Anda di halaman 1dari 12

PPENGAJARAN GEOMETRI,UKURAN

DAN PENGENDALIAN DATA


Tarikh

: 21 JULAI 2015

Kelas

:2

Bil pelajar

: 3/3

Bidang

: Sukatan dan Geometri

Tajuk

: Masa dan Waktu

Standard Kandungan

: Murid dibimbing untuk :

2015

9.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit


Standard Pembelajaran

: Murid berupaya untuk :


(i) Mengenal tanda senggatan minit pada muka jam
(ii) Mengenal tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan lima minit pada muka
jam.

Masa

: 60 minit

Fasa

Aktiviti

Komunikasi

Catatan

PPENGAJARAN
GEOMETRI,UKURAN
2015
1. Guru
menayangkansatu
video 1. Murid
murid tolong berikan
Persediaan
tentang peristiwa
peristiwa peristiwa
perhatian terhadap apa yang
DAN PENGENDALIAN
DATA
pemerhatia

n & analisis

yang dilakukan oleh seorang pelajar


dalam kehidupan seharian.
2. Video

tersebut

ditunjukkan oleh guru.


2. Sila ingat apa yang dilakukan oleh

menerangkan

kawan anda dalam video tersebut.

tentang pagi, tengah hari, petang 3. Sila lihat dengan teliti apakah
dan malam.

aktiviti

aktiviti

yang

dilakukan

kawan anda?
4. Siapakah yang boleh ceritakan

apakah

yang

dilakukan

ABM:

Nilai:

Hormat-

menghormati
Ketelitian

Strategi P&P:

olah

kawan anda?

Video
Gambar

Pemusatan murid
Pemusatan guru

5. Bilakah kawan anda pergi ke KBKK


3. Guru mengimbas kembali apa yang

pelajar belajar sebelumnya,


para

pelajar

dapat

mengimbas kembali apa yang telah


belajar

sebelumnya

menerapkan

nilai

dan

6. Bilakah kawan anda balik dari

4. Guru mengadakan sesi soal jawab

supaya

sekolah?
sekolah?
7. Bilakah

kawan

anda

bermain

badminton?

juga

kepentingan

menghargai masa melalui gambar


gambar daripada video.
5. Guru melekatkan beberapa gambar

yang para pelajar lihat dalam video


bagi sesi soal jawab.

8. Bagaimana anda boleh mengenal

pasti pagi, petang dan malam


pula?
9. Sekarang

gambar

lihat
yang

pada

gambar

dilekatkan

oleh

guru.
10. Berapa lama anda gunakan untuk

mengimbas
kembali

PPENGAJARAN GEOMETRI,UKURAN
DAN PENGENDALIAN DATA

2015

Kekuatan yang dapat kenal pasti dalam pengajaran


Hari ini pengajaran & pembelajaran telah berlangsung seperti yang dirancang.
Para pelajar melibatkan diri dengan aktif sepanjang P&P. Salah satu penggunaan
bahan bahan konkrit dapat membolehkan para pelajar mendapat pengalaman
langsung apabila melihat sesuatu yang digunakan dalam kehidupan harian. Selain
itu

guru juga menggunakan jam tangan yang para pelajar memakainya pada

tangannya sebagai contoh contoh bagi jam tangan. Selain itu guru juga meminta
contoh tempat mereka lihat jam setiap hari para pelajar juga mengimbas kembali
dan dapat menjawab bahan bahan konkrit yang terdapat di dalm rumah. Contohnya
seperti jam pada dekoder ASTRO, jam pada kereta, dinding, dan lain lain. Saya
telah membawa jam analog sebenar yang boleh lihat setiap hari supaya dapat
memmudahkan aktiviti soal jawab. Daripada menunjukkan gambar jam, jam analog
memberi pengalaman langsung kepada pelajar di samping membolehkan mereka
untuk menyatakan ciri ciri dengan cepat dan tepat. Oleh itu, penggunaan bahan
yang ada di persekitaran dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu para pelajar juga dapat mengurangkan rasa bosan dalam
pembelajaran. Secara amnya para pelajar akan berasa bosan jika belajar sendiri
dengan hanya buku dan papan putih. Penggunaan pendekatan yang sama akan
menyebabkan para pelajar berasa mengantuk dan rasa bosan. Bagi mengurangkan
rasa bosan mereka penggunaan ICT menjadi salah satu faktor utama bagi
memastikan kelancaran P&P yang efektif. Saya telah menayangkan satu video
untuk memperkenalkan topik yang hendak belajar pada hari tersebut. Para pelajar
pernah belajar tentang pagi, petang, tengah hari dan juga malam. Oleh itu para
pelajar menjadi sangat teruja apabila melihat video tersebut kerana ia mengandungi
lagu tentang peristiwa peristiwa yang mereka lakukan setiap hari seperti mandi,
sembayang, pergi ke sekolah, bermain dan lain lain lagi. Para pelajar tidak berasa
bosan kerana video tersebut merupakan sesuatu yang amat berkait rapat dengan
kehidupan harian. Selain itu saya juga menggunakan ICT untuk menyediakan papan
soalan. Setiap kali pelajar melihat papan soalan dalam kad manila tetapi saya telah
memaparkan papan soalan dalam ICT. Seperti biasa pelajar menjadi seronok
apabila melihat papan soalan yang berwarna warni. Keadaan ini dapat
membolehkan para pelajar melihatnya dengan penuh minat.

