Anda di halaman 1dari 12

PERTANDINGAN MEWARNA PENDIDIKAN KEBERSIHAN

1. KATEGORI
Murid Sekolah rendah tahap satu sahaja.
2. PENYERTAAN
Murid johan peringkat daerah sahaja yang layak mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.
3. SYARAT PERADUAN MEWARNA
3.1 Kertas lukisan yang berlakar disediakan oleh Urus Setia Pertandingan.
3.2 Gunakan krayon dan pensil warna sahaja.
3.3 Nama, Darjah, No. KP dan sekolah mestilah ditulis pada sudut atas sebelah kanan muka
belakang lukisan yang diberikan.
3.4 Lukisan yang diterima oleh Urus Setia tidak akan dikembalikan dan ianya akan menjadi hak
milik penganjur.
3.5 Krayon, pensil warna dan lain-lain peralatan menyertai pertandingan mewarna hendaklah
disediakan oleh peserta sendiri.

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PENDIDIKAN KEBERSIHAN


1. KATEGORI
Murid sekolah rendah tahap dua, SMR dan SMA.
2. PENYERTAAN
Murid johan peringkat daerah sahaja yang layak mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.
3. SYARAT PERADUAN MELUKIS POSTER
3.1 Tajuk lukisan ialah TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT
SEJAHTERA .
3.2 Perkataan TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT SEJAHTERA
mesti terdapat pada lukisan.
3.3 Gunakan kertas lukisan standard dan cat air sahaja.
3.4 Nama, tingkatan, no KP dan sekolah mestilah ditulis pada sudut atas sebelah kanan muka
belakang lukisan.
3.5 Lukisan mestilah tulen (hasil cipta sendiri).
3.6 Lukisan yang diterima oleh Urus Setia tidak akan dikembalikan dan ianya akan menjadi hak milik
penganjur.
3.7 Cat air dan lain-lain peralatan menyertai pertandingan mewarna hendaklah disediakan oleh
peserta sendiri.

PERTANDINGAN MENULIS ESEI PENDIDIKAN KEBERSIHAN


1. KATEGORI
Murid sekolah rendah tahap dua, SMR dan SMA.
2. PENYERTAAN
Esei yang mendapat tempat pertama di peringkat daerah bagi semua kategori sahaja yang layak
mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.
3. SYARAT PERADUAN MEWARNA
3.1 Tajuk esei ialah TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT
SEJAHTERA .
3.2 Esei dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
3.3 Terbuka kepada semua murid.
3.4 Panjang esei ialah antara 500 patah perkataan dank e atas (SR Tahap 2), 1000 pata perkataan
dan ke atas (SM Rendah) dan 1500 patah perkataan ke atas (SM Atas).
3.5 Esei mestilah tulen dan tidak dicetak dari mana-mana media cetak atau media elektronik.
3.6 Esei hendaklah ditaip dengan menggunakan computer huruf ARIAL, saiz 11 dan double spacing
dan kertas A4 80gm.
3.7 Esei yang diterima oleh Urus Setia tidak akan dikembalikan dan ianya akan menjadi hak milik
penganjur.

PERTANDINGAN PIDATO PENDIDIKAN KEBERSIHAN


1. PESERTA DAN KATEGORI BAHASA
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah, menengah KPM dan SABK.
1.2 Pertandingan ini akan diadakan dalam tiga kategori, iaitu kategori sekolah rendah, sekolah
menengah rendah dan sekolah menengah atas.
1.3 Pertandingan ini akan diadakan dalam dua Bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
2. STRATEGI
2.1 Peringkat Daerah
2.1.1
2.1.2

Semua Pejabat Pendidikan Daerah diminta mengendalikan pertandingan di peringkat


daerah.
Johan peringkat daerah sahaja yang layak mewakili daerah ke pertandingan peringkat
negeri.

2.2 Peringkat Negeri


2.2.1
2.2.2

Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan peringkat


negeri.
Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri akan diwujudkan.

