Sahsiah Guru

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 8

1.

PENDAHULUAN
Peristiwa keganasan remaja yang membakar kelas dan rumah guru, bilik makmal
sekolah, memukul guru serta melakukan vandalisme sering dikaitkan dengan
keupayaan guru mendidik para pelajar. Lebih jauh kemelut sosial, politik dan
ekonomi yang dihadapi oleh negara sekarang ini juga dikaitkan dengan kelemahan
sistem pendidikan dan pencapaian guru. Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian
segenap kelompok masyarakat kerana peranan mereka dalam masyarakat.
Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu
penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik
cemar dalam keperibadian guru berkenaan
2.BENTUK-BENTUK KESALAHAN SAHSIAH GURU
Dalam dunia pendidikan masa kini, selalu kita dengar tentang masalah pelajar
disekolah. Tidak kurang hebatnya juga apabila guru pun terlibat sama melakukan
kesalahan di sekolah. Pernah mantan timbalan menteri Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu Datuk Noh Omar mengeluarkan kenyataan bilangan penglibatan
masalah salah laku guru. Antara kesalahan ialah tidak hadir bertugas (37 peratus),
cabul dan gangguan seksual (17 peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan
Pencegah Rasuah (15 peratus), pelanggaran tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah
dan ingkar perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah (9.5 peratus), kecurian
(enam peratus), jenayah syariah (tujuh peratus) dan keterhutangan serius (satu
peratus).Beliau berkata, daripada jumlah itu, 22 guru dibuang kerja, senamuak (22
kes), turun gaji dan lucut hak emolumen (masing-masing 17 kes), diberi amaran (10
kes), selesai secara pentadbiran (lima kes), dibebaskan (empat kes), turun pangkat
(dua kes) dan tangguh gaji (satu kes).
Mari kita mendalami dan mengikuti kes-kes salah laku guru ini yang mana tidak
kurang hebatnya berlaku samada kita ketahui, sedar ataupun tidak. Antaranya;
2.1

PONTENG KELAS

Ponteng kelas membawa maksud guuru tidak masuk ke kelas untuk mengajar.
Gejala ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor itu melibatkan faktor
bukan tugas dan Faktor tugas. Contoh yang saya kategorikan sebagai faktor bukan
tugas seperti malas, ingin bersarapan terlebih dahu, membaca surat khabar dibilik
guru, merokok di tandas dan sebagainya bagi mengelak untuk masuk ke kelas.Bagi

faktor tugas pula seperti ada kes kecemasan pelajar ketika guru menjadi guru
bertugas mingguan dan tindakan segera maklumat yang perlu dihantar ke PPD
mahupun JPN. Ini antara mengapa guru melakukan kesalahan ponteng kelas ini.
2.2

TIDAK MEMBUAT RANCANGAN MENGAJAR

Kelakuan guru untuk tidak membuat rancangan mengajar ataupun tidak


membuat ringkasan mengajar adalah menjadi kesalahan besar dalam dunia
pendidikan. Tindakan sesetengah guru untuk tidak membuat rancangan mengajar
harian (RPH) dengan alasan sibuk adalah tidak wajar. Rancangan mengajar harian
yang sepatutnya guru buat diumpamakan seperti LESEN BESAR. Bayangkan jika kita
memandu kenderaan tanpa lesen memandu. Jika guru didapati tidak membuat atau
menyediakan rancangan mengajar harian dan berjaya ditangkap oleh pegawai
pelajaran daerah atau pegawai pejabat pelajaran negeri atau jemaah nazir sekolah
dan dilaporkan kepihak yang bertanggungjawab maka guru boleh dikenakan
tindakan tatatertib.
Menyediakan rancangan mengajar harian dianggap remeh oleh segelintir guru
tetapi jika tidak dibuat, maka impak yang besar akan terkena kepada guru
berkenaan.
2.3

MASUK LAMBAT / KELUAR CEPAT

Tindakan guru melengahkan masa untuk masuk ke kelas dan cepat keluar dari
kelas adalah satu lagi kesalahan guru ketika berada disekolah. Perkara mungkin
berlaku disebabkan oleh sebab-sebab yang hampir sama dengan masalah guru
ponteng kelas. Ada alasan tertentu yang diberikan guru. Kebiasaannya adalah
alasan kerja lain yang memerlukan tindakan segera. Jika berlaku kerja yang
memerlukan tindakan segera, sepatutnya guru boleh memberikan latihan tambahan
kepada pelajar ketika guru tiada dikelas. Faedahnya, guru dapat menyiapkan segera
apa-apa bentuk tindakan segera yang diarahkan, murid dapat memperkukuhkan
apa yang mereka belajar.
2.4

BERNIAGA DISEKOLAH
Didalam mengejar kemewahan hidup, guru juga tidak lari dalam mengejar

MEWAH

itu.

Bermacam

macam

cara

untuk

menikmati

kesenangan

dan

kemewahan hidup. Tidak salah untuk guru mencari pendapatan sampingan tetapi
biarlah kena masa dan tempatnya. Ini kebiasaanya berlaku dikalangan guru

perempuan tetapi tidak kurangnya guru lelaki pun ada terlibat sama. Sebagai
contoh guru perempuan akan berniaga kain-kain baju, produk kesihatan, minyak
wangi, tupperware, kuih muih ( hampir musim perayaan) dan lain-lain lagi. Guru
lelaki pula suka dengan menjadi agen insuran, agen menjual kenderaan, agen
produk

kesihatan

dan

lain-lain

lagi.

Ada

juga

guru

memberikan

alasan

mempromosikan barang jualan pada masa senggang dan bukan waktu mengajar,
tetapi sebenarnya sebarang urusan perniagaan tidak boleh dilakukan pada waktu
persekolahan. Perniagaan guru hanyalah kepada pelajar.
2.5

BERPOLITIK DI SEKOLAH

Ketaksuban berpolitik turut mewarnai kesalahan guru ketika berada disekolah.


Guru tidak sepatutnya melibatkan aktiviti politik disekolah. Ada dikalangan guru
berpolitik didalam kelas dan ianya sama sekali melanggar etika perguruan. Jangan
libatkan hal politik didalam kelas. Pada pendapat saya, jika diselitkan hal politik
sedikit,

tiada

masalah

bagi

memberikan

gambaran

dalam

pemilihan

atau

pembentukan kerajaan. Yang menjadi masalah, ketaksuban menceritakan hal politik


seumpama berceramah kepada pelajar.
Tidak kurang hebatnya guru-guru mengambil cuti tidak kira cuti sakit ataupun
cuti rehat semata-mata untuk terlibat membantu calon pilihanraya. Secara terang
guru tiada disekolah tetapi berjaya ditangkap berada diluar terlibat dalam
kempen pilihanraya. Pelajar tidak mendapat ilmu pendidikan didalam kelas, guru
sibuk membantu kempen pilihanraya.
2.6

BERGADUH SESAMA GURU

Banyak artikel dan paparan dilaman sesawang menceritakan pergaduhan


sesama guru dan tidak kurang hebatnya pergaduhan guru bersama pengetua /
Guru Besar. Saya pernah terbaca petikan yang mana 2 orang guru bertengkar
didalam kelas

sambil

disaksikan

oleh

para

pelajar.

Ini

semua disebabkan

ketidaksefahaman antara kedua-dua guru tersebut. Pergaduhan dihadapan pelajar


membuatkan pelajar hilang kepercayaan terhadap guru. Malah mungkin ada pelajar
yang sedikit nakal akan membuat sebuah karangan bertajuk Pengalaman yang
tidak akan saya lupakan. Kalau itu berlaku, percayalah belum tentu 50 tahun akan
datang cerita guru bertumbuk akan pudar dalam ingatan para pelajar. Cerita itu
akan terus disampaikan kepada anak-cucu pelajar kita.

2.7

SKANDAL

Ini pun salah satu isu salah laku guru ketika berada disekolah. Tidak hanya
berlaku skandal antara guru sesama guru, malah skandal guru dengan staf
sokongan pun ada berlaku. Salah laku guru ini ialah menjalinkan hubungan mesra
dengan bukan mahram. Ada guru lelaki menjalin hubungan mesra dengan guru
perempuan, guru perempuan menjalin hubungan mesra dengan guru lelaki,
hubungan mesra guru lelaki dengan staff perempuan dan begitu juga sebaliknya. Ini
berlaku disekolah kerana ada unsur-unsur meletak kepercayaan, luahan perasaan,
rasa simpati dan kesediaan untuk membantu yang mana kedua-kedua yang terlibat
memahami situasi atau keadaan yang berlaku. Rasa menghargai akan terjelma
dalam diri jika pihak yang ada masalah berjaya dibantu oleh pasangan yang lain.
Rasa bagusnya insan membantu dan jasanya mesti dibalas, akhirnya menjalin
hubungan mesra ini berlaku.
2.8

KEKERASAN TERHADAP PELAJAR

Ini banyak berlaku terhadap guru. Murid dijadikan mangsa untuk melepas
geram. Tindakan yang dibuat oleh guru untuk memberikan didikan kepada pelajar
tetapi cara yang tidak sesuai. Tindakan guru menampar muka murid, guru
merendam pelajar disebuah asrama, guru merotan pelajar sehingga meninggalkan
kesan kepada tapak tangan pelajar dan lain-lain lagi. Ini semua sebahagian
tindakan guru yang menggunakan kekerasan untuk mendidik. Ada baiknya tindakan
seperti itu dibuat kerana tidak mahu pelajar hilang rasa hormat pada cikgu. Jika
kesalahan dibuat pelajar di benteras dengan kekerasan, tidak mustahil dendam
akan mengambil alih temapat didalam hati pelajar. Maka timbulah kes tayar guru
dipancitkan, kereta guru ditoreh atau dicalarkan, rumah guru disimbah cat dan lainlain lagi perkara boleh berlaku.
3.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KESALAHAN SAHSIAH GURU


Bermacam-macam punca berlakunya salah laku dikalangan guru. Ada yang

berpunca dari persekitaran, masalah peribadi, tekanan kerja, ataupun perselisihan


faham. Setiap salah laku guru mahupun manusia yang lain mesti ada sebabmusababnya. Ianya berbeza mengikut masalah masing-masing. Antara punca
berlakunya masalah sahsiah dikalangan guru ialah ;
3.1 MASALAH PERIBADI GURU

Setiap manusia mempunyai masalah yang tersendiri. Guru pun tidak terlepas
dari terlibat dengan masalah. Masalah yang dihadapi oleh seseorang guru terbawabawa kedalam kelas. Masalah dari guru membawa kesan kepada pelajar seperti
masalah rumahtangga, masalah kewangan, masalah kesihatan dan masalah
tanggungjawab. Guru tidak akan mengajar dengan penuh efisyen jika masalah
peribadi guru terbawa-bawa kedalam kelas. Tidak mustahil guru tidak akan fokus
untuk mengajar jika masalah yang dihadapi tidak selesai. Silap-silap murid mungkin
menjadi mangsa jika tersalah sikap.
3.2

BEBANAN TUGAS KERJA

Tugas guru pada masa kini tidak sama dengan tugas guru pada masa yang lalu.
Tugas guru pada masa kini lebih mencabar dan lebih tugas. Bergantung kepada
bilangan guru yang ada disekolah. Jika ramai bilangan guru disekolah, sedikitlah
beban tugas yang dipikul guru kerana pengagihan yang banyak. Tidak seperti
disekolah yang mempunyai bilangan guru yang sedikit. Bilangan guru yang sedikit
akan menanggung beban tugas yang banyak. Guru ini boleh dilabelkan dengan
guru serba-serbi . Tekanan eban tugas guru pada masa kini sangat mencabar.
Jika ada guru yang tidak mampu menangani beban tugas yang bertimbun, maka
tidak mustahil guru akan melepaskan tugas yang ditanggung.
3.3

PERSELISIHAN FAHAM

Lain ulu lain parang. Perselisihan faham juga berlaku diantara guru sama guru,
guru dengan pentadbir dan guru dengan staf sekolah. Berlakunya perselisihan
faham ini adalah kerana maklumat yang disampaikan tidak diterima sepenuhnya.
Apabila

perselisihan

faham

berlaku

tanpa

dibenteras

maka

tidak

mustahil

bermasam muka antara dua pihak akan berlaku. Lebih parah jika masih tidak
dibendung, pergaduhan boleh berlaku. Permuafakatan antara semua pihak perlu
diambil. Apa-apa yang tidak kena dengan guru-guru hendaklah ditangani dengan
bersua muka dan berbincang.
3.4

KEGAGALAN MENGENDALIKAN TEKANAN

Seorang guru yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan
untuk menjalani kehidupan seharian. Ini boleh menyebabkan guru ponteng untuk
masuk kedalam bilik kelas. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan
negatif kepada kehidupan guru berkenaan. Pastikan guru meluangkan masa untuk

melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan
menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang
sama ianya akan menolong guru membina pandangan positif apabila dia kembali
bertugas. Pekerjaan boleh menjadi punca tekanan mental sekiranya ia tidak
dikendalikan dengan baik. Jenis pekerjaan, beban kerja, keadaan tempat kerja yang
tidak selesa dan peranan yang tidak sesuai atau kurang penghargaan adalah antara
tekanan di tempat kerja. Hubungan dan komunikasi dengan rakan sekerja yang
tidak harmoni ditambah dengan peraturan di tempat kerja yang tidak jelas juga
merupakan punca tekanan.
3.5

TUNTUTAN MASYARAKAT

Harapan yang menggunung daripada penjaga terhadap guru-guru memberikan


kejayaan kepada mereka adalah satu harapan yang boleh menjerut leher guru. Jika
murid berjaya maka pujian kepada guru dihamburkan. Jika gagal murid guru
dipersalahkan. Kadangkala guru itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan
kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas
lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit.
Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan
dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban
tubuh dan minda kita.

4.

PENDEKATAN MEMBASMI KESALAHAN SAHSIAH GURU


Dalam mengatasi masalah sahsiah dikalangan guru, beberapa perkara perlu

diambil perhatian oleh pihak pengurusan sekolah atau pentadbir. Lebih baik
difikirkan apakah langkah yang sesuai untuk membasmi salahlaku guru sebelum
tindakan dikenakan terhadap guru yang telah membuat salah laku. Apabila salahlaku guru dikesan, salah-laku itu haruslah ditangani dengan sebaik mungkin oleh
pihak pengurusan sekolah kerana dibimbangi memberi kesan yang negatif kepada
diri guru, keluarga guru sendiri, sekolah mahupun masyarakat sekeliling. Beberapa
pendekatan boleh diambil bagi mengatasi masalah yang timbul iaitu;

4.1

TERAPI REALITI - Kaunseling

Pada pendapat saya terapi realiti ini boleh saya samakan dengan khidmat
kaunseling. Guru-guru yang mempunyai masalah dengan sahsiah mereka, hadir ke
terapi ini dalam memperbaiki tingkah laku. Dalam proses memperbaiki diri itu, guru
bermasalah itu mesti mempunyai kehendak, halatuju, penilaian dan perancangan
dan perlaksanaan.
Kebolehpercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan individu dalam terapi
realiti boleh menyumbang kepada peneguhan dan motivasi dalam diri guru,
membantu guru dalam memperbaiki tingkah laku guru seterusnya untuk mencapai
matlamat masa depan yang lebih cemerlang. Ini tidak hanya memberi kesan
kepada diri individu guru itu tetapi turut memberikan kesan positif kepada orang
lain.
4.2

