Anda di halaman 1dari 14

KEBOLEHUPAYAAN PEMBACAAN AL-QURAN

DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK


SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
MOHD KHAIRULAZMAN BIN HJ ABU BAKAR
mkazman@psmza.edu.my
ABSTRAK
Kemahiran pembacaan al-Quran merupakan satu kemahiran asas yang perlu ada pada setiap
orang muslim untuk menentukan kesempurnaan sesuatu ibadah khusus seperti solat. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap keupayaan pelajar-pelajar Politeknik Sultan Mizan
Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu dalam pembacaan al-Quran. Pengalaman
pengajian responden menerima ilmu yang berkaitan dengan al-Quran sama ada sebelum atau
semasa di PSMZA menentukan kebolehupayaan mereka menguasai pembacaan al-Quran
dengan baik. Maklumat kajian diperolehi melalui dua kaedah iaitu kuantitatif dan kualitatif.
Melalui kaedah kuantitatif, data dianalisa daripada sampel soalselidik seramai 411 orang
pelajar tahun akhir yang dipilih secara rawak. Melalui kaedah kualitatif pula, data diambil
daripada temubual soalan berangka dengan enam orang pelajar tahun akhir yang juga dipilih
secara rawak. Data kuantitatif yang dikumpul telah dianalisa dengan menggunakan ujian-t
diikuti dengan ujian Levene di dalam Windows Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) versi 21.0. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa tahap keupayaan pelajar berada
di tahap yang sederhana dalam penguasaan aspek-aspek pembacaan dan ada dalam kalangan
mereka masih lemah menguasai pengetahuan tentang lagu, bacaan berlagu, pengetahuan hukum
tajwid dan pembacaan secara bertajwid. Kajian juga mendapati wujudnya perbezaan yang
signifikan tahap penguasaan pembacaan al-Quran dari aspek jantina dan sekolah terakhir
responden. Cadangan penambahbaikan dikemukakan untuk membantu permasalahan yang
dihadapi.

Kata kunci : Kebolehupayaan, Pembacaan al-Quran, Pelajar PSMZA.

1.0

Pengenalan

Al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s, ditulis di dalam mushaf yang dimulai
dengan surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah al-nas, disampaikan kepada kita secara
mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadah. Ia diturunkan di dalam bahasa Arab sebagai
bahasa yang terpilih sebagaimana firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Sesungguhnya Kami yang menurunkan Kitab


itu sebagai al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab,
supaya kamu (menggunkan akal untuk memahaminya.
(Yusuf : 2)
Al-Quran berperanan besar dalam pembentukan akidah dan jati diri seseorang muslim.
Dari sudut ibadah, seperti ibadah solat, pembacaan al-Quran surah al-Fatihah adalah merupakan
bacaan wajib sama ada solat fardhu atau solat sunat. Al-Quran tidak semestinya dibaca di dalam
ibadah lain, malah pembacaan al-Quran itu sendiri merupakan ibadah yang amat dituntut.
Sekarang, naskhah al-Quran bukan sahaja diterbitkan secara bercetak, malah sudah ada
al-Quran dalam bentuk digital bersama alat bantuan audio dan visual. Malah bukan sahaja boleh
dimuat turun ke komputer riba, malah sudah boleh dimuat turun ke telefon bimbit. Ini
menunjukkan kepada kita bahawa seseorang itu tidak perlu lagi bersusah payah mendapatkan alQuran sekiranya hendak membacanya dan mendengarnya.
2.0

Pernyataan Masalah

Para pelajar telah didedahkan dengan ilmu pembacaan al-Quran sejak peringkat awal usia
iaitu empat atau lima tahun. Kemahiran pembacaan al-Quran itu diajar sendiri oleh ibu bapa
kanak-kanak itu atau diajar oleh guru-guru al-Quran di kampung-kampung pada sesi luar waktu
sekolah. Di peringkat sekolah pula, pelajar mempunyai kelas kemahiran J-Qaf yang mana diajar
Jawi, al-Quran dan Bahasa Arab. Persoalan yang timbul, mengapa masih ramai yang tidak
berupaya menguasai dan membaca al-Quran dengan baik. Menurut kajian yang dibuat oleh
Mohammad Naim Salleh (2003) yang bertajuk Pencapaian Tilawah al-Quran Melalui
Penggunaan Kaedah Iqra Di Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu, Terengganu,
kajian oleh Nasir dan Rubiyah (1997) yang telah membuka kajian terhadap kebolehupayaan
membaca al-Quran dalam kalangan guru pelatih di Institut Perguruan Sultan Abdul Hamid.
Ramlan (2000) menyatakan kelemahan tahap penguasaan tilawah al-Quran khususnya aspek
pembacaan lebih mencabar yang memerlukan kemahiran yang tinggi.
Mohd Alwi (2003) dan Ab. Halim (2006) menunjukkan bahawa kelemahan dalam
pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam

kemahiran membaca al-Quran. Sekiranya pengajaran tilawah al-Quran di sekolah tidak diberi
penekanan, kelemahan ini akan berlanjutan sehinggalah mereka menamatkan persekolahan di
peringkat menengah.
Di dalam kajian Ramlan Ahmad (2000) yang berjudul Kemahiran Membaca al-Quran
dan Jawi Pelajar-pelajar Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh : Satu Kajian Kes
mendapati bahawa wujudnya signifikan perbezaan kebolehupayaan membaca al-Quran
berdasarkan jantina. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar perempuan lebih berkemahiran
membaca al-Quran dan membaca jawi berbanding dengan pelajar-pelajar lelaki sekolah
berkenaan.
Khatam al-Quran di alam persekolahan adalah bukan jaminan untuk mengatakan bahawa
mereka telah menguasai pembacaan al-Quran. Dalam hal ini, Mohd Aderi (2004) yang telah
membuat kajian tentang celik al-Quran dalam kalangan pelajar tingkatan satu di Kuala Lumpur
mendapati bahawa walaupun 63% daripada responden telah menamatkan pembacaan al-Quran di
peringkat sekolah rendah, namun tahap bacaan keseluruhan responden adalah pada tahap
sederhana dan lemah.
Azarudin Awang et al. (2010) dalam kajiannya Tahap Pembacaan Al-Quran Dalam
Kalangan Pejajar UiTM Terengganu mendapati bahawa tahap kebolehupayaan membaca alQuran adalah baik dalam aspek-aspek asas namun masih lemah dalam aspek pembacaan alQuran yang lebih mencabar yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Kajian beliau juga
mendapati wujudnya perbezaan signifikan tahap kebolehan membaca al-Quran dalam kalangan
pelajar lelaki dan perempuan.
Di sini timbul satu persoalan yang perlu dirungkai oleh penyelidik iaitu mengapa dengan
tempoh pengajian yang cukup lama iaitu bermula sejak pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah sehingga ke peringkat IPT masih ramai pelajar yang tidak mampu menguasai
pembacaan al-Quran dengan baik. Persoalan lain juga timbul apakah tahap penguasaan mata
pelajaran kemahiran al-Quran dalam kalangan pelajar dan apakah ada pendekatan yang lebih
baik untuk dijadikan asas bagi pelajar menguasai pembacaan al-Quran dengan baik. Apakah
wujudnya perbezaan tahap penguasaan mata pelajaran kemahiran al-Quran di antara pelajar yang
mempunyai latar belakang pendidikan kelas aliran agama dengan pelajar kelas aliran bukan
agama. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan mata pelajaran kelas
kemahiran al-Quran.
Jesteru itu, memandangkan setakat ini belum ada terdapat kajian terperinci yang
dijalankan dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), maka
kajian ini wajar dilaksanakan.

3.0

Kajian Literatur

Mohd Zainul Arifien (2006) dalam penulisannya Kaedah Pengajaran Tajwid dan
Hafazan al-Quran menjelaskan bahawa ramai pelajar yang lemah dalam sudut tilawah, tajwid
huruf, makhraj huruf, bahkan terdapat juga pelajar yang gagal membaca potongan ayat yang
pendek. Kenyataan ini disokong oleh beberapa dapatan kajian, antaranya oleh Mohammad Naim
Salleh (2003) yang bertajuk Pencapaian Tilawah al-Quran Melalui Penggunaan Kaedah Iqra Di
Sekolah-Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu, Terengganu yang bertujuan untuk
mengenalpasti tahap pencapaian kemahiran bacaan al-Quran berasaskan penggunaan kaedah
Iqra dalam kalangan murid-murid tahun lima di sekolah-sekolah rendah kebangsaan di daerah
Setiu, Terengganu.
Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik, ujian pencapaian dan
temubual sebagai alat mengumpul maklumat. Soal selidik digunakan untuk mengenalpasti latar
belakang pelajar merangkumi jantina, kedudukan sekolah, pembelajaran al-Quran di luar waktu
sekolah, taraf pendidikan keluarga, tempat tinggal dan pemilikan buku Iqra. Temubual diadakan
dengan guru-guru subjek Pendidikan Islam untuk mendapat gambaran jelas tentang persepsi
guru-guru terhadap pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran dengan menggunakan kaedah
Iqra. Kajian ini telah melibatkan 237 orang pelajar dan 20 orang guru dari sekolah-sekolah
rendah kebangsaan di daerah Setiu, Terengganu. Satu set ujian bacaan yang mengandungi enam
tahap buku Iqra iaitu buku Iqra 1 hingga buku Iqra 6 disediakan kepada murid-murid tersebut
iaitu ujian membaca huruf-huruf bersambung, ujian membaca kalimah dan ayat-ayat a-Quran
yang pendek berbagai baris.
Amalan pembacaan al-Quran melibatkan kemahiran lisan, kelancaran bacaan, kemahiran
fasohah, pembacaan bertajwid dan bacaan tadwir dan tartil (KPM, 2004). Masalah
ketidakupayaan pelajar membaca al-Quran dalam kalangan pelajar Islam sama ada di sekolah
rendah, menengah dan IPTA dan IPTS merupakan masalah yang wujud sejak sekian lama.
Menurut Mohd Faisal, Zawawi & Rahimi (2008) menjelaskan bahawa sehingga hari ini masih
ada kebanyakan umat Islam di Malaysia di peringkat dewasa yang mengenali huruf-huruf
hijaiyyah tetapi tidak boleh membaca al-Quran atau boleh membaca tetapi tidak lancar malah
ada yang langsung tidak mengenali huruf-huruf al-Quran.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendapati bahawa ramai pelajar Islam lepasan
sekolah rendah tidak tahu membaca al-Quran apabila mereka berada di sekolah menengah malah
tidak ada usaha-usaha mereka untuk mempelajari al-Quran apabila mereka dewasa (Pusat
Perkembangan Kurikulum KPM, 2004). Maimunah (1995) dalam kajiannya tentang kemahiran
membaca al-Quran dalam kalangan murid Tingkatan 1, mendapati bahawa keseluruhan tahap
penguasaan pembacaan al-Quran murid Tingkatan 1 masih berada di tahap kurang memuaskan.
Satu Kajian Kes Mengenai Penguasaan Membaca Al-Quran Guru Pelatih MPBP Dari
Kelantan telah dilakukan oleh Jabatan Pengajian Islam (1995) ke atas guru-guru pelatih MPBP
yang lemah dalam pembacaan al-Quran adalah membimbangkan. Kelemahan-kelemahan ini
disebabkan oleh faktor pembelajaran dan pengajaran al-Quran yang dialami responden semasa