Penggunaan ICT dari


segi
papan

menyediakan
soalan

dalam

powerpoint dan video


tentang waktu

Tambahan pula, kelebihan adalah adanya kerja kumpulan dalam fasa


perkembangan. Para pelajar dapat berinteraksi dengan sosial serta berkesan .
Setiap ahli kumpulan dapat berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan.
Interaksi berlangsung secara serentak pada masa yang sama. Melalui perbincangan
lebih ramai individu dalam kumpulan membolehkan setiap orang cenderung untuk
mengambil bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung rapat, saling tolong
menolong dan juga saling bergantungan antara satu sama lain. Murid-murid dapat
memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka
digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat - pendapat, di samping
bekerjasama dengan murid-murid yang lain untuk mencapai matlamat atau
menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam
pembelajaran amat menggalakkan. Apabila diberi soalan yang ada pelajar yang
membantu satu sama lain untuk menyempurnakannya di samping menjawab soalan
tersendirinya. Melalui pembahagian sebegini saya dapat mengadakan pengajaran
yang sempurna bukan sahaja kepada murid yang cemerlang tetapi turut kepada
murid yang lemah. Murid murid lemah juga tidak rasa terpinggir apabila aktiviti ini
dilaksanakan.
Seterusnya, saya juga dapat mengenal pasti bahawa aktiviti hands on
dapat membolehkan para pelajar dapat mengasah kreativiti dalam diri sendiri.
Saya telah memberikan aktiviti hands on dengan memberikan paper plate kepada
para peljar. Pelajar disuruh untuk mereka jam dinding dengan menuliskan angka dan
minit mewakilinya. Saya memberi setiap seorang satu paper plate. Saya juga
menyuruh para pelajar untuk menulis jawapan bagi soalan yang diajukan pada
paper plate yang dibuat sendiri. Para pelajar menjadi teruja semasa mengisi semua
angka dan minit yang diwakili pada paper plate. Mereka juga menyimpannya
sebagai rujukan untuk membuat lembaran kerja mereka. Selepas waktu P&P para
pelajar telah menghiaskan jam mereka untuk menunjukka daya kreativiti mereka.

Oleh itu, aktiviti hands on bagi para pelajar menjadi satu kelebihan untuk
memastikan keberkesanan P&P.

Paper plate yang digunakan untuk membuat jam yang menujukkan angka dan juga
minit yang mewakili bagi memudahkan rujukan para pelajar.

Seterusnya, variasi soalan yang berbeza pula dapat


memban tu P&P berjalan dengan lancar dan afektif. Variasi
soalan yang berbeza dapat membolehkan pelajar menyelesaikan
sesuatu

masalah.

Para

pelajar

mempelajari

untuk

menyelesaikan sesuatu masalah matematik daripada senang kepada susah. Saya


telah mengedarkan soalan seperti ini untuk membuat secara kumpulan dahulu
supaya semua pelajar dapat membincang cara membuat dan saya juga
mengenalpasti ada juga terdapat pelajar yang memberi idea yang bernas untuk
menyelesaikan dengan menggunakan pengetahuan dan daya kreativiti mereka.
Semasa membincangkan sesuatu masalah bersama mereka dapat mengenalpasti
idea yang patut digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini membolehkan
mereka untuk membuat lembaran kerja dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

Aras kesukarannya soalan adalah seperti berikut:


a) Memberikan tanda senggatan (minit) dengan 2 angka sebagai pilihan
jawapan.
b) Memberikan tanda senggatan (minit) tanpa jawapan
c) Memberikan angka dan menyuruh mengenal pasti senggatan minit.

