Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL (2)

JALAN SENTUL 51000 SENTUL


WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA MEMOHON


SUMBANGAN PIBG BAGI
PAKAIAN DAN AKSESORI
PASUKAN KOMPANG FORMASI

1.

PENDAHULUAN

Pasukan Kompang Sekolah Kebangsaan Sentul 2 ini telah ditubuhkan beberapa tahun
yang lalu. Ianya ditubuhkan sebagai pasukan pengiring tetamu di sekolah. Selain itu juga,
pasukan sekolah turut menyertai pertandingan-pertandingan seperti Pertandingan
Kompang Selawat dan Pertandingan Kompang Formasi yang dianjurkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2014, Pasukan Kompang Formasi
Sekolah Kebangsaan Sentul 2 telah menunjukkan kebolehan dengan memenangi tempat
kedua bagi Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Pasukan sekolah telah terbukti memberikan saingan yang sengit kepada
pasukan-pasukan yang lebih lama bertapak dalam pertandingan ini.
Hasil rumusan dan post-mortem, pihak sekolah mendapati bahawa kompang pasukan
sekolah telah uzur dan rosak kerana jangka hayat yang terlalu lama. Malah, pasukan
kompang tiada kostum yang lengkap bagi pertandingan yang disertai. Kostum hanya
menggunakan pakaian sedia ada sekolah sahaja.
2.

OBJEKTIF
2.1 Menyemai sikap cintakan kesenian dan kebudayaan tradisi rakyat Malaysia.
2.2 Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain kompang dengan betul dan lebih
sistematik melalui alat yang mencukupi.
2.3 Menjana murid supaya mempunyai sikap daya saing dan daya juang yang sihat.
2.4 Dapat mewujudkan Sekolah Berwatak melalui Pasukan Kompang Formasi .
2.5 Menyediakan pasukan kompang yang lebih berdaya saing.
2.6 Menjayakan program sekolah dengan ketrampilan yang menarik.

3.

RASIONAL
3.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid murid yang meminati bidang muzik
terutama dalam paluan kompang .
3.2 Melalui aktiviti pasukan kompang sekolah, pastinya dapat mendisiplinkan pelajar
di samping memberikan galakan motivasi kepada murid untuk meningkatkan
pencapaian dalam bidang akademik .
3.3 Memberikan keyakinan kendiri kepada murid-murid melalui aktiviti membuat
persembahan, iringan dan pertandingan.

4.

AKTIVITI -AKTIVITI
4.1 Sepanjang tahun
4.1.1 Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Sentul 2
4.1.2 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
4.1.3 Hari Kokurikulum
4.1.4 Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Sentul 2
4.1.5 Persembahan semasa Sambutan Hari Kanak-Kanak Sekolah Kebangsaan
Sentul 2

5.

ANGGARAN PERUNTUKAN
BIL

ITEM

HARGA
SEUNIT

KUANTITI

JUMLAH

KOMPANG

RM 75.00

20 BUAH

RM1500.00

JIDOR

RM650.00

1 BUAH

RM700.00

PAKAIAN ( BAJU MELAYU )

RM 40.00

20 PASANG

RM800.00

AKSESORI
(SAMPING,TANJAK,BENGKUNG)

RM 40.00

20 SET

RM800.00

JUMLAH

RM3800.00

6. JAWATANKUASA INDUK

Penasihat

: Puan Siti Awa Bt. Jamil


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sentul 2

Pengerusi

: Encik Syaiful Amri B. Abdullah


Penolong Kanan Kokurikulum

Timbalan Pengerusi

: Encik Azman B. Mohd Razali


Encik Zainin Bin Johari

Setiausaha
Bendahari

: Cik Intan Solehah Bt. Nasarruddin


: Cik Nur Dini Bt. Rahim

Ahli Jawatankuasa

: Guru-guru Panitia Muzik Sekolah Kebangsaan Sentul 2

7. JAWATANKUASA PERLAKSANAAN
7.1 Penyelaras Pasukan Kompang Formasi Sekolah Kebangsaan Sentul 2
Ketua Jurulatih/Penyeliaan

: Encik Firdaus B. Md. Fadzil

Pengurus

: Encik Mohd Rizal B. Hamsin


Pn. Meriam Bt. Hassan

Dislipin dan Keselamatan


8.0

Pn. Noor Erna Yuliaty Bt. Ibrahim


: Semua AJK

PENUTUP

Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.Sesungguhnya
bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan akan membantu Pasukan Kompang Formasi Sekolah
Kebangsaan Sentul 2 memberikan hasil yang diharapkan di samping memberikan peluang
kepada murid-murid sekolah ini untuk menjayakan aktiviti yang dapat membina keperibadian
pelajar bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan kami juga,dengan adanya
bantuan ini,Pasukan Kompang Formasi Sekolah Kebangsaan Sentul 2 akan muncul sebagai
sebuah pasukan yang dikagumi dan dapat mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Sentul 2
hingga ke peringkat kebangsaan .

Disediakan oleh :
_______________________________________
(FIRDAUS BIN MD. FADZIL)
Ketua Jurulatih
Pasukan Kompang
Sekolah Kebangsaan Sentul 2

Disemak oleh :
____________________________________

Disahkan oleh :
_____________________________________

Anda mungkin juga menyukai