Anda di halaman 1dari 23

Topik X

Perancangan
Kewangan
Peribadi dan
Usahawan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menerangkan makna perancangan kewangan;

r 2.

Menjelaskan kepentingan mempunyai matlamat kewangan peribadi


dalam membuat perancangan kewangan;

3.

Mengira nilai bersih (net worth) individu yang berkaitan dengan


kunci kira-kira peribadi (personal balance sheet);

4.

Menyediakan bajet untuk perancangan kewangan peribadi dan


kenyataan aliran tunai (cash flow statement) untuk memantau aliran
tunai;

5.

Mengenal pasti tanda-tanda seseorang


menghadapi masalah kewangan; dan

6.

Menghuraikan apa yang boleh dilakukan untuk menghindari atau


menyelesaikan masalah kewangan.

individu

itu

sedang

PENGENALAN

Bila kita merancang dengan baik, kita sudah sampai separuh jalan dalam
mengejar kejayaan. Prinsip ini adalah relevan kepada usahawan dalam
merancang kewangan peribadi. Sebagai seorang usahawan, anda mempunyai
pilihan sama ada untuk membuat perancangan kewangan peribadi ataupun
tidak. Jika anda membuat perancangan ini dan anda lakukannya dengan betul, ia
akan memanfaatkan keadaan kewangan anda. Topik ini akan memberikan anda

122

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

pengetahuan asas tentang perancangan kewangan peribadi dan perkara lain


yang berkaitan dengannya. Mari kita lihat bersama.

9.1

PERLUNYA PERANCANGAN KEWANGAN


PERIBADI

Pada fikiran anda, kenapakah kita memerlukan perancangan kewangan?


Jawapannya adalah perancangan kewangan mempunyai pengaruh ke atas masa
hadapan, cita-cita dan matlamat kita. Ia akan menentukan sama ada kita boleh
merealisasikan apa yang kita ingin capai dalam kehidupan kita contohnya
berkahwin, membeli sebuah kereta atau rumah, menimang anak dan merancang
pendidikan mereka.
Anda memerlukan perancangan kewangan yang betul untuk mencapai cita-cita
dan matlamat hidup anda. Ini melibatkan bagaimana anda membuat bajet,
menyimpan dan membelanjakan wang dari masa ke semasa.
Mengikut Persatuan Perancangan Kewangan, perancangan kewangan adalah
proses jangka panjang yang memerlukan anda untuk menguruskan kewangan
anda dengan bijak agar dapat mencapai matlamat dan cita-cita anda dan pada
masa yang sama, menangani masalah kewangan yang biasa dihadapi di setiap
peringkat hidup. Perlu diingati bahawa perancangan kewangan adalah sebuah
proses dan bukannya sebuah produk.

9.1.1

Langkah-langkah dalam Perancangan Kewangan

Tahukah anda langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuat


perancangan kewangan yang kukuh? Rajah 9.1 menunjukkan lima langkah
dalam perancangan kewangan.

Rajah 9.1: Lima langkah dalam perancangan kewangan

Kita akan membincang langkah-langkah ini dengan lebih lanjut dalam topik ini.


TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN W

123

SEMAK KENDIRI 9.1


1.

Apa yang anda faham tentang perancangan kewangan peribadi?

2.

Pada fikiran anda, apakah hubungan antara matlamat kewangan


peribadi dan peringkat-peringkat hidup seorang individu?

3.

Adakah anda faham mengapa ia penting untuk menilai kedudukan


kewangan anda sebelum menetapkan matlamat kewangan anda?


9.1.2

Faedah Perancangan Kewangan

Kebanyakan kita memikirkan bahawa perancangan kewangan adalah leceh dan


menghindarkan kita daripada melakukan perkara-perkara lain yang lebih
menyeronokkan. Jika anda hidup mengikut bajet, anda perlu menghentikan
aktiviti-aktiviti yang membawa keseronokan kepada anda, bukankah begitu?
Cubalah anda berfikir sejenak, jika anda biasa menjimatkan wang anda, akan ada
wang lebih untuk menghiburkan diri bersama kawan-kawan. 
Mungkin anda memerlukan bantuan untuk mengambil langkah yang pertama.
Jika anda mempunyai tabiat perancangan kewangan yang baik, anda pasti akan
mempunyai wang yang cukup untuk mengecapi keseronokan yang lebih di
masa hadapan!
Jika anda mempunyai waktu serta pengetahuan dan jika situasi kewangan anda
tidak terlalu rumit, mungkin anda boleh membuat perancangan kewangan anda
dengan sendiri. Dengan perancangan kewangan anda sendiri, anda akan:
(a)

Mempunyai lebih kuasa dalam hal kewangan anda dan boleh mengelakkan
daripada berbelanja terlalu banyak, mempunyai hutang yang tidak
terkawal, bangkrap atau bergantung kepada orang lain;

(b)

Mempunyai hubungan yang lebih baik dengan orang di sekeliling anda


contohnya keluarga, kawan dan rakan sekerja kerana anda gembira dengan
kehidupan anda dan tidak meminjam duit sana-sini untuk meneruskan
kehidupan atau mengharapkan orang lain untuk memberikan anda wang;

(c)

Bebas daripada kebimbangan tentang duit kerana anda sudah pun


merancang untuk masa hadapan, menganggarkan perbelanjaan anda dan
mencapai matlamat hidup anda; dan

(d)

Lebih efektif dalam memperoleh, menggunakan dan melindungi sumber


kewangan anda sepanjang hidup anda, bukan hanya untuk diri sendiri
tetapi juga untuk orang yang disayangi.