Tambahan pula, saya juga berpendapat bahawa kit manipulatif seperti jam
buatan yang berwarna warni dapat menarik minat para pelajar. Penggunaan kit
manipulatif dapat meningkatkan kefahaman murid dan lebih menarik minat murid
untuk belajar. Oleh itu, sebagai guru amat penting untuk menghasilkan alat bantu

mengajar yang menarik dan kreatif bagi menarik minat murid untuk lebih
bersemangat belajar Matematik memandangkan subjek Matematik merupakan salah
satu subjek yang agak sukar untuk dikuasai sekiranya murid tidak minat seterusnya
menggunakan bahan yang ada di persekitaran untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran.

Kit manipulatif jam yang digunakan untuk mengajar


senggatan minit.

Aktiviti P&P yang berasaskan permainan


juga menjadi sesuatu faktor yang menyumbang kepada kelicinan P&P. Aktiviti
berasaskan permainan dapat merangsang minat para pelajar terutamanya pelajar
pelajar lemah. Ini kerana setiap kali saya menjalankan aktiviti seperti permainan
saya memberi peluang kepada pelajar yang lemah supaya mereka dapat
memotivasikan diri serta cuba menumpukan perhatian terhadap pembelajaran
mereka. Contohnya ada pelajar yang bersaing untuk bermain permainan yang
dijalakan dan menjawab soalan walaupun salah. Apabila kawan mereka mendapat
jawapan yang betul pujian telah diberikan kepada mereka. Ini menyebabkan pelajar
lemah dapat memotivasikan diri sendiri walaupun berlaku persaingan yang positif.
Oleh disebabkan aktiviti berasaskan permainan pelajar lemah juga memberi
komitmen yang tinggi agar pelajar itu sendiri ingin mendapatkan pujian daripada
saya dan juga mempertahankannya agar tidak dapat dikalahkan oleh kawan kawan
lain. Dia menganggap dirinya pandai dalam sesuatu permainan. Sebab utama saya
memberikan peluang kepada pelajar lemah adalah untuk merangsang minat mereka
dari segi pembelajaran berasaskan permainan. Pada kali ini saya telah menjalankan
aktiviti memancing ikan pada fasa perkembangan. Semua pelajar bersaing untuk
memancing ikan dan menjawab soalan yang diajukan. Tetapi saya hanya memanggil
pelajar yang lemah dari setiap kumpulan dan menyuruh membuat semua soalan
dalam kumpulan.
Tambahan pula pembelajaran koperatif dan kolabratif membolehkan para

pelajar lebih ingat apabila mereka mengajar atau memberi penjelasan orang
lain. Dalam konteks ini pula apabila saya memberi tugasan kepada semua orang
dalam kumpulan para pelajar tolong menolong antara satu sama lain. Pada masa
yang sama semasa

pelajar cerdas menolong pelajar yang agak lemah pelajar

cerdas menjadi lebih yakin supaya mereka dapat menyelesaikan masalah berkaitan
topik tersebut. Pelajar yang agak lemah juga lebih faham daripada cuba
memahaminya dengan sendiri. Bagi mengenalpasti bahawa pelajar faham apa yang
telah diajar saya telah member lembaran kerja. Di sini saya lebih pasti bahawa
pelajar lebih ingat apabila memberi penjelasan kepada pelajar kerana pelajar pelajar
tersebut membuat lembaran kerja (lampiran 1) dengan kadar masa yang kurang dan
tanpa sebarang kesalahan.
Selain itu pemberian ganjaran juga dapat membantu kelancaran P&P
saya. Bagi pelajar yang menjawab yang soalan yang diajukan dengan telah diberi
ganjaran seperti pensel, pemadam. Semasa mengajukan saya sentiasa memastikan
soalan tersebut adalah berdasarkan tahap keupayaan kognitif individu tersebut.
secara tidak langsung pemberian ganjaran juga memotivasikan diri pelajar lain untuk
menjawab soalan bagi mendapatkan ganjaran dan juga pujian. Apabila diri seorang
pelajar dipuji mereka menjadi lebih yakin terhadap diri sendiri.
Seterusnya alat bantu mengajar seperti gambar gambar imbasan juga
dapat membantu para pelajar untuk menggambarkan sesuatu situasi. Para
pelajar mengaitkan gambar gambar tersebut dengan situasi sendiri. Ini dapat
membolehkan mereka mengimbas kembali apa yang dilakukan oleh mereka setiap
hari pada waktu waktu tertentu.
Faktor faktor yang dinyatakan adalah kelebihan kelebihan yang dapat saya
kenal pasti bagi berkesanan P&P matematik.

KELEMAHAN YANG DAPAT DIKENALAPASTI MELALUI STRATEGI


PEMBELAJARAN

KOPERATIF

DALAM

PERANCANGAN

DAN

PENGAJARAN.
Antara kelemahan yang dapat saya lihat dengan jelas adalah kegagalan
pengurusan masa untuk penjelasan dan juga pengajaran. Saya telah mengambil
masa yang lebih masa untuk menjelaskan seorang demi seorang semasa
melakukan pembelajaran koperatif ini. Ada pelajar yang tidak faham walaupun

arahan yang diberi secara bertulis adalah jelas. Ini kerana ada pelajar yang hanya
faham apabila arahan diberi sacara verbal. Saya mengalami kesukaran kerana
mereka saya tidak dapat mengendalikan semua orang pada masa yang sama.
Keadaan ini melengahkan masa untuk melaksanakan teknik dan saya terpaksa
merumuskan pengajaran dengan masa yang agak kurang sahaja.
Kelemahan seterusnya adalah keupayaan pelajar memahami sesuatu
soalan dengan kadar yang berbeza. Apabila membentuk sesuatu kumpulan ada
pelajar yang selalunya lebih cepat menghabiskan masalah matematik di samping
pelajar yang memerlukan masa yang lebih untuk memahami soalan berasa
ketinggalan dan ada yang berputus asa dengan cepat. Saya juga memerhatikan
bahawa ada pelajar yang menuduh pelajar yang jika jawapan mereka salah. Ini
menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk memberi komitmen dalam kumpulan.
Tambahan pula, apabila pembelajaran koperatif ini dilaksanakan ada pelajar
yang menjadi gembira. Sebenarnya ia tidak menarik perhatian pelajar sebaliknya
kerja kumpulan adalah tempat mereka berbual dan bermain dengan kawan
kawan lain. Hal ini terjadi kerana ahli kumpulan tidak mempunyai disiplin dalam
belajar, Keadaan ini menganggu pelajar lain juga untuk mengikuti pelajaran. Pelajar
pelajar bukan sahaja berbual sesama kawan kawan yang lain di samping mereka
tidak membenarkan pelajar lain untuk membuat kerja yang diberi. Ini merumitkan
lagi keadaan dan masa juga menjadi sia sia kerana tidak berlaku sebarang
pembelajaran.
Kelemahan lain yang saya perhatikan adalah perkongsian maklumat yang
salah antara para pelajar. Dalam sesuatu kumpulan apabila sesuatu soalan tidak
dapat diselesaikan ada ahli kumpulan yang menerima cadangan walaupun.
kawannya

mencadangkan kaedah yang tidak betul. Sebab utamanya adalah

mereka hanya hendak menghabiskan soalan dengan cepat untuk mengalahkan


kumpulan lain,mendapatkan ganjaran dan bukannya untuk pembelajaran. Selepas
itu saya telah menolong mereka untuk membuatnya dengan betul.
Seterusnya dalam kelas saya telah membahagikan pelajar kepada dua
kumpulan yang tidak mengikut tahap kognitif mereka. Apabila para pelajar
dibahagikan kepada dua kumpulan secara tidak langsung satu kumpulan
mempunyai pelajar yang agak cerdik dan satu kumpulan pula mempunyai ahli yang

lemah dalam matematik. Dalam keadaan ini kumpulan tersebut tidak mempunyai
ahli yang mengajar mereka untuk membuat soalan tersebut. Walaubagaimanapun
mereka dapat membuat masalah matematik tersebut apabila diberi panduan tetapi
kumpulan tersebut mengambil masa yang agak lama.
Tambahan pula ada juga aspek yang menjadikan P&P saya menjadi tidak
berjalan dengan begitu licin. Iaitu, saya menghadapi masalah dengan pelajar kelas
saya. Di dalam kelas saya kebanyakan pelajar sangat aktif untuk menjawab
soalan yang ditanya oleh guru. Tetapi kesilapan yang mereka buat adalah
merebut untuk menjawab soalan yang ditanya. Setelah sahaja guru menanya soalan
pelajar mula menjerit dan membuat bising dan menjawab sebelum guru tanya
kepadanya. Semua pelajar dalam kelas saya menjawab dalam satu masa yang
sama dan ini menganggu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Walaupun
diberitahu supaya mengangkat tangan untuk menjawap beberapa kali mereka
enggan mendengar. Punca bagi masalah tersebut di atas adalah kerana murid-murid
dalam kelas saya ini ingin mencari pemerhatian guru dan ingin menunjukkan dirinya
sebagai murid yang terbaik dalam kelas. Selain itu, mereka juga ingin menjawab
secara kumpulan bukan individu. Ini telah dibuktikan setelah saya tanya seorang
demi seorang. Semasa mereka menjawab secara kumpulan suara juga menjadi kuat
dan bising. Semasa tanya secara individu walaupun mereka tahu mereka buat tak
tahu dan menjawab dengan suara yang lembut sehingga tidak dapat mendengar. Ini
menganggu guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

CADANGAN

UNTUK

MENAMBAHBAIKKAN

KEBERKESANAN

PERANCANGAN DAN PENGAJARAN


Walaupun terdapat beberapa kekurangan dalam melaksanakan pembelajaran
koperatif

saya

juga

telah

menggariskan

beberapa

cadangan

untuk

menambahbaikkan pengajaran. Antara cadangannya adalah guru seharunya


membahagikan kumpulan mengikut tahap kognitif para pelajar. Ini kerana ada
pelajar yang mengalami kesukaran semasa berkongsi idea. Guru juga harus
memberikan soalan mengikut tahap kesukaran mereka. Apabila mereka dapat
menjawab keyakinan diri mereka akan meningkat. Secara tidak langsung para
pelajar akan berusaha untuk melibatkan diri dalam pembelajaran denga aktif.

Seterusnya guru juga seharusnya mengawasi interaksi yang berlaku


semasa pelajar menjalankan aktiviti kumpulan di dalam kelas. Perbincangan yang
berlaku seharusnya yang berkaitan dengan tugasan . Interaksi juga harus berlaku di
antara setiap ahli kumpulan dan tidak meminggirkan mana-mana ahli kumpulan.
Perbincangan dan keputusan juga tidak harus dimonopoli oleh ahli kumpulan
tertentu sahaja. Semasa pengajaran, guru perlu membuat rondaan di kelas dan
memerhatikan interaksi pelajar. Guru harus mengenalpasti interaksi yang berlaku
adalah secara positif.
Selain itu, guru perlu menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh pelajar
semasa menjalankan kerja kumpulan sebelum memberikan soalan. Guru harus
memberi arahan yang jelas supaya pelajar faham apa yang harus dilakukan oleh
mereka. Selain itu guru boleh menekankan perkara perkara penting yang harus
dilakukan oleh pelajar semasa melaksanakan pembelajaran koperatif ini. Di samping
itu guru juga harus menjelaskan kepada pelajar apakah tingkahlaku yang wajar dan
tidak wajar semasa kerja kumpulan dijalankan.
Tambahan pula, untuk mengelakkan para pelajar menjadikan tempat
pembelajaran kumpulan menjadi tempat berbual setiap pelajar harus sedar bahawa
peranan mereka sebagai ahli kumpulan adalah penting. Guru harus menadikan
tanggungjawab pencapaian

terletak

di

kedua-dua

tahap

individu

dan

kumpulan. Pemberian markah boleh menimbulkan rasa bertanggungjawab


terhadap tugas tugas yang diberikan untuknya. Guru seharusnya memberikan
markah kepada setiap individu dan juga kumpulan. Dengan cara itu setiap pelajar
mempunyai motivasi untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga
kumpulan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar melibatkan diri dalam tingkah laku
yang tidak dingini seperti menganggu kawan kawan yang lain.
Akhirnya guru juga harus memberi peluang yang sama rata bagi semua
pelajar. Saya harus memastikan semua pelajar telah tampil ke hadapan dan
menjawab soalan yang diajukan. Guru harus merekodkan pelajar yang diberi
peluang setiap hari supaya dapat memastikan semua pelajar telah mendapat
peluang untuk menjawab sekurang kurangnya sekali seminggu. Keadaan ini dapat
membolehkan semua murid mendapat peluang yang sama dan pengajaran dan
pembelajaran juga dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.

Bagi mengelakkkan kadar pelajar berjalan secara kerap tanpa sebab saya
akan cuba menjadi lebih tegas terhadap mereka. Saya turut memberi amaran
kepada mereka agar tidak mengulangi perbuatan mereka. Bagi mengelakkan murid
murid berjalan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain semasa aktiviti
kumpulan, saya akan memberi sejumlah ganjaran kepada setiap kumpulan. Saya
akan memberi arahan bahawa saya akan memotong ganjaran dari kumplan
sekiranya ada murid yang suka bergerak dari kumpulan sendiri ke kumpulan lain.
Saya telah membuat refleksi tentang P&P yang dijalankan dengan
mengambilkira kelebihan kelemahan dan juaga penambahbaikkan yang saya boleh
buat.

Anda mungkin juga menyukai