Anda di halaman 1dari 12

Perkembangan ICT Di Malaysia

Followers

Blog Archive
2009 (3)
December (3)
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
PERKEMABNGAN ICT DI MALAYSIA
About Me
ZILA
View my complete profile
WEDNESDAY, DECEMBER 23, 2009
PERKEMABNGAN ICT DI MALAYSIA
Perkembangan ICT
1.0

Pengenalan

Perkembangan ICT didefinisikan sebagai "proses penyampaian suatu pesan


dalam bentuk lambang bermakna sebagai paduan fikiran dan perasaan berupa
idea, informasi, kepercayaan, harapan, ingatan dan sebagainya.Ia dilakukan oleh
seseorang kepada orang lain, baik langsung atau tidak langsung.Melalui media
maka hasrat dan tujuan akan tercapai samada dengan tujuan mengubah sikap,
pandangan, atau perilaku seseorang" (Effendy, 1989 : 60).Dalam perspektif
pengamal teknologi pendidikan, media merupakan antara bahan pengajaran dan
pembelajaran yang kerap digunakan dalam aktiviti bilik darjah. Media dalam
pelbagai bentuk juga telah berjaya dibuktikan melalui penyelidikan sebagai satu
bahan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dalam meningkatkan
kefahaman individu yang terlibat. Media juga telah dapat dibuktikan sebagai
satu alat bantu penyampain atau perhubungan yang perlu apabila berlakunya
proses penyampaian dan penerimaan dalam proses berkomunikasi. Apabila
merujuk kepada komunikasi media massa ,ianya akan meliputi sebagai simbol
non-verbal, gambar yang digunakan untuk menyatakan fikiran atau
perasaan.Dalam aspek sejarahnya komunikasi media massa banyak
menggunakan gambar untuk menyampaikan sesuatu matlamat kerana waktu itu
kurangnya kemampuan untuk bercerita dengan menggunakan perantaraan serta
peralatan yang canggih. Pada waktu itu dan dalam keadaan tertentu gambar

boleh menjadi lebih efektif daripada bahasa verbal kerana gambar ini akan
menjadi lebih penting sebagai media pendidikan dan transformasi tradisi oleh
jenerasi terdahulu untuk jenerasi yang akan datang. Salah satu alat media ini
juga gambar menjadi perantara terpenting malahan sekarang ini dengan
penggunaan teknologi digital serta visual ,ianya telah pun mengalami
pertumbuhan dan perkembangan sesuai dengan dinamik masyarakat dan
perkembangan semasa.

Dalam konteks Malaysia pernan komunikasi masssa akan lebih bersifat terbuka
selain dapat mengambil kesempatan untuk mengembangkan berita dunia
dengan lebih estetika yang ekspresif. Kesan kepada masyarkat sememang tidal
boleh dinafikan kerana ia memberi kesan yang positif melalui penyampaianpenyampaian yang dipelbagai melalui sumber-sumber media.Ini kerana dengan
perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan ke
atas kehidupan manusia termasuklah di dalam bidang pendidikan disusuli pula
Malaysia merupakan sebuah gagasan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali
sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) maka ia merupakan pemangkin kepada
sistem komunikasi media massa .malah didalam bidang pendidikan negara telah
mengimplementasikan pendidikan maya.
Contohnya: Program Pendidikan Jarak Jauh dalam talian yang dilaksanakan oleh
beberapa buah Institut Pengajian Tinggi tempatan merupakan sebahagian
daripada tahap awal pendidikan maya di negara ini. Kemahiran komunikasi
massa adalah salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan
pembelajaran . Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke
pemerolehan maklumat dan seterusnya untuk memproses maklumat.Dengan
wujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat
secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses
supaya lebih mudah difahami. Ini kerana proses komunikasi massa dilakukan
dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu.Dalam melaksanakan konteks ini
individu akan sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran - kemahiran
generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis,
kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya
dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan
berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran
yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran perlu diambil kira
bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui
kemahiran belajar dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas.
Kemahiran berkomunikasi adalah merujuk kepada proses pendemokrasian
pendidikan yang merangkumi program meningkat pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi .

2.0

Perkembangan ICT di Malaysia

Sejak 1997 pemerintah Malaysia telah membangun infrastruktur ICT dengan


investasi sebesar RM556,22 juta atau setara dengan US$150,33 juta.
Penkembangan ICT ini meliputi pemanfaatan web dan e-mail, jaringan Local Area
Network (LAN), Wide Area Network (WAN) serta sistem menjana dokumen
pemerintahan. Selanjutnya pada 2000 Malaysia menginvestasikan US$154,3 juta
untuk mengembangkan lebih jauh konfigurasi sistem ICT yang telah ada dengan
mengoptimalkan akses Internet. dan dana sebesar US$174,32 juta untuk
membuat instalasi jaringan yang mengintegrasikan seluruh sistem dan aplikasi
pemerintahan, serta pengembangan portal web. Itu dilakukan pada 2001.
Berbagai konsep pembangunan seperti e-government, e-procurement, e-learning
dan e-commerce diperkenalkan.

Pengguna Internet di negara ini hingga akhir Desember tahun lalu telah
mencapai 8.7 juta orang, atau 34% dari total penduduk yang berjumlah 25.6 juta
orang. Pada awal 1996, Malaysia, termasuk dalam salah satu negara yang cepat
dalam memulihkan keadaan perekonomiannya.

Yang menariknya Malaysia dapat memanfaatkan telekomunikasi dan teknologi


informasi sebagai pendukung dalam pemulihan ekonomi. Bahkan saat ini ICT
sudah menjadi program printis dalam pembangunan nasional di Malaysia.

Secara dasarnya terdapat tujuh projek yang mendasari pembangunan ICT di


Malaysia, yang meliputi Government Office Environment (GOE), Human
Resources Management Information System (HRMIS), e-services, e-government
dan Public Management Security (PMS). Keseluruhan infrastruktur ICT di Malaysia
berbasis open source dengan total investasi mencapai US$31.199.023,784.

Adzman Musa, Director ICT Security Division Malaysian Administrative


Modernization and Management Planning Unit, Prime Ministers Department of
Malaysia, mengatakan pembangunan ICT di Malaysia difokuskan pada 25
kementerian federal, 180 departemen federal, 347 departemen negara bahagian
dan 148 pemerintah daerah.

Muhammad Fauzi Ismail, Business Development Director Scan Associates SDN


BHDpenyedia layanan sistem keamanan pemerintah Malaysia-- mengatakan
belanja IT pemerintah Malaysia mencapai US$540,5 juta setiap tahun.

Namun demikian, pembangunan ICT yang begitu signifikan di Malaysia juga


menghadapi masalah dari aspek keamanan, terutama pada infrastruktur seperti
polis, Kewangan dan Bahagian Pertahanan.

Pengimplementasian sistem keamanan dalam SOC, menurut Adzman, bertujuan


melindungi aplikasi e-government pada lembaga pemerintah yang dianggap
kritis dan rentan terhadap serangan kejahatan dunia maya. Selain itu, tambah
Adzman, peningkatan hacking, serangan virus dan bentuk Denial of Service
(DDoS), juga menyebabkan semakin pentingnya implementasi sistem keamanan
pada jaringan ICT di pemerintahan.

Untuk membangun SOC, kata Adzman, Malaysia lebih dulu menyusun


managment keamanan ICT yang terdiri dari managment perlindungan,
infrastruktur, dan kemampuan.

