Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis Khatam Al-Quran SK Sahabat 16

TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2011


Dari Dewan SK Sahabat 16 dibawakan secara langsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2011.
Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin. Waala
alihi wasahbihiajmain...
1. Yang berusaha En. Markus Sungkiam, YDP PIBG SK Sahabat 16.
2. Yang Berusaha, En. Jeniar bin Subeh, Guru Besar SK Sahabat 16.
3. Turut berusaha - Pn. Aisyah Wong Abdullah (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
merangkap Pengerusi bagi Jawatantankuasa Majlis Khatam Al-Quran
En Khaironi Jazuli (Guru Penolong Kanan Kurikulum)
- En. Jaiti Adian (Guru Penolong Kanan HEM)
4. Yang dihormati
-

Ustaz ustazah

Guru guru

AJK PIBG

Ibu bapa

Dif dif jemputan

5. Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2011 serta semua
murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum................

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua,
dapatkita sama-sama berhimpun di Dewan SK Sahabat 16 pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan
MajlisKhatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2011.
Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi
meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah muridmurid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.
Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu
budaya .Kesungguhan Ustaz dan Ustazah serta guru-guru pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang
sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita..
Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati
Allah jua. InsyaAllah..
1. Bacaan Doa
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhl Ustz Mohd Yatimi
bin Yassin bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan..
-

DOA

Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhl Ustz Mohd Yatimi bin Yassin atas bacaan doa
itu tadi...
2. Ucapan alu-aluan Guru Besar
Aturcara majlis pada pagi ini, dimulai dengan ucapan alu-aluanoleh Tuan Guru Besar SK Sahabat
-

16, En. Jeniar bin Subeh. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.


UCAPAN -

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Jeniar bin Subeh atas ucapan beliau
sebentar tadi.
3. Ucapan alu-aluan PIBG Sekolah
Meneruskan aturcara pada pagi ini, dengan segalasukacitanya dipersilakan En. Markus Sungkiam, YDP PIBG SK
Sahabat 16 bagi menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.....
-

UCAPAN PERASMIAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan ini maka rasmilah
sudah MajlisKhatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Sahabat 16 pada pagi ini.
Sebagai tanda penghargaan, dijemput En. Jeniar Subeh untuk memberikan cenderahati kepada
perasmi.
Untuk itu dipersilakan En. Markus Sungkiam bagi menerima cenderahati dari SK Sahabat 16.

4. Majlis Khatam Al-Quran


Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun inidimulakan. Untuk itu majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Ustz Mutholaah bi Hairi bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran.
Dengansegala hormatnya dipersilakan...
-MAJLIS KHATAM BERMULA
Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh 122 orang murid SK Sahabat 16
sesi 2011. Tahniah diucapkan.

5. Persembahan Nasyid
-HOLD SEHINGGA MENDAPAT LAMPU HIJAU DARI PEMBIMBING NASYID-

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara
persembahan. Untuk itu dipersilakan Murid-murid _________ yang akan menyampaikan persembahan Nasyid yang
bertajuk Al-Quran Teras Keilmuan dan Kemuliaan Ramadhan .
Dengan sukacitanya dipersilakan.
-NASYIDTerima kasih diucapkan atas persembahan bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman sidang
dewan, Kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Ustazah Maisarah Mastur dan Ustazah Subariati
Naharu.

--------------------------------------------------------------------Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara


6. Penyampaian Cenderahati dan Sijil.
Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati dan sijil kepada murid-murid khatam Al-Quran. Pada
tahun in seramai ______ orang berjaya khatam Al-Quran mengikut kriteria yang ditetapkan.Majlis dengan ini
mempersilakan dengan segala hormatnya YgBerusaha En. Jeniar Subeh, GB SK Sahabat 16 diiringi oleh Yg
Berusaha GPK Kokurikulum, Pn. Aisyah Wong bt Abdullah bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala
hormatnyadipersilakan..
-PENYAMPAIAN CENDERAHATIMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha En. Jeniar Subeh kerana sudi menyempurnakan majlis.
7. Penyampaian Cenderahati kepada Guru.
Hadirin hadirat warga dewan yang dikasihi sekalian Dengan komitment dan usaha murni kalangan guru-gurukita, muridmurid bertuah ini mampu khatam Al-Quran dengan baik. Justeru bagi menghargai jasa-jasa mereka,cenderahati dihulur
mengenang bakti.
Moga Allah SWT juga yang akan membalasnya.Majlis dengan ini mempersilakan En. Markus Sungkiam , YDP PIBG
SK Sahabat 16 diiringi oleh En Khaironi Jazuli (GPK Kanan 1) bagi menyampaikancenderahati kepada guru-guru AlQuran yang terlibat dalam usaha memastikan anak didik mereka khatam Al-Quran dengan jayanya.. Dengan segala
hormatnya dipersilakan..
8. Penutup
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati berkenaan
maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2011 menutup tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaandan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ibu bapa yanghadir ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa,
tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya

Akhir adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan kami jua. Diizinkan Allah bertemu
lagi di tahun hadapan.Saya sudahi majlis dengan lafaz yangmulia...Wabillah....Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai