Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Kekuatan:
Guru berjaya mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan melaksanakan
set induksi dengan aktiiviti permainan bahasa.Sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan. Antara kelebihan tersebut
ialah suara guru yang kuat dapat didengari dengan jelas oleh semua murid. Selain
daripada itu, guru peka dengan murid yang tidak mengambil perhatian iaitu dengan
meminta murid tersebut untuk membuat rumusan.
Dalam pada itu, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan
membetulkan murid yang telah menggunakan bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan
murid dapat belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disipin murid terkawal serta murid
dapat belajar dengan tenang. Murid juga dapat memberi respon ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
Kelemahan
Kelemahan pertama yang telah dikesan ialah pada peringkat perancangan iaitu
sepatutnya guru jika objektif guru adalah membaca kuat dengan kelancaran sebutan,
intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan masa pada
langkah ini. Begitu juga dengan objektif murid dapat menjawab soalan pemahaman
secara lisan dan memahaminya. Ini bermakna, hasil pembelajaran kurang eksplisit, atau
lebih tepat kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid.
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak
kelemahan yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan
lebih lanjut tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat
memahami dengan lebih jelas.Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid
menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul iaitu tidak menggunakan
keseluruhan perkataan dengan huruf besar.

Sepatutnya boleh meminta murid menulis ayat dengan menggunakan tempat-tempat yang
ditulis tadi. Guru juga tidak membuat aktiviti menulis jawapan daripada soalan
pemahaman. Jika mengikut perancangan, murid perlu menulis jawapan daripada soalan di
papan hitam. Oleh itu, objektif bagi aktiviti ini tidak tercapai kerana murid hanya
menjawab secara lisan bukan dengan menulis.
Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat seorang murid dari kelas
lain yang datang ke kelas ini kerana mempunyai urusan dengan salah seorang dengan
murid di kelas ini. Namun, sepatutnya guru hendaklah menyelesaikan setiap perkara yang
berlaku disekeliling walaupun ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut sedang
rancak dijalankan.
Guru boleh meminta murid untuk menulis kata abjektif di dalam buku atau di papan
hitam agar murid dapat memahami dengan dengan jelas tatabahasa yang telah
diajar.Arahan daripada guru adalah tempat-tempat yang menarik di Malaysia, namun
pada aktiviti tersebut, terdapat juga murid yang telah menulis luar daripada Malaysia iaitu
Singapura. Guru perlu terus menegur supaya arahan atau kehendak diikuti dan tidak
terkeluar daripada tajuk dan arahan sebenar. Namun begitu, guru tidak menanggalkan
hasil murid (kertas manila) menyebabkan guru tiada ruang untuk menulis di papan hitam.
Langkah mengatasi
Dalam perancangan lagi, sepatutnya guru lebih menekankan aktiviti yang menguji
kemahiran murid. Seharusnya guru menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti yang
bersesuaian agar tahap murid diuji.
Guru sepatutnya meminta murid untuk membina ayat menggunakan perkataan tempattempat yang menarik dalam kumpulan daripada hanya meminta murid menyenaraikan
tempat-tempat yang menarik kerana aktiviti ini adalah aras rendah tidak sesuai dengan
tahap murid tersebut.Selain daripada itu, guru boleh juga meminta murid untuk menulis
di papan hitam ayat yang mengandungi kata adjektif agar menerangan tentang kata
adjeltif tersebut lebih jelas.
Guru juga hendaklah menyediakan plan A dan plan B bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Guru hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti yang
tepat dan mengambil kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-

unsur ICT dan KMD. Pemilihan sumber-sumber yang baik dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Guru seharusnya sentiasa menggunakan kemahiran berfikir dengan jelas dan tepat. Di
samping merancang dan melaksanakan dengan lebih jelas. Boleh juga, guru
menggunakan alat rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.Guru boleh
melakukan aktiviti menyoal dan menjawab soalan pemahaman secara berpasangan agar
semua murid mendapat kemahiran tersebut.

Anda mungkin juga menyukai