3.0

Impaknya ICT keatas Masyarakat di Malaysia

Kesan fenomena terhadap perkembangan ICT menjadi lebih senonim lagi kepada
komunikasi antara perseorangan kerana ia lebih merujuk kepada seseorang ini
akan bergaul, berinteraksi bersama rakan sebaya dan disinilah mereka membina
pelbagai kemahiran seperti kemahiran bersosial. Mereka akan belajar
menyesuaikan diri dengan rakan-rakan supaya ia diterima baik oleh ahli-ahli
dalam kumpulan mereka. Pada peringakat ini ia akan membentuk kumpulan
bersama-sama.Disni peranan komunikasi secara tidak langsung digunakan untuk
berhubung diantara satu sama lain.Kesan kemahiran komunikasi perseorangan
ini akan membawa individu tersebut lebih menguasai pernannya samada dalam
kumpulan atau perseorangan kerana mesej yanh disampaikan itu akan lebih
baik.Jika ia seorang pendiam maka individu itu akan merasa rendah diri. Peranan
media disini amat kuat kerana ia boleh mempengaruhi setiap individu
a.
Dalam membincangkan fenomena perkembangan ICT semua individu itu
mempunyai kebolehan semulajadi untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea
secara spontan terutamanya diantara individu atau di hadapan
khalayak.Perbezaannya hanyalah samada maklumat yang disampaikan itu boleh
meyakinkan atau sebaliknya.Seni komunikasi yang baik ialah kunci kepada
persembahan maklumat yang berkesan. Komunikasi ialah satu seni (art).
Sebagaimana seseorang memiliki kemahiran di dalam seni peperangan, melukis,
khat malah sukan dan sebagainya.Apabila seseorang itu mempunyai komunikasi

yang baik maka ia mempunyai kebolehan dalam menguasai penyampaian dan


mendapat maklumat yang diperlukannya. Oleh itu komunikasi boleh dianggap
art of speaking. Seni inilah yang perlu di up-date kan dari masa ke semasa
sesuai dengan tuntutan zaman dalam diri seseorang.
b.
Gambaran yang paling baik tentang fenomena perkembangan ICT apabila
dilihat kesannya kepada masyarakat secara keseluruhannya.Ini berlaku kerana
bidang ini adalah merupakan perkongsian maklumat antara pihak sumber
dengan pihak penerima.Sumber disini merujuk kepada individu yang menjadi
pencetus atau punca datangnya maklumat manakala penerima pila ialah
seorang atau sekumpulan individu yang menjadi sasaran hantaran maklumat
tadi.Dalam proses penghantaran maklumat ini, sumber memilih saluran yang
difikirkan sesuai untuk membawa mesej.Komunikasi massa juga merupakan
suatu proses sistematik kerana disitulah berlakunya pertukaran maklumat
dengan pihak-pihak tertentu dengan berasaskan media yang sesuai.

c.
Teori perkembangan ICT dalam ertikata secara ilmiahnya juga bererti
proses penyampaian sesuatu maklumat atau informasi dari pengirim
(komunikator/Sender) kepada penerima (komunikan/receiver) dengan
menggunakan simbol-simbol atau lambang tertentu samada secara langsung
ataupun tidak langsung (menggunakan media) untuk mendapatkan maklum
balas atau maksud tertentu (feedback).Semasa membuat penyampaian
maklumat setiap individu seharusnya dapat memahami apa yang hendak
diperkatakan kepada orang lain.Kaedah dan teori penyampaian mestilah
berupaya untuk dikuasai oleh pendengar supaya kesan penyampaian itu akan
ditafsirkan serta mencapai tujuannya.Jikalau kaedah komunikasi kurang berkesan
sudah tentulah akan berlaku ketidakfahaman dikalangan pendengar maka
penyampaian itu dikatakn gagal.

