HBAE4303 Topik 6

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 9

Topik6

XApresiasi dan

Kritikan Seni 2
(Deskripsi,
Analisis,
Intrepretasi dan
Penilaian)

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menghuraikan kaedah dan pendekatan dalam menghasilkan
apresiasi seni dari sudut pelajar;
2.
Mengenalpasti pendekatan yang sesuai bagi kalangan pelajar dalam
membuat apresiasi dan kritikan seni; dan
3.
Memberikan kaedah bagi pelajar untuk melahirkan ekspresi seni
mereka.

X PENGENALAN
Kebanyakan karya seni mempunyai nilai-nilai yang perlu diberikan perhatian.
Ianya boleh ditunjukkan dalam bentuk penghargaan, pengiktirafan dan
sanjungan. Mengkritik sesuatu karya seni adalah satu ilmu, prinsip, disiplin dan
kaedah pengkajian yang amat sistematik. Seni adalah satu bentuk perluahan
perasaan oleh seniman kerana di dalamnya terkandung kepentingan dan
keindahan di peringkat rohani dan jasmani. Nilai ini perlu kita terapkan dari
peringkat kanak-kanak agar kepentingan mencintai nilai keindahan dan
menghargai seni estetika menjadi sebati dengan jiwa. Apa kata, kita bawa mereka
ke galeri seni ataupun muzium? Sambil memenuhi masa lapang, aktiviti ini
mampu melatih kanak-kanak menghayati, menilai dan mengkritik karya seni
secara tidak langsung. Kita perlu ingat, berikan mereka kebebasan untuk
memberi pendapat atau luahan.

TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2 W 81

Rajah 6.1: Galeri seni Shah Alam adalah salah sebuah galeri seni di Malaysia yang banyak
mempamerkan karya-karya seni seniman muda tanah air
Sumber: http://www.bernama.com/selangor_maju/newsbm.php

SEMAK KENDIRI 6.1


Apakah yang anda faham mengenai kaedah deskripsi,analisis,interprestasi
dan penilaian.

6.1

PROSES DAN KAEDAH

Definisi pendekatan dan kaedah


Pendekatan berdasarkan teori Gestalt, setiap orang mempelajari sesuatu secara
keseluruhan terlebih dahulu sebelum meneliti secara terperinci.
Pendapat Edward M Anthony (1963) pula menjelaskan bahawa, pendekatan
merupakan satu proses dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan model,
prinsip dan teori pembelajaran.
Kaedah pula bermaksud satu perancangan bagi melaksanakan pendekatan secara
teratur dan kemas. Setiap perancangan perlu disusun rapi dalam satu
kesinambungan yang sempurna.
Kaedah-kaedah yang sesuai akan membantu keperluan pelajar. Dalam
melaksanakan sesuatu pendekatan dan kaedah, perancangan perlu dikenal pasti
dengan cara-cara berikut:

82

TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2

Rajah 6.2: Cara-cara merancang sesuatu pendekatan dan kaedah.

Pendekatan lawatan
Pendekatan kritikan seni merupakan panduan yang baik dalam mengenal pasti
keberkesanan sesuatu karya seni. Karya seni yang dipertontonkan kepada
khalayak ramai akan mengundang kritikan-kritikan daripada penghayat seni.
Penghayat seni kebiasaannya mengunjungi galeri atau dewan budaya untuk
melihat lukisan. Di Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Galeri Petronas dan Galeri
Shah Alam merupakan sebahagian wadah bagi pengkarya-pengkarya seni
meluahkan idea seniman.
Bentuk interpretasi dapat dihasilkan dengan lebih baik dan jelas apabila karya
seni itu dilihat oleh penghayat seni itu sendiri. Hasil penilaian adalah lebih
menyakinkan dan lengkap berbanding dengan melihat dari bahan-bahan
bercetak.
Simbol, imej, rupa dan bentuk yang dipaparkan dapat dilihat dengan lebih jelas
dan dikupas dengan penuh kejujuran. Rajah 6.3 menunjukkan bagaimana
seniman berinteraksi dengan peminat-peminat seni.

TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2 W 83

Rajah 6.3: Pelukis Suzlee Ibrahim menjelaskan mengenai karya beliau kepada peminat
peminat seni
Sumber: suzlee99.tripod.com/id10.html

Pendekatan Lisan dan Bertulis


Pendekatan lisan dan bertulis meliputi laporan yang disiarkan dalam akhbar,
majalah dan media elektronik seperti radio dan televisyen.
Pendekatan penulisan dilakukan dengan bentuk kajian sumber melalui jurnal,
pembentangan seminar atau disiarkan dalam majalah akademik.
Manakala pendekatan lisan pula, adalah seperti pembentangan kertas kerja.
Contoh yang boleh digunakan dalam pendekatan lisan ialah seperti yang
program anjuran Yayasan Kesenian Perak bertajuk 'Gebang Seni' bersama Siti
Zainon Ismail pada 22 Jun 2002 di Ipoh. Ia merupakan pendekatan untuk pelajar
atau penghayat seni berkongsi ilmu dan pengalaman dengan tokoh seni sendiri.

Rajah 6.4: Program bulanan 'Gebang Seni' bersama Siti Zainon Ismail pada 22 Jun
2002 bertempat di Rumah YKP, Ipoh.

84

TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2

AKTIVITI 6.1
Di antara pendekatan lawatan dan pendekatan bertulis yang mana
satukah lebih berkesan untuk dalam menghasilkan apresiasi karya seni di
kalangan kanak-kanak. Bincangkan.

6.2

PENDEKATAN LAWATAN

Merancang dan melaksanakan lawatan


Beberapa aspek perlu dinilai sebelum merancang lawatan pelajar:
i.
ii.
iii.
iv.

Bilangan pelajar yang akan mengadakan lawatan;


Tujuan lawatan diadakan;
Kepentingan lawatan kepada pengajaran dan pembelajaran; dan
Kesan yang dapat diperolehi hasil dari lawatan kepada proses pengajaran
dan pembelajaran.

Di samping itu juga, pelajar perlu mengenal pasti tema pameran yang akan
dilawati. Aspek itu amat penting bagi membantu pelajar:
i.
ii.
iii.
iv.

Memahami tema dan tujuan sesuatu karya seni;


Menghasilkan satu bentuk penghargaan atau apresiasi seni dengan mudah;
Mampu menikmati karya seni dengan baik; dan
Menghasilkan penafsiran seni dengan lebih berkesan dan jujur.

Selain daripada itu perancangan aktiviti juga perlu dikenal pasti ketika melihat
sesuatu pameran seni. Keperluan mengenal pasti aktiviti adalah untuk
memastikan para pelajar tidak berada dalam keadaan yang tidak jelas akan
objektif lawatan tersebut.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah:
i.
ii.
iii.
iv.

Kerja berkumpulan di mana pelajar perlu dibahagikan kepada beberapa


kumpulan kecil.
Memahami tema pameran seni yang diadakan dan berikan komen
mengenai tema tersebut.
Menilai setiap karya seni adalah menepati tema yang diadakan.
Memilih beberapa karya seni yang menepati tema dan tidak menepati tema
pameran tersebut.

TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2 W 85

v.
vi.

Menghasilkan kritikan dan apresiasi seni mengikut kefahaman mereka


sendiri.
Menemubual pengkarya seni yang menghasilkan lukisan.

Aktiviti apresiasi seni


Pelajar perlu menghasilkan apresiasi seni dengan baik berdasarkan kefahaman
mengenai tema pameran seni yang diadakan di galeri seni tersebut.
Oleh yang demikian, pelajar perlu membuat kajian sebelum mengadakan
lawatan ke pameran tersebut agar memastikan apresiasi seni yang dihasilkan
bersandarkan penilaian ilmiah.
Selaku pengkritik seni, pelajar perlu berperanan untuk menceritakan apa yang
berlaku disebalik penghasilan sesuatu karya seni.
Apresiasi seni ini adalah untuk membantu pelajar menghayati dengan lebih
mendalam, memahami, menghayati dan mengetahui asas penghasilan sesuatu
karya seni itu.
Laporan bergambar
Dalam menghasilkan apresiasi seni, pelajar perlu menghasilkan satu bentuk
laporan bertulis bagi memastikan keberkesanan lawatan yang diadakan.
Pelajar perlu juga mempersembahkan laporan bergambar di hadapan guru dan
rakan-rakan bagi memastikan apresiasi seni yang dihasilkan dapat dikongsi
bersama dengan orang lain.

SEMAK KENDIRI 6.2


Bincangkan keberkesanan kaedah laporan lawatan dalam menghasilkan
apresiasi dan kritikan seni

6.3

PENDEKATAN LISAN DAN BERTULIS


Penggunaan deria penglihatan dan deria sentuh amat penting dalam
menerapkan nilai apresiasi seni dalam masyarakat.

86

TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2

Mata digunakan untuk menilai dan mengamati objek-objek seni seperti seni
lukis, seni catan dan sebagainya.
Tahukah kamu bahawa penghayatan seni memerlukan bahasa yang dipanggil
sebagai bahasa seni? Penerapan bahasa tampak atau bahasa visual menjurus
kepada penggunaan media dan bahan seni. Asas seni yang melibatkan garisan,
jalinan, rupa dan bentuk adalah bahan interaksi dengan penghayat seni yang
telah digunakan oleh seniman dalam karya mereka.
Objek seni digunakan sebagai penyampai maklumat, idea dan penerangan yang
tersurat mahupun tersirat.
Kritikan secara formal
Apabila para pelajar cuba menghasilkan satu bentuk kritikan dalam bentuk
pendekatan lisan dan bertulis terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira:
i.
ii.
iii.
iv.

Memahami dengan lebih mendalam unsur-unsur seni seperti garisan,


warna, jalinan,bentuk dan ruang;
Menghasilkan kritikan secara jujur dan mengupas karya seni tersebut
secara bertanggungjawab;
Memahami latar belakang penghasilan karya seni tersebut; dan
Kritikan haruslah membina dan tidak bersifat peribadi.

Untuk menghasilkan kritikan secara penulisan, penghayat seni memerlukan


kefahaman seni yang sangat luas. Pengetahuan mengenai sejarah seni dan
perkembangan seni di Malaysia perlu diikuti dahulu, sebelum menghasilkan
laporan bertulis.

AKTIVITI 6.2
Bincangkan keberkesanan kaedah laporan lisan dan bertulis dalam
menghasilkan apresiasi dan kritikan seni

TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2 W 87

RUMUSAN
Apresiasi dan kritikan seni harus disemai kepada pelajar melalui sistem
pendidikan, agar pelajar dapat menghargai seni dengan lebih baik. Pelajar
harus terlebih dahulu didedahkan dengan maksud pendekatan dan kaedah
apresiasi seni. Pendekatan merupakan satu proses merapatkan pelajar
dengan subjek atau objek seni, manakala kaedah pula merupakan cara atau
perancangan yang harus disusun untuk membawa pelajar terus kepada
subjek atau objek yang diingini. Dalam aspek apresiasi seni, pelajar harus
diberi pendekatan terhadap karya-karya seni terutama melalui kaedah
lawatan sambil belajar.

Antara teknik pendekatan yang mampu menjuruskan pelajar terus kepada


subjek apresiasi dan kritikan seni ialah dengan kaedah lawatan sambil
belajar ke muzium atau galeri seni. Melalui kaedah lawatan, pelajar dapat
berhubung secara langsung dengan objek seni dengan menggunakan deria
visual dan deria sentuh. Kaedah lain pula melalui pendekatan lisan dimana
pelajar dibawa menghadiri ceramah mengenai karya seni oleh seniman
yang menghasilkan karya itu sendiri. Dengan kaedah lisan, pelajar boleh
bertanyakan kemusykilannya secara terus kepada seniman. Selain itu,
pelajar juga boleh mendekatkan diri dengan objek seni yang diingini
melalui kajian buku-buku seni mahupun jurnal.

Para pelajar boleh melahirkan apresiasi mahupun kritikan seninya melalui


laporan bergambar untuk hasil pembelajaran yang lebih berkesan. Ianya
boleh dilakukan secara individu mahupun berkumpulan. Pelajar juga perlu
digalakkan untuk berbahas atau berkongsi ekspresi seni mereka bersama
rakan sekelas dan guru seni.

x
x
x
x
x
x

Konsep
Lawatan
Bertulis
Bergambar
Perbincangan ilmiah
Bahasa visual dan tampak

x
x

Kejujuran
Daya intelektual

88

TOPIK 6 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 2

RUJUKAN
x

Mohd Johari Ab.Hamid (2004). Falsafah dan Kritikan Seni.Universiti


Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur

Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003).


Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000).. Sukatan Pelajaran


Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Kathleen Chae (2008).. Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

http://www.geocities.com/Heartland/Grove/1156/pappeng.html

Anda mungkin juga menyukai