Anda di halaman 1dari 3

SEE WEE SAN 7PISMP BC/PJ/PM 2

NYATAKAN PERINGKAT BIMBINGAN KELOMPOK DAN JELASKAN


SECARA RINGKAS BAGAIMANA IA DIJALANKAN.
Persekitaran dan budaya banyak mempengaruhi corak kehidupan sesuatu
kelompok. Pada asasnya kelompok membawa makna ahli-ahli yang berada dalam
kumpulan kecil atau individu-individu yang dihimpunkan dalam satu kumpulan. Bagi
Rogers (1967), kaunseling kelompok adalah merujuk kepada orientasi masalah dan
proses memulihkan seseorang mengikut kehendak ramai atau keputusan secara
umum. Kaunseling ini amat bersesuaian dengan individu yang mengalami
kesukaran, tidak puas hati atau bermasalah dalam tingkahlakunya. Manakala
menurut Gibson dan Mitchell (1981), kaunseling kelompok membawa maksud satu
proses dalam membantu klien menyesuaikan diri dengan perkara-perkara seharian
yang berkaitan perkembangan dan bagaimana memperbaiki perkembangan itu.
Pembaikan ini meliputi aspek tingkahlaku, hubungan peribadi, mengambil perhatian
berkaitan hal-hal jantina, nilai-nilai, sikap serta cara memilih kerjaya dan kemahiran
yang dibina.
Matlamat

utama

bimbingan

kelompok

adalah

murid

dibantu

untuk

peningkatan akademik dan interaksi diwujudkan di kalangan individu secara positif


dan berkesan. Pengurangan krisis dalam diri dan masalah-masalah disiplin yang
timbul melalui program pencegahan peringkat awal yang diwujudkan. Suasana yang
ceria dan seronok diwujudkan, budaya ilmu dijadikan sebahagian amalan harian
murid-murid, memberi kesedaran bahawa setiap murid adalah insan yang bersifat
sosial. Mereka perlu berganding bahu antara satu sama lain untuk membangunkan
sesebuah Negara.
Bimbingan kelompok juga lebih mementingkan suara majoriti, namun
demikian ada juga individu yang berani menyuarakan ideanya dan dipersetujui
semua orang dalam kumpulan. Individu-individu dalam kumpulan kelompok ini lebih
mempercayai rakan-rakannya daripada kaunselor (Cartwright dan Zander, 1953). Hal
ini kerana adanya jalinan perhubungan yang baik di antara mereka. Pelaksanaan
bimbingan kelompok di peringkat sekolah rendah memerlukan kematangan fikiran
dalam menjana idea. Peringkat umur yang sesuai adalah dalam lingkungan antara
10 hingga 12 tahun atau murid yang berada di tahap dua. Pemilihan umur dalam
lingkungan demikian adalah kerana kanak-kanak di peringkat umur ini dikira sudah
matang. Malah dari segi aspek perkembangan emosi, murid-murid ini dianggap
boleh memahami perasaan orang lain berdasarkan apa yang telah dilalui atau