Konsep teori yang dikemukakan oleh Herb Schiller tahun 1973.- Cultural
imperialism theory. Teori ini berguna untuk menjelaskan bahwa bangsa Barat
mendominasi media di hampir semua bahagian di dunia ini sehingga pada
semua aspek serta mempunyai kekuatan pengaruh yang sangat kuat terhadap
budaya dunia ketiga (negara-negara yang belum dan yang sedang membangun).
Caranya adalah dengan mengganggu dan menetapkan pandangan-pandangan
mereka keatas kebudayaan tempatan sehingga budaya tersebut semakin
terhakis.

d.
Media, khususnya media massa seperti filem, surat kabar, web dan
situasi-situasi informasi dari internet, majalah dan juga novel dan seumpamanya
secara umumnya diproduksi secara besar-besaran oleh orang Barat, kerana
mereka mempunyai modal untuk melakukannya. Dilihat dari harganya pun
sangat murah jika dibandingkan dengan media tempatan.Ini kerana masalah

kekurangan modal menjadi punca utama kenapa komunikasi temapatan kurang


mendapat tempat dikalangan peduduk dunia ketiga .Mereka menonton
,membaca hasil dan pandangan-pandangan budaya yang dilahirkan oleh budaya
barat.Akibatnya mereka pun mudah terpengaruh maka secara langsung ataupun
tidak langsung masyarakat dunia ketiga membenarkan pandangan dan perilaku
budaya barat. Masalah yang lebih teruk lagi media masssa akan menjadi lebih
teruk akibat daripada fenomena tersebut kerana semakin hilang matlamat yang
sebenarnya. Proses pembentukan teori komunikasi adalah urutan pelaksanaan
atau kejadian yang terjadi secara terancang atau tidak terancang. Pembentukan
teori komunikasi mungkin menggunakan waktu, ruang, keahlian atau sumber lain
yang menghasilkan suatu hasil atau maklumat. Suatu proses mungkin dikenali
oleh perubahan yang diciptakan terhadap sifat-sifat dari satu atau lebih objek di
bawah pengaruhnya.Secara analisis teori ini menjelaskan konsep seperti:i)
Melalui proses pembentukan teori perkembangan ICT ini juga akan berlaku
jika sekiranya ia melibatkan proses komunikasi yang dinamik antara dua individu
atau masyarakat yang berinteraksi antara satu sama lain.Proses interkasi ini
adalah usaha bersama.Mereka akan mempunyai tanggungjawab ,peranan dan
perlakuan yang tertentu perlu dilaksanakan. Apabila komunikasi sudah bermula,
matlamat utama adalah untuk mencapai tujuan supaya mempunyai nilai
teraputik.Ini semua akan bergantung kepada personaliti masing-masing dengan
beberapa kemahiran sampingan. Kemahiran itu adalah seperti memerhati
tingkahlaku bukan lisan,mendengar perkataan yang diucapkan, memberi
tumpuan kepada soal yang hendak disampaikan.Melalui pengantar ilmu
komunikasi yang pada prinsipnya ia mengutamakan kesan-kesan yang datang
daripada suatu proses ICT.
Sebagai contohnya:Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan
pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan
kepercayaan.Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang
manusia.Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang
masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya
mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi
mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.Komunikasi yang dijalankan oleh
guru dalam proses pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada
seseorang .
ii)
Di antara elemen-elemen yang terlibat secara lansung dalam
perkembangan ICT ,ianya tidak boleh dikecualikan daripada penggunaan
peralatan multimedia.Ini kerana pada waktu ini iaitu diera zaman teknologi
maklumat maka peralatan yang canggih amat diperlukan untuk menjalankan
proses penyampaiannya.Multimedia ini merupakan gabungan data, suara, video,
audio, animasi, grafik, teks dan bunyi-bunyian yang mana gabungan elemenelemen tersebut mampu dipaparkan melalui komputer.
Menurut Collin, Simon (1995), ".Multimedia merupakan sebuah persembahan,
permainan atau aplikasi yang menggabungkan beberapa media yang berlainan.
Sesebuah komputer yang boleh menggunakan klip video, rakaman suara, imej,

animasi dan teks serta pula boleh mengendalikan peranti-peranti seperti


perakam video, pemaincakera video, pemacu CD-ROM, synthesizer dan juga
kamera video. Sekiranya program tersebut menghasilkan bunyi, video dan imej,
ia disebut ssebagai multimedia, tetapi apabila program itu membolehkan
pengguna mengendalikan pergerakan perisian dengan membuat pilihan yang
berbeza-beza, maka ianya disebut sebagai multimedia interaktif" Berdasarkan
definisi yang diberikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa multimedia itu
adalah suatu kaedah penyebaran maklumat dan juga satu teknologi komputer
yang direka bentuk khusus dengan menggabungkan bunyi, gambar-gambar
pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama keupayaan
interaktif sesebuah komputer.
iii)
Melalui perkembangan ICT boleh diistilah juga sebagai kombinasi
pergerakkan, warna dan suara dalam banyak perkara dapat mendramatikkan
idea lebih baik dari setengah medium yang digunakan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.Pengalaman pembelajaran tidak lagi terbatas dalam suasana
bilik darjah. Pelajar dapat mempelajari sejarah silam, menjelajahi dunia atau
melawati angkasa lepas tanpa perlu menapak keluar dari bilik darjah. Media
dengan ini telah dapat memberikan satu pengalaman yang berbeza yang
mungkin agak sukar dinikmati sepanjang hayat. Objekitif pembelajaran kognitif,
affektif, dan kemahiran motor dapat dicapai dengan menggunakan media
sebagai alat mengajar atau belajar.Ia memberi kesan yang amat baik kepada
individu yang terlibat terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya : Media penyiaran bukan sahaja menjadi bahan penyampai maklumat
malah sebagai satu sumber hiburan yang diterima oleh pelbagai lapisan
masyarakat. Hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurang satu saluran
media penyiaran. Ini bukan hanya terhad kepada rumah, tempat bekerja, tempat
umum malah kenderaan persendirian dan umum mempunyai alat penyiaran
yang semakin hari semakin canggih sehinggakan mendapat tempat kepada
individu.Mereka banyak menggunakan saluran pelbagai bahan media dalam
proses berkomunikasi.
Amat menarik sekali ialah saluran televisyen dan radio bukan hanya dapat
ditonton di rumah malah di tempat awam sebagai satu aktiviti menunggu
(lapangan terbang, bank, pejabat kerajaan, klinik, hospital, dan sebaginya). Di
tambah dengan kemudahan video dan harga peralatan yang makin menurun
(VHS, VCD, DVD), format media ini makin popular dewasa ini. Minat pada media
ini tidak terhad kepada peringkat umur ataupun tahap pendidikan. Media ini
tidak mengenal usia, latarbelakang atau pendidikan, setiap lapisan ada bahan
yang sesuai untuk ditonton.
Oleh itu tidak hairanlah sekiranya komunikasi media massa merupakan satu
bahan yang senang dan kerap diterima pakai dalam penyampaian maklumat.
Penerimaan ini bukan saja terhad kepada pelajar tetapi golongan semua lapisan
masyarakat yang memerlukannya.Penggunaan bahan ini akan lebih disenangi
bagi mereka yang terlibat secara langsaung atau tidak lansung dapat
menjaminkan keselesaan penggunaan bagi kedua-dua pihak.Setiap bahan yang

digunakan perlulah dinilai dengan teliti agar bahan yang digunakan itu efektif
dan membantu meningkatkan aktiviti penyampaian. Bahan yang dipilih perlu
berjaya mencapai objektif yang telah disarankan diawal setiap penyampaian dari
atribut yang terdapat pada media.

4.0

Penyesuaian perkembangan ICT di Malaysia

Beberapa kajian telah dikenalpasti bagi mangatasi masalah komunikasi media


massa seperti yang dibuat oleh David Pushaw (1976), Fey (1986) dan William
Littlewood (1992) telah mencadangkan beberapa strategi kaedah bagi
mengatasi masalah komunikasi di kalangan masyarakat.Satu kaedah teori yang
digunapakai ialah teori komunikasi yang dipolopri oleh seorang B.F Skinner
(1953). Dalam pelaziman operan, peneguhan akan digunakan untuk
mempastikan tingkahlaku berulang.Peneguhan adalah sesuatu yang
memungkinkan sesuatu tingkahlaku itu diulang kerana ada unsur keselesaan dan
kesenangan.Apabila seseorang itu (merujuk kepada pelajar atau klien) akan
berkomunikasi dengan baik jika sekiranya mereka diberikan peneguhan yang
positif semasa berbicara.Peneguhan yang negatif haruslah dielakkan .Dalam
kaedah atau toeri ini penggunaan prinsip pelazimaan operan adalah antara
teknik bagi mengubah tingkahlaku seseorang yang dinamakan teknik modifikasi
tingkahlaku atau behaviour modification.
Apabila membincangkan tentang kepentingan perkembangan ICT sudah tentu
ianya akan menimbulkkan masalah dalam komunikasi. Oleh itu permasalahan
dalam komunikasi akan terjadi akibat daripada ketidaktentuan seseorang
semasa berkomunikasi.Namun begitu terdapat juga beberapa kategori
permasalahan dalam komunikasi iaitu masalah pertuturan, masalah / kecelaruan
bahasa,kecelaruan suara dan masalah kelancaran.Ini terjadi akibat daripada
kesan yang dialami oleh individu untuk menterjemahkan sesuatu tetapi tidak
mempunyai aras kemahiran dalam komunikasi.
Masalah komunikasi juga ditakrifkan sebagai kelemahan dalam sebutan dan
penggunaan bahasa lisan di mana ianya melibatkan suara, bunyi-bunyi
pertuturan dan kelancaran (The American Speech Language - Hearing
Assocation).Proses pembentukan teori komunikasi adalah urutan pelaksanaan
atau kejadian yang terjadi secara terancang atau tidak terancang. Pembentukan
teori komunikasi mungkin menggunakan waktu, ruang, keahlian atau sumber lain

yang menghasilkan suatu hasil atau maklumat. Suatu proses mungkin dikenali
oleh perubahan yang diciptakan terhadap sifat-sifat dari satu atau lebih objek di
bawah pengaruhnya.
Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran dan perkembangan ICT sebagai
satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak
kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah
perubahan dalam tingkahlaku iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu
situasi. Dalam psikologi humanis komunikasi dianggap proses yang dapat
membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.
Di Malaysia bidang komunikasi massa masih lagi diperingkat pembangunan.Ini
kerana sebahagian besar keupayaan untuk menterjemahkan penyampaian
kepada masyarakat masih lagi diperingkat sederhana.Walaupun tidak dapat
dinafikan peranan komunikasi massa itu memainkan peranan yang penting bagi
masyarakat namun ianya tidak disusuli dengan konsep pernerimaan oleh
masyarakat secara keseluruhannya.Faktor lain kerana kurangnya kemudahan
dan sikap masyarakat terhadap berita-berita yang kadang-kadang melanggar
etika penerbitannya.Masih ada penyampaian yang tidak tepat dan sebagainya.
Komunikasi massa menjadi masalah jika ia melibatkan bidang kajian yang perlu
diselesaikan kerana sukar untuk merujuk kepada mereka yang terlibat secara
langsung.Apa yang dilakukan oleh hanyalah dengan menggunakan nota atau
panduan yang diberi atau melalui telefon.Antara lain kesukaran ialah:
i.
Kajian yang melibatkan kajian dalam komunikasi massa adalah sukar
kerana ia banyak melibatkan penggunaan teknologi maklumat berbanding secra
konvensional.
ii.
Keadaan sosial dan interaksi di antara pihak yang terlibat juga
mendatangkan masalah kerana berada dalam situasi yang berbeza daripada
persekitaran konvensional.
iii.
Perlu kepada tenaga pengajar secara langsung kerana ia salah satu
elemen penting dalam membuat kajian.
Menurut Rowe (1985:2) menyatakan bahawa Every educational system must
deal with three fundamental elements : the people, the methods, the plans. At
the very top of this list, I have placed the teachers, because they are the key to
all methods of education.
Perkembangan ICT melalui universiti tempatan pula yang ditubuhkan dalam era
teknologi telah melakukan perubahan pengendalian pada asasnya perlu
mengambilkira dalam penggunaan teknologi maklumat walaupun tidak
sepenuhnya. Oleh itu penggunaan teknologi maklumat melalui komunikasi
massa adalah perlu.Ini kerana ia melibatkan kepakaran penggunaan teknologi
maklumat.
Dalam proses komunikasi massa didapati tidak semua individu mendapat dan
bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Apakah sikap dan
tanggapan masyarakat, bagaimanakah mereka menangani perubahan tersebut,

