Anda di halaman 1dari 4

SINOPSIS NOVEL DI

SEBALIK DINARA
KUMPULAN 5
NAMA : AZRAIKHA AZNI
: NURHASIKIN ZAKARIA
: NURUL HUSNAH AHMAD SULTAN
: SITI ZAINAB DAMSA

BAB 9

Dr.Maxi,Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang plan B, iaitu menggantikan


Farisha dengan Shida.Namun kedua-duanya amat berbeza.Lagipun tubuh Farisha
telahpun ditanam dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan
Karl.Karl menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah teletapi untuk berhubung
dengan Farisha.Pada jam 5.30 petang mereka akan melawat Farisha di hospital.Shida
pula pulang kerumah dan cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha
tetapi gagal.Namun Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah
anak angkat .Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha,dia sangat lemah dan
terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan itu
tidak apa-apa.Farisha terlena lagi.Beberapa minit kemudian,Farid dan Amin datang
ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum
ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL.Tetapi kali ini mereka
berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah.Selepas itu Aqram pula mencari
maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang enam
sentimeter.Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang
menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan.Farisha terus lena kerana
abangnya Azraai meminta doktor memberi ubat tidur.Azraai juga membohongi doktor
bahawa mikrocip di dalam Farisha yang kelihatan di CT-SCAND itu adalah dalam
pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah
universiti.Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu
mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila
diperlukan.Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan
menggantikan tempat Farisha.

BAB 10
Di arkib Soft Lab,Shida semakin teruja untuk mengetahui kisah
Medina kerana dia mendapati nama Medina telah dipadamkan
daripada kebanyakn laporan kerja penyelidikan.Daripada
pembacaan buku laporan nipis yang bertajuk Medina,Shida
mendapati acap kali Medina menjadi pembantu penyelidik
kepada Karl.Petang itu,Shida menemui Aqram,Dr.Maxi dan
Khairul Anwar di biki Farisha.Dr.Maxi meminta Shida
menggantikan tempat Farisha,tetapi bukan memberikan
bantuam dalam bidang teknikal.Shida dibawa kealam bawah
sedar berkomunikasi dengan Karl.Suis dimatikan dan sesi
ditamatkan apabila Shida mula membantingkan tubuhnya
kekiri dan ke kanan.Amin dan Farid menyerahkan maklumat
yang dikehendaki kepada seorang wanita separuh gila yang
juga sebenarnya ibu Farisha.Wanita itu gembira kerana dapat
membuktikan bahawa dia lebih hebat daripada Karl disebabkan
dia telah berjaya menguasai minda Farisha.

BAB 11
Daripada Azraai yang melawat Farisha di hospital,Farisha
mengetahui ibu kandungnya bernama Maliyn,dari
Portugal.Tiada rekod tentang nama bapa
kandungnya.Perbualan mereka terganggu apabila Farisha
mengatakan dia bertemu dengan ibunya dalam
tidurnya.Azraai ingin membawa Farisha keluar dari hospital
itu dengan segera kerana nyawanya dalam bahaya.Dalam
perjalanan,Azraai memberitahu Farisha ibu kandungnya itu
sangat taasub akan sains dan sanggup mengorbankan
anaknya sendiri demi sains.Di pejabat Soft Lab,Karl telah
menguasai jasad Shida.Perdebatan berlaku di antara Karl
dengan Dr.Maxi.Karl mengarahkan Farisha di bawa ke Soft
Lab segera kerana virus yang di susup ke dalam badan Dinara
akan diaktifkan tidak lama lagi.Dalam perjalanan ke
Kulai,dua orang lelaki menculik Farisha setelah mengacukan
pistol kepada Azraai.