3. FORMAT PERTANDINGAN
3.1 Syarat-syarat pidato :
3.1.1
3.1.2
3.1.3
3.1.4
3.1.5
3.1.6
3.1.7

Pemidato diberi masa 7 minit.


Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat dan dua kali bila masa sudah
tamat.
Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak dipertimbangkan untuk
pemberian markah.
Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah
persembahan.
Kritikan terhadap isu-isu sensitive berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau
terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang.
Penggunaan Bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.
Pengerusi pidato berhak menegur pemidato-pemidato yang melanggar peraturan yang
dinyatakan di atas.

3.2 Tajuk
Tajuk pidato telah diputuskan iaitu;
MASYARAKAT SEJAHTERA

TRANSFORMASI

TERENGGANU

TERBERSIH

3.3 Peraturan Pemarkahan


3.3.1

Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama


i.

Isi ( 30 markah )
Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data dan
bahan-bahan yang tepat serta logic termasuk penguraian.

Panduan Pemarkahan
3 markah bagi satu isi.
2 markah bagi huraian isi.
2 markah bagi contoh dan data-data yang diberi.
Jumlah markah bagi satu-satu isi yang pukal ialah 7 markah
Isi yang diperakukan ialah sebanyak 4 isi.
2 markah bonus boleh diberi bagi kematangan isi.
ii.

Bahasa ( 20 markah )
Pemidato akan diadili dari segi Bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan),
gaya Bahasa yang berkesan, dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.

iii.

Persembahan ( 50 markah )
Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada,
meyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik, dan persembahan susunan isi
yang tertib. Pemidato akan dipotong 5 markah maksimun jika isi pidatonya
mengandungi kritikan terhadap isu-isu sensitivity seperti politik, agama, bangsa,
kebudayaan dan peribadi, serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang
kurang sopan.

3.4 Panduan Kepada Panel Hakim


3.4.1

3.4.2
3.4.3
3.4.4

Pemidato-pemidato akan diadili dari segi cara penyampaian, pengutaraan isi-isi yang
bernas, data dan bahan-bahan yang tepat serta logic termasuk penguraiannya,
persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang meyakinkan,
penguasaan dan penggunaan Bahasa yang jelas dan gaya Bahasa yang sesuai serta
kesopanan dan perawakan, bukan dari segi untuk mendapat sokongan penonton melalui
tepuk sorak.
Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah
persembahan.
Pemidato yang menggunakan Bahasa atau tutur kata yang kurang sopan akan dipotong
markahnya.
Kritikan dan komen terhadap isu-isu sensitivity seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan
dan peribadi seseorang adalah dilarang. Pemidato-pemidato yang melanggar peraturan
ini akan dipotong 5 markah maksimun daripada markah persembahan.

PERTANDINGAN KAIN RENTANG PENDIDIKAN KEBERSIHAN


1. PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah merupakan salah satu daripada lima aktiviti utama Program Pendidikan
Kebersihan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Dengan ini pihak sekolah haruslah berusaha dan bekerjasama untuk mengambil bahagian dalam
menjayakan pertandingan ini. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memupuk sikap tanggungjawab,
berdisiplin dan bekerjasama antara murid dan guru di samping dapat mencungkil bakat murid dalam
bidang Pendidikan Seni.
2. MATLAMAT
2.1 Memberikan kefahaman tentang tema TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH :
MASYARAKAT SEJAHTERA.
2.2 Penghayatan konsep pendidikan kebersihan oleh warga sekolah di negeri Terengganu.
2.3 Melahirkan negeri Terengganu sebagai negeri terbersih.
2.4 Melahirkan sekolah terbersih.
3. OBJEKTIF
3.1 Menghayati konsep pendidikan kebersihan melalui aktiviti pendidikan seni dalam kalangan warga
sekolah.
3.2 Menceriakan prasarana fizikal sekolah.
3.3 Mengembangkan potensi dan mencungkil bakat murid dalam pendidikan seni.
3.4 Menanam sikap cintakan seni dan keindahan menerusi terjemahan konsep pendidikan
kebersihan.
4. KUMPULAN SASARAN
Murid dan guru sekolah rendah dan menengah Terengganu.
5. FORMAT PERTANDINGAN
5.1 Kategori
Pertandingan diadakandalam dua kategori sahaja (kategori sekolah menengah dan kategori
sekolah rendah).
5.2 Peringkat Daerah
Daerah Kemaman, Daerah Dungun, Daerah Marang, Daerah Hulu Terengganu, Daerah Kuala
Terengganu, Daerah Kuala Nerus, Daerah Setiu dan Daerah Besut.
5.3 Peringkat Negeri
Johan di peringkat daerah sahaja yang akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.

6. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
6.1 Semua sekolah rendah dan menengah diwajibkan mengambil bahagian.
6.2 Penyertaan disertai oleh murid dan guru sekolah berkenaan.
6.3 Tema kain rentang ialah TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT
SEJAHTERA. Perkataan TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT
SEJAHTERA mesti terdapat pada kain rentang.
6.4 Jangkamasa pertandingan : Mei-Julai setiap tahun.
6.5 Menggunakan hanya cat emulsi (berkualiti). Warna bebas.
6.6 Saiz :
minimum 4 kaki x 10 kaki
6.7 Hak cipta :
Hasil kerja tangan dan ciptaan murid dan guru.
6.8 Mesti menggunakan kain putih cotton sahaja.
7. PENGHAKIMAN
7.1 Kaedah
Penghakiman akan dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat daerah dan peringkat negeri.
7.2 Bidang Penghakiman
Mesej, dokumentasi, olahan (imej), ukuran, kreativiti, interpretasi (menepati tema), penggunaan
bahan, warna, kekemasan dan lokasi yang sesuai.
8. HAKIM
Panel hakim yang terdiri daripada guru-guru pendidikan seni di peringkat daerah yang akan dilantik
oleh PPD dan di peringkat negeri yang akan dilantik oleh JPNT.
9. FORMAT PENGHAKIMAN
Bil

Item Yang Dinilai

Mesej

Dokumentasi

Olahan (imej)

Ukuran

Kreativiti

Interpretasi (menepati tema)

Penggunaan bahan

Warna

Kekemasan

10

Lokasi yang sesuai


JUMLAH MARKAH

Skala
1

10

PERTANDINGAN MURAL PENDIDIKAN KEBERSIHAN


1. PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah merupakan salah satu daripada lima aktiviti utama Program Pendidikan
Kebersihan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Dengan ini pihak sekolah haruslah berusaha dan bekerjasama untuk mengambil bahagian dalam
menjayakan pertandingan ini. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memupuk sikap tanggungjawab,
berdisiplin dan bekerjasama antara murid dan guru di samping dapat mencungkil bakat murid dalam
bidang Pendidikan Seni.
2. MATLAMAT
2.1 Memberikan kefahaman tentang tema TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH :
MASYARAKAT SEJAHTERA.
2.2 Penghayatan konsep pendidikan kebersihan oleh warga sekolah di negeri Terengganu.
2.3 Melahirkan negeri Terengganu sebagai negeri terbersih.
2.4 Melahirkan sekolah terbersih.
3. OBJEKTIF
3.1 Menghayati konsep pendidikan kebersihan melalui aktiviti pendidikan seni dalam kalangan warga
sekolah.
3.2 Menceriakan prasarana fizikal sekolah.
3.3 Mengembangkan potensi dan mencungkil bakat murid dalam pendidikan seni.
3.4 Menanam sikap cintakan seni dan keindahan menerusi terjemahan konsep pendidikan
kebersihan.
4. KUMPULAN SASARAN
Murid dan guru sekolah rendah dan menengah Terengganu.
5. FORMAT PERTANDINGAN
5.1 Kategori
Pertandingan diadakandalam dua kategori sahaja (kategori sekolah menengah dan kategori
sekolah rendah).
5.2 Peringkat Daerah
Daerah Kemaman, Daerah Dungun, Daerah Marang, Daerah Hulu Terengganu, Daerah Kuala
Terengganu, Daerah Kuala Nerus, Daerah Setiu dan Daerah Besut.
5.3 Peringkat Negeri
Johan di peringkat daerah sahaja yang akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.
6. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
6.1 Terbuka kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri Terengganu.
6.2 Penyertaan disertai oleh murid dan guru sekolah berkenaan.

6.3 Tema mural :


TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT
SEJAHTERA. Perkataan TRANSFORMASI TERENGGANU TERBERSIH : MASYARAKAT
SEJAHTERA mesti terdapat pada mural.
6.4 Jangka masa pertandingan :
Mei Julai setiap tahun
6.5 Menggunakan hanya cat emulsi (berkualiti). Warna bebas.
6.6 Saiz/ keluasan dinding mural : 8 kaki x 20 kaki
6.7 Hak cipta : Hasil ciptaan murid dan guru.
6.8 Sekolah yang menjadi johan peringkat negeri sahaja tidak dibenarkan bertanding dalam tempoh
tiga tahun.

7. PENGHAKIMAN
7.1 Kaedah
Penghakiman akan dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat daerah dan peringkat negeri.
7.2 Bidang Penghakiman
Mesej, dokumentasi, olahan (imej), ukuran, kreativiti, interpretasi (menepati tema), penggunaan
bahan, warna, kekemasan dan lokasi yang sesuai.

8. HAKIM
Panel hakim yang terdiri daripada guru-guru pendidikan seni di peringkat daerah yang akan dilantik
oleh PPD dan di peringkat negeri yang akan dilantik oleh JPNT.

9. FORMAT PENGHAKIMAN

Bil

Item Yang Dinilai

Mesej

Dokumentasi

Olahan (imej)

Ukuran

Kreativiti

Interpretasi (menepati tema)

Penggunaan bahan

Warna

Kekemasan

10

Lokasi yang sesuai


JUMLAH MARKAH

Skala
1

10

PERTANDINGAN KOIR PENDIDIKAN KEBERSIHAN


1. PENDAHULUAN
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di
sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala social khususnya dalam kalangan
generasi muda.
Muzik dapat memberikan penekanan kea rah pembentukan kualiti diri dan sahsiah murid merangkumi
aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang
berfungsi penggerak minda untuk berfikir dengan lebih kea rah peningkatan diri, penglibatan dalam
aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.
Muzik juga dapat mencungkil bakat murid yang sekaligus membina keyakinan kental dalam diri.

2. LATAR BELAKANG
Koir dalam bentuk dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan merupakan aktiviti yang
popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana
aktiviti koir dapat menggabungkan lapisan suara bass, alto, tenor dan soprano secara berkesan
seterusnya menghasilkan kualiti suara harmoni yang berkualiti.

3. MATLAMAT
Membolehkan murid mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik kea rah
membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

4. OBJEKTIF
4.1 Memperkasakan penghayatan tema, iaitu TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU.
4.2 Memberi perluasan pengalaman muzikal, kesedaran estetika, memperkembangkan daya
komunikasi dan interaksi melalui persembahan dalam kalangan murid.
4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan murid.
4.4 Satu alternative mengisi masa lapang murid.
4.5 Memperkasakan lagu berunsur patriotic dalam kalangan murid.

5. PELAKSANAAN
5.1 Peringkat Pertandingan
5.1.1 Peringkat Daerah
5.1.2 Peringkat Negeri
5.2 Kategori Penyertaan
5.2.1 Kategori sekolah rendah (terbuka)
5.2.2 Kategori sekolah menengah (terbuka)
5.2.3 Kategori prasekolah swasta yang berdaftar dengan JPNT.
5.2.4 Hanya satu pasukan juara sahaja bagi setiap kategori akan mewakili daerah ke
pertandingan peringkat negeri.

6. JENIS KOIR
Sesebuah pasukan koir terdiri daripada suara campuran (mixed voice choir) atau koir suara lelaki/
perempuan sahaja (male/ female voice choir).

7. AHLI PASUKAN KOIR


7.1 Ahli koir dan konduktor mestilah terdiri daripada murid yang sedang menuntut.
7.2 Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah antara 20 hingga 35 orang sahaja.

8. LAGU
8.1 Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu.
8.1.1 Lagu pertama Lagu Tema iaitu TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU
(Lagu yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri)
8.1.2 Lagu Kedua -

Lagu ciptaan sendiri bertajuk TRANSFORMASI


TERENGGANU TERBERSIH

8.2 Persembahan lagu hendaklah hendaklah secara homophonic atau polyphonic atau gabungan
keduanya. ( homophonic lapisan suara bergerak secara in step anatar satu dengan lain dan
tidak mempamerkan ritma secara sendirian seperti yang berlaku dalam polyphonic )
8.3 Persembahan secara Acappella adalah dibenarkan.

9. MUZIK IRINGAN (Accompaniment)


Muzik iringan secara rakaman CD atau tape sahaja dibenarkan.

10. PAKAIAN
Pakaian ahli pasukan koir hendaklah bersesuaian dan sopan ( tiada markah bagi aspek pakaian).

11. PEMARKAHAN
11.1 Harmoni
11.2 Dinamik
11.3 Intonasi
(tone colour/pitching)
11.4 Imbangan
11.5 Attack/Release
(tempo/stability)
11.6 Sebutan
11.7 Ketrampilan

:
:
:

40 markah
20 markah
10 markah

:
:

10 markah
10 markah

:
:

5 markah
5 markah

BORANG PERTANDINAN KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH/ASRAMA


PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI TERENGGANU
Anjuran
KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
NAMA SEKOLAH
DAERAH
TARIKH PENGHAKIMAN

:
:
:

KATEGORI 1 :

TANDAS (25 MARKAH)


PERKARA

Bersih
Bau
Ceria
Selesa dan Berfungsi
KATEGORI 2 :

10 markah
5 markah
5 markah
5 markah
KANTIN SEKOLAH/ ASRAMA (25 MARKAH)

PERKARA

MARKAH YANG
DIPEROLEHI

MARKAH PENUH

Tempat masakan
Stor simpanan
Kaedah pelupusan pepejal
Kebersihan pekerja
Tempat hidangan makanan
Gambaran keseluruhan
KATEGORI 3 :

MARKAH YANG
DIPEROLEHI

MARKAH PENUH

10 markah
3 markah
3 markah
3 markah
3 markah
3 markah

PERSEKITARAN DALAM KAWASAN SEKOLAH/ASRAMA (20 MARKAH)


PERKARA

MARKAH PENUH

Pandangan pertama (tanggapan awal)

2 markah

Kaki lima bangunan dan laluan ( bersih dan ceria)

4 markah

Longkang (kebersihan, pengaliran air dan bau)

4 markah

Kawasan luar bangunan ( sampah, rumput dan


daun/ranting/dahan)

10 markah

MARKAH YANG
DIPEROLEHI

KATEGORI 4 :

PAGAR, BAHU JALAN DAN PINTU UTAMA (10 MARKAH)


PERKARA

MARKAH PENUH

Pagar (rumput dan pokok berjalar)

2 markah

Bahu jalan sepanjang pagar bahagian hadapan


sekolah dalam jarak 3 meter/ 10 kaki dari pagar
sekolah (sampah, rumput dan daun/ ranting/ dahan)

4 markah

Longkang (kebersihan, pengaliran air dan bau)

4 markah

Pintu utama (sampah, rumput dan daun/ ranting/


dahan)

10 markah

KATEGORI 5 :

MARKAH YANG
DIPEROLEHI

KECERIAAN (20 MARKAH)


PERKARA

MARKAH PENUH

Lanskap/ taman (susunan, kepelbagaian, kreativiti


dan penjagaan)

2 markah

Tanaman pokok bunga dan pokok hiasan (susunan,


kepelbagaian, kreativiti dan penjagaan)

4 markah

MARKAH YANG
DIPEROLEHI

JUMLAH MARKAH :

BIL
1
2
3
4
5

NAMA PANEL HAKIM

TANDA TANGAN