kecil. Kajian ini melibatkan 50 orang guru pelatih dari Kelantan di MPBP. Responden dipilih
dari Kelantan kerana sebahagian besar pelajar-pelajar Islam di MPBP berasal dari Kelantan.
Responden terdiri daripada pelajar semester satu (28 orang), semester dua (11 orang) dan
semester empat (11 orang) manakala pelatih dari semester tiga dan lima tidak dipilih kerana
sedang menjalani latihan praktikum. Analisis data bagi kajian dijalankan secara kuantitatif dan
kualitatif. Pelajar diberi borang kaji selidik dan selepas itu mereka ditemuduga. Bagi mendapat
maklumat tentang penguasaan pembacaan al-Quran, setiap orang akan diminta membaca alQuran dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Semua maklumat dianalisis dengan taburan kekerapan
dan peratus.
Menurut kajian Aminah Idris (1997) yang bertajuk Penilaian Program Tilawah alQuran Sekolah Menengah Rendah menjelaskan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai minat
dan sikap yang sederhana terhadap program Tilawah al-Quran malah program tersebut masih
belum Berjaya mengubah sikap pelajar menghayati nilai-nilai Islam sepenuhnya. Responden
terdiri daripada 16 orang guru agama dan 160 pelajar yang dipilih secara rawak daripada empat
buah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah
kualitatif. Data yang dikumpulkan dianaisis dengan menggunakan statistik kekerapan, peratusan
dan min.
Amir Awang (1986) menjelaskan bahawa ketiadaan minat, letih serta gangguan fikiran
adalah di antara beberapa sebab pelajar tidak mempunyai konsentrasi yang baik. Malah Mohd
Fauzan (2006) mendapati bahawa sukatan tilawah al-Quran dalam subjek Pendidikan Islam
merupakan bidang yang tidak popular dan tidak digemari oleh kebanyakan pelajar. Ini berlaku
kerana kesukaran dan kurang minat pelajar terhadap pembacaan al-Quran dan seterusnya
menjadikan bidang tilawah ini terabai dan gagal dikuasai. Antara kelemahan yang ketara yang
sering dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah penguasaan fasohah, makhraj huruf dan tajwid.
Kegagalan menguasai kemahiran-kemahiran ini menyebabkan pelajar tidak dapat membaca alQuran dengan baik dan tidak lancar serta kurang minat membacanya.
Fazlina binti Fadzil (2012) telah menjalankan Kajian Pengamalan Dan Kesedaran
Pembacaan Al-Quran Dalan Kalangan Pelajar Muslim Politeknik Port Dickson Negeri
Sembilan menunjukkan bahawa tahap pengamalan pembacaan al-Quran dalam kalangan pelajar
di politeknik tersebut masih di tahap sederhana walaupun tahap kesedaran adalah sangat baik.
Kajian ini mempunyai dua skop utama iaitu tahap pengamalan dan tahap kesedaran pelajar
tentang pembacaan al-Quran. Ia telah melibatkan seramai 93 orang pelajar muslim daripada
semester satu, dua, tiga dan enam yang meliputi empat jabatan induk di politeknik berkenaan.
Dapatan kajian telah dianalisis secara kuantitatif yang diambil daripada data soal selidik.
Muhammad Farhan Ismail et.al (2010) yang menjalankan Kajian Pembacaan Surah AlFatihah Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak mendapati bahawa ramai pelajar
gagal menguasai pembacaan al-Quran khususnya surah al-Fatihah. Kajian tersebut telah
dijalankan ke atas 100 orang pelajar Politeknik Kuching sebagai responden yang dipilih secara
rawak. Kajian beliau mendapati 57% pelajar tidak mampu membaca surah al-fatihah dengan

fasohah dan 63% lemah dalam penguasaan ilmu tajwid. Kajian itu juga menyatakan beberapa
cadangan berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada guru-guru agama
dalam usaha mempertingkatkan kemahiran pembacaan al-Quran dalam kalangan pelajar.
Mohd Aderi bin Che Noh (2004) berjudul Celik Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan Satu Di Zon Pudu Kuala Lumpur menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara celik al-Quran dengan jantina, tempat tinggal dan pendapatan keluarga.
Manakala analisis tentang hubungan antara celik al-Quran dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya didapati faktor strategi, motivasi dan minat mempunyai hubungan yang tidak
signifikan dengan celik al-Quran. Walau bagaimanapun faktor-faktor lain seperti faktor konsep
kendiri, kemahiran dan persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan celik alQuran dalam kalangan pelajar. Kajian ini telah dijalankan di lima buah sekolah menengah di Zon
Pudu yang melibatkan 100 orang pelajar tingkatan satu dipilin secara rawak sebagai responden.
Alat ukuran yang digunakan ialah soal selidik,ujian tilawah dan temu bual. Data-data dianalisis
melalui windows SPSS yang menggunakan statistic deskriptif dan inferensi seperti frekuensi,
peratusan, min, sisihan piawai, kolerasi Pearson, Ujian t dan ANOVA sehala. Keputusan kajian
menunjukkan pencapaian celik al-Quran berdasarkan tahap skor min adalah berada pada tahap
sederhana dan tahap skor min faktor strategi menunjukkan tahap skor yang tertinggi berbanding
dengan faktor-foktor lain yang hanya pada tahap sederhana.