124

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Dalam erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang
baik, anda akan lebih berpengetahuan tentang keperluan masa hadapan anda
dan sumber yang anda miliki. Anda akan berasa tenang kerana tahu keadaan
kewangan anda berada dalam kawalan.

9.1.3

Peringkat Kehidupan dan Matlamat Kewangan

Sebagai seorang dewasa, anda akan melalui pelbagai peringkat kehidupan, dari
memulakan kerjaya sehingga bersara, dari zaman bujang sehingga berkahwin,
mempunyai anak dan kadangkala membujang sekali lagi. Dalam pelbagai fasa
ini, anda akan mempunyai keutamaan, tanggungjawab dan matlamat kewangan
yang berbeza-beza.
Setiap peringkat kehidupan anda mengemukakan peluang pelaburan dan
cabaran yang berlainan. Disiplin dan ketabahan berperanan penting dalam
pelaksanaan strategi kewangan yang boleh dipercayai. Sambil kehidupan anda
berubah, demikian juga keperluan dan matlamat anda. Perancangan kewangan
yang mantap akan membolehkan anda bersedia untuk menangani cabaran dan
perubahan dengan jayanya.
Apabila anda berusia dalam lingkungan 20-an, anda akan melihat wang dan
membelanjakannya secara berbeza berbanding dengan apabila anda berusia
dalam lingkungan 50-an. Sebagai contoh, semasa bujang, anda mungkin ingin
memiliki wang yang cukup untuk membuat bayaran muka sebuah kereta atau
bercuti bersama kawan-kawan. Selepas berkahwin, anda mungkin mahu
membeli sebuah rumah. Selepas itu, apabila anda mempunyai beberapa orang
anak, anda mungkin mahu merancang pendidikan mereka, malah juga
memulakan dana persaraan untuk diri sendiri.
Memandangkan keperluan anda berubah dari semasa ke semasa, keutamaan
kewangan anda akan juga berubah untuk memenuhi keperluan pada waktu yang
berlainan dalam hidup anda. Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda
sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda.
Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan melihat bagaimana anda mampu
mencapai matlamat kewangan anda. Walau bagaimanapun, adalah baik untuk
ditekankan di sini bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, anda perlu
menabung!


TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN W

125

SEMAK KENDIRI 9.2


1.

Berikan definisi perancangan kewangan.

2.

Jelaskan tiga manfaat perancangan kewangan.

3.

Pada fikiran anda, adakah matlamat kewangan peribadi berubah


mengikut peringkat hidup seseorang?


9.2

KUASA WANG

Adakah anda masih ingat apa yang dipelajari dalam subtopik sebelumnya? Kita
sudahpun membincangkan mengapa perancangan kewangan peribadi
diperlukan. Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana ia
membantu kita mencapai pelbagai perkara. Pernahkah anda dengar petikan
berikut?

Money is power, freedom, a cushion, the root of all evil, the sum of blessings.
(Wang adalah kuasa, kebebasan, pelindung, akar segala kejahatan, rumusan
segala rahmat).
Carl Sandburg

Adalah penting bagi kita untuk memahami peranan wang dari aspek
membolehkan kita berjaya dari segi kewangan. Pengetahuan kewangan adalah
penting kerana ia membolehkan kita membuat keputusan yang baik tentang
wang kita. Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan bagaimana untuk
menetapkan matlamat serta apakah matlamat penting  menyimpan wang untuk
kecemasan serta aset dan liabiliti: apa yang anda miliki dan hutang. Di samping
itu, kita juga akan melihat nilai bersih anda dan bagaimana untuk
menghitungnya.

9.2.1

Bagaimana Menetapkan Matlamat Anda

Tahukah anda bahawa menetapkan matlamat akan membolehkan anda


menguasai wang dan hidup anda? Ia adalah langkah pertama dalam mengatur
kewangan anda. Matlamat anda boleh merupakan matlamat jangka pendek atau
panjang, kecil atau besar, tetapi ia mesti merupakan matlamat yang boleh dicapai.
Bila menetapkan matlamat kewangan, anda perlu mengatur keutamaan anda
kerana tanpa mengetahuinya adalah susah untuk membentuk matlamat

126

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

kewangan yang memuaskan. Akan lebih senang untuk anda menetapkan


matlamat kewangan bila anda faham apa yang menjadi keutamaan bagi diri anda.
Bagaimanakah anda menetapkan matlamat anda? Cara terbaik adalah untuk
menulis matlamat kewangan anda. Hanya memikirkan tentangnya tidak
mencukupi. Anda akan melupakan matlamat yang telah anda tetapkan atau
tanpa disedari menukarkannya dalam fikiran anda. Menulis matlamat kewangan
akan menambahkan peluang anda untuk mencapainya.
Tulis matlamat kewangan anda dengan cara yang paling spesifik yang mungkin.
Apakah gunanya menulis Matlamat saya adalah untuk mempunyai duit yang
banyak dalam bank? Apakah erti duit yang banyak? Adakah ia RM50,000,
RM500,000 atau RM5,000,000? Tulis matlamat anda dengan spesifik dan dalam
bentuk yang boleh diukur. Pecahkan matlamat anda kepada jangka pendek,
jangka sederhana dan jangka panjang.
Contoh:
(a) Matlamat Jangka Pendek (kurang daripada setahun)
(i)
Menyimpan RM5,000 dalam enam bulan.
(ii) Membayar deposit untuk sebuah kereta baharu.
(b)

Matlamat Jangka Sederhana (satu hingga tiga tahun)


(i)
Membayar deposit RM20,000 untuk rumah pertama.

(c)

Matlamat Jangka Panjang (lebih daripada tiga tahun)


(i)
Menyimpan RM100,000 dalam lima tahun untuk akaun persaraan.

Anda boleh menggunakan Jadual 9.1 untuk menulis matlamat kewangan anda.

Jadual 9.1: Matlamat Kewangan
Matlamat Kewangan Saya
Jangka Pendek

Jangka Sederhana

Jangka Panjang

TOPIK 9

9.2.2

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN W

127

Matlamat Penting Simpan Wang untuk


Kecemasan

Apakah yang akan berlaku jika tiba-tiba anda tidak mampu membayar yuran
pendidikan anda? Adakah anda akan mengorbankan impian anda untuk
menggenggam segulung ijazah atau adakah anda akan menggunakan suatu
pelan kecemasan?
Dalam kehidupan ini, banyak ketidakpastian yang mungkin anda hadapi. Dari
kerosakan kecil pada kenderaan anda kepada kematian ketua keluarga, malang
memang tidak berbau.
Kejadian yang tidak disangka-sangka, sama ada malapetaka atau kemalangan,
boleh berlaku kepada anda atau ahli keluarga anda. Dalam kebanyakan situasi,
wang akan diperlukan. Adalah sangat penting untuk anda bersedia dengan alat
dan pengetahuan yang betul untuk situasi yang memerlukan anda untuk berfikir
pantas dan menangani masalah yang lazimnya anda tidak akan hadapi. Dana
kecemasan adalah salah satu alat yang boleh anda gunakan.
Bila anda menyenaraikan matlamat kewangan anda, menyimpan untuk dana
kecemasan patut dimasukkan sekali. Sebagai panduan am, simpan wang dalam
dana kecemasan anda untuk perbelanjaan kehidupan yang asas untuk sekurangkurangnya enam bulan. Paling bagus adalah menyimpan wang untuk 12 bulan.
Contohnya, jika anda memerlukan lebih kurang RM1,500 sebulan untuk
perbelanjaan hidup anda, termasuk bayaran tetap seperti pinjaman perumahan
atau sewa dan premium insurans serta bil elektrik dan air, anda harus
mempunyai sekurang-kurangnya RM9,000 dalam dana kecemasan anda
(RM1,500 x 6 bulan). Jika boleh, simpan RM18,000 dalam dana tersebut (RM1,500
z 12 bulan).
Mungkin susah untuk menyimpan wang yang sebegitu banyak bila anda mula
bekerja tetapi anda boleh membina simpanan tersebut sedikit demi sedikit. Anda
perlu ingat untuk menyimpan wang bagi dana kecemasan ini.

9.2.3

Aset dan Liabiliti: Apa yang Anda Miliki dan


Hutang

Dalam perancangan kewangan, anda perlu menilai di mana anda berada


sekarang dari segi kewangan iaitu apa yang anda miliki dan apa yang anda
hutang, berapa wang yang anda ada dan berapa wang yang tinggal selepas anda
membuat pelbagai bayaran.

128

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Bila membuat hitungan ini, dua jenis penyata kewangan peribadi adalah
berguna:
(i)

Kunci kira-kira; dan

(ii)

Penyata aliran tunai (dibincangkan dalam bahagian Asas Membuat Bajet


dalam topik ini).

Penyata ini akan membantu anda untuk:


(a)

Menyediakan maklumat tentang keadaan kewangan anda dan ringkasan


pendapatan dan perbelanjaan anda;

(b)

Mengukur prestasi anda dalam mencapai matlamat kewangan anda dalam


bentuk jangka pendek, sederhana dan panjang;

(c)

Menyimpan maklumat tentang aktiviti kewangan anda seperti pelaburan


dan corak perbelanjaan; dan

(d)

Menyediakan maklumat yang boleh digunakan untuk mengisi borang


cukai atau permohonan pinjaman bank.

Tahukah anda apa itu kunci kira-kira peribadi? Mari kita lihat definisinya:

Kunci kira-kira peribadi adalah kad skor kewangan anda, yang boleh anda
gunakan untuk menilai kedudukan kewangan anda dari semasa ke semasa.
Anda boleh merujuknya dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan
wang.

Kunci kira-kira anda melaporkan apa yang anda miliki dan apa yang anda
hutang:
(i)

Apa yang anda miliki (aset)  Contohnya wang tunai, simpanan, hartanah,
amanah saham atau saham syarikat.

(ii)

Apa yang anda hutang (liabiliti)  Contohnya semua jenis pinjaman, sama
ada pinjaman bank, keluarga atau kawan, serta hutang kad kredit dan
bayaran yang perlu dibuat seperti untuk sewa rumah dan bil utiliti.

Contoh kunci kira-kira peribadi diberikan di dalam Jadual 9.2. Anda boleh
gunakannya sebagai asas untuk menyediakan satu untuk diri anda. Kunci kirakira peribadi ini mempunyai nilai bersih positif kerana nilai jumlah aset lebih
tinggi daripada nilai jumlah liabiliti.




TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN W

129

Jadual 9.2: Kunci Kira-kira Peribadi


Butir

Aset
RM

Liabiliti
RM

Akaun Bank
Akaun simpanan

5,237

Akaun semasa

3,532

Akaun deposit tetap


Tunai

25,835
1,235

Harta
Pangsapuri

250,000

Rumah

Tanah

Barang kemas

7,695

Kereta

60,000

Pelaburan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

55,267

Amanah saham

15,982

Saham

Pinjaman Bank
Kad kredit

Pinjaman pelajaran

Pinjaman dari keluarga dan kawan

Sewa beli perabot dan perkakas elektrik

Jumlah

424,783

Nilai Bersih

170,491

9.2.4

254,292

Mengetahui Nilai Bersih Anda

Nilai bersih anda adalah jumlah aset tolak jumlah liabiliti anda. Anda akan
mempunyai nilai bersih positif jika milik anda lebih daripada hutang anda. Bila
ini berlaku, tahniah! Ini bermakna anda mempunyai kedudukan kewangan yang
sihat.

130

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Namun demikian, mempunyai nilai bersih yang tinggi tidak menjamin anda
tidak akan mempunyai masalah kewangan sampai bila-bila. Anda boleh
memiliki nilai bersih yang tinggi dan masih menghadapi kesusahan.
Bagaimanakah seorang yang mempunyai nilai bersih yang tinggi boleh
menghadapi masalah? Masalah timbul apabila aset yang ada itu bukan aset cair!
Bila aset tidak mudah ditukarkan kepada tunai, masalah boleh muncul. Mari kita
lihat bagaimana ini boleh berlaku.
Katakan anda mempunyai sebuah rumah sebagai aset (di mana anda tinggal)
tetapi anda tidak mempunyai tunai di dalam poket atau akaun bank anda dan
anda sudah tidak membayar hutang kad kredit anda. Masalah yang paling
menekan adalah apabila anda memerlukan wang untuk perbelanjaan harian.
Anda sudah hilang kerja dan tidak ada cara untuk mendapatkan walau seringgit
pun. Anda bercadang menjual rumah anda untuk mendapatkan duit bagi
perbelanjaan harian. Di sini terletak masalahnya  anda tidak boleh menjual
rumah anda dengan serta-merta. Oleh sebab ia bukan aset cair, ia tidak mudah
dijual. Mencari seorang pembeli akan memakan masa berbulan-bulan lamanya.
Tambahan lagi, ini rumah tempat tinggal anda sekeluarga. Tentu anda tidak
boleh menjualnya sehingga anda mempunyai tempat tinggal yang lain.
Adalah senang untuk membuat kesimpulan bahawa sihat dari segi kewangan
bererti mempunyai portfolio aset yang seimbang jadi anda tidak akan
kekurangan wang tunai pada bila-bila masa. Dengan cara ini anda boleh
memastikan bahawa kebebasan kewangan akan menjadi milik anda.
Bila anda berhutang lebih daripada yang anda miliki, anda mempunyai nilai
bersih negatif. Dalam situasi ini, anda tidak mampu membayar hutang anda bila
tiba masanya kerana anda tidak mempunyai cukup wang atau aset yang boleh
ditukarkan kepada wang tunai dengan mudah. Anda sebenarnya menghadapi
masalah kewangan dan mungkin menjadi bankrap.

Nilai bersih anda memberikan gambaran kedudukan kewangan anda pada
tarikh tertentu. Jangan anggap barangan bukan tunai anda sebagai tunai
kerana ia mungkin tidak senang dijual.


9.2.5

Menghitung Nilai Bersih Anda

Bagaimanakah kita boleh menghitung nilai bersih anda? Rajah 9.2 menunjukkan
lima langkah menghitung nilai bersih.

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN W

131


Rajah 9.2: Lima langkah menghitung nilai bersih anda

132

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Terdapat beberapa cara untuk menambahkan nilai bersih anda contohnya


menambahkan simpanan anda, mengurangkan perbelanjaan dan hutang anda
dan menjual sebahagian daripada aset dan barang milik anda yang tidak
menjana pendapatan.


AKTIVITI 9.2
Hitung nilai bersih diri anda.


9.3  ASAS MEMBUAT BAJET


Menyediakan bajet adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat anda  tidak
kira umur atau peringkat hidup anda. Ia merupakan pelan untuk wang yang
anda harap terima dan bagaimana anda harap untuk membelanjakannya.

9.3.1

Pelan Bajet dan Perbelanjaan

Dalam perancangan kewangan, adalah penting untuk menyediakan bajet. Hidup


mengikut bajet memerlukan disiplin yang tinggi tetapi ia akan membantu anda:
(a)

Hidup dalam lingkungan gaji bulanan anda;

(b)

Menyimpan wang;

(c)

Mencapai matlamat kewangan;

(d)

Bersedia untuk kecemasan kewangan; dan

(e)

Membina tabiat pengurusan kewangan yang baik di mana anda biasa


memantau aliran tunai dan nilai bersih anda.


Sediakan bajet anda pada permulaan setiap bulan atau pada hari anda
menerima gaji bulanan.

