Anda di halaman 1dari 9

Strategi meningkatkan ingatan

Pendahuluan
Manusia mempunyai keupayaan untuk mengingat yang agak terbatas.
Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan.
Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kemahiran mereka untuk
mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik. Berikut disenaraikan
cara dan strategi cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan
daya ingatan.
Minat terhadap apa yang dipelajari.
Ini adalah syarat yang pertama. Kita tidak boleh memaksa otak untuk
mengingat sesuatu yang tidak diminati. Proses mengingat akan lebih licin
jika anda memang meminati apa-apa yang telah dipelajari.
Belajar dengan tujuan untuk mengingat.
Belajar dengan tujuan mengingat lebih baik daripada belajar sekadar untuk
faham. Oleh itu, apabila anda belajar, dari awal-awal lagi anda sudah
bersedia untuk mengingati apa yang dipelajari. Dengan ini, anda akan
mengingat secara spontan. Sebaik sahaja sesuatu maklumat diterima oleh
deria anda dan kemudian disalurkan ke otak, secara automatik anda akan
dapat mengingati kerana tujuan dan matlamat anda begitu jelas.
Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.
Sama ada anda sedang mendengar guru mengajar atau anda sedang
membaca, tumpuan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting. Daya
ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. Semakin banyak tumpuan
diberikan, semakin kuat daya ingatan anda. Ingatan mesti disengajakan
dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar atau
disampaikan oleh guru.
Fahami dahulu sebelum mengingat.
Anda perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati untuk
memudahkan maklumat tersebut di simpan dalam ingatan.
Menyusun ingatan secara logik.
Lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika
dinyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain.

Ingatan menjadi lebih mudah kika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan
dengan satu fakta yang lain.
Mengingati fakta dalam satu rangkaian.
Biasanya adalah lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat
atau perkara jika di-nyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara
satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah jika satu-satu fakta itu dapat
dikaitkan dengan satu fakta yang lain.
Latih tubi dan ulang berkali-kali.
Ingatan anda menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati selalu
diulang-ulang. Latih tubi dan ulangan akan mempercepatkan lagi proses
ingatan.
Menilai kembali apa yang dipelajari.
Anda perlu menguji kembali ingatan dan kefahaman anda terhadap
maklumat yang dipelajari. Cara yang berkesan ialah dengan menggunakan
kaedah perbandingan dan perbezaan. Anda perlu membezakan maklumat
yang betul dengan yang salah. Anda boleh menggunakan soalan-soalan
seperti soalan objektif untuk menguji ketajaman ingatan anda.
Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari.
Anda akan lebih mudah mengingat pelajaran sekiranya anda sendiri
mengamalkan apa yang dipe-lajari. Oleh itu, anda perlulah :
Hubungkan pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui.
Contohnya, mengingatkan nombor telefon yang diberi dengan mengaitkan
dengan fakta yang diketahui.
Nombor telefon : 5776242
Boleh dipecahkan kepada : 57-76-242
Boleh diingat sebagai : Tahun kemerdekaan Malaysia (57)
Umur nenek (76)
Nombor rumah (242)
Susun huruf-huruf tajuk sehingga dapat dijadikan perkataan atau bunyi
yang senang dikenali.
Atau ambil dua huruf awal setiap perkataan dan mengingatkan fakta.
Kaedah-kaedah lain :

i. Mnemonik (menyusun semula apa yang dipelajari dalam bentuk mudah


diingat dengan menggunakan kreativiti tersendiri.
Contohnya untuk menghafal nama-nama bandar seperti : Kuala Lumpur,
Bangkok, Jakarta, Manila, Singapura.
Boleh diingat dengan mencipta ayat seperti berikut : Kalau Basi Jangan
Makan, Sakit!
ii. Akronim (membuat kependekan kepada suatu senarai maklumat yang
perlu diingati.
Kependekan seperti nama jabatan kerajaan seperti INTAN, KEJORA dan
sebagainya.
Rumusan
Kepintaran semulajadi sahaja tidak mencukupi untuk menentukan
seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran. Kepintaran semulajadi perlu
disokong dengan pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran-kemahiran
belajar bukan sahaja membantu mempertajamkan dan memperkukuhkan
kepintaran dan kebolehan semulajadi tetapi lebih daripada itu dapat
meletakkan asas belajar dengan bersistem dan dengan itu seluruh sistem
pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan terarah.
ATAU

Strategi Meningkatkan Daya Ingatan


Tips untuk meningkatkan daya ingatan anak-anak:Suasana pembelajaran yang menyeronokkan meningkatkan daya ingatan,
sama ada untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Kita lebih mudah
mengingati fakta jika ia diberi dalam suasana yang ceria dan merangsang
minda.
Inilah sebabnya seorang kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa dan guru
yang berdedikasi mengajar dan menjadikan proses pembelajaran sesuatu
aktiviti yang menyeronokkan, mempunyai peluang yang lebih cerah untuk
mencapai kecemerlangan dalam hidupnya. Ada beberapa langkah yang
boleh anda lakukan untuk menjadikan proses pembelajaran semakin
seronok sekaligus meningkatkan daya ingatan anak anda.
Pecahkan Fakta
Seboleh-bolehnya, pecahkan fakta yang perlu dihafal menjadi beberapa
bahagian yang lebih kecil. Umpamanya, kanak-kanak tidak selesa jika
mereka disuruh menghafal pertunjukan drama kelas yang padat dengan
dialog dalam masa kurang daripada dua minggu. Ini ibarat kita cuba
memakan selonggok makanan sekaligus; mustahil bukan? Begitu juga kita
tidak boleh mengharapkan seorang kanak-kanak untuk mengingati terlalu
banyak fakta dalam masa yang terlalu singkat.
Pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Sepuluh
baris dialog drama lebih mudah jika ianya dihafal sebaris demi sebaris.
Bukan sahaja daya ingatan anak anda semakin tajam, keyakinannya juga
meningkat, terutama jika anak anda menyedari bahawa tugasan ini agak
sukar di peringkat awal, tetapi mampu dilakukan jika dibuat sedikit demi
sedikit.

Gunakan Konsep Imej


Kebanyakan kita, termasuk kanak-kanak lebih mudah mengingati fakta
dalam bentuk mej berbanding kosa kata. Itulah sebabnya kanak-kanak
lebih mudah mengingati fakta yang dikaitkan dengan simbol atau ubah
suaian imej. Rahsianya ialah untuk menyimpan maklumat penting dalam
bentuk gambar. Contohnya, untuk membantu anak anda mengingati
bahawa haiwan herbivor suka makan tumbuh-tumbuhan, anda boleh
melukis gambar gigi yang sedang mengunyah daun di sebelah kosa kata
haiwan itu. Atau cuba perkenalkan konsep Peta Minda, satu lagi kaedah
yang menggunakan konsep imej.
Bercerita
Memang mudah untuk mengingati fakta yang diberikan dalam bentuk cerita
kerana melalui cerita, semua fakta diatur dengan baik. Sebagai contoh,
untuk mengingati kesemua sembilan planet dalam sistem solar dalam
Bahasa Inggeris, kita boleh menyusunnya mengikut huruf pertama setiap
planet itu sehingga menjadi ayat berbentuk cerita. Planet-planet dalam
sistem solar dalam Bahasa Inggeris ialah: Mercury, Venus, Earth, Mars,
Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune dan Pluto. Dengan itu, susunannya
berbunyi begini: Man-eating Violets Eat Meat Just So Ugly Nymphs
Ponder.
Ajar Orang Lain
Daya ingatan bertambah kuat apabila sesuatu pelajaran itu diulang-ulang.
Galakkan anak-anak anda yang lebih tua untuk meluangkan masa
mengajar adik-adik yang lebih kecil. Contohnya, anak anda yang di dalam
Darjah Tiga boleh mengajar adiknya yang baru masuk Darjah Satu. Anak
yang baru masuk Darjah Satu boleh menunjuk ajar adiknya yang baru
masuk tadika. Anak yang baru masuk tadika pula boleh cuba 'membaca'
dengan adiknya yang baru mula bertatih.
Pilih Makanan Sihat
Makanan turut mempengaruhi daya ingatan manusia. Galakkan anak-anak
anda memakan lebih banyak ikan dan sayur-sayuran. Kurangkan makanan

segera. Diet yang mengandungi terlalu banyak gula dan karbohidrat juga
kurang sihat dan boleh menjejaskan kesihatan untuk jangka panjang.
Lain Anak, Lain Caranya
Kesimpulannya, ibu bapa harus memahami bahawa naluri kanak-kanak
memang gemar untuk mempelajari sesuatu. Sikap ingin tahu itulah yang
menjadi sumber motivasi kepada seseorang anak untuk terus belajar.
Namun, tiada kaedah yang sama yang boleh digunakan untuk
meningkatkan daya ingatan untuk semua anak-anak.
Teruslah mencuba tetapi usah memaksa anak anda. Mungkin anda
mengambil masa yang lebih lama sebelum menemui jalan atau cara yang
sesuai dengan keperluan anak anda. Juga perlu diingat, daya ingatan
tidak cekap jika otak terlalu banyak tekanan. Jadi, sebaik-baiknya
gunakanlah kaedah-kaedah di atas semasa anak anda peka dan bersedia
untuk mempelajari sesuatu yang baru.
ATAU
Pendahuluan
Manusia mempunyai keupayaan untuk me-ngingat yang agak
terbatas. Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam
ingatan. Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kema-hiran mereka
untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik. Berikut
disenaraikan cara dan strategi cara dan strategi yang boleh dicuba untuk
meningkatkan daya ingatan.
Minat terhadap apa yang dipelajari.
Ini adalah syarat yang pertama. Kita tidak boleh memaksa otak
untuk mengingat sesuatu yang tidak diminati. Proses mengingat akan
lebih licin jika anda memang meminati apa-apa yang yelah dipelajari.
Belajar dengan tujuan untuk mengingat.
Belajar dengan tujuan mengingat lebih baik daripada belajar
sekadar untuk faham. Oleh itu, apabila anda belajar, dari awal-awal lagi
anda su-dah bersedia untuk mengingati apa yang dipelajari. Dengan ini,

