Anda di halaman 1dari 2

Disediakan oleh: Cik Aizatul Nurulain Binti Mohd Halil

1.6 KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA


Keusahawanan: Suatu proses menggabungkan sumber pengeluaran seperti tanah,
bahan mentah, sumber manusia, modal, teknologi dan maklumat oleh usahawan untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak
manusia. Ianya juga suatu tindakan kreatif manusia mencipta sesuatu yang bernilai
dengan mengambil risiko yang telah diambilkira untuk mendapat pulangan.
Kerjaya: Melakukan sesuatu pekerjaan dan mendapat kepuasan.
USAHAWAN

MAKAN GAJI

-Bekerja sendiri (individu


yang mengusahakan
sesebuah perniagaan)

-Bekerja dengan orang


lain untuk mendapatkan
upah atau gaji

VS

Kelebihan
keusahawanan sebagai
kerjaya

Peluang yang
tiada batasan
-Kerjaya dalam
bidang
keusahawanan
tidak menghadkan
bilangan individu
yang mempunyai
kecenderungan
untuk menceburi
bidang berkenaan

Pemilikan
perniagaan atau
organisasi

Punca pendapatan
-Usahawan yang
memiliki perniagaan
sendiri boleh
maksimumkan
keuntungan

Membaiki status
diri & masyarakat

-Kedudukan
-Individu yang
kewangan
mempunyai
usahawan
perniagaan sendiri
meningkatkan
mengawal
status &
sepenuhnya hala
reputasinya.
Peluang mewaris
tuju perniagaan
Kegiatan
perniagaan
(bebas & fleksibiliti
keusahawanan
melakukan
dapat memberi
-Suatu kerjaya yang
pekerjaan,
peluang
boleh diwarisi.
bertanggungjawab
pendapatan kepada
Pengurusan
KELEBIHAN
& KELEMAHAN
MENJADI
USAHAWAN DAN MAKAN
GAJI dan
sepenuhnya
dll)
individu
diteruskan pewaris
masyarakat
jika usahawan
meninggal dunia

Disediakan oleh: Cik Aizatul Nurulain Binti Mohd Halil

KELEBIHAN USAHAWAN

KELEMAHAN USAHAWAN

-Peluang yang tiada batasan menjadi


usahawan. Sesiapa sahaja yang yakin,
berminat dan kuat berusaha boleh menjadikan
keusahawanan sebagai kerjaya

-Bidang yang mencabar kerana ianya seperti


memulakan hidup baru (perlu banyak
pengetahuan dan kemahiran yang perlu
dipelajari)

-Dapat mengawal sepenuhnya hala tuju


perniagaan

-Berisiko. Usahawan perlu bersedia


menghadapi dua kemungkinan (berjaya atau
gagal)

-Bebas dan fleksibiliti melakukan pekerjaan


-Peluang mewariskan perniagaan selepas
meninggal dunia
-Dapat memperbaiki status diri & masyarakat

KELEBIHAN MAKAN GAJI


-Mendapat gaji yang tetap setiap bulan
-Pelbagai kemudahan seperti cuti bergaji, skim
pelindungan, kesihatan, KWSP dll
-Jaminan pekerjaan dan berpeluang untuk
naik pangkat
-Risiko yang terhad kerana bukan mereka
yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada
perniagaan

KELEMAHAN MAKAN GAJI


-Peluang terhad berdasarkan bilangan jawatan
yang diwujudkan dan perlu diisi
-Pendapatan tetap dan terhad
-Jadual kerja yang ketat dan membosankan
-Terpaksa melakukan kerja yang sama setiap
hari, bulan atau tahun
-Ada pengawasan dari majikan
-Kebebasan yang terbatas

Contoh soalan:
Encik Hashim bekas pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan telah meletakkan jawatan sejak
2 tahun yang lalu. Beliau sanggup berbuat demikian kerana berminat untuk mengusahakan
perniagaan daging lembu milik keluarganya. Terangkan tiga kelebihan kerjaya baru Encik
Hashim.
(6 markah) Soalan Pengajian Keusahawanan Kertas 2 SPM 2008

Anda mungkin juga menyukai