Bila anda menyediakan bajet peribadi:
(i)

Rujuk matlamat kewangan anda. Bandingkan bajet anda dengan matlamat


kewangan anda untuk melihat sama ada anda sedang mencapai matlamat
tersebut. Contohnya, jika anda mensasarkan untuk membayar wang muka
untuk membeli sebuah kereta dalam masa setahun, pastikan anda

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN W

133

membuat semakan bulanan untuk menentukan bahawa anda sedang


menyimpan duit untuk matlamat tersebut.
(ii)

Anggarkan pendapatan anda untuk tempoh bajet tersebut. Anggaran ini


meliputi gaji, komisen, elaun dan sumber wang lain.

(iii) Peruntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda untuk


simpanan anda (20-30% daripada pendapatan anda adalah lebih baik
kerana anda akan mewujudkan simpanan yang lebih besar untuk
persaraan anda).
(iv) Peruntukkan sebahagian wang untuk dana kecemasan anda.
(v)

Anggarkan perbelanjaan tetap (fixed expenses) untuk tempoh bajet. Ini


adalah perbelanjaan yang mesti dibayar atau dibelanjakan seperti sewa
rumah, bayaran ansuran pinjaman, bayaran kad kredit dan premium
insuran.

(vi) Anggarkan perbelanjaan tidak tetap (variable expenses) untuk tempoh


tersebut seperti petrol, barang runcit serta bil elektrik dan air.
(vii) Anggarkan perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan (discretionary
expenses) iaitu untuk perkara di mana anda boleh memilih sama ada untuk
membelanjakan wang ataupun tidak seperti hadiah, hobi, hiburan dan cuti.
Untuk menyediakan bajet yang berjaya, ingat perkara yang berikut:
x

Bersabar dan berdisiplin  Suatu bajet yang baik mengambil masa dan usaha
untuk disediakan. Jangan berputus asa sebab anda merasakan terlalu banyak
perkara yang perlu dilakukan!

Bersifat realistik  Jika pendapatan anda sederhana, jangan berharap untuk


menyimpan wang yang banyak dalam masa yang singkat.

Bersifat fleksibel  Akan ada perbelanjaan yang tidak dijangka dan


perubahan dalam harga barang runcit serta benda lain. Pinda bajet anda bila
perlu.

Peruntukkan sejumlah wang untuk menghiburkan diri  Misalnya, anda


mungkin ingin keluar dengan kawan-kawan atau menonton wayang.


Ingat: Sebuah bajet hanya akan berjaya jika anda mengikutinya!


134

9.3.2

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Memantau Aliran Tunai Anda

Menyediakan bajet peribadi anda bukan langkah terakhir dalam proses bajet.
Anda perlu memantau perbelanjaan sebenar anda setiap hari, terutama sekali ke
mana wang anda pergi. Istilah lain yang digunakan adalah mengurus aliran
tunai  aliran dana masuk dan aliran dana keluar bagi tempoh tertentu.

Rajah 9.3: Aliran dana masuk dan aliran dana keluar sebenar


Aliran dana masuk yang paling penting bagi anda mungkin adalah gaji anda
tetapi anda mungkin juga mempunyai pendapatan lain seperti pendapatan
perniagaan dan faedah yang diperolehi untuk simpanan dan pelaburan. Aliran
dana keluar adalah untuk perbelanjaan kehidupan, pinjaman dan komitmen
kewangan lain.
Jika anda mempunyai lebihan tunai, itu adalah hebat! Letakkan wang dalam
simpanan anda. Jika anda mempunyai defisit tunai, semak perbelanjaan anda.
Cuba tangguhkan sebarang pembelian atau pembayaran buat seketika. Cuba
jangan gunakan dana kecemasan anda kecuali jika benar-benar terpaksa. Jika
anda mesti juga menggunakan kad kredit, gunakannya sebagai jalan terakhir
kerana menggunakan kad kredit hanya akan menambahkan perbelanjaan anda
untuk bulan-bulan yang akan datang.
Dalam menyediakan bajet bulan yang berikut, gunakan baki bulan sebelumnya
sebagai asas.
Pastikan anda mengkaji semula dan meminda bajet dan pelan perbelanjaan anda
dari semasa ke semasa. Jika anda perlu mengurangkan perbelanjaan anda, lihat
perbelanjaan apa yang anda boleh elakkan. Antara lain anda boleh
mengurangkan perbelanjaan untuk makanan dan hiburan. Mungkin anda juga
perlu meminda matlamat kewangan anda jika ia tidak realistik untuk
pendapatan bulanan anda.


TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN W

135

Kunci kira-kira anda menunjukkan nilai bersih anda.

Bajet anda memberitahu berkenaan pendapatan, simpanan dan


perbelanjaan anda dalam usaha mencapai matlamat kewangan anda.

Penyata aliran tunai anda memberitahu jumlah tunai yang anda telah
terima dan belanjakan untuk tempoh tertentu.


Jadual 9.3 menunjukkan contoh penyata yang menggabungkan bajet peribadi
dan penyata aliran tunai. Dalam contoh ini, individu terlibat telah
membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan dalam bajetnya akibat
peristiwa yang tidak diduga iaitu kerosakan kereta dan penggunaan kereta yang
lebih banyak sehingga bertambah perbelanjaan petrol, tol dan tempat letak
kereta serta makanan.

