Anda di halaman 1dari 2

Muhrim adalah perkataan Arab.

Ia membawa maksud
orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang
menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang
banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin
dengan kita seperti adik
lain.

kita, emak mertua kita dan lain-

NAZAR
Pertama : Nazar Lajaj
Ia merupakan nazar yang berlaku ketika seseorang itu berada dalam
keadaan hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah seperti dia
berkata ketika dalam keadaan itu : Sekiranya aku bercakap
dengan si pulan maka demi Allah atasku puasa sebulan.
Kedua : Nazar al-Mujazah ( Mukafaah )
Ia merupakan nazar yang mana seseorang itu bergantung pada
sesuatu yang akan menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Dia
berbuat demikian bukannya ketika hilang pertimbangan diri akibat
terlalu marah. Contohnya seperti seorang yang bernazar itu berkata
: Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka demi Allah
aku akan bersedekah seekor kambing.
Ketiga : Nazar Mutlak
Ia merupakan nazar yang mana dilafazkan oleh seseorang bagi
tujuan mendekatkan diri kepada Allah tanpa mengaitkan nazarnya
itu dengan sesuatu perkara yang lain dan juga bukan dilafaz ketika
hilang pertimbangan diri kerana terlalu marah. Contohnya
seseorang itu berkata : Bagi Allah atasku puasa pada hari Khamis.
Dipanggil juga nazar jenis kedua dan ketiga sebagai nazar kebajikan
kerana orang yang bernazar itu berniat untuk berbuat kebajikan dan
menghampirkan diri kepada Allah.

Anda mungkin juga menyukai