Anda di halaman 1dari 2

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

RIWAYAT HIDUP ALI BIN ABI TALIB


1.
2.
3.

Nama : Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib.


Keturunan Bani Hasyim & sepupu Rasulullah
Dilahirkan : Di dalam kaabah di Mekah pada tahun 601 masihi, iaitu 10 tahun sebelum Rasulullah
diutuskan menjadi Rasul.
4. Sejak kecil diasuh & dididik oleh Rasullah & .berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah SAW.
5. Baginda hampir dibunuh oleh pemuda kafir Quraisy ketika peristiwa hijrah kerana tidur dikatil
Rasululllah.
6. Baginda mendapat gelaran : Karramallahu Wajhah bermaksud orang yang dimuliakan Allah
wajahnya, kerana tidak pernah menyembah berhala sejak lahir.
7. Dilantik menjadi khalifah Islam yang keempat selepas Saidina Uthman pada tahun 35 hijrah / 655
Masihi.
8. Memerintah selama 4 tahun sahaja.
9. Wafat di Kufah pd : 17 Ramadan th 41 hijrah / 661 masihi krn dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam.
10. Gelaran : Abu al-Hassan & Abu Turab

KEISTIMEWAAN SAIYIDINA ALI


1. Keluarga Rasulullah

2. Kanak-kanak pertama
memeluk Islam

3. Cendikiawan Ulung

4. Pemuda yang berani

5. Pemerintah yg adil &


kreatif

Mempunyai hubungan rapat dgn baginda : Sepupu & menantu Rasulullah


Sejak kecil beliau tinggal bersama Rasulullah & dididik oleh baginda,
kerana itulah beliau banyak mewarisi keperibadian & akhlah Rasulullah.
Beliau amat cinta kpd Baginda , sentiasa disisi baginda sewaktu susah &
senang, masa perang & damai & semasa Rasulullah sakit hingga akhir
hayat .
Beliau memeluk Islam ketika berusia 10 tahun & merupakan kanak-kanak
pertama memeluk Islam
Terkenal dgn panggilan " Karamallahu wajhah" yg bermaksud Allah
memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala
sejak kecil & tidak pernah dikotori oleh keburukan jahiliah.
Sangat mentaati baginda & tidak pernah membantah baginda.
Merupakan salah seorang dari sahabat yg dijamin syurga
Terkenal dengan ilmu pengetahuan dlm pelbagai bidang seperti sastera,
ilmu Hisab & kehakiman sehingga beliau digelar Gedung Ilmu oleh Baginda
Rasulullah melantiknya sebagai jurutulis wahyu dan perjanjian Hudaibiyah.
Beliau Sanggup tidur di tempat tidur Rasulullah pada malam hijrah
Menyertai hampir kesemua peperangan kecuali perang Tabuk & berada
dibarisan hadapan bersama pedangnya ' zul faqar'
Menyahut cabaran satu lawan satu dgn pahlawan Quraisy dlm perang
Khandak
Dilantik oleh Rasulullah sebagai hakim di Yaman
Kretiviti Ali dlm pentadbiran / pemerintahannya antarannya :
o Menubuhkan pasukan polis yang diberi nama " as-Syurtah ".
o Beliau melengkapkan angkatan berkuda Islam
o Menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki
o Menubuhkan badan perisik

PENGORBANAN & JASA SAIYIDINA ALI

Penulis wahyu Rasulullah


Jurutulis isi perjanjian Hudaibiah
Mengetuai misi dakwah ke Iraq ( Hamadan)
Mengembangkan ilmu Islam
Penasihat dalam bidang kehakiman kpd ketiga-tiga khalifah sebelumnya
Menjadi hakim di Yaman
Menerima jawatan khalifah dalam suasana Negara huruhara demi keamanan negara
Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah & bermusuhan

SEBAB BERLAKU PEPERANGAN PADA ZAMAN


PEMERINTAHAN SAIYIDINA ALI
Peperangan pada zaman saiyidina Ali berpunca dari perancangan jahat kaum
munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Saba'
Kaum munafik berusaha mengagalkan setiap usaha damai yang diaturkan
oleh saiyidina Ali.
Contohnya di dalam Peperangan Jamal - Tentera Saiyidina Ali mencapai
kata sepakat dengan kumpulan saiyidina Talhah & saiyidina Zubair bin
Awwam untuk berdamai. Tetapi kaum munafik telah membuat
perancangan jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua-dua
belah pihak. Akhirnya tercetis Peperangan Jamal yg turut disertai oleh
Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah
Berlaku juga Peperangan Siffin antara Ali dengan Muawiyah bin Abu
Sufian

Peperangan di zmn
pemerintahan Ali :
1.Perang Jamal :
( antara Ali dgn
Aisyah)
2. Perang Siffin :
( antara Ali dgn
Muawiyah bin
Abu Sufian

LATIHAN PENGUKUHAN
1.
2.
3.
4.
5.

Ceritakan dengan ringkas riwayat hidup saiyidina Ali bin Abu Talib r.a..
Apakah maksud sebutan " " yang telah diberikan kepada saiyidina Ali?
Saiyidina Ali terkenal sebagai pejuang yang gagah berani. Berikan 2 bukti untuk menyokong
pernyataan ini.
Jelaskan 2 sifat keperibadian sayidina Ali bin Abu Talib yang boleh dicontohi oleh remaja kini.
" Pada zaman saiyidina Ali telah berlaku peperangan sesama umat Islam ". Mengapakah
tercetus peperangan tersebut ? berikan pendapat anda

Anda mungkin juga menyukai