Jadual 9.3: Bajet Peribadi dan Aliran Tunai Peribadi Bulanan
Bajet Peribadi dan Aliran Tunai Peribadi Bulanan dalam Satu Penyata
Pendapatan Bulanan
Kerja #1 (nilai bersih KWSP,
PERKESO dan cukai bayar bila
terima pendapatan / pay as you
earn tax)

Bajet

Aliran Tunai Sebenar

RM3,450

RM3,450

Kerja #2

RM0

RM0

Sumber lain

RM0

RM0

RM3,450

RM3,450

Tolak simpanan tetap bulanan (10%


daripada pendapatan bulanan)

RM345

RM345

Tolak simpanan untuk dana


kecemasan

RM100

RM100

RM3,005

RM3,005

Sewa bilik

RM300

RM300

Pembayaran untuk kereta

RM650

RM650

RM0

RM0

Jumlah pendapatan bulanan

Nilai bersih penjimatan daripada


pendapatan bulanan
Tolak perbelanjaan tetap bulanan

Insuran kereta

136

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Jumlah perbelanjaan tetap bulanan

RM950

RM950

RM550

RM650

RM0

RM0

Bil telefon bimbit

RM85

RM97

Tambang bas dan teksi

RM50

RM30

Gas dan minyak

RM200

RM270

Tempat letak kereta dan tol

RM150

RM198

Pembaikan kereta

RM250

RM598

RM1,285

RM1,843

RM70

RM0

Pakaian

RM150

RM0

Hiburan

RM100

RM186

Barang rumah

RM100

RM392

Barang peribadi

RM150

RM163

Hadiah

RM100

RM0

Perbelanjaan lain

RM100

RM0

Jumlah perbelanjaan bulanan yang


boleh dipertimbangkan

RM770

RM741

RM0

(RM529)

Tolak jumlah perbelanjaan tidak tetap


bulanan
Makanan
Utiliti rumah

Jumlah perbelanjaan tidak tetap


bulanan
Tolak jumlah perbelanjaan bulanan
yang boleh dipertimbangkan
Perbelanjaan perubatan

Pendapatan Lebihan (Defisit)


Pendapatan lebihan selepas tolak
perbelanjaan, simpanan tetap dan
dana kecemasan = Simpanan
tambahan.
(Jika jumlahnya adalah negatif, anda
telah berbelanja lebih daripada
pendapatan bulanan anda)

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN W

137

AKTIVITI 9.1
1.

Apakah matlamat kewangan peribadi anda dan bagaimanakah


anda akan mencapainya? Sediakan bajet untuk tujuan ini.

2.

Sediakan dan analisa penyata aliran tunai anda.




9.4  HIDUP DALAM BATAS KEMAMPUAN


Pasti anda pernah mendengar ungkapan live within your means (hidup dalam
batas kemampuan anda). Adakah anda berjaya hidup dalam batas kemampuan
anda           

Dalam bahagian ini, anda akan mendapat tahu sama ada anda hidup dalam
batas kemampuan anda dengan melihat beberapa tip seperti mengetahui
keperluan dan kemahuan anda, bijak berbelanja dan menangguhkan kepuasan
(delay gratification).

9.4.1

Mengetahui Keperluan dan Kemahuan Anda

Bila anda hidup dalam batas kemampuan anda, anda hanya belanja apa yang
anda mampu. Pada masa yang sama, anda masih ada sedikit wang untuk
dijadikan simpanan untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Memang mudah untuk berbelanja lebih daripada kemampuan! Pelbagai produk
sentiasa diiklankan melaui media elektronik seperti televisyen, radio, Internet
(membeli-belah dalam talian) dan papan iklan serta dalam majalah dan surat
khabar. Perbelanjaan anda bergantung pada semangat anda untuk menolak segala
jenis godaan untuk berbelanja besar. Anda boleh berbuat begini dengan memahami
apa yang mempengaruhi perbelanjaan, keperluan dan kemahuan anda.
Apa itu keperluan? Keperluan adalah sesuatu yang mesti anda punyai, sesuatu
yang mustahak. Satu contoh adalah makanan. Anda perlu makan untuk hidup.
Jika anda tidak makan selepas beberapa hari, anda tidak akan hidup lama.
Apa itu kemahuan pula? Kemahuan adalah sesuatu yang anda ingin punyai,
sesuatu yang tidak mustahak langsung. Barang kemas adalah suatu kemahuan
kerana anda tidak perlu memakai barang kemas untuk hidup.

138

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

Dalam dunia sekarang, contohnya, telefon bimbit dengan ciri-ciri asas penting
untuk berkomunikasi dengan orang lain, manakala telefon bimbit yang
mempunyai kemudahan bluetooth, memainkan muzik, kamera, video dan GPS
pula adalah seronok untuk dimiliki.
Mengetahui perbezaan antara keperluan dan kemahuan akan memberikan kesan
besar kepada tabiat berbelanja anda dan akhirnya, kewangan anda di masa
hadapan. Keputusan yang anda buat berkaitan dengan apa yang anda perlukan
atau mahukan akan mempengaruhi bajet dan perbelanjaan bulanan anda.