SEE WEE SAN 7PISMP BC/PJ/PM 2


komunikasi di antara rakan serta masyarakat sekeliling. Hasil pemahaman ini, muridmurid ini akan lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
Seseorang kaunselor perlu menguasai kemahiran profesional dengan
lengkap untuk menangani sesi bimbingan kelompok. Bimbingan kelompok adalah
satu bentuk kaunseling yang mencabar dan bersifat dinamik. Kumpulan bimbingan
ini terdiri dari lima hingga lapan orang di bawah bimbingan guru kaunselor. Dalam
bimbingan kelompok ini murid berkongsi masalah yang sama, berinteraksi dengan
orang lain secara konsisten dan mengenali satu sama lain. Interaksi ini meliputi
perbincangan masalah yang dihadapi dan berkongsi pengalaman. Melalui interaksi,
perbincangan dan kemudahan atau bantuan dari kaunselor masalah dihadapi dapat
diselesaikan oleh murid berkenaan. Bimbingan kelompok ini sangat berguna untuk
pembelajaran kendiri dan memberi pendedahan kepada murid berkongsi cara-cara
yang berlainan dan tindakan yang diambil oleh rakan-rakan dalam kumpulan.
Kebaikan yang didapati dalam bimbingan kelompok terhadap murid ialah
memberi kekuatan dan bersifat lebih terbuka serta lebih kuat dan berkeyakinan,
menolong memahami diri sendiri sebagai individu dan memperkembangkan tahap
kesedaran emosi. Selain itu, kebaikan bimbingan kelompok ini juga dapat mengatasi
manfaat yang diperolehi semasa sesi kaunseling individu seperti murid-murid dapat
mendengar dan belajar daripada pengalaman dan idea rakan-rakan sebaya. Secara
tidak langsung akan mewujudkan komitmen dan semangat kekitaan terhadap
kumpulan hasil perkongsian pengalaman, masalah dan idea-idea yang hamper
sama. Seterusnya, memberi manfaat kepada murid membantu diri dan rakan sebaya
dengan pembinaan hubungan dalam kumpulan. Membentuk kefahaman mengenai
individu-individu lain dalam kumpulan dan memahami serta membantu diri sendiri.
Hal ini dilakukan melalui proses memberi dan menerima maklum balas juga
merupakan faedah yang diperolehi hasil dari sesi bimbingan kelompok.
Bimbingan kelompok ini mendapat perhatian kerana di kalangan para guru
pembimbing dan kaunselor kerana pelaksanaannya yang amat berkesan dalam
memberi kesedaran kendiri, mewujudkan rasa

lebih bertanggungjawab bagi

seseorang individu. Selain itu, melalui bimbingan kelompok ini, dapat meningkatkan
keyakinan diri, menonjolkan potensi diri, malah dapat memajukan diri dan memberi
bantuan kepada individu lain yang memerlukan. Bimbingan kelompok ini juga dapat
menjadikan seseorang individu itu berjaya mengubah sikap atau tingkahlaku diri
sendiri serta individu lain dengan mengaplikasikan kemahiran, keyakinan dan bakat

SEE WEE SAN 7PISMP BC/PJ/PM 2


yang ada pada dirinya sendiri. Justeru, bimbingan kelompok ini juga dilihat
bagaimana sesuatu masalah ditonjolkan dan setiap individu yang berada dalam
kelompok ini bekerjasama untuk cuba menyelesaikan masalah dengan perbincangan
dan percambahan idea-idea kumpulan.
Bimbingan kelompok ini meliputi perkhidmatan bagaimana sesuatu aktiviti
bimbingan kelompok dan tunjuk ajar dirancang dan diselaraskan. Tujuan aktiviti ini
dirancang dan diselaraskan adalah untuk memperkembangkan dan menyuburkan
konsep kendiri yang bersifat kognitif, afektif, psikososial, jasmani, vokasional dan
pengetahuan dan penghayatan agama. Tujuan bimbingan kelompok ini disediakan
untuk menyesuaikan murid-murid dengan masalah disiplin yang dihadapi, pelajaran
dan sosial hasil dari cadangan murid-murid dari semasa ke semasa. Selain itu
bimbingan kelompok juga dapat membantu murid-murid menghadapi peperiksaan
seperti SRP, SPM dan STPM. Perkhidmatan ini adalah untuk membimbing muridmurid yang bermasalah mempelajari subjek-subjek tertentu yang diambil untuk
peperiksaan.
Bimbingan kelompok amat memainkan peranan dalam perkembangan dan
pencapaian murid-murid dalam pembelajaran. Seseorang guru perlu mempunyai
kemahiran-kemahiran ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar. Kemahiran-kemahiran ini penting bagi mengesan masalahmasalah yang dihadapi murid dapat dicegah dan ditangani di peringkat awal.
Sekiranya masalah-masalah sosial, akademik dan kendiri dibiarkan berterusan dan
tiada bimbingan dan pemantauan oleh pihak sekolah, murid-murid ini akan hilang
arah tujuan serta rosak masa depan. Malah, ia akan menjadi barah yang akan
menyebabkan generasi muda kehilangan identiti, kecelaruan emosi, kurang
keyakinan dan sentiasa hilang semangat, kebosanan dan lain-lain. Tidak mustahil
situasi ini akan memberi kesan yang negatif kepada Negara apabila munculnya
generasi pelapis yang tiada jati diri, malas berfikir, tidak berketrampilan, tiada daya
kepimpinan, tidak bersemangat waja dan hilang semangat patriotik kelak.

Anda mungkin juga menyukai