anda akan mengingat secara spontan. Sebaik sahaja sesuatu maklumat


diterima oleh de-ria anda dan kemudian disalurkan ke otak, secara
automatik anda akan dapat mengingati kerana tujuan dan matlamat anda
begitu jelas.
Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.
Sama ada anda sedang mendengar guru mengajar atau anda
sedang membaca, tumpuan yang tidak berbelah bahagi adalah amat
penting. Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. Semakin
banyak tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda. Ingatan
mesti disengajakan dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya kepada
apa yang diajar atau disampaikan oleh guru.
Fahami dahulu sebelum mengingat.
Anda perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati untuk
memudahkan maklumat terse-but di simpan dalam ingatan.
Menyusun ingatan secara logik.
Lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau
perkara jika dinyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu
sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah kika satu-satu fakta itu dapat
dikaitkan dengan satu fakta yang lain.
Mengingati fakta dalam satu rangkaian.
Biasanya adalah lebih mudah untuk mengi-ngat sesuatu fakta,
maklumat atau perkara jika di-nyatakan dalam satu rumpun dan berkait
rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mu-dah jika satu-satu
fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.
Latih tubi dan ulang berkali-kali.
Ingatan anda menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati
selalu diulang-ulang. Latih tubi dan ulangan akan mempercepatkan lagi
proses ingatan.

Menilai kembali apa yang dipelajari.


Anda perlu menguji kembali ingatan dan ke-fahaman anda terhadap
maklumat yang dipelajari.
Cara yang berkesan ialah dengan
menggunakan kaedah perbandingan dan perbezaan. Anda perlu
membezakan maklumat yang betul dengan yang salah. Anda boleh
menggunakan soalan-soalan seperti soalan objektif untuk menguji
ketajaman ingatan anda.
Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari.
Anda akan lebih mudah mengingat pelajaran sekiranya anda sendiri
mengamalkan apa yang dipe-lajari. Oleh itu, anda perlulah :
Hubungkan pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui.
Contohnya, mengingatkan nombor telefon yang diberi dengan mengaitkan
dengan fakta yang diketahui.
Nombor telefon
:
5776242
Boleh dipecahkan kepada :
57-76-242
Boleh diingat sebagai
: Tahun kemerdekaan Malaysia(57)
Umur nenek (76)
Nombor rumah (242)
Susun huruf-huruf tajuk sehingga dapat dijadi-kan perkataan atau
bunyi yang senang dikenali.
Atau ambil dua huruf awal setiap perkataan dan mengingatkan fakta.
Kaedah-kaedah lain :
i. Mnemonik (menyusun semula apa yang dipelajari dalam bentuk mudah
diingat dengan menggunakan kreativiti tersendiri.
Contohnya untuk menghafal nama-nama bandar seperti : Kuala
Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, Singapura.
Boleh diingat dengan mencipta ayat seperti berikut
: Kalau Basi
Jangan Makan, Sakit!
ii. Akronim (membuat kependekan kepada suatu senarai maklumat yang
perlu diingati.
Kependekan seperti nama jabatan kerajaan seperti INTAN, KEJORA
dan sebagainya.

Rumusan :
Kepintaran semulajadi sahaja tidak mencukupi untuk menentukan
seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran. Kepintaran semulajadi perlu
disokong dengan pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran-kemahiran belajar bukan sahaja membantu memper-tajamkan dan memperkukuhkan
kepintaran dan kebolehan semulajadi tetapi lebih daripada itu dapat
meletakkan asas belajar dengan bersistem dan de-ngan itu seluruh sistem
pem-belajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan terarah.
Apa yang penting sekali ialah setiap pelajar yang ingin berjaya
haruslah memperlengkapkan diri mereka sebelum menduduki peperiksaan
untuk menuju ke arah itu. Ibu bapa, teman dan rakan sejawat perlulah
mem-punyai peranan yang paling istimewa dalam menyalur-kan keyakinan
dan meniupkan semangat supaya pelajar-pelajar itu terus terangsang.