4.0

Methodologi Kajian

Penyelidikan ini berbentuk kuantitatif dari sudut analisis data daripada sampel yang
diambil menerusi soal selidik. Oleh itu, bab ini akan menerangkan secara terperinci proses yang
akan dilakukan dari pemilihan, pengumpulan dan penentuan data dan kaedah analisis yang
dilakukan ke atas data-data yang terkumpul. Pengumpulan data kuantitatif melalui soal selidik
yang dilakukan ke atas pelajar diploma tahun akhir Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
(PSMZA) yang berjumlah 648 orang pelajar. Dalam kajian ini, penyelidik juga menggunakan
pendekatan kaedah kualitatif iaitu melalui temubual terhadap beberapa orang responden yang
ditentukan. Secara keseluruhannya, populasi ini berjumlah 648 orang pelajar yang mengikuti
empat jenis kelompok program yang diambil iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma
Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Teknologi Maklumat dan
Sains Komputer.
Pelajar-pelajar ini dipilih berdasarkan pembolehubah jantina, aliran sekolah asal, bidang
pengajian di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), dan pencapaian mata pelajaran
agama Islam pada peringkat SPM bagi mengkaji sejauhmana perbezaan dapatan penyelidikan.
Penyelidik telah mensasarkan ke semua jumlah populasi iaitu 548 orang pelajar diploma
tahun akhir untuk menjadi responden. Namun selepas borang soal selidik diedarkan sebanyak
420 responden sahaja yang telah memberikan kerjasama dan setelah disaring, penyelidik hanya
mengambil sebanyak 411 sampel borang soal selidik sahaja bagi tujuan penyelidikan. Jumlah ini

sudah memadai menurut model persempelan yang digunakan dalam analisis statistik
penyelidikan-penyelidikan sains sosial yang lain.

5.0

Dapatan Kajian

Dapatan kajian ialah hasil daripada analisis data yang diperolehi menerusi metodologi
penyelidikan yang digunapakai dalam kajian ini. Ia mengcakupi demografi responden dan itemitem soal selidik yang diedarkan melalui borang soal selidik.
5.1

Demografi Responden

Peratus keputusan bagi semua demografi adalah seperti di dalam Jadual 4.2 yang berikut:
Jadual 4.1 : Peratusan bagi demografi responden.
Bil
1

Perkara
Jantina

Umur

Jabatan

Negeri

Kekerapan

Peratus %

Lelaki

191

46.5

Perempuan

220

53.5

Jumlah (N)

411

100

19-20 Tahun

226

55

21-22 Tahun

96

23.4

23-24 Tahun

63

15.3

25< Tahun

26

6.3

Jumlah (N)

411

100

JKA

64

15.6

JKM

142

34.5

JKE

93

22.6

JTMK

112

27.3

Jumlah (N)

411

100

Terengganu

164

39.9

Kelantan

78

19

Pahang

12

2.9

Pulau Pinang

11

2.7

Selangor

50

12.2

Kuala Lumpur

33

Johor

32

7.8

Negeri Sembilan

1.9

Perlis

Perak

15

3.6

Kedah

0.7

Melaka

0.2

411

100

Jumlah (N)

PAI - SPM

5.2

Sekolah

A+

67

16.3

105

25.5

A-

100

24.3

B+

89

21.7

40

9.7

C+

1.9

0.5

Jumlah (N)

411

100

SMK Biasa

362

88.1

SMK Agama

49

11.9

Jumlah (N)

411

100

Latar Belakang Asas Pengajian Al-Quran Responden

Hasil kajian terhadap latar belakang asas pengajian al-Quran responden ditunjukkan seperti di
dalam Jadual 5.2 berikut :
Jadual 5.2 : Peratusan bagi latar belakang asas pengajian al-Quran responden.
Bil

Perkara

Kebolehan

Belajar membaca dari

Khatam

Kekerapan khatam

Miliki naskhah al-Quran

Kekerapan

Peratus %

Baik

188

45.7

Kurang lancar

212

51.6

Tidak tahu baca

11

2.7

Jumlah (N)

411

100

Ustaz / Ustazah

261

63.5

Ibu bapa

120

29.2

Rakan

18

4.4

Lain-lain

12

2.9

Jumlah (N)

411

100

Pernah

297

72.2

Tidak pernah

114

27.7

Jumlah (N)
Sekali

411

100

189

63.6

Dua kali

58

19.5

Tiga kali

39

13.1

Empat kali

Lima kali

1.7

Jumlah (N)

297

100

Ya

351

85.4

Tidak

60

14.6

Pernah belajar tajwid

Cara belajar tajwid

Tempat belajar tajwid

Boleh hafaz surah lazim

Jumlah (N)

411

100

Ya

387

94.2

Tidak

24

5.8

Jumlah (N)

411

100

Sepenuh masa

67

17.3

Sekali-sekala

320

82.7

Jumlah (N)

387

100

Sekolah pondok

37

9.6

Sekolah agama / kafa

238

61.5

Rumah tok guru

92

23.8

CD / tape / laman youtube

20

5.2

Jumlah (N)

387

100

1-5 surah

213

51.8

6-10 surah

134

32.6

11-15 surah

44

10.7

16-20 surah

20

4.9

Jumlah (N)

411

100

5.3
Latar Belakang Pengajian Al-Quran Responden Di Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin (PSMZA)
Peratusan bagi pengalaman pengajian al-Quran responden di PSMZA ditunjukkan seperti jadual
5.3 berikut :
Jadual 5.3 : Peratusan bagi pengalaman pengajian al-Quran responden di PSMZA
Bil

Perkara

Bentuk pendedahan

Kekerapan
187
43
154
27

Peratus %
45.5
10.5
37.5
6.6

Jumlah (N)
Kelas / kuliah
Pusat Islam
Rakan
Lain-lain

411
191
131
59
30

100
46.5
31.9
14.4
7.3

Jumlah (N)
Ya
Tidak
Kurang pasti

411
162
155
94

100
39.4
37.7
22.9

Hafal surah pendek


Pengajian ilmu tajwid
Bacaan berguru
Lain-lain

Tempat terima

Berpuas hati

Kekerapan
membaca

Sebab lemah

Jumlah (N)
Kerapkali
Sekali-sekala
Jarang sekali
Tidak pernah

411
68
194
102
47

100
16.5
47.2
24.8
11.4

Jumlah (N)
Kurang galakan keluarga
Malas dan tiada minat

297
48
154
209

100
11.7
37.5
50.9

Tidak

411
277
134

100
67.4
32.6

Jumlah (N)

411

100

Tiada masa
Jumlah (N)
Ya

5.6

Terjemahan bacaan

Persepsi Pelajar Terhadap Keupayaan Diri Dalam Pembacaan Al-Quran

Peratusan tahap keupayaan diri pelajar PSMZA dalam pembacaan al-Quran dapat ditunjukkan
seperti jadual 5.6 berikut :
Jadual 4.6 : Peratusan (%) bagi tahap keupayaan diri dalam pembacaan al-Quran.
Bil
1

6
7

Perkara
Saya berkebolehan
mengenal huruf hijaiyyah
(huruf al-Quran).
Saya berkebolehan
menyebut huruf hijaiyyah
mengikut makhraj (tempat
keluar huruf) yang betul.
Saya berkebolehan
menyebut kalimah alQuran.
Saya berkebolehan
menyebut kalimah alQuran yang bersambung.
Saya berkeupayaan
mengenal tanda-tanda
bacaan yang terdapat di
dalam al-Quran.
Saya mempunyai
pengetahuan tentang
hukum tajwid.
Saya berkebolehan
membaca al-Quran

Amat
Lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Amat
baik

Jumlah

6.3

13.4

35

30.7

14.6

100

2.9

19.5

35.5

32.8

9.3

100

3.4

11.7

28.2

43.8

12.9

100

2.2

8.8

28.2

47.7

13.1

100

3.2

10.9

36

39.7

10.2

100

3.4

17

45

30.7

3.9

100

5.4

17.8

41.4

29.9

5.5

100

mengikut hukum tajwid


yang betul.
8

10

Saya mempunyai
pengetahuan lagu dan
suara dalam pembacaan alQuran.
Saya berkebolehan
membaca al-Quran dengan
berlagu.
Saya yakin dapat membaca
Surah al-Fatihah dengan
betul.
Jumlah
Jumlah purata

7.3

20.9

41.6

26.8

3.4

100

7.8

24.8

40.4

21.2

5.8

100

3.6

8.5

25.8

35.3

26.8

100

45.5
4.55

153.3
15.33

357.1
35.71

338.6 105.5
33.86 10.55

1000
100

5.7

Perbandingan Tahap Keupayaan Pembacaan Al-Quran Dari Aspek Aliran Sekolah


Terakhir
Jadual 4.8 : Perbandingan tahap keupayaan pembacaan al-Quran dari aspek aliran sekolah
terakhir
Perkara
Hijaiyyah

Hijaiyyah2

Kalimah
Kalimah2

T.Baca

Hukum

B.Tajwid
T.Lagu
B.Lagu
Fatihah

Mean

Std.
Deviation

Std. Error
Mean

Sek Men Biasa

362

3.3398

1.04895

.05513

Sek Men Agama

49

3.3265

1.29724

.18532

Sek Men Biasa

362

3.2293

.92961

.04886

Sek Men Agama

49

3.4898

1.22683

.17526

Sek Men Biasa

362

3.5193

.93614

.04920

Sek Men Agama

49

3.4490

1.22579

.17511

Sek Men Biasa

362

3.6160

.85456

.04491

Sek Men Agama

49

3.5510

1.19131

.17019

Sek Men Biasa

362

3.4116

.89886

.04724

Sek Men Agama

49

3.5510

1.11917

.15988

Sek Men Biasa

362

3.1298

.83367

.04382

Sek Men Agama

49

3.2653

1.07578

.15368

Sek Men Biasa

362

3.0746

.92516

.04863

Sek Men Agama

49

3.5102

1.04328

.14904

Sek Men Biasa

362

2.9475

.92368

.04855

Sek Men Agama

49

3.2245

1.12297

.16042

Sek Men Biasa

362

2.8812

.97885

.05145

Sek Men Agama

49

3.2449

1.10925

.15846

Sek Men Biasa

362

3.7541

1.05147

.05526

Sekolah

Jumlah

Jumlah Purata

Sek Men Agama

49

3.5510

1.11917

.15988

Sek Men Biasa

362

32.9033

9.38096

.49305

Sek Men Agama

49

34.1633

11.53079

1.64726

Sek Men Biasa

362

3.29

0.93

0.04

Sek Men Agama

49

3.41

1.15

0.16

Kesemua data penyelidikan sama ada data yang diperolehi soal selidik atau data yang
diperolehi menerusi temubual telah dianalisa di dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian ini
merupakan obejektif penyelidikan yang disarankan dan hipotesis penyelidikan juga telah
terjawab menerusi ujian-ujian yang dilakukan ke atas item-item soal selidik yang terpilih.

6.0

Kesimpulan

Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar tahun akhir di PSMZA


mempunyai latar belakang asas pengetahuan al-Quran dan boleh membaca al-Quran walaupun
ada sebahagian daripada mereka tidak lancar dalam pembacaan. Begitu juga dengan pengetahuan
tentang kalimah-kalimah al-Quran dan maklumat tanda-tanda bacaan. Namun didapati mereka
juga kurang menguasai kemahiran atau pengetahuan yang lebih tinggi seperti kemahiran dalam
ilmu tajwid, maklumat tentang suara dan tarannum.
7.0

Rujukan

al-Quran al-Karim, (1994), Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran,


Terengganu : Yayasan Terengganu, cet. 11.
al-Hadith. (1990). Sunan al-Tirmizi, no 2835, juz 10, ms 153.
al-Qarni, Aidh Abdullah (Dr), (2005), Hidangan al-Quran, Kuala Lumpur : Jasmin Enterprise.
al-Qattan, Manna Khalil, (1973), Mabahith fi Ulum al-Quran, Kaherah : Mansurah al-Asr alHadith.
Ab. Halim Tamuri, Khatijah Abdul Razak, sharing Awaluddin, kamarulzaman Abdul Ghani &
Mohd Aderi Che Noh. (2006). Kajian amalan pengajaran pendidikan Islam di seolah
rendah dan menengah. Prosiding Seminar IRPA RMK-8, Kategori ERK 2006, Jilid
11. Bangi : UKM.
Abdul Raof Dalip. (1993). Teknik pengajaran dan pembelajaran agama Islam di sekolah
menengah.UKM : Bangi.
Ahmad Badawi Abdullah & Ashraf Ismail. (2006). Pengantar qiraat dan hafazan. Pusat
Kembangan Pendidikan UKM, Bangi.
Ahmad Rozaini Ali Hasan, Sharifah Anom Omar & Wan Ariffin Wan Yon. (2009). Kemahiran
membaca al-quran di kalangan pelajar-pelajar UiTM Sarawak. Research
Management Institute, UiTM Shah Alam.

Aminah Idris, (1997), Penilaian Program Tilawah al-Quran Sekolah Menengah Rendah, UKM :
Bangi.
Amir Awang. (1986). Teori-teori pembelajaran. Penerbit UUM : Sintok, Kedah.
Awang Had Salleh. (1986). Kaedah kaunseling yang kemaskini. kertas kerja yang dibentangkan
di Seminar ke 2 Kaunseling USM : Pulau Pinang.
Azarudin Awang, Azman Che Mat & Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakob. (2010), Tahap
Pembacaan al-quran dalam kalangan pelajar di UiTM Terengganu, Research
Management Institute (RMI), UiTM : Shah Alam.
Fazlina Fadzil & Nurulazidah Jaafar (2012). Kajian pengamalan dan kesedaran pembacaan alquran dalam kalangan pelajar muslim Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan.
Prosiding Seminar Pendidikan Politeknik 2012.
Ishikawa. K., (Lu. D. J. Trans.)(1985). What is total quality control?. Prentice-Hall Inc.,
Englewood Cliffs : NJ.
Jabatan Pengajian Agama Islam, (1995), Satu Kajian Kes Mengenai Penguasaan Membaca alQuran Guru Pelatih MPBP Dari Kelantan. Kota Bharu : Kelantan.
Maimunah Ismail, (1995), Kemahiran Membaca al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan 1 :
Satu Kajian Kes, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Mohammad Naim Mat Salleh. (2003), Pencapaian Tilawah al-Quran Melalui Penggunaan
Kaedah Iqra di Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu, Terengganu,
Bangi : UKM.
Mohd Aderi bin Che Noh. (2004), Celik al-Quran Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu Di Zon
Pudu Kuala Lumpur, Bangi : UKM.
Mohd Abbas Abdul Latiff & Farihatun Nadia Yaakob.(2010). Persepsi pelajar terhadap
program membudayakan al-quran dalam meningkatkan tahap keupayaan pembacaan
al-quran mengikut hukum tajwid : satu kajian di SMK Dato Bentara Luar. Prosiding
Seminar Pendidikan 2010 UTM Skudai.
Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi, (2009), Persepsi Pelajar Terhadap Amalan
Pengajaran Tilawah Al-Quran, Jurnal Pendidikan Malaysia, Bangi : UKM.
Mohd Alwi Yusoff, Adel M Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed. (2003). Keberkesanan Iqra
Sebagai Kaedah Pembelajaran Membaca Al-Quran. Prosiding Isu Semasa Pengajian
Quran Dan Sunnah. KUIM : Nilai.
Mohd Faisal, Zawawi & Rahimi, (2008), Celik al-Quran : Cabaran Dan Realiti Dalam
Pendidikan Islam Di Sekolah, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah dan kaedah pendidikan al-quran. Kuala Lumpur :
Universiti Malaya.
Mohd Zainul Arifien bin Mohd, (2006), Kaedah Pembelajaran Tajwid dan Hafazan al-Quran,
Fakulti Pendidikan, UKM.
Muhammad Farhan Ismail & Siti Nurfarhana Zakaria. (2010). Kajian pembacaan surah alfatihah di kalangan pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Prosiding Seminar
Transformasi Pendidikan Teknikal (myTEDT10).

Muhammad Fauzan Abdul Wahid. (2006). Meningkatkan kemahiran membaca al-Quran


menerusi latihan amali & tasmik al-Quran. Institut Perguruan Bahasa-bahasa
Antarabangsa : Kuala Lumpur.
Mushgrove, Frank. (1965). Youth and social order. United States : Indiana University Press.
Nasir & Rubiyah, (1997), Tahap Penguasaan Bacaan al-Quran Di Kalangan Guru Pelatih
Bukan Pengkhususan Pengajian Islam, Alor Setar : Institut Perguruan Darul Aman.
Pank, Walter, (1976), How To Study in College, Boston : Houghton Mifflin Company.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Penilaian kendalian
sekolah. KPM : Kuala Lumpur.
Ramlan Ahmad, (2000), Kemahiran Membaca al-Quran dan Jawi Pelajar-pelajar Tingkatan
Satu Sekolah Berasrama Penuh : Satu Kajian Kes, UKM : Bangi.
Zaharah Bahari, (2007), Amalan Membaca al-Quran di Kalangan Pelajar sekolah Menengah
Daerah Port Dickson, UKM : Bangi.