Anda di halaman 1dari 8

IBADAH PUASA YANG DITERIMA OLEH ALLAH SWT

26 JUNE 2015 M / 9 RAMADAN 1436 H


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Marilah kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
dengan bersungguh-sungguh mengamalkan segala perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita berjaya mendidik diri kita ,
ahli keluarga dan masyarakat dalam menangani pelbagai cabaran
kehidupan. Khutbah pada hari ini bertajuk :
IBADAH PUASA YANG DITERIMA OLEH ALLAH SWT

Muslimin yang dikasihi Allah SWT sekalian ,


Setiap orang daripada kita tentu tidak mahu sekiranya ibadah puasa wajib yang
dilaksanakan dibulan Ramadan ini menjadi sia-sia dan tidak diterima oleh Allah
SWT. Sedangkan kita telah berusaha bersungguh-sungguh dan menghabiskan
segenap kemampuan kita untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan sebaikbaiknya. Tidakkah kita bimbang menjadi orang yang tidak diterima ibadah
puasanya disisi Allah SWT, lalu menjadilah kita orang-orang yang rugi di akhirat
kelak? Allah SWT berfirman dalam Surah al-Kahfi ayat 103-104:

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan


kepada kamu akan orang-orang Yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang Yang telah sia-sia amal usahanya Dalam kehidupan
dunia ini, sedang mereka menyangka Bahawa mereka sentiasa betul dan baik
pada apa sahaja Yang mereka lakukan".
Al-Imam Ibnu Kasir rahimahullah telah menjelaskan berkenaan
dengan ayat ini didalam kitab tafsirnya, Ertinya: Ayat ini ber
umum, menrangkumi setiap orang yang beribadah kepada Allah
tetapi tidak menggunakan cara yang diredhai-Nya. Mereka

beranggapan apa yang dilakukannya telah benar dan amal


perbuatannya akan diterima, tetapi rupanya sangkaan mereka
meleset dan amalnya pun ditolak( tidak diterima Allah SWT ).
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Rasulullah SAW pernah mengingatkan umat Islam dalam sebuah
hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah,















. "


Ertinya:Terdapat ramai orang berpuasa tetapi tidak memperoleh
apa-apa pahala kecuali lapar semata-mata. Terdapat ramai orang
bersolat malam tetapi tidak memperoleh apa-apa melainkan
keletihan berjaga malam semata-mata.
Hadis tersebut menyatakan bahawa terdapat juga dikalangan umat
Islam beribadat pada bulan Ramadan, tetapi tidak berjaya memperolehi
apa-apa pahala disisi Allah SWT dan gagal menjana ketakwaan dan
keimanan seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Hakikat ini
berlaku adalah kerana kita berpuasa, bersolat dan mengamalkan ibadat
yang lain tetapi tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Hal ini juga berlaku kerana ibadah-ibadah tersebut dilakukan tanpa
ilmu yang benar serta dilaksanakan sekadar ikut-ikutan atau bertaklik
buta. Sebenarnya

kita wajib melaksanakan ibadah tersebut dengan penuh keikhlasan dan


mengikut panduan yang ditetapkan dari Sunnah Nabi SAW.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Allah SWT telah mengurniakan pelbagai bentuk nikmat dan anugerah
yang tidak terhingga banyaknya kepada kita. Antara anugerah yang
paling berharga ialah bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang ini.
Ibadah puasa yang dilaksanakan dengan sempurna dan menepati sunnah
Rasulullah SAW mampu mengembalikan manusia kepada fitrah
kejadiannya. Sebenarnya Allah SWT turut mewajibkan umat Islam yang
terdahulu untuk berpuasa. Puasa boleh mendidik dan membentuk
seseorang menjadi mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT. Selain itu,
puasa juga mendidik seseorang menahan diri daripada makan, minum
dan bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan. Malah seluruh anggota
seperti telinga, mulut, mata, kaki, tangan dan jantung hati juga
diwajibkan berpuasa. Seorang yang berpuasa tidak akan sempurna ibadah
puasanya selagi dia tidak menahan diri daripada melakukan segala
tegahan Allah. Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah
RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu


melakukan perkara yang tidak baik, dan yang kurang elok daripada
perkataan mahu pun perbuatan. Apabila seseorang mencerca atau
hendak bergaduh dengan kamu, maka dia hendaklah mengatakan:
Sesungguasa! Sesungguhnya aku berpuasa!.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,


Kehidupan kita di dunia ini tidak bererti sekiranya kita tidak mendapat
keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT. Begitu juga jika segala
kesalahan, keterlanjuran dan dosa-dosa yang kita lakukan tidak mendapat
keampunan daripada Allah SWT. Maka bersempena bulan Ramadan yang
penuh dengan keampunan dan rahmat Allah, kita dituntut
mempertingkatkan amalan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Marilah kita bermujahadah melawan hawa nafsu dengan mengisi ruangruang yang ada seperti bersolat terawih, membaca dan bertadarus AlQuran, bersedekah, beriktikaf, berzikir dan sebagainya. Antara syaratsyarat yang perlu kita fahami dan amalkan, supaya ibadah puasa kita
diterima dan diredhai Allah SWT ialah :
SYARAT YANG PERTAMA: Niat ikhlas kerana Allah SWT ketika
melaksanakan ibadah puasa dan tidak syirik kepada Allah SWT. Setiap
amal ibadah, termasuklah ibadah puasa yang hendak dilaksanakan
mestilah di atas landasan aqidah Islam yang suci
5

murni dan bebas dari segala bentuk kesyirikan serta ikhlas sematamata kerana Allah SWT. Sepertimana Allah SWT berfirman dalam
surah Al-Baiyyinah Ayat 5: Maksudnya: Pada hal mereka tidak
diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan
mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid.
SYARAT YANG KEDUA: Mengikuti petunjuk Al-Quran dan AsSunnah Nabi SAW ketika melaksanakan ibadah puasa yang wajib ini.
Tidaklah diterima ibadah puasa seseorang jika tidak dilaksanakan
menurut dalil dari al-Quran-Sunnahdan.Allahas
SWT berfirman dalam Surah Ali I
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi
Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kefahaman mengenai ayat ini telah dijelaskan oleh Al-Imam Ibnu
Kasir rahimahullah dalam kitab tafsirnya: Iaitu: Ayat yang mu ini
menghukumi setiap mereka yang mengaku mencintai Allah
tetapi mereka tidak mengikuti petunjuk Muhammad SAW. Maka
jelaslah pengakuannya itu hanya suatu pendustaan sehingga
mereka mengikuti syariatbawi diMuhamm dalam setiap ucapan
dan perbuatannya. Ini adalah sebagaimana
yang terdapat dalam kitab Sahih Muslim, daripada Rasulullah

SAW (beliau bersabda): Ertinya: Sesiapa yang me suatu amal


(Ibadah) yang tidak ada perintahnya daripada kami
(yaitu dari Allah SWT), maka amalan tersebut tertolak (tidak
diterima oleh Allah SWT).

Allah SWT berfirman dalam surah Taahaa Ayat 123 :

Maksudnya: Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk


dariKu, maka sesiapa Yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia
tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab
sengsara.

Anda mungkin juga menyukai