Anda di halaman 1dari 16

PENDEMOKRASIAN

PENDIDIKAN DI
MALAYSIA

Disediakan oleh:

PENGENALAN
Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting
untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang
menganggotainya.
Melalui
pendidikan,
kita
boleh
mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta
memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke
generasi.
Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh menambah
kemahiran serta kebolehan insan, memperbaiki kedudukan
sosio-ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal
serta
kritis,
dan
mempertingkatkan
nilai
akhlak.
Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang
boleh
menjamin
masa
depan
rakyat
dan
juga
kecemerlangan negara.

Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi


umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu,
penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan dan
sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia, remaja
dan kanak-kanak, dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga
membuat kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga
akhir tahun 1980-an bermotif tiga perkara utama. Pertamanya
pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Keduanya
pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiganya pendidikan
adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.
Negara sudah merdeka selama 44 tahun. Negara telah mengalami
banyak perubahan dalam sistem pendidikan. Bermula dari Penyata
Pelajaran Razak (1956), ordinan pelajaran 1957, Laporan Abdul
Rahman Talib (1960), akta Pelajaran (1961) dan laporan Kabinet
(1979). Hasilnya berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan
negara. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan
berjalan secara terancang dan teratur. Banyak kemudahan
kemudahan pendidikan telah dibangunkan dan pendemokrasian
pendidikan telah menjadi satu dari dasar sistem pendidikan di
Malaysia.

DEFINISI
Kamus Dewan :
Pendemokrasian = peluang, tindakan atau proses
Pendidikan = mendidik dengan ilmu pengetahuan.
Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluangpeluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan
pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas
beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke
atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara
bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau
setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar

Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia


ialah memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk
mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum dan
juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah
satu strategi untuk mencapai misi pendidikan negara, telah
mendedahkan masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas
bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat.
Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku
semasa zaman penjajahan. Anggota-anggota masyarakat
tidak mempunyai peluang yang sama apabila sekolahsekolah
dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum dan
lokaliti.
Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga
menyulitkan lagi penduduk miskin.
Oleh itu orang-orang
miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika
itu telah dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA

Pendidikan Rendah
Ordinan Pelajaran 1957 misalnya, telah mencadangkan agar semua kanakkanak menerima pelajaran dalam tempoh sekurang-kurangnya enam
tahun. Sungguhpun begitu ianya tidak memberikan implikasi yang besar
kerana pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran bagi mereka untuk
mendapatkan pendidikan.
Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman Talib semakin
merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Pendidikan percuma telah
diberikan kepada semua kanak-kanak mulai tahun 1962. Ini diikuti dengan
had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan syarat lulus
peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah. Baru-baru ini satu
peraturan baru terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 yang
memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah
sebagai pendidikan wajib.
Setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini wajib
memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari
pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah. Mereka
yang melanggar peruntukan tersebut boleh didenda RM5000. Semuanya ini
adalah sebagai langkah memastikan setiap warganegara berhak mendapat
peluang pendidikan yang sewajarnya.

Pendidikan Menengah
Seterusnya,
peluang untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan
pendidikan telah diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa
mengira kelas sosial, etnik,dan gender sekurang-kurangnya hingga ke
tingkatan tiga.
Mulai 1999, peluang bagi semua pelajar untuk memasuki tingkatan
empat telah diperluaskan. Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran
sahaja layak untuk naik ke tingkatan empat. Ini bagi memastikan setiap
rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Walaupun kerajaan mempunyai beberapa sebab berbuat demikian yang
antaranya remaja yang gagal akan menganggur dan menimbulkan
masalah yang lain kepada negara tetapi dari sudut lain kerajaan
merasakan adalah tidak memadai ilmu yang diterima oleh pelajar
berkenaan bagi menghadapi cabaran dunia yang akan datang. Bagi
pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik mereka boleh
meneruskan persekolahan mereka di dalam bidang vokasional di
tingkatan 4.