PENGHAPUSAN

Pendekatan pembelajaran secara penghapusan boleh dilaksanakan kepada


masalah tingkah laku guru yang nampak seakan-akan remeh tetapi serius.
Pendekatan guru besar untuk tidak memberikan markah cemerlang (melebihi 80% )
kedalam borang APC kepada guru-guru yang tidak membuat rancangan mengajar
harian disekolah. Jika Guru Besar Dipersoalkan kenapa ini terjadi maka tindakan
Guru Besar itu disokong teguh dengan tindakan guru untuk tidak membuat
rancangan mengajar harian. Natijahnya guru pasti akan menerima akibat buruk.
Tindakan Guru Besar tidak memberikan markah APC melebihi 80% dianggap
tindakan yang wajar dan boleh dianggap tindakan penghapusan
4.3 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Latihan yang diberikan kepada guru seperti Latihan Dalam Perkhidmatan sememangnya
baik untuk guru. Perlu ketikanya guru-guru memerlukan kemahiran yang baru yang
berkepentingan dalam tugas seharian. Pihak pengurusan sekolah boleh memberikan

satu atau dua latihan kepada guru-guru agar dapat mempertingkatkan tahap
kecekapan kerja. Guru juga dapat keluar dari sesuatu yang kerap dibuat kepada
aktiviti yang sedikit memberi ruang untuk dia bernafas dan tidak hanya berada
didalam kelas semata-mata.
4.4 SURAT TUNJUK SEBAB

Tindakan guru melanggar etika keguruan boleh menyebabkan guru akan dikenakan
tindakan tatatertib. Tindakan pihak pentadbir sekolah meminta guru membuat surat
tunjuk sebab adalah untuk memberi peluang kepada pihak guru membuat
pembelaan keatas dirinya. Guru besar ataupun pengetua tidak boleh mengenakan
apa-apa hukuman kepada guru tetapi pihak yang bertanggungjawab akan
menghukum diatas apa kesalahan sahsiah guru.

4.5 TINDAKAN TATATERTIB


Kebiasaannya tindakan tatatertib berlaku apabila tidak ada sebarang perubahan
dalam tingkah laku guru ataupun salah laku guru semakin serius. Tindakan ini dalah
bertujuan untuk mengubah tingkahlaku guru supaya lebih baik. Guru sepatutnya
lebih perlu berhati-hati dengan sahsiah mereka kerana apabila guru pernah
dikenakan tindakan tatatertib akan menjejaskan perkhidmatan guru didalam
pendidikan.
4.6 MENJAGA KEHORMATAN GURU
Pihak pengurusan hendaklah peka dengan masalah guru. Sebaiknya, pihak
pengurusan memberi kebebasan kepada guru untuk merancang dan melaksanakan
aktiviti tanpa mengongkong guru dan mengarahkan guru supaya mengikut
pendapat pihak pengurusan sepenuhnya. Pihak sekolah perlulah menyokong
tindakan ( baik ) yang diambil oleh guru dan bukannya menyokong apa-apa bentuk
tohmahan yang dilemparkan kepada guru.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa sebarang bentuk kesalahan
sahsiah guru adalah melanggar etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, ia
memberikan impak kepada para pelajar secara khususnya dan memberikan
pandangan yang negatif dari mata masyarakat secara amnya.
Sebagai guru, sepatutnya memberikan sepenuh perhatian keatas kerjaya
beliau. Khidmat baktinya sememangnya ditagih oleh para pelajar dan guru perlu
memberikan impak atau kesan yang berguna untuk pelajar-pelajar. Sebagai guru,
kesedaran terhadap segala masalah sahsiah guru adalah sangat penting dan perlu
diberi perhatian.

Anda mungkin juga menyukai