adakah pembaharuan dapat diterima oleh masyarakat.Itulah persoalan untuk


melaksanakan perubahan tersebut dan adakah mereka faham faedah yang
dibawa oleh teknologi maklumat di dalam pengendalian dalam bidng komunikasi
massa .Oleh kerana matlamat komunikasi ialah membantu seseorang membuat
perubahan tingkahlaku yang membolehkan seseorang itu menjalankan
perubahan dalam kehidupannya dengan lebih proaktif dan memuaskan.Maka
masyarakat khusunya harus memahami terlebih dahulu impak sebenar kesan
daripada apa yang diterima itu akan mendatangkan kesan positif atau
sebaliknya.

5.0

Kesimpulan

Apabila seseorang dapat menterjemahkan maklumat dalam diri untuk


pembelajaran yang bermakna maka penguasaan yang bijak mengguna
komunikasi dapat memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses
pennyampaian supaya lebih berkesan serta lebih bermakna.Bagi membantu
individu mengenalpasti matlamat, mendefinisikan hala tuju bagi individu kearah
kemajuan dan kesejahteraan hidupnya maka sifat bertanggungjawab
menyediakan suasana komunikasi yang menggalakkan harus dijalankan iaitu
lebih individu atau masyarakat yang kreatif dan berdikari.Sumbangan kreatif dan
inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej yang memboleh individu itu
mencapai objetif ke arah menjana mindanya yang positif. Malah penggunaan
komunikasi media melalui teori yang dibincangkan itu maka cadangan
perubahan harus dilakukan terhadap keseluruhan bagi mencapai matlamatnya
ialah melalui proses revolusi pembelajaran pada peringkat asas lagi.Diantara
faktor ini ialah dapat membawa individu merevolusi pemikiran dan perubahan
melalui media massa berlaku keatas paradigma pemikiran .

6.0

Rujukan

1.
Austin,L.A (1998) The Comunication.Pennsylvanis:Accelerated
Development.
2.
Brammer,H.M & Mac Donald,G.(1999) The Helping Relationship:Process
and Skill.Boston: llyn and Bacon.
3.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J. & Smaldino, S. (1999). Instructional
Media and Technologies for Learning. Prentice-Hall.

4.
Karthigesu, R. (1995). Dasar penyiaran Malaysia dalam Era Pascakolonial
ke arah status negara maju. Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1994/Bil 2,
Universiti Sains Malaysia.

5.
Newby, T., Stepich, D., Lehman, J & Russell, J. (2000). Instructional
Technology for Teaching and Learning: Designing Instruction, Integrating
Computers and Using Media. Prentice-Hall, Inc.

6.
Razali Nor. (1997),Teknologi Pendidikan 2: Media Unjuran dan Media
Elektronik. Percetakan Seasons, Sdn. Bhd.

7.
Yusup Hashim. (1997). Siri Pendidikan Fajar Bakti:Media Pengajaran untuk
Pendidikan dan Latihan. Fajar Bakti.

8.
Yusup Hashim. (1998). Siri Pendidikan Fajar Bakti:Teknologi Pengajaran.
Fajar Bakti.
9.

http://segar_hasani blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai