Anda di halaman 1dari 10

pembuangan bayi

Pada zaman era ini, negara kita yang semakin berkembang pesat sama ada dari
segi ekonomi , politik ataupun sosial yang hendak menuju ke arah wawasan 2020. Namun
begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit
sosial yang sudah menjadi buah mulut rakyat malaysia iaitu gejala pembuangan bayi.Kes
ini boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku dan boleh kita ketahui melalui akhbar
harian,majalah,media massa dan radio. Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab
yang telah membuang bayi adalah untuk menyembunyikan perbuatan jahat mereka.
Persoalannya, apakah punca yang telah menyebabkan masalah gejala pembuangan bayi
ini semakin meningkat?
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kekurangan didikan agama merupakan punca
utama dalam masalah pembuangan bayi ini. Biasanya golongan remaja yang kurang
didikan agama merupakan golongan yang paling banyak menyumbang kepada masalah
ini. Selain itu,didikan agama dalam sahsiah remaja amat penting kerana dapat mengawal
sebarang tingkah laku mereka.Dengan adanya didikan agama, maka remaja akan
bertindak secara rasional sebelum melakukan sesuatu malah mereka akan dapat
membezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. Oleh itu, semua pihak
perlulah bersikap menjaga tepi kain orang di sekeliling dan mengambil berat tentang isu ini
supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi agama.

Pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnya masalah ini di negara
kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka yang darah setampuk
pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya yang negatif.
Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara
di luar batasan agama dan norma maysarakat, misalnya pergi ke tempat hiburan seperti
disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam
gejal-gejala negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan
buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak,
mereka terpaksa membuangkan bayi mereka .Hal yang demikian kerana mereka akan
berperasaan malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka.

Bukan sahaja ibu bapa, tanggungjawab untuk mengatasi masalah pembuangan


bayi turut melibatkan pihak kerajaan dan media massa serta masyarakat di negara ini.
Pihak berkuasa mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan
kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Sebagai
contoh, kempen Kami Prihatin. Dalam konteks ini, inisiatif yang dilaksanakan oleh
kerajaan haruslah berterusan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Di samping
itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempenkempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam
menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang
dilaksanakan. Masyarakat juga harus menyokong semua aktiviti yang telah diadakan
untuk rakyat Malaysia.
Tuntas bicara, masalah pembuangan bayi tidak seharusnya dipandang enteng.
Dalam hal ini semua pihak haruslah memberikan komitmen yang sepenuhnya. Kita tidak
seharusnya meletakkan tanggungjawab ini kepada satu pihak sahaja sebaliknya kita
hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi membenteras masalah ini
persis mutiara kata, bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Dengan adanya kerjasama
yang utuh seikat bagai serai, serumpun bagai sirih, pasti masalah ini akan dapat ditangani
dari akar umbinya sekali gus misi Wawasan Perdana 2057 mampu direalisasikan
mengikut landasan yang betul.

kempen kitar semula

Sejak kebelakangan ini kempen kitar semula begitu giat dilaksanakan oleh kerajaan.
Banyak usaha untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan kempen ini giat
dijalankan. Kitar semula ialah suatu kaedah memproses semula bahan-bahan
tertentu untuk digunakan sebagai bahan hasilan yang lain. Hal ini membayangkan
kepada kita bahawa satu anjakan paradigma perlu dilakukan demi menjayakan
hasrat murni kerajaan. Rakyat Malaysia perlu sepakat kerana muafakat itu
berkat dan pelbagai maslahat yang diperoleh daripada kempen kitar semula.
Amalan kitar semula memberi keuntungan kepada rakyat sekiranya dilakukan
secara kolektif. Bahan-bahan buangan akan dikumpulkan di pusat pengumpulan sebelum
dihantar ke kilang-kilang untuk diproses semula. Kilang-kilang akan mengeluarkan semula
bahan-bahan yang dihasilkan seperti kertas tisu, tin-tin dan sebagainya. Melalui penghasilan
bahan ini, kos pengeluaran dapat dijimatkan. Bahan-bahan itu pula akan dijual dengan harga
yang lebih rendah. Manfaatnya dapat dinikmati oleh pengguna kerana pengguna tidaklah
dibebani dengan harga yang tinggi untuk membeli barangan yang dihasilkan daripada bahan
yang dikitar semula. Dalam hal ini, kita boleh menabung hasil daripada pendapatan kita.
Walaupun jumlahnya mungkin tidak banyak, tetapi dalam jangka masa panjang boleh menjadi
banyak kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Kitar semula juga merupakan suatu cara untuk mendidik rakyat agar bijak membuang
sampah. Melalui program ini juga rakyat akan lebih prihatin dan bertanggungjawab. Hal ini
menyebabkan negara kita lebih bersih, indah dan dapat menarik pelancong-pelancong untuk
berkunjung ke negara ini. Selain itu, bahan-bahan yang dibuang di merata-rata tempat akan
mencemarkan alam sekitar. Melalui longgokan sampah dan bekas takungan seperti tin, tayar
buruk dan sebagainya akan mengundang penyakit taun, malaria dan demam denggi. Amalan
kitar semula dapat menghindarkan penyakit-penyakit tersebut kerana tempat pembuangan

sampah yang terurus berjaya mengelakkan penularan wabak ini. Hal ini juga bertepatan
dengan lidah pendeta mencegah lebih baik daripada mengubati, sekali gus menjamin
kehidupan yang selesa dan sejahtera kerana persekitaran yang bersih.
Perkara yang menarik tentang kempen kitar semula ialah usaha ini dapat memberikan
pendapatan tambahan kepada para pengguna. Mereka yang pandai merebut peluang boleh
menjadikan usaha ini sebagai kerja tambahan untuk menambah pendapatan. Bahan-bahan
buangan yang boleh dikitar semula akan dibeli oleh pusat pengumpulan bahan buangan.
Ringkasnya, kita memperoleh bahan-bahan ini secara percuma tetapi hanya memerlukan
sedikit
usaha
dan
kerajinan
seperti
kata
pepatah, usaha
itu
tangga
kejayaan. Programserampang dua mata ini jelas mendatangkan impak positif kepada rakyat
kerana bukan sahaja berupaya menambahkan pendapatan isi rumah, tetapi juga kepada
kewujudan industri
hiliran yang
berkaitan
dengan
bahan
buangan. Implikasinya, pendapatan rakyat dan negara akan meningkat.
Kesimpulannya, kempen kitar semula ialah suatu usaha yang sangat berfaedah kepada
negara dan rakyat. Banyak pihak yang mendapat manfaat daripada usaha ini. Kempen ini
seharusnya diteruskan agar lebih ramai rakyat tampil untuk menyahut seruan ini dan
mengamalkan program kitar semula. Kita sepatutnya menjadikan program ini amalan dalam
kehidupan kita kerana Islam sendiri mengingatkan kita bahawakebersihan itu sebahagian
daripada iman. Hal ini selaras dengan impian Perdana Menteri yang mahu melahirkan rakyat
yang mempunyai minda kelas pertama.

kepentingan mematuhi peraturan sekolah

Mutahir ini, masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan pelajar semakin hangat
diperkatakan dari sehari ke sehari. Secara umumnya, kita telah mengetahui kejayaan
seseorang bermula daripada sikap peribadi yang dimiliki. Justeru itu, untuk memiliki
sikap yang baik dan disiplin diri yang mantap merupakan tonggak utama kejayaan
pelajar. Perlaksanaan peraturan sekolah kepada para pelajar adalah salah satu cara
mnelahirkan pelajar yang berjaya.
Antara kepentingan peraturan di sekolah ialah mendidik pelajar supaya berdisiplin.
Mematuhi peraturan bukanlah untuk menyusahkan pelajar tetapi mendidik mereka
supaya peka dengan persekitaran. Sebagai contoh, ketika perhimpunan rasmi pelajar di
didik supaya menghormati majlis yang diadakan dengan menjaga tingkah laku supaya
sentiasa senyap dan memberi tumpuan.
Selain itu, mematuhi peraturan dapat melahirkan pelajar yang berjaya. Dalam hal
ini, bukan sahaja sekolah malah negara juga turut berbangga kerana dapat membentuk

modal insan kelas pertama yang berkualiti sekaligus dapat menjadi pemagkin negara
pada masa akan datang. Disiplin dalam diri juga merupakan persediaan pelajar sebelum
memasuki alam perkejaan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Akhir sekali, peraturan yang dilaksanakan dapat melahirkan pelajar yang
bertanggungjawab dalam nengurus masa, menghargai kemudahan pendidikan yang
disediakan serta insan disekeliling mereka. Hal ini dapat mendidik mereka supaya
bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai seorang pelajar. Sebagai contoh,
semua pelajar diminta hadir ke sekolah 5 minit awal sebelum waktu persekolahan
bermula. Ini menunjukkan bertapa pentingnya pengurusan masa.
Tuntas bicara, pelaksanaan peraturan sekolah banyak memberi kebaikan kepada
pelajar. Hal ini bukan sahaja memudahkan guru untuk mengajar tetapi memdidik pelajar
supaya memiliki matlamat yang jelas untuk berjaya dan tidak menjadi seperti kapal
patah haluanya.

isu penderaan
Masalah penderaan ke atas kanak-kanak kini dikatakan semakin serius berlaku di negara
kita.Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya gejala ini? Apakah
yang akan terjadi pada anak-anak yang terlibat dalam kes penderaan ini kelak jika gelaja ini
berterusan?Hal ini telah menimbulkan kerisauan kepada pelbagai pihak.Justeru, apakah faktorfaktor yang menyebabkan berlakunya gejala ini? Antara punca utama yang menyebabkan gejala
penderaan kanak-kanak ini adalah berpunca daripada individu yang tidak dapat mengawal emosi
mereka dengan baik. Hal ini tercetus apabila individu ini tidak dapat menyelesaikan masalah yang
mereka hadapi dengan berkesan. Dengan ini, individu tersebut akan melepaskan perasaan geram
dan kemarahan mereka dengan melakukan penderaan terhadap mereka yang lemah. Sebagai contoh,
individu ini akan memukul anak-anak mereka sehingga menimbulkan kecederaan yang serius
kepada mereka. Justeru, setiap individu perlu belajar mengawal emosi walaupun berdepan dengan
tekanan yang hebat dalam kehidupan seharian, bak kata pepatah ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Selain itu,setiap perkara yang berlaku mesti ada sebab musababnya. Begitulah juga dengan gejala
penderaan kanak-kanak yang berpunca daripada institusi kekeluargaan yang lemah. Hal ini berlaku
demikian kerana pada era globalisasi ini, ramai ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing
sehingga mengundang tekanan dalam diri mereka. Sehubungan dengan itu, ibu bapa yang
mengalami tekanan tidak akan dapat memberikan layanan serta kasih sayang yang sepatutnya

diterima oleh anak-anak mereka. Tamsilnya, ibu bapa yang mengalami stres akan melepaskan
tekanan dengan cara mendera anak-anak mereka. Rentetan hal ini, nilai kasih sayang haruslah
disemai dalam setiap institusi kekeluargaan agar keluarga menjadi lebih harmoni dan sekaligus
mencegah gejala penderaan terhadap anak-anak. Di samping itu, kes penderaan kanak-kanak-kanak
juga semakin berleluasa kerana masyarakat tidak cakna dan hanya mementingkan diri sahaja. Hal
ini berlaku demikian kerana tiada jalinan perhubungan yang kukuh antara komuniti setempat.
Dengan ini, kes penderaan terus berlaku tanpa apa-apa tindakan yang wajar untuk mencegahnya.
Sebagai contoh, ketika berlakunya sesuatu kes penderaan di rumah jiran mereka, jiran tetangga
hanya membiarkan perkara tersebut berlaku tanpa bertindak untuk mencegahnya seperti kata
pepatah,Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.Oleh itu, masyarakat perlulah
memainkan peranan yang aktif bagi menangani isu penderaan ini agar tidak berlarutan. Sebagai
kesimpulan, jelaslah bahawa penderaan kanak-kanak merupakan masalah yang serius di negara kita.
Oleh yang demikian, kerajaan perlulah mengambil tindakan yang lebih efektif bagi membanteras
gejala penderaan ini daripada terus berlaku. Sekiranya kerajaan mengambil tindakan sedemikian,
sudah pasti gejala penderaan kanak-kanak ini dapat diatasi dengan berkesan. Jelaslah, kerjasama
serta komitmen semua pihak amat penting dalam menangani isu yang serius ini dan tidak boleh
menunding jari kepada satu pihak sahaja.

wawasan 2020
Untuk merealisasikan gagasan 1 Malaysia golongan remaja perlu melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan menguasai ilmu pengetahuan baharu golongan remaja akan
mempunyai sifat berdaya saing, berfikiran kreatif dan inovatif serta dapat menyelesaikan sesuatu
perkara dengan baik selaras dengan perkembangan zaman. Penguasan ilmu pengetahuan bertujuan
untuk membolehkan remaja menjadi insan cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Selain itu, remaja juga perlu mengamalkan semangat perpaduan, bantu membantu dan perasaan
hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap-sikap ini dapat menjadikan remaja Malaysia
bersatu padu dalam mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong gagasan 1 Malaysia.
Golongan remaja juga perlu bersikap toleransi dan memahami budaya dan agama masyarakat lain
di negara ini. Sikap toleransi ini membolehkan remaja bergerak seiring dengan perkembangan
zaman untuk membangunkan negara bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Di samping itu, remaja haruslah memantapkan sahsiah diri agar menjadi insan yang berguna untuk
keluarga, masyarakat dan negara dengan mengamalkan budaya sopan santun dalam kehidupan
seharian mereka. Remaja juga perlu melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral

bagi mengelakkan remaja dari terlibat dalam gejala-gejala negatif dan masalah sosial yang boleh
memudaratkan kehidupan remaja pada masa hadapan. Remaja perlu mempunyai jati diri yang kuat
bagi menangkis segala gejala negatif di sekeliling mereka.
Seterusnya, golongan remaja perlu menghayati dan mengamalkan rukun negara. Aspek rukun
negara bukan hanya menjadi sebutan atau meniti dibibir sahaja tetapi perlu dihayati dan diamalkan
agar menjadi warganegara yang berintegriti dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Remaja
perlu berusaha dalam membentuk diri menjadi modal insan yang cemerlang agar disanjung oleh
masyarakat. Golongan remaja juga perlu berusaha mempersiapkan diri untuk memacu negara ke
arah wawasan 2020.
Akhir sekali , golongan remaja perlu memerah otak dan keringat agar dapat memberikan idea,
buah fikiran dan juga pandangan untuk menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana, 70
peratus daripada masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan remaja. Golongan ini perlu
berfikiran kreatif dan inovatif bagi menjulang nama negara dalam apa-apa bidang sekalipun dan
dapat berbakti kepada diri, keluarga, negara dan juga agama. Pepatah menyatakan "di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan".
Kesimpulannya, remaja merupakan aset negara yang paling bernilai dan menjadi tunggak utama
dalam menjayakan konsep gagasan 1 Malaysia. Tetapi dalam mencapai matlamat tersebut, semua
pihak perlu berkerjasama dalam menjayakan konsep gagasan 1 Malaysia. Usaha yang berterusan
oleh semua pihak akan menjadikan remaja hari ini sebagai pemimpin yang berkaliber pada masa
hadapan

kepentingan hubungan antarabangsa


Kuat akar kerana tunjang,kuat tunjang kerana akar. Justeru, semua negara di dunia perlulah
menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan kepentingan bersama.Negara serantau merupakan
negara-negara yang bersempadan atau berhampiran degan negara kita. Negara Malaysia telah
menjalinkan dan mengeratkan hubungannya degan negara-negara serantau untuk mengembang dan
memajukan ekonomi serta teknologi negara.Menurut Yang Berhormat Menteri Luar
Negeri,hubungan Malaysia dengan negara-negara lain telah dipereratkan berdasarkan peningkatan
kerjasama dua hala dalam semua bidang termasuklah bidang politik,perdagangan dan pelancongan.
Lenggoknya biar bergaya tetapi mengena,tarinya biar senada tetapi berbisa, dan langkahnya biar
lembut tetapi kejap.Oleh itu,negara Malaysia telah menjalankan langkah yang ampuh dengan
menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara lain kerana hal ini amatlah
menguntungkan negara Malaysia. Ironisnya, apakah kebaikannya negara Malaysia menjalinkan
hubungan yang baik dengan negara serantau?
Antara kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau termasuklah menjamin
kestabilan politik negara kita. Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang
aman dan harmoni jika politik di negara Malaysia adalah stabil. . Penubuhan negara ASEAN dapat
menjamin kedaulatan negara-negara serantau.Sebagai contoh,untuk memastikan kestabilan politik
di negara kita,negara kita telah menjadi anggota ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan.

.Tidak ada yang mustahil bagi orang yang mencuba. Justeru,negara Malaysia telah mencadangkan
supaya Menteri-menteri Luar ASEAN mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon
aman,bebas, dan berkecuali bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Malaysia dan
negara-negara serantau.Kata orang tua-tua,kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat
sagunya.Dengan itu,kestabilan politik di negara Malaysia dapat dijamin jika negara Malaysia
berusaha untuk menjalin hubungan yang erat dengan negara serantau.
Selain itu,hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan ekonomi negara.
Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran
yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk
dan khidmat.Penubuhan AFTA membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat
.Buktinya,rakyat dari negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA
ditubuhkan. Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada
manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya. Berbekalkan kata-kata tersebut,
pengeksport Malaysia perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai pasaran
dalam rantau ini. Rakyat akan memilih untuk membeli barangan yang berkualiti walaupun barang
tersebut mahal harganya kerana alah membeli menang memakai. Terbuktilah sudah bahawa
menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat memakmurkan ekonomi negara kita.
Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin jika negara kita menjalin hubungan
yang baik dengan negara serantau.Sehubungan dengan itu, negara kita tidak berperang dengan
negara lain atau melibatkan diri dalam konflik antarabangsa dan serantau. Hal ini secara tidak
langsung telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di Asia Tenggara. Penubuhan NAM telah
berjaya mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal sebuah negara dan
menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan persefahaman. Biar kita ambil
contoh,negara Malaysia mempunyai hubungan ketenteraan yang kekal dan baik dengan negara
serantau seperti negara Thailand dan Indonesia.Hal ini dapat mengekalkan keamanan di negara
Malaysia dan bukannya habis umpan kerong-kerong tidak dapat. Jangan biarkan perahu hanyut
tidak berpenghuni nati hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.Lantaran itu, negara Malaysia yang
ingin mengekalkan keamanan dan keharmonian negara sendiri dannegara serantau haruslah
menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.
Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah memudahkan bantuan .
Oleh hal yang demikian, negara- negara di dunia hanya akan menghulurkan bantuan kepada negaranegara yang menjalin hubungan yang baik dengan mereka .Hidup seperti pohon kayu yang lebat
buahnya,tumbuh di tepi jalan,dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.Dengan
itu,sesebuah negara harus memberi bantuan apabila negara lain memerlukan bantuan dari kuasa
luar.Beberapa bulan yang lalu, negara Malaysia telah membantu negara serantau yang ditimpa
bencana,misalnya rakyat Malaysia mendermakan wang dan sebahagian daripada mereka telah
menjadi sukarelawan di negara Indonesia apabila berlakunya gempa bumi di negara Indonesia.
Negara serantau akan memberi bantuan dengan segera apabila negara kita memerlukan bantuan
kerana hubungan yang erat telah dijalinkan antara satu sama lain; bak kata pepatah perahu sudah di
air, pendayung sudah di tangan.Jelaslah bahawa hubungan baik dengan negara serantau amat
penting kepada negara kita.
Kebaikan yang ditelusuri seterusnya termasuklah menjalin hubungan baik dengan negara
serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Demi menjadikan Universiti Malaya
sebuah universiti yang tersohor,kerjasama akademik telah dijalinkan antara Universiti Malaya
dengan universiti universiti yang lain. Sesungguhnya pendidikan merupakan wahana aspirasi
nasional dan tunggak utama serta usaha terpenting untuk menampilkan modal insan cemerlang.

Justeru,sistem pendidikan perlu ditingkatkan supaya negara dapat mencapai kemajuan dalam
semua aspek.Universiti tempatan harus bekerjasama dengan universiti di negara serantau agar
taraf pendidikan rakyat dapat ditingkatkan kerana bersekutu bertambah mutu. Hal ini terbukti
apabila akademik secara kajian terperinci ,penyelidikan,penerbitan dan sebagainya dijalankan
dalam kerjasama Universiti Malaya ,Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, serta
Universitas Gadjah Muda .Sesungguhnya,menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat
meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.
Walhasil,negara kita harus menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau kerana hal
tersebut amat menguntungkan negara kita. Justeru,semua batu penghalang perlulah dihapuskan
agar hubungan baik dengan negara serantau dapat dijalinkan.Kalau bukan sekarang,bila lagi?

sambutan hari kemerdekaan


TanahairkitamerupakansalahsebuahnegarayangkianpesatmembangundirantauAsia.
Pembangunandariaspekekonomi,politikdansosialtelahmulabercambahsejaksebelummencapai
kemerdekaanlagi.Segalagalanyabermuladaripadapengorbananparapejuangnegarayang
sanggupbermatimatiandemimencapaikemerdekaanuntuknusatercinta.Pengorbananmereka
mestilahdikenangdandihargaiolehgenerasimasaini.Sabantahun,pihakkerajaanmengeluarkan
sejumlahbesarwangsebagaipersiapanmenyambutharikemerdekaan.Persoalannya,apakah
kepentinganmenyambutharikemerdekaandinegarakita?
Salahsatukepentinganmenyambutharikemerdekaandinegarakitaialah kitadapatmengenang
jasatokohyangtelahberkorbandemimencapaikemerdekaanuntuktanahair.Antaratokohyang
begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan
sebagainya.Merekarelaberputihtulangdaripadaberputihmatamelihattanahairtempattumpah
darahmerekadijajaholehkuasaasingseperttiBritishdanJepun.Merekajugasanggupmenggadai
nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan. Jelaslah di sini bahawa kepentingan
menyambutharikemerdekaandinegarakitaadalahuntukmengenangjasatokoh.

Selainitu, menyambuthari kemerdekaan adalah penting agarkita dapat mengukuhkan jati diri
rakyatMalaysia.Sejakakhirakhirini,generasimudamasaini,terutamanyaremajasemakinhilang
jatidiri.MerekalebihgemarmengagungagungkanbudayaBaratyangamatbertentangansekali
dengannormamasyarakatTimur.Lebihmenyedihkan,adaantarakitayangsanggupmemburukkan
namaMalaysiadimatadunia.Jikadiimbaskembalisejarahyanglepas,rakyatIndonesiatelah
memburukkannamaMalaysiadinegaraAsiadannegaraDuniaKetigalantarantidakberpuashati
apabilaSabahdanSarawakmenyertaiPersekutuanMalaysiapadatahun1965.Kini,rakyatnegara
kitapulamencemarkannamanegaradipersadadunia.Kemanakahhilangnyajatidirisebagai
rakyatMalaysia?Tepukdadatanyaselera.Sudahteranglagibersuluh,bahawamenyambuthari
kemerdekaanmerupakansalahsatumediumuntukmengukuhkanjatidiri.
Seterusnyamelaluisambutanharikemerdekaan,kitadapatmengekalkanperpaduanantarakaumdi
negarakita.UmummengetahuibahawaMelayu,CinadanIndiamerupakankaummajoritidinegara
kitaselainkaumDusun,Kadazan,Bidayuh,Melanauyangmenjadikaumminoriti.Negarayang
harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu,
bekerjasamadanbertoleransi.Melaluisambutanharikemerdekaan,semuakaumdapatberkumpul
bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini. Masyarakat berbilang kaum yang
salingmenyayangi,salingmenghormatidansalingbekerjasamamerupakanpemandanganpaling
indahuntukdipertontonkankepadamasyarakatdiluarnegara.Jelaslahdisinibahawasambutan
harikemerdekaandapatmengekalkanperpaduanantarakaum.
Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan turut meningkat.
NegaranegaraasingakanmengenaliMalaysiasebagaisebuahnegarayangaman,harmonidan
sejahtera,Secaratidaklangsung,lebihramaipelancongasinginginberkunjungkenegarakitaserta
lebihramaipelaburasinginginmelaburdinegarakita.Halinidapatmembantumeningkatkan
sumberpendapatannegarasekaligusmenjanaekonominegara.
Konklusinya,sebagairakyatMalaysiayangamatsayangakannegara,kitperlulahbersungguh
sungguh meraikan hari kemerdekaan di negara. Jadikanlah perang saudara, pergolakan, dan
peperanganyangberlakudisesetengahnegarasebagaipengajaran.Tokohsejarahterkenal,George
Santayanapernahberkata,sesiapayangmelupaisejarahpastiakanmengulanginyasemula,Oleh
itu,kitasebagairakyatMalaysiaperlulahmenghargainikmatkemerdekaanyangkitakecapiini.

Anda mungkin juga menyukai