Underwater World
Underwater World
ibu bapa dan anak-anak khususnya, dalam menjana kecemerlangan masa depan
anak-anak.
2. Bacaan Doa
Bagi memberkatikan lagi majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput saudara Muhammad Rafie bin Mahmud Husni untuk mengetuai
bacaan doa.Dipersilakan
-
BACAAN DOA-
BACAAN AL-QURAN-
UCAPAN
Seterusnya dipersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Hashim bin Deraman untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis Konvokesyen Prasekolah
Tunas Durrani sesi 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan..
-
UCAPAN PERASMIAN
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj.Hashim bin Deraman.
Dengan ucapan perasmian itu tadi, maka rasmilah sudah Majlis Konvokesyen
Prasekolah Tunas Durrani Sesi 2013.
8. Tayangan Video.
Hadirin yang dirahmati, sementara menunggu persiapan murid-murid untuk
persembahan seterusnya, mari kita bersama-sama menonton tayangan video Imbasan
Aktiviti dan Warna Warni Kanak-Kanak Prasekolah Tunas Durrani yang telah
disediakan, Ayuh kita saksikan.
PENYAMPAIAN SIJIL
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Hashim bin
Deraman atas penyampaian sijil itu tadi.
11. Penyampaian Cenderahati
Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda
kenang-kenangan. Dijemput Pn. Hanisah bt Zakaria, Ketua Jabatan Ilmu
Pendidikan untuk menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Hashim bin
Deraman, Pengarah IPG Kampus Kota Bharu. Dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian cenderahati itu tadi dan
dijemput untuk mengambil tempat semula.
12. Tautan kasih
Warga dewan yang dimuliakan,
Majlis diteruskan lagi dengan tautan kasih antara ibu bapa dan murid-murid.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, objektif pengisian ini dilaksanakan adalah
untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan ibu bapa kepada murid-murid
prasekolah terhadap pencapaian mereka di Prasekolah Tunas Durrani. Oleh yang
demikian, samada ibu atau bapa kanak-kanak diminta hadir ke pentas untuk
menyampaikan penghargaan kepada murid-murid prasekolah.
Anak ikan di dalam balang,
Tidak banyak berenang sendiri;
Sakit melahirkan bukan kepalang,
Melihat anak wajah berseri.
Selamat menjamu selera. Semoga hadirin berpuas hati dengan jamuan yang
disediakan.