Sekolah Berasrama

Selain dari itu bentuk bantuan-bantuan pendidikan lain


diberikan oleh kerajaan bagi membuka peluang kepada
mereka untuk mendapat hak pendidikan. Salah satu bentuk
bantuan ialah dengan penubuhan
sekolah-sekolah
berasrama
yang
memudahkan
pelajar
mendapatkan
pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah
setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak.

Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh


juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka peluang
pendidikan . Pada masa ini terdapat puluhan buah sekolah
berasrama penuh di bawah kelolaan langsung Kementerian
Pendidikan
Malaysia.
Kesemua
sekolah-sekolah
yang
berasrama penuh ini bertujuan memberikan bantuan kepada
pelajar untuk mendapatkan peluang pendidikan.

Sekolah Bestari
Sekolah Bestari adalah salah satu flagship dalam Koridor
Raya Multimedia.
Projek ini telah mendapat perhatian
seluruh masyarakat kerana ia merupakan satu usaha
menjadikan bidang pendidikan lebih maju dan berdaya
saing.
Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian
pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk
mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi
menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya atau miskin
mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling
sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang
berlainan.
Sekolah
Bestari
akan
mendorong
murid
mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri, serta
mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Pendidikan Khas
Di
samping
pembangunan
sekolah-sekolah
berasrama, sekolah-sekolah harian rendah dan
menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun
di desa-desa.
Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi
golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat
untuk
mendapat
hak
atau
peluang
untuk
mendapatkan pendidikan. untu,k tujuan tersebut
kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah
khas bagi memenuhi keperluan golongan tersebut
mendapat
pendidikan.

Bantuan dan Peruntukan

Setiap tahun peruntukan yang besar dikeluarkan bagi membaiki,


membaikpulih, menaik taraf sekolah atau bilik-bilik darjah serta
menyediakan kelengkapan dan kemudahan pembelajaran .
Di bawah Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) Kementerian
Pendidikan meluluskan 1,497 projek sekolah rendah dan menengah
diseluruh negara dengan peruntukan RM6.2 billion. Daripada jumlah
tersebut sebanyak 977 projek sekolah rendah termasuk pembinaan
198 sekolah baru, manakala 420 lagi projek sekolah menengah
membabitkan pembinaan 160 sekolah baru.

CONTOH LAIN PENDEMOKRASIAN


PENDIDIKAN

Kesan Pendemokrasian
Pendidikan
I.

Kita dapat memberikan hak yang sama rata dari segi peluang untuk
mendapatkan pendidikan yang bermutu selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain
baik di dalam daerah, negeri, negara atau di peringkat dunia tanpa
mengira kaum, agama serta kedudukannya dalam lapisan masyarakat.
II. Pendemokrasian pendidikan ini juga memberi implikasi yang positif
kepada golongan kurang berupaya. Program ini turut tidak melupakan
atau mengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa.
III. Mewujudkan integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang etnik dan kaum. Hal ini kerana Malaysia ialah sebuah
Negara yang unik dimana penduduknya terdiri daripada berbilang
kaum, latar belakang, tradisi, bahasa dan budaya.
IV. Menyediakan kemudahan prasarana atau infrastruktur pendidikan yang
seimbang di antara semua sekolah. Contohnya, kemudahankemudahan untuk proses pengajaran dan pemelajaran, asrama,Pusat
Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan
sebagainya.kemudahan dan infrastruktur

Kesimpulan
Pendemokrasian pendidikan sememangnya sesuatu
program yang memberi maanfaat kepada penduduk
rakyat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira
status dan kedudukan seseorang. Justeru itu, warga
Malaysia haruslah menggunakan peluang yang ada
dengan sebaik mungkin menimba ilmu. Tambahan pula,
Walaupun dapat disimpulkan bahawa dari segi
pendekatan, pelaksanaan serta amalan pendemokrasian
pendidikan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara di Malaysia berada di landasan yang betul, kita
tidak harus cepat berpuas hati. Pendidikan adalah
sesuatu yang bersifat dinamis dan kita sebenarnya tidak
hidup dalam satu kekosongan. Oleh itu, marilah kita
bersama-sama berusaha untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara dengan melahirkan modal insan
minda kelas pertama.

SEKIAN TERIMA
KASIH