Anda di halaman 1dari 3

Samihah Nordin

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT


TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah Pendidikan Barat mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan
di Malaysia selepas Tanah Melayu dijajah oleh British. Sama seperti Falsafah
Pendidikan Islam dan Timur, ilmu pengetahuan adalah aset penting dalam
kehidupan bagi orang-orang barat. Friedrich dalam Choong Lean Keow (2008)
berpendapat bahawa pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang
lurus, suci dan mulia.
Umumnya, falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori
iaitu Falsafah Pendidikan Tradisional Barat dan Falsafah Pendidikan Moden Barat.
Terdapat banyak pembahagian mazhab di bawah kedua-kedua falsafah
pendidikan barat ini namun hanya beberapa mazhab sahaja yang dikaji untuk
melihat kesan idea falsafah tersebut ke atas Jadual di bawah merupakan
pembahagian mazhab bagi kedua-dua falsafah ini.
Jika diteliti semula, perlaksanaan Falsafah Pendidikan Moden Barat
mempunyai implikasi yang banyak di Malaysia berbanding Falsafah Pendidikan
Tradisional Barat. Hal ini kerana kaedah pengajaran bagi Falsafah Pendidikan
Moden Barat lebih bersifat praktikal di Malaysia untuk melahirkan individu yang
kreatif dan kritis dalam pemikiran. Jadi, apakah implikasi Falsafah Pendidikan
Moden Barat ini terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ini?
Tiga aspek yang dilihat dalam falsafah ini ialah aspek kurikulum, pendidik
dan kaedah mengajar.
Progresivisme
a)

Kurikulum

b)

Menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif (pembelajaran


tersebut memerlukan penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa
memerlukan teori)
Memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih mata pelajaran
yang ingin dipelajari.
o Kurikulum KBSM (kini KSSM) Malaysia melaksanakan perkara ini
kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu di sekolah menengah dengan
memberi kebebasan memilih elektif pengkhususan dalam subjek
Kemahiran Hidup dengan empat pilihan iaitu ekonomi rumah
tangga, perdagangan, pertanian dan kemahiran teknikal.
o Juga diterapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat dengan
memberi pilihan beberapa aliran seperti aliran sains tulen agama,
sastera dan vokasional. Perkara sebegini memberi peluang
sepenuhnya kepada pelajar untuk memilih bidang kemahiran sesuai
dengan minat mereka.

Pendidik

TUTORIAL Minggu ke-3

Samihah Nordin

Guru berfungsi sebagai pembimbing dan pengurus untuk membantu


murid-murid menyelesaikan masalah dalam kelas.
Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghidupkan suasana
pembelajaran yang selesa serta merangsang pemikiran anak muridnya
supaya pelbagai idea yang kreatif dapat di cambah.
o Guru di sekolah yang melaksanakan KSSR di mana guru-guru
bertindak sebagai pencetus kreativiti di dalam kelas untuk
merangsang pemikiran murid dengan berbekalkan pendekatan didik
hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.
o Guru juga dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk
membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

c) Kaedah Mengajar

Menyelesaikan masalah berdasarkan kaedah saintifik dan pendekatan


induktif
Melakukan eksperimen untuk meneroka alam sekeliling
Pengalaman langsung dengan penglibatan murid

Ketiga-tiga kaedah ini mampu mewujudkan budaya belajar yang kondusif


dan kompetetif kerana para pelajar akan bersaing untuk memberi respons
terhadap soalan-soalan guru. menekankan mengenai Sains dan Teknologi di
mana guru-guru perlu mendedahkan murid terhadap asas disiplin ilmu Sains
melalui pembelajaran dalam kelas, makmal mahupun pembelajaran berdasarkan
pengalaman langsung di luar kelas.

Rekonstruktivisme
a) Kurikulum

Mempercayai yang hasil ciptaan dan rekaan manusia dan relatif


bergantung kepada kepercayaan, masa dan tempat.
Berpegang bahawa pengalaman manusia akan menimbulkan nilai-nilai
asas yang membentuk pegangan kepada diri.
Mengasaskan corak budaya baharu dan menghapuskan gejala sosial.
Bidang dalam kurikulum mazhab rekonstruktivisme iaitu :
o 1. Sosial (Contoh : Kajian Sosial)
o 2. Isu-isu tempatan.
o 3. Isu-isu antarabangsa

b) Pendidik

Guru berfungsi sebagai agen pembaharuan dan perubahan yang perlu


bersifat kreatif dan inovatif.
o Guru memainkan peranan penting untuk memberi satu gambaran
jelas kepada pelajar mengenai penekanan kurikulum yang
mementingkan isu sosial, isu tempatan dan antarabangsa.
o Guru sebagai bertindak mengawal kelas dalam suasana
pembelajaran yang terancang dan muris-murid berusaha mencari
maklumat yang berkaitan isu semasa untuk kefahaman
pengetahuan am.

TUTORIAL Minggu ke-3

Samihah Nordin
c) Kaedah mengajar

Berpusatkan murid di mana murid-murid diberi penekanan mengenai


kemahiran menyelesaikan masalah melalui beberapa kaedah seperti :
o 1. Aktiviti
o 2. Sumbangsaran
o 3. Main peranan
o 4. Simulasi

Eksistentialisme
a) Kurikulum

Menumpukan kepada fitrah kewujudan manusia.


Ahli-ahli eksistensialisme berpegang bahawa realiti merupakan sesuatu
yang bersifat subjektif serta hanya bergantung kepada individu-individu
berkenaan untuk ditafsirkan.
Tidak ada kurikulum khusus bagi subjek ini kerana mereka percaya
bahawa murid-murid bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pendidikan
diri sendiri.
Namun begitu, terdapat beberapa mata pelajaran yang dianggap relevan
seperti pendidikan seni, kesusasteraan dan drama.
o Di Malaysia, pelajar juga diberi peluang untuk memilih aliran yang
mereka minati di Tingkatan Empat namun, pilihan itu terhad
memandangkan negara kita tidak mampu melayan setiap kehendak
pelajar yang berbeza antara satu sama lain.

b) Pendidik

Individu yang penting yang menjadi pemangkin pelajar untuk


menyediakan peluang pendidikan bagi para pelajar mereka
mengekspresikan perasaan dan emosi dalam pembelajaran.
o Pembelajaran yang diikuti dengan minat daripada pelajar dan
memenuhi kehendak pelajar akan memberikan mereka satu
kepuasan belajar.
c) Kaedah mengajar

Berpusatkan aktiviti dan pelajar .


Menurut Choong Lean Keow (2008) , main peranan serta simulasi banyak
digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan dan
pemikiran mereka secara mendalam.

TUTORIAL Minggu ke-3

Anda mungkin juga menyukai