Anda di halaman 1dari 5

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

TAJUK 8

8.1

BUMI:

BATUAN DAN GALIAN, PLAT TEKTONIK

Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui batuan dan galian serta plat
tektonik.

8.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i.

Menyatakan perbezaan antara batuan dan garam galian (mineral)

ii.

Menerangkan tentang kitaran batu

iii.

Mengidentifikasikan jenis batu berdasarkan ciri-cirinya

iv.

Menerangkan Teori Plat

8.3
BP
ul
a
m
u
a
it
a
nT
de
ak
nt
G
o
an
ii
nk

l
a

8.3.1 Batuan dan Galian: Perbezaan mineral dan batuan


Mineral ialah pepejal inorganik yang wujud secara semula jadi, dan mempunyai
kandungan kimia serta struktur hablur (kristal) yang tetap. Manakala batuan terdiri dari
sisa-sisa organik dan gabungan satu atau lebih mineral (inorganik). Beberapa batuan
yang sebahagian besar terdiri daripada hanya satu mineral. Misalnya, batu gamping
merupakan batuan sedimen terdiri hampir seluruhnya dari mineral kalsit.
Mineral-mineral yang terkandung di dalam sesuatu batuan amat berbeza. Sesetengah
mineral, seperti kuarza, mika, atau feldspar adalah mineral yang umum, manakala yang
lain hanya boleh didapati di satu atau dua lokasi di seluruh dunia. Mineral dan batuan
yang bernilai dari segi komersil dirujuk sebagai mineral industri.

86

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

8.3.1.2

Kitaran Batu

Kitaran batuan merupakan konsep fundamental dalam geologi yang menggambarkan


peralihan dinamik melalui masa geologi. Sebuah batuan beku boleh pecah dan larut
bila terdedah kepada atmosfera atau boleh cair di bawah benua kerana tekanan yang
amat kuat. Kekuatan pendorong dari kitaran batuan, plat tektonik dan kitaran air
menyebabkan batuan tidak tetap dalam keseimbangan dan dipaksa untuk berubah
ketika mereka menghadapi persekitaran baru.
Diagram kitaran batu di kiri menggambarkan,
masing-masing jenis batuan diubah atau
dihancurkan ketika dipaksa keluar dari
keadaan keseimbangannya.
1 = magma;
2 = crystallization (freezing of rock);
3 = igneous rocks;
4 = erosion;
5 = sedimentation;
6 = sediments & sedimentary rocks;
7 = tectonic burial & metamorphism;
8 = metamorphic rocks;
9 = melting.
sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Rock_cycle
8.3.1.3

Jenis Batuan Dan Ciri-Cirinya

Batu adalah sejenis bahan yang terdiri daripada mineral dan dikelaskan menurut
komposisi mineral. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan

kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.

tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;

struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.

Batu batan secara umum biasanya dikelaskan menurut proses yang membentuknya.
Tiga pengkelasan utama menurut proses pembentukkan adalah seperti berikut:
1. Batu igneus adalah batuan yang terbentuk akibat pembekuan magma.

87

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

2. Batuan enapan adalah terbentuk dari enapan melitupi 75% daripada tanah
daratan Bumi. Jenis batuan enapan ialah batu kapur, batu pasir dan syal. Batu
enapan dikelaskan menurut sumber enapan seperti berikut:

batu klastik terbentuk dari serpihan yang pecah dari batu asal, melalui
luluhawa atau hakisan oleh air atau angin, diikuti oleh hanyutan mendapan.

aktiviti biogenik

mendakan dari sebatian. Mendakan ini kemudiannya mengeras dan bertukar


menjadi batu melalui proses pembatuan.

3. Batuan metamorfosis adalah sejenis batu yang mengalami proses


metamorfisme. Ini disebabkan oleh kewujudan tekanan dan suhu yang tinggi
yang dialami oleh batu tersebut. Contoh-contoh batu metamorfosis ialah seperti
gneisses, slates, phyllites, schist, marmar dan quartzit.
Nama batu berdasarkan saiz.

Batu kelikir - Merujuk kepada batu bersaiz kecil yang dipecahkan, biasanya
granit untuk membuat jalan raya.

Anak batu - Merujuk kepada batu bersaiz kecil secara semulajadi.

Bongkah batu - Batu yang bersaiz besar biasanya melebihi bola hoki.
Bahan Bacaan

88

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

8.3.2

Teori Plat Tektonik


Pertembungan dua plat tektonik boleh
menghasilkan gunung berapi. Pada planet yang
separa-cecair, seperti Bumi, permukaan bumi
terapung di atas lapisan dalam yang cair. Kerak
sepertinya sering terbahagi kepada kepingan
yang dikenali sebagai plat tektonik yang
disebabkan oleh pergerakkan magma cair di
bawahnya, mampu bergerak. Ini merupakan
fenomena teori hanyutan benua. Selain itu
pertembungan di antara dua plat tektonik
mampu menghasilkan gunung berapi.

Daratan dan juga dasar lautan akan secara perlahan-lahan dibawa ke arah kedudukan
baru apabila plat beralih. Sempadan plat ditandakan melalui lingkaran gempa bumi dan
rangkaian gunung berapi.

Selesai bahagian ini.

Rehatlah dulu.

89

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

-------------------------------------------------------------------------------------------------------Rujukan
http://sciencenetlinks.com
http://geology.com/
http://abyss.uoregon.edu/

90