Anda di halaman 1dari 1

NASI LEMAK KAMPUNG

3 cawan beras basmathi ~ cuci bersih dan rendam sekejap ~


kemudian toskan airnya
2 cawan santan ~ dari 1 biji kelapa
3 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
2 helai daun pandan ~ disiat 2 dan disimpul
1 batang serai ~ dititik
2 sudu teh halba
1 sudu teh garam
2 inc halia ~ dihiris kasar atau dititik
3 ulas bawang merah ~ dihiris

Mula-mula kita pijarkan minyak dalam periuk


Tumiskanlan bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga
wangi
Masukkan air dan santan
Masak hingga mendidih
Tambahkan garam dan kacau rata.
Dalam periuk nasi kita tuangkan beras yang telah kita toskan
airnya tadi
Kemudian kita tuangkan pula santan yang telah kita masak diatas
tadi
Tanaklah nasi seperti biasa.
Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopsyik
supaya beras tak patah
Nasi lemak sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur rebus
atau telur dadar, timun, kacang goreng