9.4.2

Bijak Berbelanja

Bila anda ingin membeli sesuatu, tanyakan pada diri sendiri  Adakah ia
sesuatu yang saya perlukan? dan Adakah saya mampu membelinya? Bajet
peribadi dan aliran tunai anda akan membolehkan anda menjawab soalan ini.
Semak sama ada anda telah memperuntukkan wang yang mencukupi atau
telahpun berbelanja lebih daripada yang anda mampu.
Jika barang ini adalah satu kemahuan, pertimbangkan sama ada untuk tidak
membelinya atau membeli benda serupa pada harga yang lebih murah agar anda
dapat menambahkan wang simpanan anda. Bila anda berbuat begini, anda
dikatakan bijak berbelanja dan hidup mengikut batas kemampuan anda.
Membeli dan berbelanja secara bijak akan menghindarkan anda daripada terjebak
dalam masalah kewangan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Uruskan
kewangan peribadi anda dengan sifat bertanggungjawab; ini mudah jika anda
belajar mengatakan tidak kepada barang atau perkara yang anda tidak mampu.

9.4.3

Menangguhkan Kepuasan

Ingatkah zaman kanak-kanak anda bila anda inginkan aiskrim dan ibu anda
memberitahu bahawa anda boleh makan aiskrim hanya selepas menghabiskan
kerja rumah? Adakah anda ingat, masa anda meminta ayah anda untuk membeli
sebuah basikal dan beliau memberitahu bahawa anda akan mendapat basikal
tersebut jika anda cemerlang dalam peperiksaan? Dalam kedua-dua situasi ini,
ibu bapa anda mengajar anda untuk menangguhkan kepuasan.
Dalam kehidupan dewasa anda, mesti ada orang yang cuba mempengaruhi anda
untuk membelanjakan wang anda. Ia mungkin kawan yang meminta anda untuk
keluar makan malam bersamanya ataupun pembantu kedai di hypermarket yang
meminta anda membeli produk berjenama mereka.

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN W

Ambil masa untuk


membelanjakan wang
membelinya. Ingat, jika
kepuasan), anda akan
kewangan anda.

139

memikirkan sama ada adalah mustahak untuk


untuk perkara itu dan sama ada anda mampu
anda katakan tidak sekarang (dengan menangguhkan
maju selangkah dalam perjalanan mencapai cita-cita

Dalam hidup ini, terdapat banyak alternatif untuk anda pilih. Cari pengganti
untuk apa yang anda perlukan dan mahukan. Ubah persepsi anda jika perlu. Di
sebalik membeli kereta, gunakan pengangkutan awam untuk pergi dari satu
tempat ke tempat lain. Anda akan menjimatkan wang dan menyumbang secara
positif kepada alam sekitar.

9.5

TANDA AWAL MASALAH KEWANGAN

Malangnya, ada orang yang tidak sedar bahawa mereka sedang menghadapi masalah
kewangan. Mereka meneruskan hidup seperti biasa, tidak mengakui masalah yang
mereka hadapi dan menjadikan situasi mereka lebih teruk hari demi hari.
Jadual 9.4 menyenaraikan tanda-tanda anda menghadapi masalah kewangan.
Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, adalah penting untuk anda
menyedarinya. Tanda-tanda ini adalah seperti berikut:
Jadual 9.4: Tanda-tanda Anda Menghadapi Masalah Kewangan
Sumber Masalah
Kad kredit

Tanda-tanda
(i)

Membayar hanya baki minimum setiap bulan.

(ii) Menambahkan baki setiap bulan.


(iii) Berbelanja lebih daripada had kredit.
(iv) Kerap mengambil wang pendahuluan.
(v)

Tidak membayar, lambat membayar atau membayar


sesetengah bil pada bulan semasa dan bil lain pada
bulan berikutnya.

(vi) Kad kredit dibatalkan oleh bank.


Pinjaman

(i)

Kerap menggunakan overdraf atau ciri-ciri pinjaman


automatik yang ada pada akaun semasa anda.

(ii) Menerima notis kedua atau ketiga daripada bank atau


pemiutang kerana tidak membayar hutang.
(iii) Tidak diberi kredit kerana laporan biro kredit yang
negatif.
(iv) Meminjam wang daripada keluarga dan kawan untuk
membayar hutang anda.

140

TOPIK 9

Simpanan

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

(i)

Menggunakan wang simpanan anda pada kadar yang


membimbangkan.

(ii) Mempunyai sedikit atau tiada simpanan untuk


perbelanjaan yang tidak diduga atau kecemasan.
Perbelanjaan

(i)

Bergantung pada kerja separuh masa, kerja lebih masa,


komisen atau bonus untuk membayar perbelanjaan
kehidupan anda.

(ii) Hidup dari gaji ke gaji.


Kurang pengetahuan

(i)

Tidak berbincang dengan pasangan hidup atau ahli


keluarga tentang masalah wang atau bergaduh bila
berbincang tentang wang dengan mereka.

(ii) Tidak mengetahui


sehingga bil-bil tiba.

berapa

banyak

hutang

anda


Jika anda mula mengalami salah satu daripada tanda-tanda di atas, dapatkan
nasihat dengan segera. Jangan tunggu sehingga masalah itu berlarutan. Lagi
awal anda meminta bantuan, lagi mudah untuk anda keluar daripada situasi
tersebut.
Apa yang anda boleh buat?
Anda boleh menghubungi bank anda dan membuat pelan pembayaran yang
disesuaikan dengan aliran tunai anda. Anda boleh menghubungi
Agensi
Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk kaunseling dan nasihat
kewangan.

Jika anda tidak bertindak segera bila melihat tanda-tanda masalah
kewangan, ia hanya akan menjadi lebih teruk lagi.


9.6

MENGELUARKAN DIRI DARIPADA


MASALAH KEWANGAN

Jika anda mengikut nasihat, tip dan bimbingan yang diberi dalam modul ini,
anda tidak akan terperangkap dengan masalah kewangan. Sebaliknya, anda
akan mengurus wang dengan bijak dan menuju ke arah suatu kehidupan yang
bebas daripada tekanan kewangan.
Adalah tidak berbaloi untuk mengikut segala kehendak diri, berbelanja sesuka
hati tanpa memikirkan masa hadapan. Jika anda tidak merancang kewangan
dengan betul, anda mungkin berbelanja lebih daripada pendapatan anda. Ini

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN W

141

akan menyebabkan anda berhutang besar, yang akan membawa padah di


kemudian hari.
Masalah kewangan akan merosakkan reputasi anda. Bukan itu sahaja, anda akan
dilanda tekanan emosi akibat terpaksa mencari wang untuk membayar hutang
dan hubungan dengan keluarga dan rakan akan turut terjejas. Semua ini akan
mempengaruhi kesihatan fizikal anda serta kestabilan mental dan emosi anda.
Akhirnya, anda akan menghadapi masalah yang silih berganti  semuanya
akibat gagal merancang dengan bijak.

9.6.1

Kepercayaan Kredit Anda

Biro Kredit Bank Negara Malaysia menyimpan maklumat kredit para peminjam
dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference
Information System) dan institusi kewangan boleh menyemak status anda.
Jika anda mempunyai hutang yang besar, anda boleh dilihat sebagai risiko kredit
oleh mana-mana bank di mana anda memohon pinjaman. Institusi kewangan
mempunyai pelbagai kriteria untuk menilai kepercayaan kredit bakal peminjam.
Ini termasuk sifat peminjam, sikap mereka terhadap tanggungan pinjaman
mereka serta kemampuan membayar pinjaman mereka.

Bila anda mempunyai rekod kredit yang kurang baik, ia akan menyukarkan
anda untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan yang
berlesen.

9.6.2

Apa yang Boleh Berlaku

Bila anda tidak membayar pinjaman anda, institusi kewangan yang berkenaan
akan mengambil tindakan mahkamah terhadap anda. Pertama sekali, ia akan
mendapatkan keputusan mahkamah. Jika ia merupakan pinjaman kereta,
institusi kewangan tersebut akan menarik balik dan menjual kereta itu. Jika ia
merupakan pinjaman perumahan yang mencagarkan rumah yang dibeli, institusi
kewangan tersebut akan merampas rumah itu dan menjualnya menerusi
lelongan awam.
Untuk pinjaman tanpa cagaran, institusi kewangan tersebut mempunyai
beberapa pilihan untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan. Ini
termasuk arahan rampas dan jual (writ of seizure and sale), prosiding penahanan
wang (garnishee proceedings), saman penghutang penghakiman (judgement

142

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

debtor summons) dan memfailkan arahan muflis jika jumlah hutang adalah
RM30,000 ke atas.
Jika anda dijadikan muflis, undang-undang akan menghalang anda daripada
melakukan beberapa perkara berikut:
(a)

Memegang jawatan dalam kerajaan tanpa kebenaran Ketua Pengarah


(Director-General).

(b)

Mengambil tindakan mahkamah tanpa kebenaran Ketua Pengarah.

(c)

Meninggalkan negara tanpa kebenaran mahkamah atau Ketua Pengarah.

(d)

Menjadi pengarah syarikat, menjalankan perniagaan sendiri atau


melibatkan diri dalam pengurusan sebuah syarikat tanpa kebenaran
mahkamah atau Ketua Pengarah.

(e)

Melibatkan diri dalam pengurusan sebuah syarikat atau menjadi pekerja


sebuah syarikat yang dimiliki oleh pasangan hidup anda atau saudara
dekat anda atau pasangan hidup mereka.

(f)


Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan berdaftar.

AKTIVITI 9.2
Cadangkan beberapa cara praktikal untuk mengeluarkan diri daripada
masalah kewangan.

Perancangan kewangan adalah penting untuk memberikan anda ketenangan


hati, perlindungan masa hadapan dan kualiti hidup yang lebih baik.

Perancangan kewangan sangat perlu dalam mencapai cita-cita dan matlamat


hidup anda.

Memandangkan wang boleh menjana faedah, wang yang anda ada sekarang
lebih bernilai daripada jumlah yang sama pada masa hadapan.

Menetapkan sasaran kewangan adalah penting untuk memperolehi


keselamatan serta kebebasan dari segi kewangan.

Matlamat kewangan anda perlu mencerminkan nilai-nilai dan kepercayaan


anda.

TOPIK 9

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN W

143

Tuliskan matlamat kewangan anda secara spesifik dan letakkan dalam


kategori matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.

Menyimpan wang untuk dana kecemasan patut menjadi salah satu matlamat
kewangan anda.

Kunci kira-kira peribadi anda menunjukkan aset, liabiliti dan nilai bersih
anda pada waktu tertentu.

Menyediakan bajet dan memantau aliran tunai anda adalah sebahagian


daripada proses yang memerlukan kesabaran, disiplin dan kefleksibelan.

Adalah sangat penting untuk hidup dalam batas kemampuan anda.

Aset

Nilai bersih

Bajet

Penyata aliran tunai peribadi

Kunci kira-kira peribadi

Perancangan kewangan

Liabiliti