajian tinggi awam
Hj.Mat Dani (2007) telah membuat kajian kesalahan morfologi dan ejaan bagi muridmurid darjah 6 di dua buah sekolah, iaitu sebuah sekolah kerajaan dan sebuah bukan kerajaan di
Negara Brunei Darussalam.Hasil kajian beliau mendapati bahawa disekolah rendah bukan
kerajaan melakukan 428 kesalahan, iaitu 249 (58.2%) kesalahan imbuhan, 28 (6.5%) kesalahan
kata ganda dan 151 (35.3%) kesalahan ejaan.Manakala disekolah rendah kerajaan melakukan
558 kesalahan, iaitu 272 (48.7%) kesalahan imbuhan, 10 (1.79%) kesalahan kata ganda dan 276
(49.5%) kesalahan ejaan.

Rumusan
Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji Barat dan pengkaji Malaysia,
Jelaslah menunjukan bahawa pencapaian pelajar-pelajar dalam aspek kesalahan ejaan dan bahasa
adalah di tahap lemah dan memerlukan pembaikan.Malah kesalahan yang sering didapati dalam
penulisan karangan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah kesalahan ejaan.Kesalahan ejaan
ini bukan sahaja dilakukan oleh pelajar di peringkat sekolah rendah malah pelajar sekolah
menengah juga masih banyak yang melakukan kesalahan berkenaan.Kesalahan-kesalahan ini
mungkin disebabkan oleh kejahilan terhadap sesuatu yang dipelajari atau tidak mengetahui akan
rumus-rumus yang sebenar mengikut pandangan ahli-ahli bahasa.

Anda mungkin juga menyukai